BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! PELAJAR UNISEL MENGAMUK DAN AKAN MEMBUAT RUSUHAN ???

Posted: 07 Aug 2012 12:00 PM PDT



Pelajar Universiti Industri Selangor yang masih lagi tidak mendapat kemudahan di kampus induk Bestari Jaya menimbang untuk mengadakan demonstrasi.Mereka menzahirkan rasa kecewa ekoran kegagalan pentadbiran UNISEL di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang sebelum ini dilihat gah menguwar-uwarkan memperjuangkan nasib mahasiswa di negara ini.Perkara itu diluahkan pelajar terbabit kepada Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam, Wan Ahmad Hazman Wan Daud.

Luahan mereka turut disuarakan dalam laman sosial Facebook dan Twitter berikutan jawatankuasa MPP UNISEL tidak mempedulikan mereka,sebaliknya berdiam diri bagi menjaga kepentingan universiti.Dianggarkan lebih 1,000 pelajar baru dan lama tidak mendapat kemudahan asrama dalam kampus sebaliknya ada ditempatkan di asrama tumpangan sementara yang agak jauh sekitar Ijok.Keadaan itu membebankan pelajar terutama yang tidak mempunyai pengangkutan selain menganiaya mereka yang sudah membuat pembayaran pendahuluan sebelum ini.Wan Ahmad Hazman berkata, apa yang berlaku itu membuktikan kerajaan negeri pimpinan pembangkang mementingkan agenda politik melebihi kebajikan pelajar.Malah katanya, mahasiswa semakin sedar kerajaan negeri pakatan pembangkang tidak dapat memenuhi harapan mereka khususnya dalam aspek pendidikan.

Sementara itu,pelajar Tahun Dua Diploma Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua universiti itu,Nazmin Abdul Ghafar berkata MPP universiti itu yang pro mahasiswa tidak membantu menyelesaikan masalah mereka,sebaliknya didakwa bersekongkol dengan pentadbiran universiti dan kerajaan negeri. - Antarapos

KANTOI !!! LEPAS UNISEL,KUIS PULA AKAN HANCUR BERKECAI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 07 Aug 2012 08:30 AM PDT


Belum pun kerajaan pakatan haram Selangor sempat memikirkan penyelesaian bagi masalah UNISEL,kini masalah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) pula timbul.Seperti juga UNISEL,KUIS sedang mengalami masalah kewangan yang semakin hari semakin meruncing dengan tiada jalan penyelesaian yang tuntas mahupun bantuan dari pihak kerajaan negeri.Tidak dapat dipastikan sama ada masalah ini timbul sejak pertukaran Rektor yang baru pada 2010,tetapi apa yang pasti KUIS tidak pernah mengalami masalah besar ketika pemerintahan BN di Selangor.Mungkin untuk menangani masalah kewangan ini,maka akhir-akhir ini,KUIS mewajibkan pelajar-pelajarnya tinggal di asrama dan sejak beberapa tahun kebelakangan, KUIS telah menaikkan kadar yuran asrama dengan kenaikan yang terlalu tinggi.Contohnya,asrama jenis D dengan 4 orang bagi 1 bilik yang sebelum ini berharga RM550 setiap seorang,kini meningkat menjadi RM700 seorang.Ada di antara asrama lain yang mana kenaikannya mencecah lebih RM1,000.Yuran pengajian KUIS juga meningkat saban tahun dan pernah mengalami peningkatan sebanyak 100%.Perkara ini pernah dibangkitkan oleh beberapa pihak kepada media pada penghujung tahun 2011 bagi menarik perhatian kerajaan Selangor agar menanganinya segera.Namun,sehingga kini,kerajaan Selangor terus menutup mata dan memekakkan telinga.

Akibatnya,keadaan semakin buruk sehingga menyebabkan ramai pelajar terpaksa bekerja separuh masa untuk menanggung kos yuran yang mahal serta sara hidup yang semakin tinggi.Ramai mahasiswa terpaksa menangguhkan pengajian atau berhenti akibat masalah kewangan yang melanda mereka.Justeru,ramai yang tertanya-tanya,inikah sikap kerajaan pakatan haram Selangor yang kononnya meletakkan pendidikan di tahap yang paling tinggi ??? Inikah rupa kerajaan pakatan haram Selangor yang memperjuangkan pendidikan percuma kepada semua ??? Inikah kerajaan yang kononnya bijak mentadbir kewangan negeri ???

Apabila ramai pelajar yang berhenti,pastinya pendapatan KUIS juga terjejas.Lebih buruk lagi,apabila pengambilan baru juga semakin berkurangan kerana ramai yang tidak sanggup dan tidak mampu untuk menanggung kos pembelajaran, sara hidup dan penginapan di Universiti tersebut.Oleh itu,bagi menampung kos operasi dan utiliti,KUIS cuba membebankan segala kos ke atas pelajar dengan menaikkan lagi yuran asrama dan sebagainya.Tindakan ini menyebabkan pengambilan pelajar berlipat ganda berkurangan sekali gus pendapatan KUIS juga berlipat ganda merosot.Ini menjurus kepada masalah yang berganda di mana kakitangan KUIS juga berada dalam risiko menghadapi masalah tidak menerima gaji dan sebagainya sepertimana yang telah berlaku di UNISEL dan tidak lupa juga KUIN,di Kedah.saya tidak faham kenapa kerajaan pakatan haram langsung tidak prihatin dengan Kolej-kolej Universiti di bawah seliaan mereka ???

Dengan wang yang begitu banyak seperti yang sering diwar-warkan mereka kepada rakyat,kenapakah mereka tidak dapat membantu KUIS,UNISEL atau KUIN di Kedah bagi memastikan pendidikan anak-anak muda kita tidak terjejas ??? Apakah kerajaan pakatan haram sebenarnya tiada wang ??? Atau tidak cukup bijak untuk mencari jalan penyelesaian untuk masalah ini ??? Atau sememangnya tidak peduli dengan isu pendidikan dan pelajaran untuk rakyat ??? saya merasa pelik apabila kerajaan pakatan haram Selangor boleh pula mengeluarkan wang untuk membayar kos guaman pemimpin pakatan haram yang didakwa di mahkamah.Pelik lagi apabila kerajaan pakatan haram Selangor sanggup bermewah dan berhabis untuk mengadakan program-program politik. Dan semua ini dibelanjakan mereka sebelum waktu kempen pilihanraya.Bayangkan,berapa banyak agaknya wang negeri yang mereka 'sediakan' untuk kempen pilihanraya nanti ???

Jika beginilah caranya pakatan haram ingin menarik undi,iaitu dengan menumpukan semua strategi,idea dan sumber kewangan untuk berpolitik dan bukan untuk rakyat,maka pakatan haram wajar lupakan saja Putrajaya.Hentikanlah berjanji mengenai pendidikan percuma atau apa saja, kerana ia bukan sahaja tidak pernah dipercayai, tetapi juga sudah tidak kelakar lagi. Pendidikan bukan perkara kecil,ia merupakan soal masa depan.Jika ini pun tidak dapat difahami,maka apa lagi yang boleh diharapkan dari kerajaan pakatan haram ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! VIDEO RAKAMAN AHLI PARLIMEN PKR HALAU ISTERI DARI RUMAH TERSEBAR !!!

Posted: 07 Aug 2012 05:00 AM PDT


Ianya merupakan rakaman yang membuktikan Ahli Parlimen PKR Kuala Langat telah menghalau isterinya dek kerana tidak bersetuju suaminya yang bertindak curang untuk berkahwin lagi.jom lihat video di bawah



Amat menyedihkan kerana insiden sepertimana yang dilihat menerusi video tersebut berlaku pada awal bulan Ramadhan.Benarkah PKR melahirkan pemimpin yang tinggi akhlak dan moral ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! SELEPAS LAJIM UKIN MASUK PKR,SAIFUDDIN ABDULAH AKAN IKUT SERTA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 07 Aug 2012 03:00 AM PDT


sila lihat gaya tangan pak pudin di atas,sama tak gaya anwar ibrahim ??? Semua sedia maklum parasit dalam UMNO dan kerajaan BN ini wujud kerana terpedaya dengan janji bulan dan bintang Anwar Ibrahim.Amatlah baik dan elok jika parasit-parasit ini berasa kepanasan berkat bulan seribu sujud Ramadan Al Mubarak.Ahli Majlis Tertinggi UMNO Beaufort isytihar sertai Anwar Ibrahim dalam agenda merampas Putrajaya Dan kini,kedengaran parasit bernama Saifudin Abdullah akan mengikut jejak langkah Lajim Ukin menjelang PRU13.


saifuddin didakwa selalu mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan pendirian Kerajaan Pusat dan berbau politik Pembangkang.adakah semua ini ada udang di sebalik batu ??? kepada pemimpin UMNO dan BARISAN NASIONAL,anda harus lihat semua ini.saya hanya menegur.

ANDA NAK LAGI ???

KLIK DI SINI


UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! HUTANG UNISEL MEMBONGKAR KETIDAKMAMPUAN PAKATAN HARAM !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 07 Aug 2012 01:17 AM PDT


Jika pada tahun 2009,kerajaan pakatan haram Selangor telah menunjukkan kelemahan dengan terpaksa memohon bajet tambahan sebanyak dua kali dalam masa enam bulan selepas bajet dibentangkan,ia mungkin disebabkan mereka tidak mempunyai pengalaman mengurus negeri.Tetapi apabila sudah hampir sepenggal memerintah dan kerajaan pakatan haram Selangor masih lagi melakukan kesilapan dan terlepas pandang di sana-sini,terutamanya dalam soal yang membabitkan pendidikan yang menjadi tonggak janji mereka kepada rakyat,maka tidak salah jika kita mengisytiharkan secara rasmi bahawa pakatan haram sememangnya tidak mampu dan tidak layak memerintah negeri,jauh sekali negara.BN 'melepaskan' Selangor kepada pakatan haram dalam keadaan negeri tersebut mempunyai simpanan berjumlah RM1.4 billion.Selangor merupakan negeri yang kaya dengan penjanaan ekonomi yang pesat saban tahun sejak dari pemerintahan BN sekian lama.Pada tahun ini pula,kerajaan pakatan haram Selangor mengumumkan simpanan berjumlah RM2.2 billion.Dengan itu,Khalid Ibrahim,Menteri Besar Selangor,dalam beberapa kenyataan medianya sering bermegah dengan kemampuan kepimpinannya menambah pendapatan negeri.Begitu juga dengan Azmin Ali dan beberapa pemimpin pakatan haram yang lain sering mendabik dada sebagai bijak mentadbir kewangan sehingga mampu menjanjikan pendidikan percuma kepada semua sekiranya mereka memerintah Malaysia.

Namun, hari ini terbuktilah sudah,jangankan mentadbir negeri,tetapi sebuah universiti pun mereka tak mampu.Jangankan memberi pendidikan percuma kepada lebih 600 buah pusat pengajian tinggi seluruh negara tetapi membayar kos penyelenggaraan dan asrama UNISEL dalam tempoh tidak sampai 2 tahun pun mereka tak mampu.Ini terjadi kerana kerajaan Selangor begitu berharap kepada yuran yang dibayar oleh pelajar untuk menampung semua kos yang terlibat dalam mengendali dan mengurus universiti itu tanpa mempunyai perancangan awal untuk mengatasi kekurangan bajet.Akibatnya,yuran yang dibayar oleh pelajar berjumlah RM15 juta kepada UNISEL tidak sampai ke tangan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab menguruskan kediaman dan penyelenggaraan asrama.Akibatnya,pejabat operasi JNSB ditutup pada ketika sessi pendaftaran bermula kerana kakitangan mereka tidak menerima gaji.Tentulah pelik sekali apabila pakatan haram memperjuangkan pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN kerana "mementingkan pendidikan" tetapi di masa yang sama "mengabaikan kepentingan pendidikan" sehingga membiarkan pelajar-pelajar UNISEL dan kakitangan JNSB menjadi mangsa.

Perkara yang hampir sama juga berlaku di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah yang ditadbir oleh kerajaan PAS sehingga membawa kepada demonstrasi menuntut perletakkan jawatan rektor setelah kecewa dengan kerajaan negeri yang tidak ambil peduli.Kegagalan kerajaan Selangor untuk mendahulukan simpanan negeri yang didakwa mereka sebagai banyak bagi menangani masalah UNISEL membuktikan bahawa PR tidak mengutamakan pendidikan.Sama ada ini benar ataupun sememangnya pakatan haram enggan membayar hutang kepada JNSB kerana berpegang kepada prinsip bahawa hutang tidak perlu dibayar sepertimana pendirian mereka dalam isu PTPTN.Atau mungkin juga kerajaan negeri sememangnya tidak ada wang dan segala apa yang diumumkan dalam bajet mereka hanyalah penipuan semata-mata.

Namun,ini juga tidak mungkin benar kerana kerajaan negeri Selangor telah mengesahkan akan menyumbangkan sejumlah RM500,000 untuk menampung kos guaman Rafizi Ramli dalam kes melanggar BAFIA Dan ini bukan kali pertama kerajaan negeri menyalahgunakan wang negeri untuk menampung kos guaman pemimpin atau wakil rakyat PR yang melanggar undang-undang. Sebelum ini, kerajaan negeri telah pun menanggung kos guaman ADUN Seri Muda yang dihadapkan ke mahkamah atas kes menghina Sultan.Menggunakan wang negeri untuk menanggung kes peribadi dan kes politik yang tiada kena mengena dengan rakyat sudah cukup untuk menunjukkan yang kerajaan negeri Selangor amatlah tidak bertanggungjawab sekali.Bukankah lebih baik wang ini digunakan bagi mengatasi masalah UNISEL dan masalah-masalah lain yang berkaitan secara langsung dengan hidup rakyat ???

Apa yang berlaku membuatkan rakyat semakin curiga dengan kerajaan negeri Selangor. Rata-rata menyatakan kehairanan kenapa Menteri Besar gagal menangani masalah yang sebegitu kecil, seperti bayaran hutang kepada kontraktor penyelenggaraan di sebuah universiti? Jawapan kerajaan negeri bahawa tumpuan diberikan kepada operasi universiti dan enggan menyusahkan diri dengan masalah penyelenggaraan asrama menunjukkan yang beliau langsung tidak prihatin dan menganggap perkara ini remeh.Justeru,saya ingin bertanya,siapa atau apakah 'rakyat' di mata pakatan haram ??? Babu ??? Hamba ??? Anjing yang hanya perlu mengikut cakap mereka ??? Apakah erti slogan pakatan haram 'Demi Rakyat' jika rakyat yang perlu berkorban 'Demi Pemimpin' ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...