Kedah Ke KL - MctHeory |
- TUDIAA!! Pasar Pekan Rabu Lingkup Akibat Kebodohan Pas Kedah!! #TukarKedah
- EKSKLUSIF!! Lagi Gambar Sampah Khas Untuk Mahfuz Omar!! @MahfuzOmar #TukarKedah
- EKSKLUSIF!! Khas Untuk Mahfuz Omar, Mana Janji Selesaikan Masalah Sampah!! @MahfuzOmar #TukarKedah
TUDIAA!! Pasar Pekan Rabu Lingkup Akibat Kebodohan Pas Kedah!! #TukarKedah Posted: 07 Aug 2012 12:15 AM PDT Sekiranya anda berkunjung ke negeri Kedah, jangan terkejut sekiranya anda dapati keadaan bazar dan gerai-gerai yang berada di kawasan perniagaan orang Melayu di Pekan Rabu yang terkenal dahulu bagaikan hambar tidak bermaya. Pekan Rabu dan gerai-gerai yang berada di sekitarnya sememangnya menjadi lokasi menarik dan menjadi tumpuan orang ramai, sama ada dari Kedah atau luar, lokasi itu adalah "lokasi wajib" untuk dilawati sekiranya berkunjung ke negeri Jelapang Padi itu. Ketika di zaman pentadbiran Barisan Nasional, gerai-gerai di situ begitu ramai pengunjungnya dan sangat meriah, semeriah pendapatan yang dapat diraih oleh golongan penjaja di situ yang rata-ratanya Melayu dan beragama Islam. Maka tidak hairanlah jika para peniaga di sekitar Alor Setar sanggup berbaris panjang dan berebut-rebut untuk mendapatkan tapak niaga di kawasan strategik yang berada di tengah-tengah bandaraya Alor Setar itu. Namun, setelah PAS mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri pada Mac 2008, keadaannya bertukar wajah, semakin hambar dan tidak bermaya. Misalnya, PAS sebelum ini telah melancarkan Bazar Sinar Sejahtera di kawasan tersebut dan ketika itu bilangan penjaja dan peniaga yang mengambil bahagian di Bazar itu adalah sekitar 80 orang, mewakili 80 gerai. Namun menurut tinjauan saya yang terkini, gerai dan premis yang masih beroperasi di situ hanya tinggal separuh dari jumlah asalnya. Menurut jawapan dari Exco PAS di Sidang DUN Kedah tempohari, hanya tinggal sekitar 36 penjaja saja yang masih bertahan di Bazar tersebut, manakala selebihnya memilih untuk "tutup kedai" dan mungkin mencari rezeki di tempat lain! Apa sudah jadi dengan lokasi yang dulunya terkenal itu? Semakin malap setelah ditadbir "bulan purnama"? Ada cakap-cakap dari para pemimpin PAS yang menyatakan bahawa keadaan itu normal kerana sudah menjadi kebiasaan turun naik perniagaan bagi menjustifikasikan Bazar yang tidak mendapat sambutan rakyat. Kononnya, keadaan tersebut disebabkan oleh beberapa pusat membeli belah dan pasar malam yang terdapat di Kedah di mana para pengunjung lebih berminat ke sana berbanding Bazar Sinar Sejahtera. Tapi, mengapa pula lain pula kenyataan dari beberapa peniaga yang masih bertahan di Bazar tersebut? Menurut mereka, antara sebab jualan mereka tidak laris dan ada yang terpaksa "bungkus" adalah disebabkan oleh kadar sewa yang dinaikkan begitu tinggi yang menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga barang jualan. Selain itu, mereka juga merungut mengenai kekurangan tempat letak kereta berdekatan dengan Bazar tersebut bagi kemudahan para pengunjung di situ selain dari penguatkuasa yang tidak boleh "berlebih kurang" dengan para penjaja. Akibatnya, ramai yang menarik diri dari terus berniaga di situ dan para pengunjung tidak lagi menjadikan kawasan tersebut sebagai tumpuan utama mereka berbanding dahulu. Itu belum lagi disebut mengenai lesen dan permit perniagaan yang dikeluarkan itu hanya diberikan kepada mereka-mereka yang "sahih" menyokong PAS sahaja berbanding sebelum ini ia diberikan keada mana-mana penjaja yang layak tanpa mengikut parti di zaman BN. Sepatutnya, Kerajaan PAS Kedah memberikan kelonggaran dan menyokong penuh para penjaja di situ memandangkan ia secara tradisinya merupakan pusat kegiatan ekonomi utama umat Islam di sekitar ibu negeri Kedah. Cuba lihat di Johor bagaimana Kerajaan Negerinya begitu bijak menarik orang ramai untuk bertumpu di Pasar Malam Johor. Dari tarikan berbeca di sana, hinggalah perniagaan "Pasar Karat" yang menjadi tumpuan pada sesiapa saja yang berkunjung di negeri paling selatan itu. Dijangka sekiranya tiada sebarang drastik yang diambil oleh pihak Kerajaan PAS Negeri Kedah berkenaan Bazar Sinar Sejahtera itu, maka ia akan bertukar menjadi seolah-olah "hidup segan mati tak mahu". Saya berpendapat bahawa sekiranya Kerajaan PAS Kedah diberi mandat sepenggal lagi untuk mentadbir Kedah, rasanya Pekan Rabu dan para penjaja di sekitarnya akan terus malap malah mungkin lebih teruk lagi terpaksa ditutup kerana dasar "syok sendiri" Azizan dan para Exconya… SUMBER MYKMU | ||||||||
EKSKLUSIF!! Lagi Gambar Sampah Khas Untuk Mahfuz Omar!! @MahfuzOmar #TukarKedah Posted: 06 Aug 2012 09:12 PM PDT Lagi gambar kawasan pelupusan sampah Mc bawa untuk tatapan pembaca blog dan Mahfuz Omar sendiri. Mc percaya dia sendiri pun tak pernah datang ke tempat ni.
Penduduk sekitar kawasan pelupusan ni dah banyak kali buat bantahan. Ada diantara mereka yang telah pun buat demo untuk meluahkan rasa hati. Namun masih tiada tindakan dari kerajaan negeri dan pihak berwajib. Untuk cerita penuh pasal sampah Mahfuz ni boleh klik SINI | ||||||||
EKSKLUSIF!! Khas Untuk Mahfuz Omar, Mana Janji Selesaikan Masalah Sampah!! @MahfuzOmar #TukarKedah Posted: 06 Aug 2012 07:53 PM PDT Sebenarnya, posting ini, atas permintaan orang Pokok Sena sendiri. Mereka mahu tahu, kemana hilangnya janji si Mahfuz Omar untuk selesaikan masalah tempat pelupusan sampah di Jabi? Keadaan kawasan pelupusan sampah di Jabi tu amat parah sekali, malah sampah yang ditimbun hampir sama dengan bangunan setinggi 3 tingkat! Baunya pula jangan cakap la. Kalau sekali angin lalu rasanya dekat 2 km boleh bau busuk sampah tu. Mc kesian pada penduduk sekitar tu. Dulu depa ingat bagi undi kat Mahfuz boleh selesai masalah bau sampah ni. Rupanya dah 4 tahun tunggu, masalah sampah bukan selesai, malah makin teruk. Nak kata dah Mahfuz tak mampu selesaikan, dia ahli parlimen Pokok Sena, nak kata kerajaan negeri parti lain, kerajaan negeri pun cop sama dengan Mahfuz. Kalau dulu dia boleh komplain sampai bawa plastik sampah ke bangunan MBAS. Awat kali ni tak bawa sampah berbakul-bakul ni pi pejabat MBAS sekali lagi? Mahfuz pernah berjanji akan selesaikan masalah tempat pelupusan sampah. Malah kerajaan negeri pun berjanji kononnya nak cari tempat pelupusan sampah yang baru. Namun 4 tahun sudah berlalu, janji masih lagi tinggal janji. Mungkin selepas ini pencacai blogger Pas akan jawab, sampah diuruskan oleh 'kerajaan pusat' namun kawasan pelupusan sampah, selenggara dan pengawasan di bawah sapa? Bukan PBT? PBT pulak bawah sapa? Bukan ka Exco? Exco pulak dilantik oleh sapa? Oleh MB kerajaan negeri, kerajaan negeri tu sapa pulak? Bukan kerajaan negeri tu geng bulan purnama ka? Soo.. masa berjanji, bukan main dahsyat.. masa nak tunaikan, sapa sekor tak mengaku, muka pun tak nampak. Kat bawah ni Mc bagi lagi gambar untuk tatapan pembaca..
Tengok gambar pun dah rasa loya nak muntah. Cuba bayangkan baunyaa.. terukk.. punya la tak terurus keadaan di tapak pelupusan hinggakan sampah yang penuh bersepah diatas jalan. Malah sistem peparitannya juga teruk. Mc diberitahu, jika hujan, air dari parit melimpah keatas jalan, baunya jangan cakap la.. boleh sampai ke kawasan penduduk yang terdekat. Sampai bila agaknya keadaan kawasan pelupusan sampah kat Jabi ni akan jadi begini? Kalau kerajaan negeri tak mampu nak tangani masalah sampah, Mc minta ada pihak lain yang prihatin untuk selesaikan. Kalau harap Mahfuz, dia hanya pandai janji saja, cakap memang senang. Setakat cakap berapi, berkobar, baik tak payah. Kerja belum tentu dia buat Rakyat tetap susah. Insyallah Mc akan follow up pasal sampah ni pada kemudian hari.. McTheory: Nak uruskan sampah bukan senang, tapi YB macam sampah bersepah ada.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment