BADUT RAKYAT |
- KANTOI !!! MAKSIAT DI SELANGOR !!! PAS LEPAS TANGAN ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! KRISIS AIR !!! DATUK IR MOHD ZIN MEMBELASAH KHALID GAGAP KAW-KAW !!!
- HOT NEWS !!! DATUK IR MOHD ZIN MEMBELASAH KHALID GAGAP KERANA KHALID GAGAP MERAMPAS TANAH RAKYAT ???
- HOT NEWS !!! DATUK IR MOHD ZIN MEMBELASAH HARAKAH KAW-KAW !!!
KANTOI !!! MAKSIAT DI SELANGOR !!! PAS LEPAS TANGAN ??? WAJIB BACA !!! Posted: 16 Aug 2012 11:56 AM PDT ![]() Setiap hari ada saja berita mengenai maksiat dan industri maksiat yang terbaru di Selangor.Apakah Wakil Rakyat Pas di Selangor hanya sekadar makan gaji buta dan membuat harta sahaja? Bala ini bermula diawal penggal pemerintahan Pakatan Haram yang mana ianya melibatkan Elizabeth Wong yang merupakan Exco kerajaan Negeri ketika itu.Apakah budaya seks bebas yang melibatkan wanita bukan Islam dan lelaki Islam TIDAK BERDOSA di dalam kitab hukum ciptaan Pas. Keterbukaan Pas menyokong supaya Elizabeth Wong terus mengekalkan jawatan sebagai wakil rakyat dan Exco kerajaan negeri merupakan titik tolak BALA Allah turunkan keatas Selangor darul Ehsan.Ketika itu tiada seorang pun wakil rakyat termasuk Dr Hassan Ali yang berani buka mulut mendesak Ketua Umum PKR iaitu Anwar Ibrahim di "REHATKAN TERUS" dari jawatannya bahkan wakil rakyat Pas menyokong sebulat suara keputusan Anwar untuk merehatkan Elizabeth Wong hanya dua bulan sahaja.Tindak tanduk Ronnie Liu dalam isu ARAK yang berleluasa dijual di kedai runcit maupun di kedai kopi dapat di lihat bahawa semua wakil rakyat Pas seolah-olah mengangguk tanda setuju akan keputusan yang dibuat oleh Ronnie Liu sebagai Exco Kerajaan Selangor hingga kehari ini. Malah kewujudan lebih dari 4000 rumah urut "LESEN DAN TIDAK BERLESEN" juga dilihat seolah-olah wakil rakyat Pas semuanya menjadi wakil rakyat Liberal yang tidak mempercayai Tuhan langsung.Kak Chah pernah menulis di http://www.selangordaily.com/?p=5196 bagaimana ulama Pas mula sedar bahawa mereka tidak berupaya untuk menjadi lembu Anwar lagi.Akhirnya Dato Dr Hassan Ali dipecat tanpa sebab hanya kerana beliau menentang kes gereja DUMC di bulan ramadhan tahun yg lalu (2011).Kak Chah juga ada menulis tentang campurtangan isteri Anwar Ibrahim dalam pentadbiran negeri Selangor di http://www.selangordaily.com/?p=5202 ANDA NAK LAGI ??? KLIK DI SINI UNTUK SELANJUTNYA |
HOT NEWS !!! KRISIS AIR !!! DATUK IR MOHD ZIN MEMBELASAH KHALID GAGAP KAW-KAW !!! Posted: 16 Aug 2012 08:23 AM PDT ![]() Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1. Kenyataan saya berhubung arahan dari pihak Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melalui Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) kepada pihak ABASS supaya menurunkan pengeluaran air kepada 120 juta galen sehari pada 10 Ogos 2012 adalah dirujuk. 2. Pihak KPS mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa mereka telah mengarahkan ABASS untuk mengurangkan pengeluaran air terawat. Malah mereka juga memberikan data pengeluaran air dari pihak ABASS bermula dari Januari 2011 hingga Febuari 2012. 3. Hakikatnya,memo yang dikeluarkan oleh pihak KPS kepada ABASS adalah bertarikh 29 Disember 2011. Ini bermaksud, arahan ini adalah baru dan bukannya bermula sejak Januari 2011.Memo ini juga turut disertakan bersama dengan surat yang ditujukan kepada pihak SPAN dan SYABAS bagi menyampaikan maksud yang sama. 4. Arahan ini dikatakan dicapai setelah perbincangan dengan pihak Lembaga Pengarah KPS.Apa yang mendukacitakan kami ialah, pihak Kerajaan Negeri melalui KPS sanggup mengeluarkan arahan ini.Tidak kisah apa jua alasan yang diberikan,namun arahan seperti ini dilihat membelakangkan kepentingan rakyat. 5. Kerajaan Negeri juga bersikap retorik apabila sering kali mengatakan bahawa semua agenda mereka adalah demi kepentingan rakyat.Namun arahan pengurangan kapasiti air terawat ini jelas membuktikan bahawa mereka sebenarnya lebih mementingkan diri sendiri berbanding rakyat. 6. Hakikatnya,rakyat Selangor memerlukan bekalan air terawat yang berterusan dan kerajaan negeri bertanggungjawab menyediakan sumber bekalan ini untuk diagihkan.Kerjasama baik sekian lama antara pihak Loji Rawatan Air,pihak SYABAS dan kerajaan negeri dilihat semakin goyah sekarang ini apabila kerajaan negeri tidak mampu menguruskan sumber air ini dengan bijak dan telus. Dato' Sri Ir. Mohd Zin Mohamed Koordinator BN Selangor |
HOT NEWS !!! DATUK IR MOHD ZIN MEMBELASAH KHALID GAGAP KERANA KHALID GAGAP MERAMPAS TANAH RAKYAT ??? Posted: 16 Aug 2012 06:27 AM PDT ![]() Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1.Pada Februari 2012,MB Selangor telah mengakui bahawa kerajaan Negeri telah merampas tanah seluas 234ha bernilai RM250 juta di Gombak yang sepatutnya dimiliki oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) atas alasan berlakunya perlombongan haram.Beliau juga dengan tegas mengakui bahawa ini adalah salah satu tindakan penguatkuasaan kerana pemilik tanah tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. 2. Bagaimanapun,kenyataan oleh MB itu mengundang lebih banyak persoalan dan ianya begitu mencurigakan. 3. Pada 4 Ogos 2011, pihak Mahkamah telah menetapkan bahawa tanah itu dimiliki secara sah oleh SAP Holding Berhad (anak syarikat KHSB.Namun begitu,tanpa menghiraukan arahan mahkamah,pada 25 Ogos2011,tanah yang bernilai RM250 juta ini dirampas oleh Kerajaan Negeri tanpa alasan yang kukuh. Majoriti pemegang saham KHSB tidak dimaklumkan mengenai perkara ini. Persoalannya, a) Kenapa tanah itu dirampas setelah mahkamah memberikan kuasa kepada SAP Holding sebagai pemilih yang sah? b) Apakah status sebenar tanah itu? Adakah tanah pembangunan atau tanah pertanian? c) Jika benar berlakunya aktiviti perlombongan haram di tanah tersebut,kenapa tiada tindakan dikenakan terhadap pihak yang melombong dan kenapa selepas lebih setahun berlaku baru tindakan merampas tanah dilaksanakan? d) Adakah pihak kerajaan negeri membuat pengumuman kepada pihak Bursa Malaysia berhubung rampasan tanah tersebut? e) Apakah status tanah itu sekarang ini? Adakah aktiviti perlombongan di tanah tersebut benar-benar telah terhenti? 4. Pada 15 Nov 2011,Raja Idris yang juga Pengerusi KHSB telah mengarahkan CEO KHSB, Hashim Kamil Harun supaya membuat rayuan di PTD Gombak walaupun beliau maklum bahawa rayuan sepatutnya dibuat di Mahkamah tiga bulan dari tarikh berlakunya rampasan. 5. Kemudiannya pada 24 Nov 2011, Raja Idris mempertahankan arahan beliau supaya tiada rayuan dibuat di mahkamah berdasarkan keputusan Lembaga Pengarah,namun begitu,tiada sebarang arahan yang ditunjukkan berhubung keputusan Lembaga Pengarah tersebut. 6. Pada 18 Jan 2012,selepas tempoh tiga bulan berakhir,CEO KHSB sekali lagi menulis surat kepada PTD Gombak kononnya inginkan penjelasan berhubung rampasan tanah tersebut. Persoalannya, a) Kenapakah Pengerusi KHSB tidak bersungguh-sungguh mempertahankan tanah mereka yang bernilai RM250 juta itu? b) Kenapakah Raja Idris tidak membuat rayuan di Mahkamah berhubung rampasan tersebut dan beliau seperti bersetuju dengan tindakan Menteri Besar merampas tanah itu? c) Adakah Pengerusi KHSB berpakat dengan Kerajaan Negeri untuk melepaskan tanah tersebut? Sehingga kini,pemegang saham minoriti masih belum mendapat penjelasan berhubung kehilangan tanah yang bernilai RM250 juta itu. d) Adakah ini konspirasi antara Pengerusi KHSB dan MB Selangor untuk merampas tanah bernilai tinggi bagi kepentingan peribadi mereka? 7. Persoalan yang ditimbulkan ini perlu dijawab oleh pihak Kerajaan Negeri dan KHSB sendiri. Kami percaya mungkin ada berlaku penyelewengan dan rakyat Selangor sendiri berhak untuk mengetahui kemana hilangnya tanah yang bernilai RM250 juta itu. Adakah ada pihak yang mendapat untung dari rampasan tersebut? Dan adakah ia juga sebenarnya berkaitan dengan pendedahan pembelian tanah bernilai jutaan ringgit yang hangat diperkatakan sekarang ini? Dato' Sri Ir Mohd Zin Mohamed Koordinator BN Selangor |
HOT NEWS !!! DATUK IR MOHD ZIN MEMBELASAH HARAKAH KAW-KAW !!! Posted: 16 Aug 2012 03:47 AM PDT ![]() Assalamualaikum dan Salam Sejahtera UMNO Selangor mengalu-alukan keputusan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memutuskan bahawa lidah rasmi PAS,Akhbar Harakah telah melemparkan fitnah terhadap UMNO apabila menuduh UMNO terlibat dengan kes serbuan diGereja DUMC sebelum ini.Keputusan itu secara jelas membuktikan bahawa PAS dengan sengaja berniat jahat dan cuba mengelirukan rakyat Malaysia dan mengaitkan UMNO dalam isu tersebut sedangkan ianya adalah tindakan dari pihak JAIS sendiri.Ini menunjukkan bahawa peristiwa serbuan ke atas DUMC dan pemecatan Hasan Ali yang dikaitkan dengan peristiwa tersebut adalah semata-mata kelemahan dari pihak PAS dan tanpa melibatkan UMNO. Kami juga ingin menyeru supaya parti politik terutamanya PAS bertindak dengan lebih matang dan tidak sewenang-wenangnya menabur fitnah.Keputusan hakim dalam kes ini adalah lebih bermakna kepada kami berbanding jumlah tuntutan saman kerana membuktikan selama ini PAS menggunakan budaya fitnah dalam berpolitik. Dato' Sri Ir. Mohd Zin Mohamed Koordinator BN Selangor |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment