House PK

House PK


PENDEDAHAN EKSKLUSIF! KERAJAAN PAHANG JAMIN TIDAK AKAN ANIAYA MASYARAKAT ORANG ASLI DI SG. LELEH!

Posted: 03 Aug 2012 11:01 PM PDT

Kerajaan Pahang hari ini memberi jaminan tidak akan mengambil sebarang tindakan apatah lagi mengganggu mahupun mengambil tapak rumah di kawasan penempatan Orang Asli di Kampung Sungai Leleh terutama yang membabitkan projek mengeluarkan bijih besi.

Exco Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin ketika ditemui memberitahu, pentadbiran Pahang tidak pernah dan tidak akan menganiaya ataupun mengambil tindakan sebelum mengambil kira kepentingan dan juga kebajikan rakyat.

Katanya, kepimpinan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sentiasa menghormati dan menjaga kebajikan rakyat setiap masa dan turut memberi keutamaan kepada rakyat apabila melaksanakan apa-apa projek pembangunan.



"Sebelum ini, pernah ada projek yang kerajaan negeri telah luluskan tetapi kita tangguh dahulu sehingga mendapat persetujuan daripada penduduk di situ… jadi saya rasa tidak timbullah apa yang dikatakan tanah rumah penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Leleh akan diambil.

"Saya beri jaminan sebagai wakil rakyat dan exco kerajaan negeri bahawa perkara ini tidak akan berlaku… kita sentiasa ambil pendekatan untuk berunding sekiranya berlaku apa-apa," katanya.

Menurut Sharkar lagi, kawasan perlombongan yang diusahakan oleh anak syarikat kerajaan negeri, Mentiga Mining Sdn Bhd di Sungai Leleh adalah di atas tanah yang dimiliki oleh kerajaan Pahang.

Disebabkan di luar kawasan tersebut terletak perkampungan Orang Asli, maka wujud golongan-golongan yang cuba mengambil kesempatan melalui politik murahan dengan menyuntik cerita-cerita buruk berkaitan kerajaan negeri.

"Sebenarnya kerajaan negeri melalui RISDA telah bersetuju untuk membangunkan tanah berkenaan dengan mewujudkan tanaman kelapa sawit untuk dibahagikan hasilnya kepada keluarga Orang Asli yang terlibat.

Read more...

Gambar penuh insiden Lanchang, KLIK SINI

PENDEDAHAN BERAPI! MARI LIHAT BAGAIMANA PEGUAM PKR CUBA MENIPU ORANG ASLI DI LANCHANG, PAHANG!

Posted: 03 Aug 2012 10:19 PM PDT

Ingat lagi tak masa PRK Galas? Blog ini bersama-sama dengan rakan-rakan bloggers lain telah mendedahkan pasal Ladang Rakyat di Kelantan? Ingat lagi bagaimana kerajaan Isle pastu tukar kerajaan kebajikan menzalimi masyarakat orang Asli di Kelantan? Kalau tak ingat KLIK SINI

Bermacam-macam pendedahan kita lakukan. Korang klik link aku kasi tu dan korang akan ingat balik apa yang telah kerajaan Kelantan buat pada masayarakat orang Asli. Berbekalkan dendam dan pendedahan yang telah kita lakukan itu. Maka PKR Pahang telah melakukan sesuatu yang luarbiasa.

Mereka telah ke kawasan orang Asli di Lanchang dan menghasut rakyat disana untuk menentang kerajaan, mereka tipu rakyat disana dengan menggunakan peguam-peguam PKR yang tidak bertanggungjawab. So aku nak share dengan korang tentang pendedahan yang dilakukan oleh Perak Today seperti dibawah:

"Ada seorang peguam yang juga merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) datang menemui masyarakat Orang Asli di sini dan telah memanipulasikan isu pelaksanaan projek bijih besi di Kampung Sungai Leleh".

Demikian dakwaan Tok Batin Kampung Sungai Leleh, dekat Lanchang, Sedi Chanak, yang begitu kecewa kerana wujudnya individu yang sanggup mengambil kesempatan serta mengeksploitasi masyarakat Orang Asli di kawasan itu.

Krisis berkaitan tanah dan wilayah adat Orang Asli di Pahang yang berlaku yang didakwa telah diceroboh syarikat milik kerajaan negeri ternyata telah berjaya dimanipulasikan Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menyuntik perasaan benci masyarakat pribumi itu terhadap kepimpinan negeri.



Menurut Sedi, kedatangan seorang individu yang dipercayai berperanan sebagai peguam kononnya untuk membela nasib Orang Asli kawasan itu rupa-rupanya telah disalahgunakan oleh individu terbabit.

"Dia (peguam) adalah salah seorang ahli PKR dan datang ke kampung kami kononnya untuk membela hak Orang Asli…apa yang dilihat rupa-rupanya peguam ini mempunyai misi negatif dalam menghulurkan bantuan.

"Ketika itu saya difahamkan, peguam terbabit telah meminta senarai nama penduduk yang membuat bantahan kononnya sebagai bukti bilangan peserta RISDA yang membantah dengan pelaksanaan projek untuk mengeluarkan bijih besi oleh anak syarikat kerajaan Pahang, Mentiga Minning.


Untuk melihat gambar penuh di Lanchang, KLIK SINI

KHAS UNTUK AMBABIGA! DARI LU NAK JADIKAN RAKYAT SEMUA GILA BAIK LU PI CHECK KAT SPR!

Posted: 03 Aug 2012 05:00 PM PDT



Walaupun tarikh Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) terus menjadi tanda tanya, kira-kira 1.3 juta pemilih berdaftar di negeri ini digesa agar menyemak semula pendaftaran masing-masing melalui pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengarah SPR negeri, Ahmad Adli Abdullah menegaskan bahawa semakan tersebut penting supaya pindaan terhadap kesilapan maklumat yang berlaku pada pemilih berdaftar dapat dilakukan pihaknya dengan kadar segera.

"Saya berharap pemilih yang berdaftar untuk membuat semakan supaya sebarang kesilapan seperti nama, lokaliti dan pusat undian boleh dibuat dalam tempoh sebelum pilihan raya," katanya.

Menurut beliau, SPR telah menyediakan pelbagai kaedah kepada orang awam yang telah mendaftar untuk membuat semakan bagi memastikan maklumat peribadi mereka tepat.

Ahmad Adli berkata, semakan boleh dibuat dengan menghubungi talian SPR negeri, laman web, sistem pesanan ringkas atau pemilih berdaftar boleh hadir sendiri ke pejabat di negeri masing-masing.

"Pelbagai kaedah disediakan dan kami memang sedang memberi tumpuan kepada semakan bagi memastikan pendaftar seboleh-bolehnya mengundi di tempat yang dekat dengan lokalitinya," katanya.

Beliau menambah, SPR sedang cuba untuk meletakkan pusat-pusat mengundi yang berhampiran dengan tempat tinggal pemilih berdaftar bagi memudahkan urusan mengundi ketika pilihan raya.

Read more...

So Ambabiga dari lu melalak dan nak jadikan semua orang GAY, baik lu suruh sesiapa yang tak puashati tu pi check status mereka ok?

PANAS BERAPI! KENAPA PEMIMPIN PAKATAN KUAT CURANG YA?

Posted: 03 Aug 2012 01:03 PM PDT

Beberapa minggu lalu, politik tanahair dikejutkan dengan pendedahan panas melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan bekas pekerjanya, Ng Phaik Kheng yang didakwa mempunyai skandal sulit dan lagi menyulitkan.

Skandal sulit tersebut tambah panas diperkatakan ramai apabila turut mendapat tempat dalam Sidang DUN Melaka berikutan desakan beberapa wakil MCA yang mahukan isteri Lim yang juga ADUN Bukit Tunggal, Betty Chew memberi penjelasan terhadap isu itu.

Penjelasan itu diminta kerana timbul dakwaan kecederaan di dahi Lim dikatakan akibat terkena hentakan sesuatu benda keras selepas diserang oleh Betty yang ketika itu berang dengan skandal sulit membabitkan Lim dan Ng Phaik Kheng.

Namun kini selang beberapa ketika dan isu skandal tersebut pun sudah sedikit reda, tidak semena-mena khalayak umum khususnya rakan-rakan rapat Betty dikejutkan dengan perubahan ketara isteri Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Perubahan gaya dan penampilan barunya dengan imej yang lebih elegan nyata agak drastik walaupun mengejutkan namun berbaloi kerana ramai yang memuji anjakan imej yang tiba-tiba sahaja dilakukan oleh Betty Chew.

Inilah yang dapat dilihat di satu majlis keraian rasmi yang dihadirinya sehari dua lepas yang menyaksikan kehadirannya dengan imej baru tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai tetamu di majlis tersebut malah turut diperkatakan oleh akhbar-akhbar Cina.

Betty kelihatan cantik dan seakan muda beberapa tahun berbanding usia sebenarnya malah saling tak kalah jika digandingkan dengan gaya wanita lain yang sentiasa mengikut fesyen kontemporari.

Sebelumnya agak sukar untuk melihat Betty tersenyuman simpul apatah lagi bergaya manis kerana sikap dan perwatakan dirinya agak terkenal sebagai kurang mesra, tapi dengan penampilan terbarunya ini kemesraan yang ditonjolkan nyata agak terasa perbezaannya.

Melihat pada perubahan tiba-tiba ini tidak sukar untuk kita andaikan ada sesuatu yang memaksa dirinya melakukan semua ini, setidak-tidaknya mungkin untuk mengurangkan tekanan dalam diri atau barangkali mahu menawan kembali hati gersang sang suami.

Dari segi usianya memanglah sudah sedikit lanjut jika dibandingkan dengan wanita muda seperti Ng Phaik Kheng atau mesra dipanggil sebagai Rainbow oleh Lim Guan Eng, akan tetapi itu bukannya satu halangan untuk Lim & Betty kembali bertaut kasih.

Cumanya sekarang, apa pula kata hati Lim Guan Eng melihat perubahan ketara isterinya itu? Mustahil sedikit pun tidak terlintas untuk menghargai kesanggupan isteri tersayang bergaya sakan demi menambat kembali hatinya.

Di antara Rainbow yang masih muda, cantik dan manja dibandingkan dengan isterinya Betty Chew yang sedikit tua tapi sudah pandai bergaya kelihatan cantik dipandang mata, agaknya siapakah yang paling cantik dan menarik di mata Lim Guan Eng?

Mungkinkah dari segi perwatakan Rainbow yang lebih manja akan lebih menarik perhatian hatinya atau dahinya yang pernah terluka akan memaksa dirinya kembali memuja Betty yang sedang sakan bergaya?

PAS TAKUT BIRU!

AKHIRNYA CHONG WEI BERJAYA MARA KE AKHIR!

Posted: 03 Aug 2012 06:30 AM PDT

Tahniah Dato Lee Chong Wei kerana berjaya masuk ke pertandingan akhir. Semoga Dato membawa pulang emas untuk Malaysia!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PANAS BERAPI! RAFIZI DAPAT DANA DARI TURKI UNTUK TUBUH 'NOW' - UNTUK APA?

Posted: 03 Aug 2012 03:45 AM PDT

Untuk seorang yang baru sahaja dituduh di mahkamah dalam isu BAFIA, nampaknya Rafizi memang tak pandai duduk diam. Secara bersahaja, Rafizi menubuhkan sebuah lagi NGO baru yang dikatakan bakal menjadi tapak perjuangan Rafizi di dalam PKR. Kita semua tahu, nasib politik Rafizi di dalam parti tidaklah begitu bagus. Bertanding (cuba untuk bertanding) dan kemudiannya tarik diri. Shamsul Iskandar pun tak mampu Rafizi tewaskan, kerana Sam adalah 'adik angkat' kepada Azmin.

NOW – memang ditubuhkan, selari dengan tarikh pilihanraya yang semakin hampir. Semua orang dalam PKR tahu, mereka sedang menantikan DANA besar dari Turki yang dikatakan akan tiba ke pantai Malaysia dalam banyak cara dan kaedah. Semuanya memerlukan transaksi yang sahih dan bernas. Makanya, memang menjadi tanggungjawab besar PKR, untuk memastikan DANA besar ini sampai dalam keadaan yang selamat.

Syarat Turki (Erdogan) mudah sahaja. Semuanya mesti dilakukan secara sah. Zaman untuk memberi dana secara songlap dan gelap dah berlalu. Kalau ada pun, ianya dari sumber yang lain – dan bukan dari Turki.

Memang ada platform lain yang boleh digunapakai: akaun SUARAM, akaun Malaysiakini, akaun parti – tapi bagi pastikan kawalan penuh kepada wang Turki, NOW ditubuhkan. Signatories – Anwar, Azizah dan seorang akauntan lain. Orang lain jangan ganggu. Azmin juga tak terlibat.

Agenda NOW adalah seperti berikut:-

1. Berfungsi sebagai badan pemantau yang menilai secara berkala prestasi urustadbir, tata kelola (governance) dan ketelusan kerajaan dan agensinya (termasuk syarikat berkaitan kerajaan);

2. Berfungsi untuk mendedahkan skandal-skandal besar yang cuba dilindungi oleh mana-mana badan yang berkepentingan awam;

3. Melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat melalui Dana Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Fund) yang menanggung kos guaman, kos hilang sara diri dan lain-lain;

4. Menjalankan program kesedaran untuk menggalakkan lebih ramai pemberi maklumat tampil ke hadapan; dan

5. Melatih lebih ramai aktivis yang berkemahiran menganalisa skandal dan melakukan pendedahan.

Mewah Rafizi lepas ni layan dana Turki!

Sumber: Gelagat Anwar
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...