UMNO Online - “Polis Perlu Transformasi Sikap Dan Displin Diri – Najib” plus 9 more

UMNO Online - “Polis Perlu Transformasi Sikap Dan Displin Diri – Najib” plus 9 more

Link to UMNO Online

Polis Perlu Transformasi Sikap Dan Displin Diri – Najib

Posted: 07 Aug 2012 07:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Ogos  - Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mentransformasi sikap dan disiplin kerja dengan meminimumkan keperluan pengawasan pegawai atasan dalam mengharungi cabaran memenuhi kehendak masyarakat yang semakin kompleks.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata melalui disiplin diri yang mantap, persepsi masyarakat terhadap tugasan kepolisan akan berubah sekali gus menjadikan barisan depan pertahanan negara itu dihormati.

“Di sini letaknya cabaran pada anggota polis bagi melakukan transformasi untuk membolehkan PDRM berhadapan dengan masyarakat dalam peralihan era yang sentiasa mahukan seluruh kehidupan mereka terjamin dari segi keselamatan.

“Justeru kita perlu mempunyai sikap positif dalam menyahut cabaran itu melalui pengemaskinian prosedur operasi standard (SOP) sedia ada,” katanya pada majlis berbuka puasa Perdana Menteri bersama warga PDRM di Pusat Latihan Polis di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Berucap di hadapan 5,000 anggota polis pelbagai pangkat, Najib berkata beliau percaya setiap anggota PDRM akan menyahut cabaran itu dengan penuh semangat dan dedikasi.

Perdana Menteri berkata dalam apa keadaan sekalipun PDRM perlu muncul sebagai satu pasukan yang sentiasa disegani dan dihormati oleh semua peringkat.

“Saya anggap ini sebagai satu cabaran baru, bukan saja pada PDRM, malah kepada kerajaan secara keseluruhan dan bagi pihak kerajaan kita akan sedaya upaya membantu meningkatkan setiap aspek keupayaan pasukan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan akan sentiasa membantu PDRM untuk membangunkan keupayaan yang sebenar mengikut kemampuan.

“Kalau nak berperang, kita mesti dilengkapi senjata dan kekuatan, barulah kita boleh menang. Kerajaan dengan mengikut kemampuan akan bantu PDRM untuk tambah kapasitinya,” katanya.

Dalam pada itu, Najib mahu PDRM terus  menjayakan Program Transformasi Kerajaan kedua (GTP2) sepertimana yang dilaksanakan dalam GTP1.

“Janganlah rasa kecewa kerana ada polemik dan persepsi dan sebagainya tentang angka kerana kita boleh teruskan kemampuan kita untuk semakin tinggi,” katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan cek kepada 18 orang balu, anggota yang cedera ketika berkhidmat dan penerima ex-gratia, serta 10 penerima 1Malaysia Privilege Card.

Selepas berbuka puasa, Najib menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih bersama warga PDRM di Masjid Solehin di sini.

Unisel Students Who Registered Today Not Given Accommodation – MPP

Posted: 07 Aug 2012 07:29 AM PDT

KUALA SELANGOR, Aug 7 – About 1,000 students of Universiti Selangor (Unisel) who registered today are facing accommodation problems since the management of the residential college refused them accommodation at its hostel.

Unisel Student Representative Council (MPP) president Mohd Jeffri Abu Hassan said the council was not informed of the matter officially and were only informed verbally.

“The matter was not announced, what we know is that the hostels were not opened because the workers did not come to work as they have not been paid salary. Their head was also on leave since Friday without leaving any notice on the matter,” he told reporters, here, today.

He said students who could not enter the residential college comprised semester two to final year students.

“First year and new students had received their keys and can stay at their respective hostel because they had registered early, namely, a week ago when the office for hostel operations was still open,” he said.

He said, to tackle the problem, MPP with the cooperation of the Student Affairs Welfare Body, had provided temporary hostels to help affected students.

In a newspaper report, Selangor Barisan Nasional (BN) deputy chief Datuk Seri Noh Omar claimed Unisel owed Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) RM15 million.

JNSB was responsible for developing and managing student accommodation on the university’s main campus in Bestari Jaya, Kuala Selangor.

The debt included arrears in payments involving maintenance cost at the main campus and the operations of the hostels in the university which belonged to the Selangor state government.

Accommodation problems aside, the students also had to shoulder financial burden when Unisel had allegedly made excess deductions from their National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) loans.

Malaysia Regrets Annan’s Resignation As Joint UN-Arab League Envoy To Syria

Posted: 07 Aug 2012 07:27 AM PDT

PUTRAJAYA, Aug 7 – Malaysia today expressed regret over the resignation of Kofi Annan as the Joint United Nations-Arab League envoy to Syria last week.

Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman said Malaysia strongly believed that the principles contained in the Six-Point Peace Plan presented the best opportunity to end the crisis in the country.

“We are extremely concerned about the escalating violence in Syria, which has resulted in heavy casualties and hardship on our brothers and sisters – the Syrian people.

“In this holy month of Ramadan, we call on all parties to refrain from further acts of violence and to resolve this crisis in a peaceful manner through dialogue and reconciliation,” he said at the ministry’s breaking-of-fast function, here, today.

Annan announced his resignation last week, saying that he was doing so because of what he said had become a “mission impossible”.

Anifah said to address the challenges and issues facing Muslims, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had been invited, and would participate in the upcoming Extraordinary Summit of the Organisation of Islamic Cooperation (OIC) on August 14 and 15 in Mecca.

“This is an important and timely meeting. We hope to be able to contribute, together with other member countries of OIC, towards finding resolutions to some, if not all, of the issues that will be discussed,” he said.

At a press conference later, Anifah said the eight Malaysians still in Syria had been asked to leave while the situation still allowed them to do so.

He said at the moment, the eight, mostly with families, were reluctant to leave Syria although the situation there was worsening.

On the conflict affecting the Muslim Rohingyas in Myanmar, Anifah said he regretted that it happened and asked Myanmar to ensure their safety.

“We will discuss with Bangladesh and if there is a need, we are prepared to assist based on our capacity,” he said.

It’s Much Ado About Nothing, Says Musa

Posted: 07 Aug 2012 07:22 AM PDT

KOTA KINABALU, Aug 7 – Sabahans should not fall for the tactics of the opposition which tries to give the impression that Barisan Nasional (BN) is shaky and disunited following the exit of certain leaders.

Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, who said this, disclosed that it was merely the trick of the opposition to fish for votes in the coming general election.

Musa, who is also state BN chairman, said the situation in Sabah was actually calm and only certain people, especially in the opposition, who were overly excited.

“Don’t worry. This is normal opposition talk. When two members of parliament leave BN, they can’t stop talking about it.

“Actually, quite a number of assemblymen and MPs left the opposition in the past. We did not make noise because, to us, this is normal,” he told reporters after handing over cheques under the Special Stimulus Package (PRK) for missionary schools in Sabah for 2012 at SM Lok Yuk Likas, here, today.

Musa said this when asked to comment on the statement by opposition leader  Datuk Seri Anwar Ibrahim recently that there would be another surprise in Sabah on Aug 12.

He said Umno and BN in the state were always united to ensure Sabah BN remained strong.

The Chief Minister was also confident the people of Sabah would continue to support BN because they were aware that only the BN government was capable of fulfilling promises made, especially related to development.

Musa said the contribution of RM3.7 million from the federal government for 74 missionary schools in Sabah this year, indicated the government was concerned about the needs of the people, regardless of race or religion.

Meanwhile, in his speech during the handing-over of raya goodies for the security forces at Tun Raffae Auditorium, Tun Mustapha Tower, Musa said the state government always appreciated the contributions of members of the security forces in maintaining peace and harmony in the country.

PAS Terkuat PR ? Mat Sabu Sahkan 70 Kerusi

Posted: 07 Aug 2012 07:15 AM PDT

Ketika Presiden PAS,   Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa partinya terkuat dalam Pakatan Rakyat (PR)  yang bakal bertanding 80 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan, namun Timbalannya, Mohamad Sabu mendedahkan fakta yang sebaliknya.

"PAS akan bertanding 70 kerusi parlimen dalam pilihan raya akan datang dan hampir selesai memilih calon dan parti tersebut akan ketengahkan lebih ramai muka baru dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang," kata Mohamad Sabu kepada Malaysian Insider.

Katanya, keputusan pemilihan calon-calon parlimen PAS 90 peratus telah selesai dan bakal dibawa ke dalam mesyuarat PR untuk keputusan rasmi.

"Majoriti kerusi parlimen PR masih lagi 'status quo'(berpegang kepada penjanjian lama) akan tetapi akan berlaku serba sedikit perubahan," katanya.

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, PAS bertanding 66 kerusi dan menang 23 kerusi di Dewan Rakyat.

Manakala DAP pula bakal bertanding 60 kerusi seperti mana yang dikatakan oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Berdasarkan jumlah itu, calon DAP meningkat 13 orang berbanding dengan 47 orang pada PRU 12.

Daripada 47 calon, DAP memenangi 28 kerusi parlimen menjadikan parti terkuat di dewan rakyat selepas 5 ahli parlimen PKR keluar parti.

Berbanding dengan DAP, PAS hanya meningkat 4 calon berbanding dengan pilihanraya umum sebelumnya.

Kata Guan Eng, "DAP bekerjasama dengan PAS berdasarkan prinsip bersama yang memanfaatkan rakyat dan ‘dengan mata terbuka’.

Maksud 'mata terbuka' adalah sentiasa bersiap siaga dan bersinsing lengan jika perlu yang berbeza dakwanya kerjasama MCA, MIC dan Gerakan dengan Umno dengan 'mata tertutup'.

Jika makna 'mata terbuka' itu bermaksud mahu 'berlawan' dengan PAS sepertimana yang dilakukan dalam PR sekarang ini, maka selamanya PAS bakal dibuli kerana DAP dibantu PKR.

Kenyataan jumlah kerusi yang dipertandingkan PAS oleh Mohamad Sabu itu mengesahkan kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebelum ini.

"Pada 2008, PKR bertanding 97 kerusi, Pas (66 kerusi) dan DAP (47 kerusi). Besar kemungkinan ia tidak banyak beza dengan PRU 2008.

"Saya dimaklumkan, rundingan (pembahagian kerusi) telah 90 peratus siap," katanya kepada Sinar Harian.

Daripada 97 calon yang dipertandingkan, PKR memenangi 31 kerusi yang meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di parlimen.

Namun, selepas 16 September 2008, PKR kehilangan 5 kerusi parlimen apabila YB Datuk Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru), YB Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim (Bayan Baru), Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar dari PKR menjadikan PKR jatuh ketempat kedua selepas DAP.

Dengan kehilangan 5 ahli parlimen PKR itu, DAP menjadi kuasa majoriti di kalangan kompenan PR di parlimen dengan mengekalkan kedudukan 28 kerusi, PKR, 26 kerusi dan PAS, 23 kerusi.

Namun DAP yang sepatutnya mengambil alih tugas sebagai ketua pembangkang di parlimen tetap mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan sekaligus mengekalkannya sebagai Ketua dalam PR.

Ramai pemerhati politik berpendapat, selepas PRU-12, DAP menjadi kuasa pemutus untuk menentukan siapakah yang layak menjadi ketua pembangkang dan ketua PR.

anwaraidc.com

Manoharan Lambang Pemikiran Dangkal Dan Tidak Beretika Pemimpin DAP

Posted: 07 Aug 2012 07:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah dari parti DAP, M. Manoharan sekali lagi mengeluarkan kenyataan setengah masak yang memperlihatkan kedangkalan pemikirannya.

Jika sebelum ini, Manoharan dengan lantangnya mempertikaikan bentuk corak Jalur Gemilang sehingga mencadangkan agar ianya ditukar, kali ini jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pula menjadi sasarannya.

Tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat yang menolak ke tepi fahaman politik dan memberi sokongan padu kepada Chong Wei ketika pertandingan akhir badminton Sukan Olimpik London, Manoharan pula begitu seronok menghamburkan kata-kata yang merendahkan jaguh badminton negara itu.

Kenyataannya Manoharan melalui laman twitternya itu telah mengundang rasa tidak puas hati pelbagai lapisan masyarakat yang mendesak agar Manoharan memohon maaf. Walaupun Manoharan telahpun memohon maaf tetapi sikapnya ini dilihat tidak pernah berubah dan mengambil iktibar dari apa yang pernah dilaluinya sebelum ini.

Menurut Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Shahanim Mohamed Yusoff, sikap ADUN Kota Alam Shah ini jelas sesuatu yang tidak beretika malah sebenarnya dalam parti pembangkang bukan Manoharan seorang yang bersikap sedemikian rupa.

"Ramai pemimpin pembangkang yang bersikap tidak beretika dan ini menggambarkan betapa mereka ini amat tidak layak bergelar seorang pemimpin. Dari sikap sebeginilah rakyat sebenarnya perlu membuka mata dan menilai adakah mereka ini layak untuk terus diberi mandat untuk menjadi pemimpin mewakili suara rakyat.

"Monoharan sendiri tidak pernah serik dengan kelancangan mulutnya yang biadap. Dahulu begitu lantang mahu Jalur Gemilang diubah. Bila dikutuk dan didesak, dia minta maaf. Kali ini buat lagi. Buat salah minta maaf, buat salah minta maaf. Masalahnya kesilapan yang dilakukan adalah kesilapan yang sama dan berulang. Adakah dengan meminta maaf sudah memadai dan menjanjikan pada masa akan datang dia tidak akan mengulangi lagi keceluparannya itu?

"Sikapnya ini seakan mahu melihat rakyat negara ini berpecah belah  malah unjuran kemaafannya itu seakan tidak ikhlas dan membawa makna," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Shahanim, 'kebodohan' yang ditunjukkan oleh pemimpin DAP ini sepatutnya membuka mata rakyat mengenai sikap dan perjuangan pembangkang sendiri.

Beliau  juga menganjurkan agar rakyat berfikiran jauh sebelum terus menyandarkan harapan kepada pembangkang yang sebenarnya tidak ikhlas di dalam membela nasib rakyat.

"Pilihan Raya Umum (PRU) sudah hampir. Saya berharap apa yang terjadi pada 2008 tidak akan berulang. Rakyat tidak akan tertipu lagi dengan sandiwara pembangkang dalam memanipulasi minda rakyat.

"Telah banyak pekung mereka yang telah terbuka, jadi fikirlah dengan matang dan mendalam sebelum membuat pilihan nanti," katanya lagi. - MediaUMNO

Lebih 2,000 Hadir Majlis Berbuka Puasa Bersama TPM

Posted: 07 Aug 2012 07:06 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7  Ogos – Majlis berbuka puasa bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Seri Datin Noorainee Abdul Rahman yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) disambut meriah hari ini dengan dihadiri oleh lebih dua ribu jemputan dari pelbagai peringkat.

Majlis yang dimulai dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim terpilih di sekitar Kuala Lumpur ini ternyata memberikan sinar kegembiraan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Turut hadir pada majlis berbuka puasa ini adalah Ahli-Ahli Majlis Tertinggi, Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Pergerakan Pemuda UMNO, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak).

Selesai majlis berbuka puasa, para hadirin bersama-sama Timbalan Perdana Menteri menunaikan solat isyak dan tarawih di Surau Ar Rahman. – MediaUMNO

Pakatan Pembangkang Agen Pemecah Belah Masyarakat…

Posted: 07 Aug 2012 03:24 AM PDT

Salam…

Setelah terbaca twitter ADUN DAP dan artikel di laman Suara PR mengenai kekalahan Datuk Lee Chong Wei maka sahlah bahawa Pakatan Rakyat sememangnya agen pemecah belah masyarakat.   Dan seperti yang telah diketahui, sama ada Pas, DAP mahupun PKR, semuanya berpegang kepada strategi 'pecah dan perintah' demi mencapai matlamat mereka.

Pas terkenal dengan memecah belah sesama umat Islam melalui Amanat Hadi sehingga menyebabkan tragedi solat dua imam sehinggalah tragegi berdarah Memali dan Sauk.

DAP pula terkenal dengan sifat perkauman yang membenci kaum Melayu serta selamanya berjuang untuk memisahkan kaum sejak di bangku sekolah serta membina 'tembok' ekonomi antara kaum Cina dengan bangsa lain.

Manakala PKR pula terkenal dengan strategi mengadakan huru-hara, melaga-lagakan rakyat dengan pihak berkuasa, undang-undang serta sistem kehakiman melalui sifat talam dua-ratus muka dengan semua pihak, semua agama, semua kaum dan semua golongan manusia di dunia.

Pas, PKR dan DAP semuanya telah membuktikan kepada kita bahawa parti mereka tidak punya -semangat patriotik, malah bersifat pengkhianat.

Di mana-mana saja mereka memburuk-burukkan Malaysia, mengsabotaj ekonomi negara sendiri serta sengaja ingin menggoyah kestabilan negara.  Malah, tanpa segan silu mereka memperlekehkan 1Malaysia yang membawa semangat kebangsaan dan kenegaraan.

Kerana itu, kita tidak hairan apabila ADUN DAP, Manoharan Malayalam menghina Lee Chong Wei kerana kalah dalam pertandingan badminton di sukan Olympic baru-baru ini.

Lebih memualkan, Manoharan bukan sahaja menghina kekalahan Chong Wei tetapi juga seolah-olah memperlekeh penampilan beliau dengan memuji lawannya, Lin Dan dari China sebagai lebih bergaya dan moden.

Laman  Suara Pakatan Rakyat pula dengan tidak semena-mena mengaitkan UMNO dalam mengulas kekalahan Chong Wei.  Menurut laman tersebut, UMNO harus malu kerana tidak mampu mengangkat kaum Melayu di dalam sukan sehingga semua nama-nama besar di dalam sukan di Malaysia adalah dari kaum lain.

Malah, dalam artikel kemudiannya pula, laman tersebut memanggil Chong Wei dengan gelaran kuda tua??!!

Pakatan Rakyat nampaknya menyedari bahawa sukan mampu menyatupadukan rakyat iaitu sesuatu yang amat bertentangan dengan strategi mereka.

Maka, agenda PR mengutuk Chong Wei adalah untuk memastikan kaum Cina, Melayu dan India kekal bertelagah dan prejudis sesama sendiri sehingga membelakangkan semangat kenegaraan.

Pemimpin-pemimpin PR telah melihat bagaimana sukan berjaya menyatukan dan menyerlahkan kekuatan semangat cintakan negara ketika sukan komanwel 1998 berlangsung di Kuala Lumpur di mana, pada ketika yang sama, gerakan reformasi Anwar Ibrahim sedang mengganas di bandaraya.  Namun, seluruh tumpuan rakyat adalah tetap kepada sukan tersebut dan bukan Anwar Ibrahim.

Malah, laungan yang bergema di stadium iaitu 'hidup Mahathir!' yang pada ketika itu Perdana Menteri, melambangkan penyatuan rakyat Malaysia di bawah kepimpinan Barisan Nasional, berjaya menenggelamkan terus mimpi Anwar sehingga ke hari ini.

Sukan juga digunakan oleh Nelson Mandela ketika beliau ingin menyatukan rakyatnya sehingga mereka melupakan isu warna kulit untuk seketika, dan kemudiannya untuk selama-lamanya.

Berdasarkan hakikat inilah, maka PR sedaya upaya ingin memastikan yang rakyat Malaysia tidak akan bersatu walaupun dalam sukan.

Begitu khianat sekali para pemimpin PR terhadap negara dan rakyat sehingga sanggup menggadaikan semangat kesukanan dan patriotisme semata-mata kerana ingin berkuasa.

Maria Cheng Abdullah, KL

Pemuda UMNO Tawau Gesa Pihak Berkuasa Ketat Kawalan Masuk Mercun

Posted: 07 Aug 2012 03:16 AM PDT

TAWAU, 7  Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Tawau menggesa pihak berkuasa supaya memperketatkan kawalan penyeludupan masuk mercun dan bunga api ke daerah itu yang dipercayai dari luar negara.

Ketuanya Ariffin Kassim berkata kawalan lebih ketat itu perlu kerana difahamkan kebakaran malam tadi yang memusnahkan 11 buah rumah dan sebuah kereta di Kg Kurnia Jaya, berpunca daripada bahan larangan berkenaan.

“Saya mendapat tahu bahawa ada pihak yang menjual mercun dan bunga api di daerah ini secara gelap. Saya berharap aktiviti itu dapat dibanteras habis-habisan oleh pihak berkuasa,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Kg Kurnia Jaya, di sini hari ini.

Menurut Ariffin mercun dan bunga api jika tidak dibendung bukan sahaja membahayakan individu yang bermain bahan larangan itu tetapi turut membahayakan keselamatan nyawa dan harta benda masyarakat lain.

Katanya adalah lebih baik membanteras kemasukan mercun dan bunga api itu ke Tawau daripada menunggu sehingga ada insiden tidak diingini berlaku.

Selangor Perlu Pastikan Bekalan Air Cukup Tampung Pertumbuhan Ekonomi, Penduduk

Posted: 07 Aug 2012 03:12 AM PDT

SHAH ALAM, 7 Ogos – Walaupun kerajaan negeri Selangor mendakwa loji rawatan air di negeri ini mampu mengeluarkan 4,809 juta liter air terawatt sehari, yang mencukupi buat masa ini, ia masih perlu memastikan bekalannya mencukupi untuk menampung pertambahan ekonomi dan penduduknya.

Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Selangor Norazmie Diron  berkata pertumbuhan permintaan air di Selangor adalah pada kadar 3.5 peratus setahun.

“Kita tidak boleh bertahan dengan 4,809 juta liter sehari, perlu ada  tambahan kapasiti penambahan air terawat,” katanya pada Sesi Taklimat Isu Air dan Hutang Talam Corporation di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri bercadang menggunakan kaedah baru seperti teknologi membran untuk merawat air, selain mempelbagaikan sumber air mentah untuk dirawat seperti pengambilan air bawah tanah.

Katanya, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) telah memaklumkan kerajaan negeri bahawa terdapat 234 permohonan projek baharu sejak Januari 2012 yang terpaksa ditangguh kelulusannya.

“234 projek ini melibatkan keperluan air sebanyak 194 juta liter sehari, dan bagi projek yang dipohon pada 2012 sehingga sekarang ini adalah projek yang hanya memerlukan air bermula 2014 hingga 2015, bukan sekarang,” katanya.

Norazmie berkata kerajaan negeri mengarahkan Syabas, yang merupakan agensi perakuan kepada permohonan pembangunan daripada segi teknikal, agar tidak menangguhkan perakuan itu jika keperluan teknikal telah diperoleh.

Beliau berkata kerajaan negeri juga meminta Syabas melihat semula permohonan projek yang dijangka siap pada 2013 hingga 2014, yang sepatutnya boleh diluluskan kerana mengunjurkan Selangor berkeupayaan membekalkan air untuk keperluan projek baru itu.

Sementara itu, wakil industri dan pemaju melahirkan kebimbangan berhubung kesan kekurangan bekalan air terhadap perniagaan mereka dan ekonomi Selangor secara keseluruhan.

Ada antara mereka yang berpendapat masalah itu perlu diselesaikan secara politik.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...