tun faisal dot com |
- Fakta - Tiada istilah Royalti Minyak sebenarnya! #TukarKelantan
- Fakta dan Jawapan Padat mengenai #KrisisAir Selangor
- Rafizi violated BAFIA; A Case of Two Wrongs Dont Make a Right?
- [Gambar] Team twitter Perak mantap! #TwupTFipoh
Fakta - Tiada istilah Royalti Minyak sebenarnya! #TukarKelantan Posted: 03 Aug 2012 02:34 PM PDT Balak habis, pembangunan tak nampak, rakyat minum air berkeladak? Baca juga - Royalti Minyak: Jawapan untuk pemimpin Pas yang tak tahu malu Kelantan : Jawapan Kerajaan Pusat vs Kerajaan Negeri http://gelombangkick.blogspot.com/2012/08/royalti-kelantan-jawapan-kerajaan-pusat.html Semua negeri termasuk Kelantan bertaraf sama di sisi Akta Kemajuan Petroleum 1974. Semua Negeri yang mendatangani perjanjian dengan Petronas pada tahun 1975/76 akan mendapat bayaran tunai sebanyak 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dalam negeri berkenaan. 1. Apakah istilah yang disebut dalam Akta kemajuan Petroleum 1974 mengenai pembayaran hasil minyak dan Persekutuan - Istilah yang diguna pakai bagi maksud pembayaran tersebut adalah "bayaran tunai" sebanyak 5% dan perkataan "royalti" tidak digunakan dalam mana-mana istilah Akta berkenaan. Negeri - 2. Apakah kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan kerajaan Negeri tahun 1975/1976? Persekutuan - Telaga minyak atau gas mesti berada dalam sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri iaitu sejauh 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut (ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7 Tahun 1969). Negeri - istilah yang digunakan di dalam PDA, 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak "pesisir" dan "off-shore" untuk maksud petroleum yang dihasilkan daripada tanah (di pantai) dan dari air (off-shore). Baik PDA, 13 Perjanjian mahupun 13 Geran Penyerah Hak mengandungi apa-apa batasan di sebelah kanan mana-mana negeri untuk menerima bayaran tunai bagi petroleum yang dihasilkan di luar pantainya berdasarkan panjang dari pantai. Oleh itu, baik PDA, 13 Perjanjian mahupun 13 Geran Penyerah Hak tiada menyekat pembayaran bayaran tunai bagi petroleum yang dihasilkan 3 batu, 12 batu, 200 batu atau jarak lain daripada pantai 13 buah negeri kerana jarak tersebut tidak dinyatakan dalam PDA , Perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak. Sebaliknya, perkataan umum "off-shore" digunakan. Darurat (Kuasa-Kuasa Khas) No. Darurat 1969 tidak terpakai kepada pemilikan petroleum, sama ada di daratan atau luar pesisir. Ordinan ini juga tidak ada kaitan dengan kewajipan undang-undang Petronas untuk membayar bayaran tunai kepada keadaan di mana petroleum dihasilkan di pantai atau luar pesisir. Hanya PDA. Oleh itu, Ordinan tersebut bukan undang-undang yang relevan mengenai perkara itu. 3. Adakah Kerajaan Negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri di Semanjung berhak menuntut bayaran tunai hasil minyak dari Petronas? Persekutuan - Negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri di Semanjung tidak berhak kerana semua telaga minyak dan gas ynag mengeluarkan hasil di semenanjung pada masa ini berada di luar perairan wilyah negeri melebihi 3 batu nautika. Oleh yang demikian apa-apa hasil ynag diperolehi di luar perairan negeri melebihi 3 batu nautika adalah hak milik Kerajaan Persekutuan. Negeri - Ya, asalkan petroleum dihasilkan samada di pantai atau di luar pantai negeri berkenaan. Oleh itu, Selama 22 tahun berturut-turut, iaitu dari tahun 1978 hingga Mac 2000, Petronas membuat bayaran tunai kepada Terengganu dua kali setahun di bawah PDA, Perjanjian dan Geran Penyerah Hak, meskipun minyak dihasilkan beratus-ratus kilometer di luar pantai Terengganu. Hanya ketika PAS membentuk kerajaan negeri Terengganu selepas pilihan raya umum pada November 1999, Petronas berhenti membuat bayaran tunai kepada Terengganu, walaupun Petronas masih lagi pengeluaran petroleum di luar pantai Terengganu tanpa membayar Terengganu untuk. 4. Apakah kedudukan Sabah dan Sarawak dalam isu pembayaran royalti? Persekutuan - Sebelum tahun 1974, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak teleh sedia mempunyai kedudukan tersendiri terhadap hak royalti melalui kuatkuasa perjanjian serta kuatkuasa Akta Pelantar Benua 1966. Ia merupakan sejarah dan hak istemewa yang diiktiraf semasa menyertai Negeri - Sehingga PDA mulai berkuat kuasa pada bulan Oktober 1974, asas perundangan bayaran royalti kepada Sabah dan Sarawak adalah undang-undang yang diluluskan oleh kuasa kolonial British. Selepas enakmen dan PDA penubuhan Petronas, Sabah dan Sarawak diperlakukan dalam cara yang seragam sebagaimana negeri-negeri semenanjung. Oleh itu, satunya asas perundangan pembayaran bayaran tunai kepada Sabah dan Sarawak sejak Oktober 1974 adalah PDA, 2 Perjanjian mereka dan dua Letak Hak Pemberian mereka. Mereka berada dalam kedudukan yang sama dengan Kelantan, Terengganu dan sembilan negeri Semenanjung Malaysia. Semua dilayan sama di bawah PDA untuk mengelakkan diskriminasi di kalangan 13 negeri di Malaysia. 5. Apakah yang dimaksudkan dengan bayaran Wang Ehsan? Persekutuan - Wang Ehsan adalah sumbangan atau bantuan yang disalurkan berasaskan budi bicara Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri termasuk Kelantan. Sumbangan ini adalah di luar skop/bidang kuasa Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian yang ditandatangani antara Petronas dan kerajaan negeri pada tahun 1975/76. Bantuan ini diberikan adalah semata-mata atas kesedaran dan tanggungjawab berasaskan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap kebajikan negeri dan rakyat. Negeri - Ini adalah label politik yang dicipta oleh kerajaan Mahathir pada tahun 2000 apabila ia mengarahkan Petronas untuk berhenti membuat bayaran tunai kepada Terengganu selepas PAS membentuk kerajaan negeri. Istilah ini "wang ehsan" tidak mempunyai asas undang-undang. Ia tidak terdapat di dalam PDA, 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak. 6. Mengapakah Wang Ehsan yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan hanya berjumlah kira-kira RM20 juta? Persekutuan - Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan ini atas dasar ehsan berhubung dengan gas yang dihasilkan di kawasan perairan Persekutuan. Kerajaan negeri kelantan tiada hak dalam kawasan itu kerana ianya di luar perairan 3 batu nautika. Negeri - Kami tidak dapat menjawab 7. Apakah kedudukan kenyataan dari bekas Pengerusi Petronas, YB Tengku Razaleigh Hamzah bahawa royalti patut dibayar kepada negeri Kelantan dari hasil petroleum yang diperolehi dari luar perairan negeri tersebut serta mempertikaikan pemberian Wang Ehsan. Persekutuan - Kenyataan YB Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang perlu dilihat sebagai pendapat peribadi beliau semata-mata. Sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri. YB Tengku Razaleigh Hamzah pernah menjelaskan bahawa kerajaan PASA Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedududkan Wang Ehsan kerana wang disalurkan selama ini walaupun atas nama royaliti minyak, bukanlah hak negeri. Beliau juga menyatakan semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar "wilayah" mereka (Bernama - 1Novembe, 2000). Walaupun YB Tengku Razaleigh Hamzah telah mengubah pendiriannya pada masa ini, kedudukan undang-undang masih tidak berubah. Rakyat dan negara wajib menghormati undang-undang negara. Negeri - Kami menyokong pernyataan awam baru-baru ini oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Berat banyak yang mesti diberikan kepada Tengku Razaleigh kerana beliau adalah pengerusi pertama Petronas, dan ditandatangani 13 Perjanjian bagi pihak Petronas dengan setiap kerajaan negeri. Beliau amat fasih dengan perkara-perkara ini. Beliau juga menikmati kepercayaan dan keyakinan yang Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia 2, dan arkitek polisi petroleum negara kita. 8. Apakah Ketua Pembangkang maklum tentang kedudukan hak kerajaan-kerajaan negeri dalam hal ini? Persekutuan - Berdasarkan kedudukan peruntukan perundangan yang sedia ada, Ketua Pembangkang sedar kerajaan negeri tidak ada hak terhadap apa-apa bayaran tunai atau royaliti berkaitan hasil petroleum yang diterokai di luar perairan wilayah negeri. Oleh keran itu, Ketua Pembangkang pernah Dengan itu Ketua Pembangkang sendiri menyedari bahawa kerajaan negeri Kelantan tiada hak atas mana-mana telaga minyak atau gas yang berada dalam kawasan Persekutuan. Negeri - Sekali lagi, kita tidak boleh menjawab soalan ini kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin pembangkang, tidak rasmi mewakili Kelantan dalam isu royalti petroleum. - Sumber berkaitan dipetik dari JASA dan pelbagai. |
Fakta dan Jawapan Padat mengenai #KrisisAir Selangor Posted: 03 Aug 2012 02:30 AM PDT Penjelasan Isu Krisis Air di SelangorPublished On Friday, August 03, 2012 By klxpress-admin. Under: Barisan Nasional, Isu Semasa, PKR, Save Selangor. 1. Banyak spekulasi telah dibuat mengenai isu air di Selangor. 2. Ada yang mengatakan bahawa benar, sedang berlaku satu krisis air yang agak kritikal. Ada juga yang mengatakan bahawa ia cuma satu permainan politik untuk menggagalkan kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan TS Khalid Ibrahim. 3. Tetapi setelah mendengar sendiri penjelasan yang dibuat oleh pihak Puncak Niaga dan lawatan ke Loji Rawatan Air Sungai Langat di Batu 10, Hulu Langat, banyak pencerahan dapat dibuat dan dikenal pasti. Latar Belakang 4. Loji Rawatan Air Sungai Langat beroperasi di bawah seliaan Puncak Niaga. 5. Mereka memproses air mentah untuk dijadikan air terawat supaya boleh digunakan oleh orang ramai. 6. Air yang diproses akhirnya akan dijual kepada pihak Syabas. Syabas pula akan menyalurkan air ini kepada isi rumah di kawasan-kawasan tertentu. 7. Loji Rawatan Air Sungai Langat memproses air untuk dibekalkan kepada kawasan Selatan Selangor termasuk Kuala Lumpur. 8. Loji ini secara rekabentuknya mampu memproses 386 MG (million gallon) setiap hari. Tetapi kini beroperasi sehingga 460-470 MG setiap hari, bermakna loji ini beroperasi pada tahap 121% keupayaan. Krisis Air 9. Krisis air ini berlaku apabila loji ini tidak dapat memenuhi permintaan pengguna atas dasar kapasiti sudah mencapai tahap maksima. 10. Dengan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin pesat ini juga menyebabkan kadar penggunaan air bertambah dari masa ke semasa 11. Kadar pertambahan penduduk menyebabkan kadar penggunaan air juga bertambah. 12. Dengan kapasiti yang sedia ada, penggunaan air semakin tinggi tetapi prasarana masih pada keadaan 3, 4 tahun yang lampau. 13. Antara tugas Syabas adalah untuk menasihatkan kerajaan negeri tentang krisis air 3 TAHUN sebelum berlakunya krisis tersebut. 14. Permohonan telah dibuat oleh Syabas dan sudahpun diluluskan oleh kerajaan pusat tetapi belum diluluskan oleh kerajaan negeri sehingga kini. Untuk membolehkan loji baru dibina memerlukan persetujuan daripada kerajaan negeri. Menjawab Spekulasi Kenyataan I "Air di empangan tinggi, mana ada masalah air!" Jawapan Air di empangan memang tinggi, tetapi masalah bukan bekalan air mentah, tetapi air terawat. Analogi mudah; sebuah ladang lembu mempunyai 5,000 ekor lembu tetapi tukang sembelihnya hanya ada seorang. Kemampuan untuk mengeluarkan daging ke pasaran terletak kepada tukang sembelih dan bukannya berapa banyak lembu yang ada. Kenyataan II "Sepanjang tahun hujan, bekalan air mesti mencukupi!" Jawapan Sekali lagi jawapan adalah sama seperti sebelumnya iaitu masalah bekalan air terawat. Dan tambahan lagi, sekiranya hujan lebat, loji tidak akan mampu memproses air tersebut kerana faktor kekeruhan yang tinggi. Pam loji akan rosak kerana kandungan lumpur yang terlalu tinggi untuk diproses sehingga memaksa loji perlu ditutup. Kenyataan III "Kita akan menggunakan air lombong!" Jawapan Masih lagi jawapan yang sama! Air lombong sekalipun, air tersebut perlu dirawat terlebih dahulu dan perlukan loji untuk merawat. Kenyataan IV "Syabas menangguhkan bayaran kepada loji sebanyak RM 2 billion untuk mencipta krisis air!" Jawapan Loji ini sudahpun beroperasi pada tahap 121%. Dan semua air yang diproses dijual terus kepada Syabas. Tangki 4 iaitu di Balakong yang boleh memuatkan 4 MG habis digunakan. Apabila air di tangki tersebut sudah mencapai tahap 3-4 inci ataupun setinggi buku lali, tangki tersebut tidak lagi mempunyai tekanan yang cukup untuk menyalurkan air ke isi rumah. Setiap kali air sampai ke tangki 4 ini, habis terus digunakan. Kenyataan V "Kerajaan BN berpakat dengan Syabas untuk tutup bekalan air untuk mencipta krisis air!" Jawapan Sekiranya benar, maka loji air tersebut tidak perlu untuk memproses air pada tahap 121% keupayaan. Loji-loji air yang sedia ada sudahpun beroperasi lebih daripada kadar yang sepatutnya. Jika benar Syabas tutup bekalan air, maka melimpah-limpahlah air di setiap tangki simpanan air yang ada di seluruh Selangor. Penyelesaian 1. Cara penyelesaian yang terbaik adalah dengan membina lebih banyak loji-loji rawatan air si sekitar Selangor. 2. Syabas sudahpun menasihatkan kerajaan negeri 3 tahun yang lalu tentang krisis air yang akan berlaku. 3. Loji Rawatan Air Langat 2 tidak perlu dipolitikkan oleh PKR dan perlu dibina segera untuk menyelesaikan masalah rakyat. Pentingkan rakyat dan bukannya politik parti sahaja. 4. TS Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri Selangor perlu faham dengan jelas krisis air yang dihadapi dan bukannya bercakap dengan sembrono sahaja. 5. Mengikut pandangan profesional dari Puncak Niaga sendiri, sekiranya keadaan ini tidak berubah dan tiada tindakan selanjutnya diambil, Selangor secara keseluruhannya akan mengalami masalah krisis air ini dalam tempoh 10-12 bulan lagi. 6. Masalah bukan tentang air banyak di empangan, tetapi air terawat yang dikeluarkan oleh loji! oleh: Salah Ad-Din Baca juga Kes Mahkamah Belum Selesai Antara Faktor Hasrat Selangor Ambil Alih Syabas Tidak Dapat Dipertimbang KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Kes mahkamah yang belum selesai adalah antara sebab kerajaan persekutuan tidak dapat mempertimbangkan permohonan kerajaan Selangor untuk mengambil alih operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam satu kenyataan, berkata kes mahkamah itu difailkan Syabas bagi menuntut pampasan kerana kerajaan Selangor tidak bersetuju menaikkan tarif air bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak 2009. "Sebab kedua ialah kerajaan Selangor dan Syabas didapati melakukan keingkaran dan tuduhan kerajaan Selangor ke atas keingkaran yang dilakukan Syabas didapati tidak mencukupi untuk membolehkan kerajaan Selangor mengambil alih operasi Syabas berdasarkan klausa 32 perjanjian konsesi," kata KeTTHA dalam satu kenyataan di sini. Kenyataan itu bagi membetulkan beberapa kenyataan yang dilapor dibuat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beberapa anggota Exco kerajaan negeri berhubung isu air di Selangor, selain memberi gambaran sebenar isu yang dibangkitkan pihak terbabit. Pada 24 Julai lepas, portal Selangorku melaporkan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail sebagai mendakwa kerajaan negeri itu mahu mengambil alih operasi Syabas kerana syarikat tersebut tidak mampu menguruskan bekalan air, namun tidak diluluskan kerajaan Pusat. Mengulas lanjut isu itu, KeTTHA berkata kerajaan pusat akan mendapatkan pandangan muktamad daripada Peguam Negara sebelum mengambil sebarang tindakan. Mengenai dakwaan bahawa kerajaan pusat dan Syabas bertanggungjawab menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset air seperti loji di Selangor kerana fasiliti itu dipajak kepada mereka, KeTTHA berkata: "Kerajaan Selangor sebagai pemilik aset air negeri tidak pernah memajak mana-mana aset air negeri kepada kerajaan persekutuan." Sehubungan itu kata KeTTHA, tanggungjawab bagi memastikan ketersediaan bekalan air di loji rawatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terletak pada kerajaan Selangor selaku pemilik aset. "Tanggungjawab Syabas sebagai operator pengagihan air di negeri Selangor hanyalah membekalkan dan mengagihkan bekalan air terawat dan bukan berperanan memastikan ketersediaan bekalan air terawat," kata KeTTHA. Kementerian itu berkata semua perkara tersebut diperuntuk menerusi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, masing-masing mengikut Seksyen 188 dan 191. KeTTHA mengulas kenyataan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Penyayang Dr Xavier Jayakumar yang dilapor portal Selangorku pada 24 Julai lepas. |
Rafizi violated BAFIA; A Case of Two Wrongs Dont Make a Right? Posted: 03 Aug 2012 01:12 AM PDT Mad Cow? "Two wrongs don't make a right" means that it is never right to wrong someone, even if they have wronged you first. Their "wrong" plus your "wrong" together would not make a "right." Benarkah sama? Not really - baca juga - Dosa Rafizi - mengaku tidak bersalah di mahkamah, tapi mengaku bersalah terlepas pandang BAFIA 2. Salleh juga mendakwa, Rafizi telah mentafsirkan sendiri penyata-penyata akaun itu dan 'mendramatikkan cerita' dan 'beri gambaran yang salah' yang boleh menjatuhkan kredibiliti pengarah dan pemegang saham, walaupun belum tentu cerita yang dibuat itu benar. Misalnya dakwaan yang menyatakan bahawa "Mohamad Salleh hanya mempunyai RM421 di dalam akaunnya di bank tersebut pada satu masa, namun tetap diberikan pinjaman berjumlah RM4,391,240 untuk membeli hartanah" adalah tafsiran Rafizi yang mempersoalkan integriti bank terbabit dalam membuat keputusan memberikan pinjaman, hanya berdasarkan penyata akaun Mohamad Salleh. 3. INI TIDAK TERMASUK - memfitnah Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan memberi gambaran seolah-olah beliau terlibat dalam isu pemberian pinjaman NFC walaupun selepas itu SPRM pada 31 Mei lepas mendapati Shahrizat tidak terbabit dalam proses perolehan pinjaman RM250 juta daripada kerajaan Persekutuan kepada NFC. http://www.sinarharian.com.my/politik/nfc-sprm-sahkan-saya-bersih-kata-shahrizat-1.64479?localLinksEnabled=false Akta BAFIA 1989 - @RafiziRamli & Pencacai2 PR Lain Mesti Baca!!Not many people knew that the confidentiality is cornerstone or cardinal principle in the banking system. Reason is very simple -- because the very relationship between the banker and customer is based on this principle. Bank secrecy is a legal principle in some jurisdictions under which banks are not allowed to provide to authorities personal and account information about their customers unless certain conditions apply (for example, a criminal complaint has been filed). In some cases, additional privacy is provided to beneficial owners through the use of numbered bank accounts or otherwise. Bank secrecy is prevalent in certain countries such as Switzerland, Singapore and Luxembourg, as well as offshore banks and other tax havens under voluntary or statutory privacy provisions. The father of the Bank Secrecy is the Swiss Banking Act of 1934, which led to the famous Swiss bank -- where the principle of Bank secrecy is always considered one of the main aspects of private banking. That's why until today, there were debate on this bank secrecy until it has been widely accused by NGOs and governments of being one of the main instruments of underground economy and organized crime. Despite this accusation, the secrecy remained while the authorities have to figure other way of getting information through some specific legislation. In Malaysia, we follow the common law as well as British statute on banking confidentiality when we passed the Banking and Financial Institutions Act in 1989. Even that, some still complaint that our law not comprehensive enough to ensure effective legal enforcement. Under the BAFIA, there are certain conditions or qualification before the client information can be released. The act prevents banking officers at their whim and fancies to reveal your account anytime they like or they want regardless for whatever reason. This also applied to those who have left the banking sector. You might argue that what Rafizi and his ex-banker counterpart did was for the exposure of the corruption cases involving NFC. You might also argue that government need to protect him under the whistle blowing act. However, let us be clear on this matter. In Rafizi case, it is not that straight forward as you and I could imagine. It was alleged that information used was being passed by somebody who are previously in the banking sector (which is strictly guided by BAFIA) and started calling a press conference exposing publicly every detail of it. He did not report the finding to the authorities first; instead used it publicly for publicity purposes, claiming the authorities did not investigate the matter or cover up. The Whistle Blower Protection Act 2010 stated while it covers any member of public and private sectors who discloses wrongdoings, such disclosure should be made in "good faith" based on "honest and reasonable grounds at the material time" without necessitating hard evidence from the whistle blower. It's clearly stated the duty of gathering evidence will be tasked to the investigation unit of the enforcement agencies to ensure that the whistle blower is not compromised. However, whistle-blowers can provide evidence if it is legally available through the course of their works. What Rafizi exposing is clearly not from the legally available because such document are protected under BAFIA and only certain people being authorised are allowed to access. Even that person is being allowed the access, he or she is still not allowed to exposed publicly as it only allowed to hand over such information at the request of the authorities who carried out the investigation work. Apart from illegally obtaining the evidence, he also exposed publicly the evidence which actually can be presented in the court as evidence by the authorities. You can't just expose somebody's account based on your assumption or whatever reason you think you are right before the authorities charged the person or persons. Just imaging if this being allowed, anybody can get hold on you banking account information and started making all sorts of allegation publicly about the money you kept in the bank instead channels their suspicion with the authorities. Rafizi is not the first case under the BAFIA. In fact, in the past there are few cases, even some involving some genuine mistake. However, law is still a law. Few years back, there is a case where a man has successfully sued a leading bank in Malaysia for breach of confidentiality. In April 1997, this man opened a current account, a savings account and a fixed deposit account under his and his son's names and gave the bank a specific correspondence address. On 17-3-2007, without the consent of the man, the bank sent the statements of account to another address. As a result of that, the plaintiff's wife came to know about the said accounts and this created a problem between them. The bank admitted that this man had never informed it of any change of address and never authorised it to use any address other than the one he specified. The judge then ruled the bank has breached the confidentiality of these men's account, allowing him to claim for general and special damages with interest of 8% per annum. In fact recently, a bank officer was also been sacked by its employer after been found to has exposed the banking account number involving a VIP. Nobody is above the law; it applies to everybody, whether it is Rafizi or the NFC directors. --SUMBER: CUCU TOK SELAMPIT-- |
[Gambar] Team twitter Perak mantap! #TwupTFipoh Posted: 02 Aug 2012 10:08 PM PDT #TwtupTF @TunFaisal Berbuka Puasa Bersama BNYV Perak Dan Unit Media RELAon Thursday, August 2, 2012Program: TwtupTF: Tun Faisal Berbuka Puasa Bersama BNYV Perak dan Unit Media RELA Lokasi: Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung, Ipoh, Perak Tarikh: 2 Ogos 2012 |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment