UMNO Online - “‘Asean Way’, Principle Of Non-Interference Has Been Fruitful – Najib” plus 9 more |
- ‘Asean Way’, Principle Of Non-Interference Has Been Fruitful – Najib
- Wisma Putra To Promote Awareness On Asean
- K’jaan Tanggung 90 Peratus Belanja Pendidikan Tinggi – Saifuddin
- Setuju Saranan Umat Islam Tidak Sokong DAP – Fathul Bari
- BNYCT Medium Anak Muda Koordinasi Gerak Kerja Siber Dalam Penyaluran Maklumat BN
- Tiga Tema Berbeza Bukti Semangat Nasionalisme Pakatan Pembangkang Makin Tumpul
- Haram Undi DAP Bukan Cakap Politik Tapi Dalil Al-Quran
- Najib To Break Fast In Kuching Friday
- ‘Cara ASEAN’, Prinsip Tidak Campur Tangan Buahkan Hasil – Najib
- 3,144 Civil Defence Dept Members For “Ops Bantu V” This Raya
‘Asean Way’, Principle Of Non-Interference Has Been Fruitful – Najib Posted: 08 Aug 2012 01:07 AM PDT KUALA LUMPUR, Aug 8 – The ‘Asean Way’, based on consensus and the principle of non-interference, has been fruitful as proven by the process of democracy that has started in Myanmar, said Datuk Seri Najib Tun Razak. Saying that the ‘Asean Way’ had also been featured in other instances, the Prime Minister said these included the approach adopted by Malaysia in resolving the claims of neighbouring countries, that could be settled amicably. “Although Asean still holds strongly to the principle of non-interference, the Asean mechanisms centred on what is described as the ‘Asean Way’ enabled various sensitive and complex issues to be resolved through negotiations,” he said. In his special message in conjunction with the 45th Asean Day celebration which was aired last night, Najib pointed out that the Asean principle of non-interference had proven to be effective in maintaining peace and stability in the South-east Asian region. He said all the positive factors resulting from the non-interference principle had been adopted in the best manner possible by the leaders of the member countries to draw up various initiatives and development plans to enhance the standard and quality of life of the people. “It’s obvious that the existence of Asean has provided a catalyst in narrowing down the gap in the socio-economic development between the countries in this region,” Najib said. Recalling the events faced by Asean since its formation, he said Asean’s capability to become the regional political framework to preserve peace and stability in the region had frequently be doubted. According him, the effectiveness of Asean’s efforts had been questioned because of its principle of non-interference in the internal affairs of its member countries which had been described as not effective in resolving conflicts in the region. “However, despite the criticism, the Asean mechanism has been proven to be effective in preserving peace, stability and prosperity in the region. Thus, it is not surprising that the organisation that began with only five member nations in 1967, has expanded to 10 member countries,” he said. The Prime Minister pointed out that the active participation of the dialogue partners during meetings and conferences at the Asean level represented a recognition by the international community of the ability and potentials of Asean itself. |
Wisma Putra To Promote Awareness On Asean Posted: 08 Aug 2012 01:06 AM PDT PUTRAJAYA, Aug 8 – Wisma Putra will work closely with all diplomatic missions, ministries and agencies, civil society, government and non-governmental organisations, the private sector, universities and schools to promote awareness on Asean. Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman said Malaysia would take the chairmanship of Asean in 2015, which would coincide with the establishment of the Asean Community. “We hope that with your support, Malaysia’s chairmanship of Asean will be a success,” he said at the 45th Asean Day flag-hoisting ceremony at Wisma Putra, here, today. His speech was read out by his deputy, Kohilan A. Pillay. Anifah said Asean leaders had embarked on an ambitious agenda of establishing an Asean Community by 2015, to create a region that is well integrated comprising three pillars, namely political-security cooperation, economic cooperation and socio-cultural cooperation. “It is also an ambition of seeing Southeast Asian nations bonded together in partnership of dynamic development and in a community of caring societies, committed to upholding cultural diversity and social harmony,” he said. Therefore, Anifah said, Asean’s theme this year under the chairmanship of Cambodia, “One Community, One Destiny” symbolised Asean’s determination in heading towards its shared destiny through the Asean Community. “It also signifies our willingness to work together in implementing all the three blueprints, namely the Asean Political-Security Community (APSC), Asean Economic Community (AEC) and Asean Socio-Cultural Community (ASCC) by 2015,” he said. Anifah said Asean had to face numerous challenges and one of the greatest hurdles was connectivity, which had to be faced collectively. “Asean must focus on its efforts to create people-to-people connectivity. Asean’s connectivity agenda under the Master Plan on Asean Connectivity fully recognises the challenges confronting Asean, particularly in physical, institutional and people-to-people connectivity. “To that effect, Asean is currently working very hard to ensure the objectives under the Master Plan are fulfilled,” he said. Anifah also said that Asean had become a very cohesive and united organisation to remain focused on its objectives, especially regional cooperation in various fields. “We have learnt to be pragmatic, adaptive and flexible in dealing with an ever-changing global, political and economic landscape. This is evident by Asean’s success in making the region as one of the most dynamic in the world,” he said. |
K’jaan Tanggung 90 Peratus Belanja Pendidikan Tinggi – Saifuddin Posted: 08 Aug 2012 01:01 AM PDT TEMERLOH, 8 Ogos – Kerajaan menanggung 90 peratus daripada kos pengajian tinggi rakyat negara ini, sekali gus menjadikan Malaysia satu-satunya negara yang menyediakan peruntukan besar untuk kos pendidikan. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata subsidi itu meliputi pengajian di dalam dan luar negara. “Sebenarnya, pelajar di peringkat pengajian tinggi hanya menanggung kos sebanyak 10 peratus sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Wang Pendahuluan Pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 832 pelajar kawasan Parlimen Temerloh, di sini. Beliau berkata komitmen itu menunjukkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional bersungguh-sungguh untuk memajukan bidang pendidikan bagi melahirkan lebih ramai rakyat berilmu untuk mewarisi kepimpinan negara. “Menerusi PTPTN misalnya, kerajaan telah memberikan pinjaman pendidikan dan biasiswa kepada kira kira 1.94 juta pelajar pelbagai kaum membabitkan peruntukan lebih RM44 billion setakat ini,” katanya. Saifuddin yang juga Anggota Parlimen Temerloh berkata parti pembangkang di Malaysia hanya tahu mengkritik tanpa pernah berfikir secara rasional mengenai apa yang dilakukan kerajaan selama ini demi kesejahteraan rakyat, bangsa dan negara. |
Setuju Saranan Umat Islam Tidak Sokong DAP – Fathul Bari Posted: 08 Aug 2012 12:58 AM PDT KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Sekretariat Ulama Muda Malaysia bersetuju dengan saranan seorang tokoh agama di Tumpat, Kelantan supaya umat Islam tidak menyokong DAP kerana mendakwa parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam. Pengerusi jawatankuasa kerja sekretariat tersebut Fathul Bari Mat Jahaya berkata umat Islam perlu berfikir dan bermuhasabah sebelum membuat pilihan agar tidak memilih berlandaskan nafsu atau dendam yang membawa padah buruk. “Apa yang saya dapat lihat, agenda DAP berbeza dengan MCA dan MIC kerana mereka ini digolongkan sebagai bukan kafir harbi yakni tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya,” katanya mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa’amah semalam bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa. Gesaan itu adalah ekoran pendirian parti PAS untuk terus bekerjasama dengan DAP sedangkan pengerusi DAP Karpal Singh berkeras supaya PAS menggugurkan niat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam. Fathul Bari meminta rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam meneliti semula sejarah penubuhan parti PAS, UMNO dan DAP supaya dapat memahami pendekatan yang dibawa setiap parti. "Allah telah mengurniakan akal serta fikiran, jadi kita perlu memanfaatkan kurniaan itu dan tidak mensia-siakannya,” katanya kepada Bernama hari ini. Tambahnya umat Islam perlu mendidik golongan bukan Islam serta mendekatkan diri dengan mereka agar golongan ini menerima maklumat yang tepat mengenai dakwah Islam yang suci dan murni. Sementara itu, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) Ismail Mina Ahmad berpendapat umat Islam dilarang sama sekali menyokong mana-mana parti atau pertubuhan yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam. “Sesiapa yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam maka secara syarak, umat Islam dilarang menyokong golongan ini yang digolongkan sebagai kafir harbi. “Mereka ini merupakan golongan yang boleh membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta umat Islam amnya,” katanya. Ismail berkata penolakan ini bukan berlandaskan perasaan namun ia disebabkan penentangan parti tersebut serta bercanggah dengan kedudukan Islam yang dijamin oleh Perlembagaan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara. “Jangan cemari kesucian Islam semata-mata kepentingan politik, di mana tanggungjawab kita sebagai pembela agama yang dipertanggungjawab memartabat syiar Islam,” katanya. |
BNYCT Medium Anak Muda Koordinasi Gerak Kerja Siber Dalam Penyaluran Maklumat BN Posted: 08 Aug 2012 12:55 AM PDT KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (Pemuda BN) hari ini melancarkan BN Youth Cyber Team (BNYCT) sebagai sebuah badan sukarelawan untuk generasi muda bersama Pemuda BN dalam menyampaikan maklumat melalui media sosial atau media baru ini. Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, dengan penubuhan BNYCT ini dapat mewujudkan satu gelombang di mana maklumat daripada pihak BN dapat disampaikan kepada masyakat umum terutamanya kepada generasi muda dengan lebih cepat dan lebih tersusun daripada apa yang ada pada hari ini. "Kita terima hakikat bahawa hari ini, kebanyakan daripada generasi muda walaupun masih lagi bergantung kepada media arus perdana, tetapi ada trend yang menunjukkan bahawa mereka juga mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber yang berkait rapat dengan media sosial. “Kita mestilah memastikan pendapat dan pandangan penyokong BN dan Pemuda BN serta sediakan saluran yang mudah kepada mereka mewujudkan rangkaian atau ekosistem tersebut," ujarnya kepada media selepas melancarkan BN Youth Cyber Team di Dewan Seri Endon, PWTC, hari ini. Jelasnya, Pemuda BN tidak meletakkan apa-apa sasaran dalam masa terdekat tetapi berharap dan yakin lebih ramai generasi muda akan menyertai BNYCT sebab ianya berbeza dengan cybertrooper, misalnya UMB kerana kerja mereka berperang khususnya dengan pihak pembangkang sebaliknya BNYCT lebih kepada pandangan, pendapat dan penyampaian maklumat tanpa terlibat dalam peperangan siber. "Ini lebih kepada kita membina rangkaian supaya wujud gelombang yang memberikan maklumat dan fakta jika menjawab apa-apa isu, tanpa kita berperang dengan pihak pembangkang, sudah memadai kita memberikan fakta dan maklumat dalam menjawab isu-isu yang ditimbulkan pembangkang. Ini cara kita jawab persoalan yang ditimbulkan pembangkang. “Jika kita dapat mewujudkan gelombang ini, saya rasa dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang, maklumat di dalam alam siber ini tidak akan dimonopoli, tidak akan didominasi pembangkang seperti mana yang berlaku pada tahun 2008 dan keputusan pilihan raya itu akan lebih mencerminkan kedudukan sokongan yang sebenar, pada saya lebih memihak kepada BN," ujarnya yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. – MediaUMNO |
Tiga Tema Berbeza Bukti Semangat Nasionalisme Pakatan Pembangkang Makin Tumpul Posted: 08 Aug 2012 12:48 AM PDT KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Tindakan pakatan pembangkang yang mengumumkan mereka akan menggunakan tiga tema berbeza untuk sambutan Hari Kebangsaan melibatkan negeri-negeri dalam pentadbiran mereka secara jelas melambangkan niat buruk dan tumpulnya semangat nasionalisme dalam diri mereka. Penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr Ramlah Adam menjelaskan bahawa tema hari kebangsaan bukanlah satu permainan politik yang wajar untuk dipolemikkan sebaliknya ia adalah entiti sebuah negara dalam pentadbiran sesebuah kerajaan dan di Malaysia, Barisan Nasional (BN) yang mentadbir kerajaan. "Tidak pernah berlaku dalam negara sejak kemerdekaan dicapai 55 tahun lalu apabila negeri mempunyai tema hari kebangsaan yang berbeza dengan sambutan di peringkat kebangsaan apatah lagi ia melibatkan tiga tema berbeza untuk empat buah negeri," katanya kepada UMNO-Online. Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memaklumkan , Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' dan Kelantan pula akan menggunakan tema 'Menerajui Perubahan' manakala tema untuk sambutan di Kedah ialah 'Terus Berbakti'. "Pakatan pembangkang tidak menerima dasar kebangsaan yang telah dilakukan oleh kerajaan Pusat dengan mewujudkan tiga tema berbeza sedangkan ini bukan perkara main-main sebaliknya tema ini adalah nilai satu integriti Malaysia dalam satu negara dan menjadi cermin bangsanya ke peringkat antarabangsa. "Pakatan pembangkang ini terlalu dikotori dengan agenda politik sehinggakan tema hari kebangsaan yang sewajarnya dapat melambangkan kesatuan dan kejituan dalam rakyat Malaysia juga menjadi bahan propaganda," katanya. Tambah beliau, tema ini bukan melibatkan mana-mana parti politik sebaliknya ia berkait dengan nilai kemerdekaan negara yang telah dicapai dan apa pengisian-pengisian yang berlaku sepanjang tempoh itu dan dalam hal ini kerajaan pusat mengaitkan dengan janji-janji kepada rakyat yang telah ditunaikan. "Sesiapa pun pasti tidak pernah terfikir bahawa akan wujud pelbagai tema membabitkan negeri-negeri yang berbeza kerana perbezaan tersebut sebenarnya akan mengundang masalah yang besar kepada negara khususnya melibatkan perpaduan yang terpecah dan juga wujudnya semangat kenegerian antara satu sama lain. "Tema ini adalah semangat kebangsaan sebagai sebuah negara bersempena hari kemerdekaan maka tentunya sifat patriotik dan cintakan tanah air akan tercetus tanpa ada perbezaan antara negeri-negeri yang ada dalam negara ini," katanya. Ujar beliau, apabila wujudnya tema yang berlainan antara beberapa negeri yang mana ia bertentangan pula dengan tema peringkat pusat maka ia secara tidak langsung akan mewujudkan sifat individualistik, semangat kenegerian dan menggalakkan perpecahan kerana tiap-tiap negeri tidak bersatu atas semangat nasionalisme. "Patutnya pakai satu tema saja dan ikut apa yang dicadangkan di peringkat Pusat kerana ia tidak berkaitan dengan mana-mana idealogi politik apatah lagi tema yang pelbagai ini akan memecahkan kelancaran pengurusan antara negeri dan pusat yang secara tidak langsung menanamkan proses benci kepada Pusat . "Jika diteruskan juga tindakan sedemikian, maka kesannya amat buruk iaitu mendalamkan perpecahan rakyat lantaran fahaman politik yang berbeza dan sekiranya penguasaan pakatan pembangkang berterusan maka akan mewujudkan permusuhan antara kerajaan Pusat dan negeri terbabit." Terang beliau lagi, dari sudut psikologi cadangan tema yang berbeza-beza ini boleh mendorong kepada pemisahan antara negeri dengan negara ini sebagaimana yang pernah berlaku apabila Kelantan mencadangkan untuk keluar dari Malaysia dan Pulau Pinang sendiri yang pada mulanya enggan menyertai Persekutuan. "Inilah natijahnya apabila merasakan diri terlalu kuat maka akan menjejaskan perpaduan dan menggalakkan kepada jurang perpecahan yang sangat besar," katanya lagi . – MediaUMNO |
Haram Undi DAP Bukan Cakap Politik Tapi Dalil Al-Quran Posted: 08 Aug 2012 12:35 AM PDT KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Kenyataan bahawa haram dan berdosa kepada umat Islam menyokong DAP bukanlah suatu kenyataan politik kerana apa yang dinyatakan itu berlandaskan kepada dalil yang dalam al-Quran. Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu, Ustaz Kamal Saidin menyatakan demikian bagi menyokong kenyataan pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah bahawa umat Islam tidak boleh menyokong mereka yang bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menentang Islam secara terang-terangan. "Sudah jelas apa yang dinyatakan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa partinya menentang cadangan Pas untuk menubuhkan negara Islam di negara ini dan meminta Pas mengugurkan hasrat itu jika mereka ingin terus bekerjasama dalam pembangkang. "Apa yang dinyatakan oleh Tok Guru Abdullah adalah berasaskan kepada ayat al-Quran dari surah al-Muntahanah ayat 9 : إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ `Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.' Berdasarkan kepada ayat al-Quran itu jelaslan bahawa umat Islam tidak dibenarkan menyokong mereka yang menentang Islam," katanya kepada UMNO-online. Menurutnya, pemimpin Pas perlu sedar dengan apa yang dilakukan sekarang, jangan disebabkan terlalu taksub kepada politik sehingga mereka sanggup menafikan apa yang dinyatakan di dalam al-Quran. Mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamad Daud bahawa bekerjasama dengan DAP dibolehkan kerana hukum itu boleh berubah mengikut keadaan dan waktu tertentu, Ustaz Kamal menyifatkan bahawa pemimpin Pas sanggup melakukan apa sahaja demi untuk merelakan politiknya. "Kita tidak harus jadi dangkal kerana politik, apakah hukum yang berlandaskan al-Quran itu boleh diubah, apa yang dinyatakan itu berdasarkan ayat al-Quran bukannya sesuatu yang direka sendiri, seperti dilakukan oleh segelintir pemimpin yang membuat fatwa hanya untuk kepentingan politik," katanya. Ustaz Kamal berkata, hubungan dalam Barisan Nasional dengan mereka bukan Islam adalah berbeza dengan DAP, mereka tidak pernah menolak Islam seperti apa yang dilakukan secara terang-terangan oleh DAP. "Parti komponen Barisan Nasional seperti MCA dan MIC tidak pernah menolak Islam seperti DAP, sebab itu boleh bekerjasama dengan mereka, malah perkara itu turut dinyatakan oleh al-Quran dalam al-Muntahanah ayat 9 : لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ `Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.' "Ayat berkenaan jelas menunjukkan kita boleh berbaik dengan orang yang tidak menentang agama kita, bukannya seperti DAP," katanya. Beliau berharap pemimpin-pemimpin Pas perlu menerima kenyataan dengan apa yang dinyatakan dan jangan membuat kenyataan sehingga mengelirukan umat Islam hanya kerana kepentingan politik sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam. – MediaUMNO |
Najib To Break Fast In Kuching Friday Posted: 07 Aug 2012 11:47 PM PDT KUCHING, Aug 8 – Datuk Seri Najib Tun Razak is scheduled to fly into Kuching on Friday to join local dignitaries and the people at a breaking-of-fast at the State Legislative Assembly building in Petra Jaya here. Organising chairman Datuk Misnu Taha, who is also the deputy state secretary, said today the prime minister and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor, would be accompanied by Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud and his wife, Puan Sri Raghad Kurdi Taib. Also attending will be state ministers and assistant ministers, members of Barisan Nasional (BN) component parties, community leaders, and heads of state and federal departments. Najib and Taib are expected to address the gathering and hand over donations to the less fortunate at the event, Misnu said. The prime minister is expected to fly to Sabah the following day. |
‘Cara ASEAN’, Prinsip Tidak Campur Tangan Buahkan Hasil – Najib Posted: 07 Aug 2012 11:38 PM PDT KUALA LUMPUR, 8 Ogos – ‘Cara Asean’ (the Asean Way) yang berasaskan permuafakatan serta prinsip tidak campur tangan pertubuhan itu telah membuahkan hasil seperti yang dibuktikan dengan proses demokrasi yang bermula di Myanmar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Sambil berkata ‘Cara Asean’ itu juga ditonjolkan dalam peristiwa-peristiwa lain, Perdana Menteri menjelaskan ini termasuk pendekatan yang diambil Malaysia dalam menyelesaikan tuntutan-tuntutan antara negara-negara jiran iaitu ia boleh diselesaikan dengan baik. “Biarpun Asean masih berpegang teguh kepada prinsip tidak campur tangan, mekanisme-mekanisme Asean yang berpaksikan apa yang disebut sebagai 'The Asean Way' atau 'Cara Asean' membolehkan pelbagai isu yang disifatkan sebagai sensitif dan kompleks diselesaikan di meja perundingan,” katanya. Dalam perutusan khas beliau sempena sambutan Hari Asean ke-45 yang disiarkan RTM malam tadi, Najib menegaskan bahawa prinsip tidak campur tangan Asean terbukti berkesan dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan rantau Asia Tenggara. Menurutnya, segala faktor positif yang terhasil telah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para pemimpin negara anggota untuk merencana pelbagai inisiatif dan pelan pembangunan ke arah meningkatkan taraf dan kualiti hidup warganya. “Jelas, kewujudan Asean menjadi pemangkin dalam merapatkan jurang perbezaan tahap pembangunan sosio-ekonomi antara negara-negara di rantau ini,” kata Najib. Mengimbau liku-liku yang dihadapi Asean sejak penubuhannya, beliau berkata kemampuan Asean untuk menjadi kerangka politik serantau bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini sering diragui. Menurutnya, keberkesanan gerak kerja Asean dipersoal kerana pegangannya kepada prinsip tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggota yang disifatkan kurang efektif dalam mengatasi konflik di rantau ini. “Namun, di sebalik kritikan itu, mekanisme Asean ini terbukti berkesan dalam mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara di rantau ini. Justeru, tidak hairanlah pertubuhan yang bermula dengan lima anggota sahaja pada 1967 telah berkembang kepada 10 negara anggota,” katanya. Perdana Menteri menarik perhatian bahawa penglibatan aktif negara-negara rakan dialog semasa mesyuarat dan persidangan peringkat Asean merupakan pengiktirafan masyarakat dunia kepada kemampuan dan potensi Asean itu sendiri. Najib berkata isu-isu berkepentingan bersama seperti keselamatan, penyeludupan dadah, anti-keganasan dan alam sekitar dapat dibincang dan ditangani secara bersama bagi mendapatkan penyelesaian terbaik. Menurutnya lagi, Asean kini merupakan antara rantau paling dinamik di dunia, dan dengan saiz pasaran lebih 500 juta penduduk dan GNI (Pendapatan Negara Kasar) terkumpul bernilai US$2.15 trilion, Asean adalah pertubuhan yang telah mencapai kejayaan membanggakan dan penuh dengan potensi masa depan. Asean, katanya, diperkukuh dengan termeterainya Piagam Asean yang telah mentransformasikan pertubuhan itu kepada sebuah entiti berlandaskan peraturan selain mempergiat lagi integrasi dan kesalinghubungan antara negara anggota dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan. “Asean sentiasa peka kepada perubahan zaman. Asean prihatin bahawa ia perlu terus relevan dengan aspirasi warganya. Bertitik-tolak kesedaran inilah pemimpin-pemimpin Asean telah melancarkan Agenda Kesalinghubungan Asean pada 2010,” katanya. Sambil menjelaskan agenda itu bertujuan memastikan Asean dapat dihubungkan melalui jaringan pengangkutan dan komunikasi, Najib berkata: “Bayangkan kemungkinan yang ada jika segala produk dari negara-negara Asean dapat bergerak dengan mudah dari satu negara ke negara lain,” katanya. Beliau turut menarik perhatian bahawa Asean kini di peringkat akhir untuk menghasilkan Deklarasi Hak Asasi Manusia yang bakal digunakan negara anggota dalam memelihara hak asasi manusia di rantau ini. “Saya yakin bahawa kematangan hubungan antara negara anggota Asean dengan berpegang kepada konsep Kepusatan Asean yang ditunjangi semangat kebersamaan Asean, permasalahan-permasalahan sebegini pasti akan dapat diselesaikan dengan baik,” katanya. Dalam pada itu, Najib berkata kerajaan Malaysia akan terus mempergiat usaha membawa Asean kepada rakyatnya melalui pelaksanaan program seranta yang memberi fokus kepada memperkenal sejarah, sistem nilai, budaya dan kepentingan Asean. “Hanya dengan kefahaman mendalam mengenai pertubuhan ini maka warga Asean terutama golongan belia akan dapat menghargai peri mustahaknya,” jelasnya. Beliau turut menyarankan semua negara anggota dan warga Asean supaya terus gigih berusaha bagi melaksanakan pelan strategik dalam semua lapangan seperti yang telah dirancang. “Insya Allah, dengan berpandukan kepada Piagam Asean dan sokongan padu dan kesepakatan semua pihak, kita akan dapat merealisasikan Komuniti Asean menjelang 2015,” katanya. |
3,144 Civil Defence Dept Members For “Ops Bantu V” This Raya Posted: 07 Aug 2012 09:31 PM PDT KUALA LUMPUR, Aug 8 – In conjunction with the upcoming Aidilfitri celebration, 3,144 members of the Civil Defence Department Malaysia (JPAM) will be on duty for “Ops Bantu V” from Aug 16 to 26. In ‘Ops Bantu’, the JPAM members provide humanitarian services during the festive period along the federal and state roads with high accident rates. In a statement, JPAM said “Ops Bantu V” this time would be extended to Sabah and Sarawak. “This means, all 14 JPAM state and 71 district offices will be involved, covering 72 patrol routes. “Overall, ‘Ops Bantu V’ will also involve 124 patrol vehicles comprising 71 four-wheel-drive vehicles and 53 motorcycles, besides 111 ambulances on standby at the JPAM Operations Control Centre,” the statement said. ‘Ops Bantu’ will operate 16 hours a day with two work shifts – 8am to 4pm and 4pm to midnight. Among the duties in “Ops Bantu” are responding to emergency calls and providing first aid, patrolling the federal and state roads, assisting with minor repairs during vehicle breakdowns and in smoothening traffic flow. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment