PISAU.NET |
- Paranoid BN, Regim DAP Arah Buang Bendera
- Janji Ditaburi Pembangkang Cecah RM200 Bilion, Bakal Bankrapkan Negara
- Perbezaan Dua Kepimpinan Melayu Di Kedah.
- Akhil Hayy Dedah PAS Pergunakan Artis Untuk Kempen Politik!
- Laporan Tahunan MPPP Tidak Didedahkan Sembunyi Skandal sPICE RM1billion?
- Sukan dan perpaduan adalah pemenang sebenar- Lee Chong Wei
Paranoid BN, Regim DAP Arah Buang Bendera Posted: 08 Aug 2012 06:00 AM PDT Arus sokongan kepada BN sekarang ini dilihat naik terutamanya dikawasan penduduk kaum cina.Apa yang dijangkakan pasti akan berlaku,penolakan kaum cina terhadap DAP sekarang ini amat ketara. Kalangan komuniti perniagaan sering kali mencemuh regim negeri. Merisaukan pimpinan DAP apabila sudah ada gerakan dan bantahan terhadap kezaliman regim yang sekarang ini dilihat terlalu angkuh dan sombong. Akibat paranoid dan ketakutan melampau ,kelmarin 6/8 regim DAP mengarahkan MPPP menurunkan bendera BN di Jelutong,Jalan Perak & Jalan Slim. Double standart dan paranoid melihat bendera BN. Sedangkan bendera haprak pakatan tidak diturunkan. Ramai yang kata negeri Pulau Pinang akan kekal di bawah DAP.. kenapa korang fikir macam tu sedangkan pemimpin DAP dalam mesyuarat pun dah 50-50.. Pisau kata " dinegeri yang diperintah BN..tak dihalang pun sampai macam ni.. demokrazy!.." |
Janji Ditaburi Pembangkang Cecah RM200 Bilion, Bakal Bankrapkan Negara Posted: 08 Aug 2012 03:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Dalam keghairahan pembangkang menabur janji bagi menarik sokongan menerusi potongan cukai, menurunkan harga bahan bakar, menghapuskan pinjaman PTPTN, menyediakan pendidikan tinggi percuma, sedar-sedar kosnya sudah mencecah hampir RM200 bilion, jumlah yang boleh membankrapkan negara. Sejak menghadapi pilihan raya umum 2008, pembangkang juga turut berjanji mahu mengambil alih konsesi lebuh raya dan menghapuskan tol; menaikkan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 20 peratus; menurunkan harga kereta menerusi penurunan cukai import, dan pemberian tunai bagi memastikan pendapatan isi rumah minimum RM4,000. Ramai masih ingat forum debat yang dianjurkan antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang PRU 2008 dengan Menteri Penerangan ketika itu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berikutan Anwar mendabik dada boleh menurunkan harga minyak sebaik sahaja menjadi kerajaan persekutuan. Selain dakwaan Anwar yang beliau dapat menampung subsidi minyak lebih tinggi dengan menyekat pembaziran dan ketirisan, tiada pelan terperinci dikemukakan bagaimana beliau hendak menepati janji-janjinya termasuk menurunkan harga minyak. Sebaliknya kerajaan terus berusaha mengambil pelbagai inisiatif bagi mengurangkan beban rakyat tanpa menjejaskan kewangan negara. Sejak 1 Sept 2009, jualan petroleum RON92 dihentikan dan RON97 yang harganya RM2.7 satu liter diapung mengikut harga pasaran. RON95 dijual lebih murah iaitu RM1.90 seliter menerusi subsidi. Sebanyak RM17 bilion diperuntuk untuk subsidi bahan api iaitu petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) pada tahun 2011. Jadi untuk mengurangkan lagi harga minyak daripada kadar sekarang tentulah kerajaan perlu mengadakan beberapa bilion untuk tujuan itu Pada tahun ini, kerajaan dijangka membelanjakan sebanyak RM18.92 billion untuk subsidi minyak dan bahan api terbabit, peningkatan sebanyak RM1.92 bilion berbanding tahun lepas, dan, itu belum harganya diturunkan lagi, namun sehingga kini harga minyak yang disubsidi masih kekal walaupun sudah masuk bulan Ogos. Pembangkang juga meminta Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya, supaya menyempurnakan pengambilan alih aset dengan tujuan menghapuskan tol. Kos yang terpaksa ditanggung kerana memansuhkan tol lebuh raya akan mencecah RM50 bilion hingga RM100 bilion di mana jumlah ini amat besar dan melebihi 6.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta kos yang tinggi ini akan memberikan implikasi kepada kewangan negara. Apa yang dilakukan kerajaan sekarang ialah menstruktur semula PLUS Berhad dengan membolehkan kadar tol di empat buah lebuh raya tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun seperti mana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Memetik kenyataan setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Anwar juga dilaporkan menjanjikan untuk menaikkan royalti minyak Sabah dan Sarawak daripada lima peratus kepada 20 peratus, bahkan enggan mengalah, pemimpin pembangkang lain seperti Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula menjanjikan sehingga 50 peratus! Untuk makluman, kenaikan royalti bagi Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan itu dianggarkan melebihi RM10 bilion setahun di mana Sarawak dan Terengganu mengeluarkan lebih banyak minyak daripada Sabah. Oleh itu, Abdul Rahman berpendapat kemungkinan Sabah akan menikmati royalti minyak lebih besar tetapi di akhirnya, ia juga mungkin mendapat peruntukan kurang daripada kerajaan pusat berbanding sebelumnya kerana ia peruntukan itu adalah budi bicara perdana menteri sekiranya pembangkang menang pilihan raya umum kelak. Janji yang dianggap paling manis pembangkang ialah penyelarasan gaji minimum sebanyak RM4,000 dengan tidak mengambil kira sama ada pekerja dari sektor awam dan swasta, dan apabila kerajaan mengumumkan gaji minimum sebanyak RM900 di semenanjung dan RM800 di Sabah/Sarawak, pembangkang pula mengumumkan sebanyak RM1,100. Sekiranya penjawat awam diberi gaji minimum RM4,000 seorang dengan sebahagian daripada 1.2 juta anggotanya mendapat faedah, sudah tentu satu jumlah besar akan terbabit. Persoalan kepada syarikat swasta, yang tentunya mementingkan keuntungan pula, mampukah mereka memberikan jumlah sebanyak itu untuk gaji minimum ? Ketua Penyelidikan dan Perundingan Kluster Ekonomi dan Kewangan Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Dr. Shazali Abu Mansor dilaporkan sebagai berkata usaha pembangkang itu akan membabitkan sejumlah wang RM200 bilion setahun dan hanya akan menyebabkan negara terpaksa meningkatkan cukai dan membuat pinjaman dari negara luar. "Kerajaan akan menanggung beban sebanyak RM43 bilion jika pinjaman itu dimansuhkan. Ada tiga kerajaan yang beri pendidikan percuma sedemikian termasuk Norway tetapi cukai yang dikenakan kepada rakyat sangat tinggi. Adakah kita nak naikkan cukai kepada rakyat untuk hapuskan pinjaman PTPTN? Sudah pasti kita tak mahu," kata Najib dalam satu majlis di Johor. Begitu juga janji pembangkang yang mahu harga kereta serta duti eksais diturunkan yang mana ia hanya akan mengurangkan cukai negara sebanyak RM7bilion, seterusnya boleh menyebabkan rakyat yang sepatutnya mendapat hasil pendapatan kerajaan itu tidak dapat dibantu. Ia juga tidak dapat tidak, secara langsung atau tidak akan menjejaskan perniagaan kereta terpakai kerana masyarakat tidak lagi mahu membeli kereta terpakai kerana harga kereta baharu yang lebih murah. Jadi, jika kos yang terbabit di dalam janji pembangkang ini dicampurkan, ia mungkin melebihi RM300 bilion, tidak termasuk tiga perkara yang lain iaitu royalti minyak Sabah dan Sarawak, gaji minimum dan penurunan harga minyak. Setiausaha BN dan Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Alhabshee berkata kesemua cadangan pembangkang itu boleh menyebabkan negara muflis dengan kadar pengangguran meningkat secara mendadak. "Cadangan ini tidak waras yang dibuat untuk memancing undi tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada rakyat dan negara. Saya tak yakin langsung dengan janji-janji pembangkang yang hanya retorik dan gila kuasa," katanya. Contohnya kutipan cukai kereta sebanyak RM4.5 bilion setahun akan hilang dan menyebabkan usaha kerajaan untuk membina kemudahan prasarana rakyat akan tergendala, sebagai contoh jalan dan hospital," katanya kepada Bernama. Anggota Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata parti pembangkang boleh berjanji apa yang mereka suka tetapi persoalannya mampukah mereka menunaikannya kelak. "Kita lihat apabila mereka menjadi kerajaan di Pulau Pinang, banyak perkara yang tidak mampu mereka laksanakan seperti pilihan raya kerajaan tempatan dan sebagainya lagi. Ini bukan isu yang menjadi realiti. Perjuangan untuk meletakkan kepentingan rakyat bukan keutamaan tetapi perjuangan untuk menjadi perdana menteri itu didahulukan," katanya. "Sikap sebenar individu tertentu di dalam pembangkang ini ialah menetapkan sasaran untuk menjadi perdana menteri walau apa jua rintangannya dengan menggunakan jentera parti untuk membawa janji-janji manis kepada rakyat," katanya. Beliau menyifatkan sekiranya rakyat tergoda dan memilih mereka yang mudah berjanji, dia mengambil risiko yang tinggi dan boleh menyesal di kemudian hari. "Perkara ini juga boleh dirujuk kepada pakar-pakar ekonomi sama ada ia boleh diimplementasi ataupun sebaliknya. Pakar ekonomi juga tahu kedudukan kewangan negara dan mustahil boleh dilaksanakan," katanya. Katanya, pembangkang juga sering mengaitkan perbelanjaan negara dengan isu rasuah dan ketirisan. "Kalau sekiranya kita hendak menangani rasuah, bukan hanya kerajaan, tetapi semua rakyat juga harus bertanggungjawab. Isu rasuah berlaku di mana-mana negara pun," katanya – Bernama |
Perbezaan Dua Kepimpinan Melayu Di Kedah. Posted: 08 Aug 2012 01:00 AM PDT Apa yang korang faham mengenai hasil balak? Banner nih dihasilkan oleh Pemuda PAS Padang Terap. Jom kita tengok kebodohan kaum puak khawarij Kedah berhujah yang akhirnya mendedahkan tembelang dan temberang mereka sendiri. Inilah yang dikatakan graduan PASTI ..produk bijak pandai khawarij... Makin banyak ditebang makin banyak hasil bukan..? Pisau kata " memang hasil balak banyak dapat kat kroni PAS" |
Akhil Hayy Dedah PAS Pergunakan Artis Untuk Kempen Politik! Posted: 07 Aug 2012 11:00 PM PDT Akhirnya Akhil Hayy mengaku beliau dipergunakan PAS dalam kempen politik parti itu. Status sebagai artis dan juga pendakwah digunakan oleh PAS untuk menarik lebih ramai pengundi agar menyokong parti khawarij. Sekarang sudah menjadi trend,kononnya jumpa Islam didalam PAS.Seolah lebih beriman apabila berada didalam parti PAS. Kononnya menemui cahaya kebenaran apabila berada didalam parti khawarij..Pelbagai macam lagi alasan.. Untuk pengetahuan korang..orang ramai yang kat luar tu tak kapir pun bila tak jadi ahli khawarij PAS. Tak luak keimanan pun kalau tak masuk PAS... KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab. Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing. "Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat. "Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka. "Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik," katanya. Tambah Akhil, tidak salah sekiranya seseorang artis itu menyokong mana-mana parti politik sama ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS kerana ia adalah hak masing-masing. Bagaimanapun, golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik? "Saya rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita. "Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain. "Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu. "Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula," ujarnya.-sumber Pisau kata " tak kapir pun tak masuk PAS" |
Laporan Tahunan MPPP Tidak Didedahkan Sembunyi Skandal sPICE RM1billion? Posted: 07 Aug 2012 06:00 PM PDT Ini bukti bahawa CAT yang dicanang seluruh pelusok negeri Pulau Pinang langsung tak boleh dipakai. Ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim negeri cakap tak serupa bikin. CAT hanya sekadar retorik politik. Siapa yang lebih telus? Inikah yang dikatakan oleh ketua menteri paling celaka dalam sejarah sebagai telus,akauntabel dan berkredibel? Kerajaan BN yang terdahulu menyiarkan laporan setiap tahun yang boleh dimuat turun,namun semenjak regim DAP memerintah laporan tahunan MPPP tidak didedahkan,mereka gagal untuk menyiarkan laporan tahunan seperti mana yang mereka katakan telus. Regim DAP gagal menerbitkan laporan tahunan didalam laman web MPPP sejak 2009,2010 dan juga 2011. Ini yang dikatakan telus? Porah! Kenapa tidak didedahkan kepada umum? anda masih ingat lagi skandal projek sPICE yang membabitkanberbillion ringgit wang rakyat? : Klik sini http://www.mppp.gov.my/penerbitan Pisau kata " Guan Eng tak pernah bohong dia menipu jer" |
Sukan dan perpaduan adalah pemenang sebenar- Lee Chong Wei Posted: 07 Aug 2012 04:39 PM PDT Datuk Lim Chong Wei hari ini tampil dengan kenyataan bahawa beliau berjaya menyatukan perpaduan rakyat Malaysia melalui sukan. Semangat nasionalis ahli sukan berjiwa besar ini harus dijadikan contoh oleh seluruh rakyat Malaysia. Pemimpin politik pakatan harus malu dengan semangat berjuang dan cintakan negara seperti Datuk Lee Chong Wei . Malangnya dalam masa ahli sukan berusaha berjuang mengharumkan nama negara tetapi lebih ramai pemimpin pakatan memburukkan nama negara hanya semata mata mahukan sokongan politik. Ahli sukan seperti mereka ini begitu mengharapkan agar jalur gemilang dijulang dipersada arena sukan antarabangsa malangnya usaha mereka dihina oleh ahli politik pembangkang. Apa salah Lee Chong Wei hingga dihina oleh DAP dan pakatan? Adakah menjadi kesalahan buat beliau menyatu padukan rakyat Malaysia melalui sukan? Ikuti luahan hati wira negara ini. TIADA kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika Lin Dan mengutip mata terakhirnya untuk memenangi pingat emas Olimpik di Wembley, Ahad lalu. Kalau ia sebuah wayang gambar, saya harap bumi akan terbelah lalu menelan saya. Saya telah mengecewakan negara, peminat, keluarga dan paling penting diri saya sendiri kerana saya benar-benar mahukan pingat emas. Saya benar-benar minta maaf kerana gagal menyumbangkan pingat. Sekiranya ada kebaikan yang telah saya lakukan, maka ia adalah kerana saya telah menyatukan rakyat Malaysia atas satu sebab. Sukan dan perpaduan adalah pemenang sebenar. Berulang kali saya diajukan dengan persoalan, apakah yang bermain difikiran saya ketika kedudukan terikat 19-19. Apakah saya kesal kerana membiarkan bulu tangkis jatuh lalu menghadiahkan Lin Dan mata ke-19 dan menyamakan kedudukan. Apakah perancangan saya ketika itu ? Sejujurnya, saya cuma memberi tumpuan kepada cabaran yang datang pada ketika itu. Saya tidak punya kekesalan kerana hilang mata tersebut, biarpun orang lain mungkin kata saya tersilap melakukan agakan bulu tangkis. Apa pun, ia sudah keluar dan saya sangat terkejut apabila ia jatuh di atas garisan. Situasi itu sebenarnya tidak begitu menganggu tumpuan saya kerana saya tahu saya masih boleh mengalahkannya tetapi takdir begitu kejam terhadap saya, tuah pula berpihak kepadanya, malah jaring juga telah menyelamatkan dia. Sebaik mata terakhir berjaya dimenangi, saya terus rebah. Saya tahu saya telah menghampakan 28 juta rakyat Malaysia yang mengharapkan saya untuk menang. Dan, ketika lagu kebangsaan China berkumandang, air mata saya terus mengalir kerana saya memasang impian lagu Negaraku yang akan berkumandang di gelanggang termasyhur, Arena Wembley. Kira-kira sembilan minggu lalu, ramai yang meragui bahawa saya mampu melangkah semula ke gelanggang tetapi hari ini saya boleh katakan, Chong Wei masih hidup dan boleh menendang. Selepas ini saya akan berehat seminggu dan kemudian kembali ke berlatih, membuat persiapan untuk Liga China. Kejohanan saya selepas ini adalah Terbuka Jepun, September nanti. Ya, saya telah kalah tetapi saya telah memberikan permainan terbaik saya. Biarpun kecewa dengan kekalahan ini tetap dari sudut lain, saya gembira kerana kebanyakan rakyat Malaysia faham bahawa saya sudah memberi segala yang terbaik dan mungkin, kalau saya dilahirkan di era lain keadaan akan jadi berbeza. Hanya ada satu Lin Dan dan pada masa yang sama, hanya ada satu Chong Wei. Lin Dan bermain dengan amat baik, dia telah meningkatkan permainannya dan telah memusnahkan saya menerusi stroke hebat di set kedua. Bagi saya, saya berjaya mengimbangi kelebihan yang ada padanya ketika mendahului 18-16 di set ketiga dan ia telah menaikkan keyakinan saya, malangnya ia tidak menjadi seperti yang diharapkan. China menyapu bersih semua pingat emas di sini seperti yang mereka lakukan pada dua Kejohanan Dunia terakhir. Saya tidak melihat penguasaan mereka akan berakhir dalam masa terdekat kerana mereka telah melabur dengan begitu banyak dalam pembangunan, sesuatu yang perlu dilakukan oleh Malaysia, Indonesia, Korea dan Denmark jika mahu mencabar keunggulan China. Olimpik mungkin penampilan besar terakhir buat Peter Gade dan Taufik Hidayat tetapi bukan untuk Chong Wei kerana saya masih cuba merangkul Kejuaraan Dunia 2013, selain Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2014. Dan, Lin Dan juga boleh menjangkakan tiada laluan yang mudah buatnya dalam tempoh dua tahun ini. Semalam, selepas tamat permainan saya melawat bilik media, saya bertemu wartawan Malaysia dan mengucapkan terima kasih kepada mereka. Akhir sekali, terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia untuk kepercayaan yang mereka berikan kepada saya selama ini. Sekali lagi, maafkan saya atas kegagalan ini dan saya berjanji akan cuba yang terbaik untuk membawa penghormatan buat negara.-Utusan Pisau kata " Selamatkan Malaysia dari pakatan haprak" |
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment