PISAU.NET |
- Diambang Kemerdekaan,Sekali Lagi Jalur Gemilang Di Hina Pakatan.
- Hot Janji DiTaburi! Kerusi CM,Selepas Lajim,Anwar Tengah Deal Dengan Ghaffur Dan Bernard Dompok.
- Apa Komen Mat Sabu Berhubung Kebangkitan Di Syria?
- Kempen Save Maryam Amaran Umat Malaysia
- Kedah:Terpaksa Mencuri Kerana Lapar,Satu Lagi Bukti Negeri Berkebajikan Berjaya.
- Indah Menguning Di Pandang Mata...
Diambang Kemerdekaan,Sekali Lagi Jalur Gemilang Di Hina Pakatan. Posted: 07 Aug 2012 08:31 AM PDT |
Hot Janji DiTaburi! Kerusi CM,Selepas Lajim,Anwar Tengah Deal Dengan Ghaffur Dan Bernard Dompok. Posted: 07 Aug 2012 06:30 AM PDT Ini yang dikatakan pembelit dan kaki tabur janji. Mulanya Anwar berjanji untuk memberikan kerusi Ketua Menteri Sabah kepada Datuk Lajim jika PR menang nanti.Setelah Anwar menjanjikan jawatan kepada Lajim maka beliau berhasrat nak bertanding di DUN pula dan melepaskan kerusi parlimen Beufort nanti. Semua ini masih dalam proses rundingan bersama Anwar,Lajim bagaikan terpesona dengan janji dan tawaran Anwar. Beberapa nama besar pemimpin Sabah muncul dan sekarang ini dalam proses rundingan dengan Anwar. Walau pun ditentang oleh PKR Sabah,Namun Anwar tetap berdegil mahukan para pemimpin ini lompat parti. Imbuhan puluhan juta sudah disediakan,malah ada yang sudah ambil wang pendahuluan sebagai tanda untuk berunding sebelum dipersetujui terma dan syarat. Datuk Ghaffur Salleh turut berunding dengan Anwar pada ketika ini, apa yang digembar gemburkan akan ada berita baik dari Sabah apabila Datuk Ghaffur ada membawa 2 orang Ahli Parlimen dan 4 Adun Sabah berjumpa dengan Anwar. Apa yang menariknya dalam rundingan tersebut,Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghaffur Salleh tak bersetuju dan menentang hasrat Lajim. Katanya beliau tidak akan masuk PKR jika Lajim bertanding kerusi DUN Sabah.Sebelum ini dikhabarkan Anwar turut berjanji kepada Ghaffur untuk memberi kerusi Ketua Menteri.Amat malang kepada pimpinan pakatan yang sudah lama berjuang.. Untuk pengetahuan korang,sekarang ini Ghaffur sedang menunggu keputusan Anwar,12 Ogos ini Anwar akan ke Sabah. Menurut sumber di ibu pejabat PKR,Dikatakan beberapa pemimpin BN Labuan akan masuk PKR ini termasuk 1 orang Senator. Bernard Dompok juga masih dalam rundingan dengan Anwar, Berdasarkan maklumat Pisau,beliau tidak akan keluar BN dan masih didalam UPKO,Tetapi..beliau akan membawa UPKO keluar dari BN jika menang PRU13 atas tiket BN sertai PKR. Pisau kata " Rata rata yang nak lompat disebabkan sedar mereka tidak akan tersenarai sebagai calon,Transformasi politik Najib cukup pahit untuk ditelan" |
Apa Komen Mat Sabu Berhubung Kebangkitan Di Syria? Posted: 07 Aug 2012 03:00 AM PDT IB-Umum tahu kebangkitan rakyat Syria menentang kerajaan Baath Assad tidak disenangi oleh Iran. Malah terbaru, sejam yang lalu, Menteri Pertahanan Iran masih jelas berdiri teguh menyokong kerjaan zalim Assad dengan membantah bantuan luar kepada rakyat Syria:
Pendirian ini jauh berbeza ketika Amerika menyerang Iraq. Dan yang paling ketara ialah sokongan Iran terhadap puak-puak syiah yang membuat kacau bilau jalanan di Bahrain tahun lalu. Ini jelas pendirian yang double standard kerajaan Syiah Iran. Pencinta Islam kebanyakannya bersama menyokong kebangkitan rakyat dan pejuang Islam di Syria, namun Iran adalah satu-satunya negara yang kuat menyokong Assad. Suara beberapa pemimpin PAS nampaknya ramai yang menyokong pejuang Islam di Syria tetapi IB teringin hendak dengar pendirian Mat Sabu. Ramai yang mengaitkan Mat Sabu dengan fahaman Syiah. Malah seorang rakan IB pernah berkata beliau bersama Mat Sabu di Patani dan melihat sendiri Mat Sabu solat sujud atas batu yang menjadi amalan orang-orang Syiah. Malah ramai di kalangan pimpinan PAS sendiri yang tidak selesa dengan fahaman Syiah Mat Sabu. Presidennya sendiri pernah dipetik berkata tidak mahu biarkan Mat Sabu untuk mempengerusi mesyuarat parti dan akan cuba berusaha untuk mempengerusikannya sendiri. IB pernah menulis berhubung perkara ini (klik) Tetapi orang-orang Syiah, mereka ada senjata istimewa. Mereka boleh berbohong. Amat istimewa kerana bila berbohong (takiyyah) terhadap orang-orang ahli sunnah itu mereka dapat pahala. Pisau kata " khawarij PAS kata takiyyah tu bohong sunat" |
Kempen Save Maryam Amaran Umat Malaysia Posted: 06 Aug 2012 11:00 PM PDT Pisau senaraikan ketakutan umat Islam di Malaysia dek kerana kebobrokan politik hingga kalangan haiwan politik sanggup menghalalkan cara asalkan matlamat mereka tercapai. 1.Di Malaysia jika kita bercakap atau mempertahankan akan hak dan kepentingan umat Islam akan dituduh sebagai rasis dan kebencian agama. 2.Di Malaysia jika kita mempertahankan hak umat Islam yang termaktub didalam perlembagaan akan dianggap melanggar hak asasi manusia. 3.Di Malaysia jika kita mempertahankan nama Allah akan dianggap sebagai zalim dan tidak mengormati agama lain. 4.Di Malaysia ,Pemimpin PAS dan PKR mempertahankan penggunaan nama Allah didalam kitab Bible berbahasa melayu hanya mahukan undi. 5.Di Malaysia yang dikatakan alim ulama,berjubah dengan gelaran gelaran hebat menghalalkan Al-Quran dilacurkan atas kepentingan politik. 6.Di Malaysia pemimpin PAS menuduh umat Islam sebagai paranoid apabila bercakap dan menyuarakan kebimbangan gerakan kristianisasi Evengelis. 7.Di Malaysia,ada yang disaman kerana mempertahankan kalimah Allah. 8.Di Malaysia,adalah menjadi satu kesalahan di mata pakatan pembangkang apabila ada pihak yang mempertahankan hak umat Islam dan dituduh sebagai jahil dan tidak berfikiran terbuka. 9.Di Malaysia ,Umat Islam menjadi takut untuk pertahankan agama sendiri kerana tidak mahu dilabelkan sebagai anti pakatan rakyat. 10. Di Malaysia, ada pemimpin wakil rakyat dibuang daripada partinya kerana mempertahankan agama dan hak umat Islam. Pisau kata " kita tak halang hak orang lain untuk mengamalkan adat dan kepercayaan masing masing, kita hanya mahukan hak dan kepentingan umat Islam dipelihara" Pada hemat saya, melihat situasi Indonesia dahulu dan kini, perkara ini tidak mustahil boleh berlaku. Rakan laman muka buku saya menceritakan gerakan Kristian di sana amat hebat dan berkesan. Antara faktornya adalah (i) kadar kemiskinan yang tinggi boleh menyebabkan orang menjual akidah, (ii) tidak ada perlindungan terhadap Islam dalam perlembagaan, (iii) tidak ada program yang tersusun yang serius untuk menyelamat akidah umat Islam, (iv) saiz negara yang begitu besar, mempunyai lebih 13,000 pulau, menyebabkan sukar untuk dikawal jika mengamalkan sistem demokrasi, (v) agama Islam hanya tinggal pada nama dalam Pancasila, (vi) nama dan cara hidup sudah tidak membezakan antara Islam dengan Kristian, (vii) kebebasan media yang keterlaluan, (viii) tidak ada tindakan dilakukan jika ada usaha untuk memurtadkan orang Islam, (ix) membenarkan perkahwinan antara agama dan sebagainya. Indonesia dikenali sebagai negara berpenduduk terbesar Islam di dunia. Dahulunya, lebih 90 peratus penduduknya beragama Islam. Kini hanya 200 juta sahaja yang beragama Islam, daripada 240 juta jumlah keseluruhan. Mengikut jangkaan, jika sesuatu tidak dilakukan, pada 2035, Indonesia akan menjadi negara majoriti Kristian. Jika perkara ini berlaku, ini satu ancaman besar kepada negara Islam kecil seperti Malaysia. Apatah lagi, negara semut ultra kiasu di selatan tanah air yang dahulunya milik Tanah Melayu, sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengambil kesempatan. Gerakan Kristianisasi tidak kurang hebatnya di sini. Apa yang berlaku di Indonesia ini, cuba dipraktikkan di sini atas nama hak asasi manusia. Kita bernasib baik kerana terdapat perlindungan terhadap Islam dan perlembagaan. Saya amat berharap kerajaan Malaysia sensitif dengan perkara ini, walaupun ada pihak yang sinis, mengatakan, kenapa kita terlalu takut dengan Kristianinasi, bukankah menjadi tanggungjawab mereka menyebarkan agamanya? Jawapannya, negara kita berbeza dengan negara lain dan perlu mesti bersedia berhadapan dengan perancangan tersusun dan licik orang lain. Persediaan akidah yang mantap, kekuatan pertahanan dan keselamatan hendaklah dilakukan serentak. Firman ALLAH SWT yang bermaksud: "Dan bersedialah untuk menghadapi mereka (musuh Islam) dengan segala jenis kekuatan yang termampu, daripada kuda perang yang ditambat untuk menggerunkan musuh ALLAH dan musuh kamu serta musuh selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedangkan ALLAH mengetahuinya. Apa sahaja kamu nafkahkan pada jalan ALLAH, nescaya akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dizalimi" (Surah Al-Anfal : 60) Mereka mempunyai kewangan yang mantap dari seluruh dunia. Nusantara Melayu adalah sasaran utama mereka, setelah mereka dilihat seolah-olah telah 'gagal' dalam perancangan dakwahnya di barat kerana Islam lebih mendapat tempat di sana. Maka tidak hairanlah begitu ramai bangsa saya yang memeluk agama Kristian. Inilah yang berlaku di Indonesia. Inilah juga perancangan jahat InterFaith Commission (IFC) dengan 14 tuntutannya, yang mahukan kerajaan mengiktiraf mereka. Ingatlah wahai saudara ku, orang Indonesia itu juga adalah saudara kita. Selamat mereka, selamatlah kita. Kita tidak boleh berpeluk tubuh. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim lainnya, tidak menzalimi atau mencelakakannya. Barang siapa membantu keperluan saudaranya sesama Muslim dengan menghilangkan satu kesusahan darinya, nescaya ALLAH akan menghilangkan darinya satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan pada hari kiamat. Dan barang siapa menutupi aib seorang Muslim, nescaya ALLAH akan menutup aibnya pada hari kiamat" (Riwayat Bukhari). Bagaimana pula nasib dan hak pembantu rumah Indonesia beragama Islam yang bermajikan mereka yang bukan Islam? Bayangkan jika proses Kristianisasi berlaku, apakah tidak mungkin pembantu rumah ini menjadi murtad? Pihak imigresen perlu melakukan sesuatu. Jika tidak, kita juga dianggap bersubahat. Akhirnya, marilah kita memberi sumbangan (sedekah) sebanyak mungkin kepada umat Islam di sana untuk mengadakan televisyen Islam dan menyokong segala usaha menyelamatkan akidah umat Islam. Pisau kata "korang jangan lupa melawat www.savemaryam.com " |
Kedah:Terpaksa Mencuri Kerana Lapar,Satu Lagi Bukti Negeri Berkebajikan Berjaya. Posted: 06 Aug 2012 06:00 PM PDT Ini satu lagi contoh negeri berkebajikan PAS di Kedah, hinggakan masih ada lagi rakyatnya terpaksa mencuri kerana terlalu lapar. Menyedihkan apabila jemaah masjid menghalau lelaki ini hanya kerana dia mahu makan. Apa salahnya memberi dia makan kueh barang sepotong dua,bukankah memberi makanan kepada yang memerlukan satu perbuatan yang amat mulia apatah lagi fakir yang kelaparan. Nampak gaya kariah masjid ini terlepas peluang untuk mencari keredhaan Allah dibulan ramadan. Malang dan teramat memalukan buat umat Islam di Kedah. Lagi bertambah malang dan memalukan untuk umat Islam di Kedah apabila seorang insan yang mulia berketurunan cina pula prihatin tampil untuk memberi bantuan. Institusi masjid sudah hilang peranan dalam membantu masyarakat sekeliling sebaliknya sudah menjadi tempat berkubang para khawarij yang gila dan sibuk berpolitik siang dan malam. Bantulah mereka yang memerlukan tanpa mengira warna kulit,bangsa atau agama. KULIM - Tiada siapa di antara manusia yang mahu hidup tanpa tempat berlindung. Kepada yang berfikiran waras tentu sekali tidak mahu memilih jalan hidup sebegitu.Klik PAS Malu Cina Bantu Bina Masjid Pisau kata "jadikan teladan" |
Indah Menguning Di Pandang Mata... Posted: 06 Aug 2012 02:28 PM PDT |
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment