BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! KERAJAAN SELANGOR MELINDUNGI PENJENAYAH SEPERTI RAFIZI RAMLI !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 08 Aug 2012 08:30 AM PDT



Kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar,Khalid Ibrahim A.K.A Gagap telahpun secara rasminya bersetuju menanggung bebanan kos guaman Rafizi Ramli yang didakwa mengikut Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA).Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR merupakan orang yang bertanggungjawab mendedahkan dan memanipulasi data serta butiran akaun perbankan NFC sewaktu kemuncak isu pinjaman RM250 juta tempohari.Berikutan kehangatan isu tersebut diperkatakan ramai,kesannya telah memaksa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengambil keputusan melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat.Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagaimanapun disahkan bersih selepas siasatan terperinci oleh SPRM mendapatinya tidak terbabit dalam sebarang perlanggaran undang-undang atau melakukan amalan rasuah salahguna kuasa berkaitan isu tersebut.Niat Khalid mungkin baik apabila sanggup menyediakan dana RM500,000.00 demi menghargai 'jasa' Rafizi yang berjaya mempropagandakan isu pinjaman tersebut sehingga berjaya mencalar imej Shahrizat Abdul Jalil sebagai pemimpin wanita yang popular.

Namun,dakwaan melanggar akta BAFIA yang dihadapi Rafizi bukannya isu remeh temeh ataupun sengaja diada-adakan untuk mengenakan Rafizi sebagaimana kerap didakwa oleh pakatan haram ia membabitkan soal integriti dan amanah yang perlu dipertahankan oleh institusi perbankan.Di masa yang sama akta BAFIA juga penting dalam menjaga kepentingan pemegang akaun di dalam sesebuah institusi perbankan terutama sekali untuk memelihara kerahsiaan butiran transaksi mereka daripada dimanipualsi sesuka hati oleh pihak lain.Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang memiliki BAFIA.Hampir setiap negara memiliki akta sedemikian rupa yang matlamatnya sama,melindungi integriti pihak bank dan memelihara kerahsiaan pelanggan bank.

Gagal mematuhi akta BAFIA sama ada sengaja dilakukan oleh orang dalam mahupun pihak luar,bermakna wujudnya sifat tidak amanah dan kelakuan jenayah juga telah berlaku secara sengaja apabila butiran akaun orang lain sengaja didedahkan untuk kepentingan tertentu.Lagipun Rafizi bukannya seorang agen yang dilantik oleh pihak berkuasa untuk melakukan siasatan secara sah atau diberi perlepasan undang-undang untuk mendedahkan butiran akaun milik mana-mana individu atau syarikat.Ringkasnya,apa yang dilakukan oleh Rafizi bukannya satu tindakan terpuji sebaliknya merupakan kelakuan jenayah yang sepatutnya dihalang dan dicegah daripada menjadi ikutan atau amalan orang lain.Jika jenayah membocorkan kerahsiaan dan butiran transaksi akaun milik orang lain dijadikan amalan rutin disebabkan pembelaan oleh kerajaan Selangor terhadap Rafizi,bukankah buruk kesannya terhadap nama baik institusi perbankan kelak.Justeru itu,eloklah Khalid Ibrahim berfikir sedalam-dalamnya sebelum meneruskan niatnya untuk melindungi kegiatan penjenayah seperti Rafizi.Wang ratusan ribu ringgit itu sewajarnya diguna pakai untuk kepentingan rakyat dan bukannya dibazirkan untuk membela seorang penjenayah.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! ISU ROYALTI MINYAK !!! TALI GANTUNG BAKAL MENJERUT PAS KELANTAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 08 Aug 2012 05:00 AM PDT


Sejak dua tiga tahun lepas,kerajaan negeri Kelantan yang diterajui PAS agak aktif memanipulasi isu royalti minyak untuk kepentingan politik kepartian dengan mengelirukan dan menyembunyikan fakta sebenar dari pengetahuan umum.Sedari awal lagi sebenarnya ramai pemimpin Kelantan yang mengetahui dari segi perundangannya sukar untuk Kelantan menikmati hasil royalti minyak disebabkan tiada satu pun telaga minyak yang wujud dalam lingkungan 3 batu nautika dari pantai Kelantan.Bagaimanapun disebabkan PAS amat faham sebahagian besar rakyat biasanya tidak pernah ambil kira isi kandungan Akta Kemajuan Petroleum & Perjanjian 1975,maka mereka merasakan terdapat peluang besar untuk mengelirukan pemahaman rakyat bawahan untuk kepentingan politik PAS.Pun demikian telahan PAS ternyata silap percaturan kerana cuba merendah-rendahkan pemahaman dan daya fikir majoriti rakyat Kelantan yang semakin ramai celik akal dan terbuka mindanya.Majoriti rakyat Kelantan tidakpun terkesan dengan isu royalti minyak yang sengaja diputarbelitkan oleh PAS dan ini terbukti benar apabila isu royalti gagal memberi kemenangan selesa untuk PAS dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Manek Urai pada Julai 2009.

Malah selang setahun kemudian,PRK DUN Galas pula menyaksikan PAS jatuh tersungkur dalam pertarungan tersebut apabila kalah teruk sekalipun isu royalti minyak semakin kuat dilaungkan tika itu bagi membangkitkan semangat kenegerian dan anti BN.Ramai rakyat Kelantan yang sebenarnya sudah memahami bahawa baik dari segi perundangan mahupun Akta Kemajuan Petroleum 1974 serta perjanjian 1975,kerajaan negeri tiada hak untuk menerima bayaran royalti minyak.Royalti 5% hanya layak diberikan kepada Kelantan hanya sekiranya wujud telaga minyak atau gas dalam lingkungan 3 batu nautika dari pantai Kelantan.Manakala kawasan yang melebihi 3 batu nautika ke atas sudah berada dalam kawalan Kerajaan PusatPun demikian,atas budi bicara Kerajaan Pusat,sejumlah wang ehsan atau bayaran tunai masih boleh dipertimbangkan kepada mana-mana negeri.Apabila PM membuka pintu rundingan untuk menyelesaikan isu secara runding cara demi kebaikan negeri-negeri Pantai Timur termasuk Kelantan,maka bersyukurlah kerana masih ada ruang untuk melihat isu ini selesai secara harmoni.Tapi sekiranya isu royalti ini masih cuba dipropagandakan oleh PAS,percayalah ia hanya akan menjadi tali jerut untuk PAS Kelantan kerana menuntut perkara yang bukan menjadi haknya di masa yang sama menolak pula jalan ehsan yang disediakan oleh Kerajaan Pusat

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KENAPA SLOGAN #JANJIDITEPATI LEBIH POPULAR DARI #DEMIRAKYAT ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 08 Aug 2012 03:00 AM PDT



walaupun slogan 'Janji Ditepati' dilancarkan sekitar April 2012,namun slogan itu lebih popular berbanding dengan slogan 'Demi Rakyat' yang dilancarkan dalam Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN pada Jun 2011.Laman dari Pakatan haram suarapakatanrakyat mencadangkan agar slogan 'Demi Rakyat' sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya sebagai satu slogan untuk Pakatan Rakyat (PR) menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

"Dalam kekecohan ini semua,rata-rata dari penyokong Pakatan Rakyat sendiri terlupa,kita sendiri pun mempunyai slogan yang tidak kurang hebat dari segi maksud dan logo.Yang penulis maksudkan ialah slogan 'Demi Rakyat' yang dirasmikan penggunaannya dalam Konvensyen Pilihanraya KEADILAN Jun tahun lepas.Ramai yang tidak tahu,Pada asalnya ada 3 slogan dan logo yang dicadangkan tapi 2 daripadanya ditolak kerana faktor kesesuaian,disamping mesej slogan yang terlalu panjang.Di penghujung itu,slogan 'Demi Rakyat' telah dipilih sebagai slogan rasmi dengan logonya berlatarbelakangkan 'tangan-tangan yang menggapai'",lapor laman itu.

Menurut laman itu lagi,walaupun logo 'Demi Rakyat' menyamai dengan logo 'hak asasi kumpulan gay', namun ia sepatutnya bukan menjadi isu kerana mungkin sekadar kebetulan sahaja.

"Logo dengan 'tangan-tangan menggapai' ini sebetulnya bukan perkara baru. Ia digunakan di seluruh dunia mewakili simbol hak asasi manusia yang selari dengan perjuangan Pakatan Rakyat – menjamin hak asasi manusia yang diabaikan kerajaan sekarang.Cuma yang mungkin yang boleh 'mencacatkan' sedikit ialah logo dengan tema yang lebih kurang sama itu (tangan menggapai) turut digunakan oleh banyak pertubuhan Gay di seluruh dunia.Tapi pada penulis itu hanyalah kebetulan yang tidak dijangka kerana Pakatan Rakyat juga adalah pendukung perjuangan hak asasi manusia yang tersohor di Malaysia ini.Tidak sepatutnyalah 'kebetulan' itu dijadikan penghalang untuk slogan dan logo tersebut dipromosikan dengan hebat ke seluruh negara bagi mewakili PAS, DAP dan PKR sebagai satu komponen,Pakatan Rakyat,"lapornya lagi.


Sekitar penghujung tahun lepas,laman rasmi Anwar Ibrahim,anwaribrahimblog.com telah menukar tema dari 'Harapan Baru' kepada "Demi Rakyat' sebagai komitmen untuk mempromosi slogan tersebut.Walaupun slogan itu dipromosi oleh oleh Anwar sebagai ketua PR dan Ketua Pembangkang,namun sehingga ke hari ini slogan itu tidak disambut sepenuhnya oleh PAS dan DAP.

Untuk Pemahaman pembaca Badut Rakyat,sila baca Apa Makna Logo Demi Rakyat ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! ANWAR MAHU JADIKAN SABAH NEGERI KRISTIAN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 08 Aug 2012 01:30 AM PDT


Sudah lebih seminggu PAS membisu terhadap cabaran yang dilontar oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor,Datuk Hasan Ali berhubung tuntutan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang mahukan kebebasan menganut,mengamal dan menyebarkan agama tanpa sebarang batasan di negara ini.Sebab musabab mengapa PAS tiba-tiba diserang sindrom bisu,satu Malaysia sudah tahu.Ini kerana pemimpin besar parti itu seperti Abdul Hadi Awang,Nik Aziz Nik Mat dan Mat Sabu sudah menjual perjuangan agama Islam kepada sekutu politiknya DAP dan PKR demi kemaruknya untuk menawan Putrajaya.Tanpa disedari CFM telah mendedahkan dengan sendirinya hasrat golongan Kristian dan perancangan Anwar Ibrahim yang mengetuai pakatan haram.Sasaran utama dalam agenda besar Anwar meluaskan pengaruh Kristian di negara ini ialah Sabah.Salah satu strateginya boleh dilihat daripada desakan untuk ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI ke atas masalah pendatang haram di Sabah yang mana kerajaan telahpun menyetujuinya.Tujuan sebenar pakatan haram bukannya untuk membersihkan Sabah daripada pendatang asing tetapi sebaliknya untuk melemahkan kedudukan politik umat Islam di negeri itu.

Ini kerana pakatan haram mensasarkan untuk menguasai satu pertiga daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah dan 31 kerusi lagi di Sarawak dalam mengejar impian mereka ke Putrajaya.Rata-rata pendatang asing di Sabah adalah beragama Islam dan mereka merupakan mangsa persengkataan bersenjata di antara puak Moro dan kerajaan Filipina yang sudah berlarutan hampir empat dekat.Kebanyakan mereka sudahpun diterima sebagai penduduk tetap dan ada sesetengah yang menjadi warganegara Malaysia.Mereka hidup dalam aman dan damai,berkeluarga serta membina kehidupan baru di negara ini yang amat prihatin terhadap penindasan yang berlaku ke atas saudara seagama.Malaysia menerima mereka dengan tangan terbuka malah menghulurkan pelbagai bantuan kemanusiaan sejak sekian lama.Golongan Kristian tidak pernah dapat menerima kehadiran pendatang asing yang beragama Islam dengan seikhlas hati.Jika senario bertukar di mana pendatang asing tersebut semuanya beragama Kristian, mungkin tidak wujud desakan untuk menubuhkan sebuah RCI.

Jika dilihat kalangan yang memulakan tuntutan penubuhan RCI adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik beragama Kristian.Apabila golongan Kristian Sabah melihat pendirian pluralisme dan liberalisme agama yang dipegang oleh Anwar,mereka pun mengambil peluang keemasan ini untuk melebarkan pengaruhnya.Bagi Anwar pula,selagi kumpulan ini sanggup menyokong impiannya menjadi Perdana Menteri,tidak ada masalah baginya untuk mengorbankan bangsa Melayu,kepimpinan Melayu dan Islam sekalipun.Ini jelas apabila beliau mencanang untuk melantik Baru Bian, seorang pemimpin Kristian dari PKR sebagai Ketua Menteri Sarawak jika pakatan haram berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya negeri tahun lalu.Malah di Pulau Pinang,atas dasar majorti penduduk di negeri itu adalah kaum Cina,Anwar juga sanggup mengorbankan agenda Melayu dengan meletakkan DAP menerajui kerajaan negeri.Satu lagi petanda bahawa Anwar kian terjerat sokongan janji puak Kristian Sabah ialah kewujudan beberapa kumpulan politik,setiap satunya di bawah seorang pemimpin Kristian.

Setelah dipecat daripada PKR,Dr Jeffrey Kitingan akhirnya menubuhkan Parti Reformasi Sabah (Star).Begitu juga tindakan Ahli Parlimen Tuaran,Wilfred Bumburing yang mengasaskan Angkatan Perubahan Sabah sejuruskan meninggalkan BN.Kesemua kumpulan politik Kristian berdiri teguh di belakang Anwar dan pakatan haram bukan untuk menegakkan keadilan atau berjuang untuk rakyat tetapi menghapuskan Islam di bumi Sabah.Satu lagi pemimpin Kristian ialah Kalakau Untol yang berjaya menyusup di dalam kepimpinan PKR dan bertindak sebagai pengemudi agenda Kristian di dalam parti itu.Sementara itu pada peringkat pusat,pemimpin Kristian PKR di ungguli oleh bekas Menteri Kesihatan,Jimmy Chua Jui Meng,bekas Timbalan Menteri Tanah,Pembangunan Koperasi,Dr Tan Kee Kwong,Ahli Parlimen Batu,Tian Chua dan Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong.Mereka seringkali berulangalik ke Sabah bagi memantapkan jalinan kerjasama antara pemimpin Kristian PKR di peringkat pusat dan negeri.

Apabila sesuatu aktiviti politik PKR Sabah di anjur oleh golongan Kristian, pasti aturcaranya akan mengandungi elemen-elemen berunsur keagamaan seperti nyanyian dan iringan doa Kristian sebelum majlis dimulakan.Anwar atau mana-mana pemimpin Melayu PKR tidak pernah sekalipun menegur atau mengkritik tindakan kumpulan Kristian yang secara terang-terangan melanggar peruntukan perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.Malah Anwar telah menjadi agen Kristian paling nyata apabila bermati-matian memperjuangan isu kalimat Allah untuk digunakan juga oleh golongan Kristian.PAS tidak lagi boleh diharapkan untuk mempertahankan kepentingan Islam manakala PKR sudah jelas pendiriannya menyokong Kristian di Sabah.Demi kepentingan Islam,orang Melayu wajib menolak Anwar dan politik yang dibawa pakatan haram sebelum nasi menjadi bubur.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! MASALAH AIR AKAN SELESAI APABILA BN KEMBALI MEMERINTAH KELANTAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 07 Aug 2012 10:00 PM PDT


jom baca kisah ini dulu,lepas itu saya akan beritahu anda semua berkenaan air yang melanda kelantan

Masalah bekalan sejak 1 Ramadan punca warga tua jadi mangsa

Tumpat : Masalah air di Kelantan semakin meruncing apabila urusan pengebumian seorang warga tua dari Kampung Simpangan,di sini kelmarin,terganggu selepas tiada air untuk memandikan jenazah.Jenazah Che Yah Chik, 93,yang meninggal dunia kira-kira jam 6 pagi akibat sakit tua di Hospital Tumpat,sepatutnya dimandikan sebaik dibawa pulang awal pagi berkenaan,namun terpaksa ditangguhkan sehingga jam 11.30 pagi akibat tiada air.Cucu arwah,Mahadi Mokhtar,47,kesal kerana pihak bertanggung jawab,Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) gagal menyediakan kemudahan sepatutnya kepada pengguna terutama pada waktu kecemasan seperti itu,malah masalah bekalan air sudah dihadapi penduduk sejak awal puasa.

Terpaksa tangguh kebumi

"Saya tak sangka keadaan jadi lebih teruk apabila tidak dapat menyegerakan urusan memandikan jenazah nenek.Sepatutnya urusan pengebumian dilakukan sebelum Zuhur sebaik jenazah dibawa pulang ke rumah kira-kira jam 7 pagi,namun disebabkan tiada air ketika itu,ia terpaksa ditangguhkan.Seorang saudara kami akhirnya menghubungi AKSB supaya menghantar bekalan air ke rumah dan selepas hampir empat jam menunggu,barulah jenazah dapat dimandikan jam 11.30 pagi selepas AKSB menghantar bekalan air menerusi sebuah lori tangki," katanya.

Kecewa khidmat AKSB

Beliau yang lega selepas jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bendang Pak Yong,dekat sini,kira-kira jam 3.30 petang,kecewa dengan perkhidmatan disediakan AKSB sehingga menyusahkan penduduk melakukan pelbagai urusan termasuk memandikan jenazah.

"AKSB seharusnya sudah lama mengatasi isu bekalan air ini.Sepatutnya pada Ramadan ini,pengurusan syarikat itu harus peka dengan keperluan pengguna terutama dalam membuat persiapan berbuka puasa," katanya. - BH

Jika bekalan air bersih asyik terputus-putus,bukan sahaja manusia yang masih hidup akan mengalami kesukaran untuk meneruskan aktiviti harian malah hamba Allah yang baru meninggal dunia pun sukar untuk dimandikan jenazahnya.Ini yang terjadi di sebuah daerah di Kelantan gara-gara ketiadaan bekalan air bersih akhirnya jenazah seorang nenek tua terbiar lama tidak dapat dimandikan.Mujurlah selepas berkali-kali aduan dibuat akhirnya barulah sebuah lori tangki Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) datang membawa air bersih untuk menyelesaikan urusan wajib yang tertangguh berjam-jam lamanya.Satu kejadian di atas hanyalah secebis kisah dari beribu-ribu kesempitan hidup yang terpaksa dialami rakyat Kelantan khususnya di kawasan luar bandar berikutan hampir 40% kawasan lagi masih mengalami masalah bekalan air bersih yang seringkali terganggu.

Di Kelantan sekarang,isu bekalan air bersih lebih mendapat sambutan rakyat berbanding isu royalti minyak yang sedang heboh di propagandakan oleh kerajaan negeri.Tapi di pihak kerajaan negeri pula mereka memandang remeh isu air sebaliknya lebih gemar mensensasikan isu royalti minyak sekalipun tahu dari segi perundangan tidak mungkin akan berpihak pada kerajaan negeri.Suka atau tidak,rakyat Kelantan terpaksa menerima hakikat selagi negeri tersebut terus diperintah oleh PAS,paling cepat pun untuk melihat isu bekalan air bersih selesai ialah menunggu lagi 15 atau 16 tahun akan datang.Ini pengakuan pemimpin PAS sendiri yang meminta rakyatnya terus bersabar dengan masalah air yang dihadapi untuk selama berbelas tahun dimasa yang sama rakyat diminta terus meyakini kepimpinan PAS atas nama demi Islam.

Bagi segelintir rakyat Kelantan yang sudah sekian lama menyokong PAS tentu sahaja permintaan sedemikian akan dituruti tanpa bantahan kerana resam penyokong PAS biasanya angguk-angguk,geleng-geleng tanpa menggunakan kurniaan akal yang Allah s.w.t berikan.Namun bagi sebahagian besar rakyat Kelantan yang lain,mereka tahu jika diharapkan pada akal sejemput yang dimiliki oleh pemimpin PAS sampai bila-bila pun masalah air belum tentu dapat diselesaikan.Lantaran itu apabila mengetahui Datuk Seri Najib akan tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa untuk lawatan ke negeri ini kelmarin,mereka beramai-ramai menunggu untuk menyambut kedatangan PM sambil membawa bersama memorandum meminta Kerajaan BN campurtangan menyelesaikan isu bekalan air di Kelantan.Ini jelas menunjukkan tahap kesedaran semakin melebar luas dikalangan ramai rakyat Kelantan dan besarnya keyakinan mereka terhadap kemampuan pemimpin BN khususnya dalam mendepani cabaran dan permasalahan.Jika keyakinan ini berterusan,tak mustahil PRU 13 kelak akan menyaksikan kerajaan negeri berpindah tangan kepada BN sekaligus membuka ruang ke arah penyelesaian jangka masa panjang seterusnya membantu mengakhiri masalah bekalan air di Kelantan.Insya ALLAH...

RENUNG-RENUNGKAN

SAH !!! PAKATAN HARAM SEMEMANGNYA AGEN PEMECAH BELAH MASYARAKAT DI MALAYSIA !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 07 Aug 2012 07:00 PM PDT


Setelah terbaca twitter ADUN DAP dan artikel di laman Suara Pakatan mengenai kekalahan Datuk Lee Chong Wei maka sah lah bahawa pakatan haram sememangnya agen pemecah belah masyarakat Dan seperti yang anda telah diketahui,sama ada PAS,DAP mahupun PKR,semuanya berpegang kepada strategi 'pecah dan perintah' demi mencapai matlamat mereka.PAS terkenal dengan memecah belah sesama umat Islam melalui Amanat Hadi sehingga menyebabkan tragedi solat dua imam sehinggalah tragegi berdarah Memali dan Sauk.DAP pula terkenal dengan sifat perkauman yang membenci kaum Melayu serta selamanya berjuang untuk memisahkan kaum sejak di bangku sekolah serta membina 'tembok' ekonomi antara kaum Cina dengan bangsa lain. Manakala PKR pula terkenal dengan strategi mengadakan huru-hara,melaga-lagakan rakyat dengan pihak berkuasa,undang-undang serta sistem kehakiman melalui sifat talam dua-ratus muka dengan semua pihak,semua agama,semua kaum dan semua golongan manusia di dunia.

PAS,PKR dan DAP semuanya telah membuktikan kepada kita bahawa parti mereka tidak punya semangat patriotik,malah bersifat pengkhianat.Di mana-mana saja mereka memburuk-burukkan Malaysia,mengsabotaj ekonomi negara sendiri serta sengaja ingin menggoyah kestabilan negara.Malah,tanpa segan silu mereka memperlekehkan 1Malaysia yang membawa semangat kebangsaan dan kenegaraan.Kerana itu,kita tidak hairan apabila ADUN DAP,Manoharan Malayalam menghina Lee Chong Wei kerana kalah dalam pertandingan badminton di sukan Olympic baru-baru ini.Lebih memualkan,Manoharan bukan sahaja menghina kekalahan Chong Wei tetapi juga seolah-olah memperlekeh penampilan beliau dengan memuji lawannya,Lin Dan dari China sebagai lebih bergaya dan moden.Laman Suara Pakatan Rakyat pula dengan tidak semena-mena mengaitkan UMNO dalam mengulas kekalahan Chong Wei.Menurut laman tersebut,UMNO harus malu kerana tidak mampu mengangkat kaum Melayu di dalam sukan sehingga semua nama-nama besar di dalam sukan di Malaysia adalah dari kaum lain.Malah,dalam artikel kemudiannya pula,laman tersebut memanggil Chong Wei dengan gelaran kuda tua ???

pakatan haram nampaknya menyedari bahawa sukan mampu menyatupadukan rakyat iaitu sesuatu yang amat bertentangan dengan strategi mereka.Maka,agenda pakatan haram mengutuk Chong Wei adalah untuk memastikan kaum Cina,Melayu dan India kekal bertelagah dan prejudis sesama sendiri sehingga membelakangkan semangat kenegaraan.Pemimpin-pemimpin pakatan haram telah melihat bagaimana sukan berjaya menyatukan dan menyerlahkan kekuatan semangat cintakan negara ketika sukan komanwel 1998 berlangsung di Kuala Lumpur di mana,pada ketika yang sama,gerakan reformasi Anwar Ibrahim sedang mengganas di bandaraya.Namun,seluruh tumpuan rakyat adalah tetap kepada sukan tersebut dan bukan Anwar Ibrahim.Malah,laungan yang bergema di stadium iaitu 'hidup Mahathir!' yang pada ketika itu Perdana Menteri,melambangkan penyatuan rakyat Malaysia di bawah kepimpinan Barisan Nasional, berjaya menenggelamkan terus mimpi Anwar sehingga ke hari ini.Sukan juga digunakan oleh Nelson Mandela ketika beliau ingin menyatukan rakyatnya sehingga mereka melupakan isu warna kulit untuk seketika dan kemudiannya untuk selama-lamanya.Berdasarkan hakikat inilah,maka pakatan haram sedaya upaya ingin memastikan yang rakyat Malaysia tidak akan bersatu walaupun dalam sukan.Begitu khianat sekali para pemimpin pakatan haram terhadap negara dan rakyat sehingga sanggup menggadaikan semangat kesukanan dan patriotisme semata-mata kerana ingin berkuasa.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! SAH !!! PAS KECUT PERUT BILA DI GERTAK OLEH KARPAL SINGH !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 07 Aug 2012 04:00 PM PDT


Agak melucukan apabila hanya Karpal Singh yang menjadi sasaran PAS dalam isu hudud sedangkan Karpal bukannya bercakap atas kapasiti peribadi tetapi parti.Umum tahu dan pemimpin serta penyokong PAS juga tahu bahawa Karpal Singh membawa pendirian parti DAP yang konsisten dan tegas dari dulu sehingga kini dan selama-lamanya iaitu menentang hudud dan menentang Negara Islam,anti-Melayu serta Raja-raja.Oleh itu,jika PAS ingin menunjuk-nunjuk marah terhadap Karpal,mereka harus melakukannya secara konsisten dan tegas juga iaitu sejak dulu, sehingga kini dan selama-lamanya.Tetapi,apa yang berlaku ialah suatu ketika dahulu,PAS nampaknya amat marah pada Karpal kerana mencabar melangkah mayatnya sebelum menubuhkan Negara Islam dan kemudian PAS juga yang menerima Karpal dan DAP.Malah Hadi Awang sanggup memeluk Lim Kit Siang ketika persekongkolan mereka dalam Barisan Alternatif walaupun Kit Siang juga tegar menentang hudud sepertimana Karpal Dan kemudiannya,pada tahun 2001,DAP mengumumkan keluar dari kerjasama dengan PAS dalam Barisan Alternatif (BA) atas alasan PAS masih membawa isu hudud dalam kempen mereka.

Perlu diingatkan bahawa DAP yang meninggalkan BA dan bukannya PAS.Ini menunjukkan yang DAP kekal konsisten dan tegas dalam pendiriannya terhadap hudud dan PAS pula sebaliknya.Sehingga kini,dalam setiap kali konfrontasi,hanya DAP yang mengugut akan keluar pakatan haram tetapi PAS tidak mungkin sekali.Kerana itu,PAS tidak berani menempelak DAP tetapi hanya mensasarkan Karpal seorang.Harapan PAS agar DAP tidak bertindak meninggalkan mereka terkapa-kapa sekali lagi di dalam pakatan haram.Walaubagaimanapun,malang bagi PAS kerana lakonan 'PAS marah DAP' ini tidak lagi berkesan.Walaupun terdapat banyak desakan dari akar umbi PAS agar parti tersebut keluar dari pakatan haram,namun saya pasti ia tidak akan berlaku.PAS terlalu gilakan kuasa untuk meninggalkan pakatan haram sekali gus melepaskan peluang untuk menang dalam PRU ini.Oleh itu,'marah' PAS pada Karpal hanya lakonan.Itu hakikat yang sudah diketahui ramai tetapi cuba dinafikan oleh penyokong-penyokong PAS.PAS sebenarnya kecut perut dengan Karpal.

Walapun Karpal hanya mampu bercakap tetapi tidak mampu bangun,menampar atau menyepak punggung PAS tetapi PAS cukup takut dengan Karpal.PAS takut kerana mereka tahu bahawa Karpal mewakili DAP dan bukannya bersendirian.PAS takut kehilangan DAP sekali lagi dan PAS akan berbuat apa saja asalkan DAP kekal bersama mereka berjuang menuju Putrajaya.'Pertengkaran' mengenai hudud ini akan dipanjangkan sehingga pilihanraya bagi terus memastikan yang pengundi Melayu tidak mempersoalkan keIslaman PAS. Ini juga telah dipersetujui oleh DAP bagi mengekalkan sokongan bukan Islam kepada mereka. Kerana itu, parti tersebut merelakan Karpal dikambing-hitamkan atau dijadikan papan sasar oleh PAS sementara menunggu PRU.Tetapi,nun di belakang tabir,kisahnya tetap sama antara PAS dengan DAP iaitu DAP kekal konsisten dan tegas menentang hudud,Negara Islam,Melayu dan Raja-raja manakala PAS kekal menjadi pak turut yang setia asalkan berpeluang ke Putrajaya

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...