Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! Apabila Maksiat Menjadi Satu Ibadat Kepada Pas Kedah!!
- PANASS!! Penyokong Ustaz Nasha Mula Turunkan Bendera Pas!!
- GEMPAR!! Anwar Punca Azmin Ali Derhaka Pada Ibunya!!
- HOT!! Gambar Siti Nurhaliza Di Mekah Bersama Naib Presiden UMNO?!!
- TUDIAA!! Oii Pas, Duit Zakat Pun Nak Rembat Ke?? #Pasrabut
PANASS!! Apabila Maksiat Menjadi Satu Ibadat Kepada Pas Kedah!! Posted: 22 Aug 2012 06:49 AM PDT Perghhhh..!!! Panassss dan hangatttttt dari House Bar Of PAS Kedah..!!! Video ni di upload pada 15 Ogos lalu oleh "v2link" yang dipercayai bekerja di premis hiburan tu sebagai promosi sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak! Pelik tapi benar! Ini yang berlaku di Kedah pada bulan Ramadhan ni. Aku tak pi pun ke House Bar tu aaaaa...jangan main tuduh-tuduh! Heh! Sebenarnya, pusat hiburan di Kedah memang dibenarkan beroperasi di bulan Ramadhan sejak di zaman BN lagi. Memang undang-undang benarkan depa beroperasi... Tapi masa BN dulu, pengusaha pusat-pusat hiburan ni tutup kedai di bulan Ramadhan sebagai menghormati umat Islam. Kerajaan BN tak payah suruh pun depa tutup, tapi depa tutup sendiri pasal depa respect kat kerajaan BN... Tapi sekarang ni, bila PAS memerintah, para pengusaha pusat-pusat hiburan tu tak heran pun! Depa bukak saja pusat-pusat hiburan tu. Dan lebih menarik, pengusaha-pengusaha yang dipercayai datang dari DAP Penang ni selamba buat promosi macam ni..! Heh! Amacam PAS Kedah? Azizan? Sanusi Setpol? Amacam? Ada teloq ke nak tegur perkara ni? Heh! "Sebangsa, Sejiwa, Senegara"? Di Kedah ni PAS dah jadi "Sebangsat" macam ni pun dikerjakan DAP masih lagi takut nak bersuara? Heh! P/s: Dey Sanusi Setpol...lu simpan la lu punya teloq tu dalam almari..!!! Kasi kunci dengan pedal ayam banyak-banyak..heh! Lu nak jadikan Kedah ni jadi "mini Danoq" kaaaa..??? DUKEOFUMNO |
PANASS!! Penyokong Ustaz Nasha Mula Turunkan Bendera Pas!! Posted: 22 Aug 2012 02:18 AM PDT Akibat kecewa dan mula benci kepimpinan PAS yang seolah-olah mendiamkan diri bila mana Ustaz Nasha dihina dan di fitnah dengan bermacam tohmahan, ada segelintir ahli-ahli PAS yang tidak berpuashati telah menurunkan bendera PAS seperti dalam gambar di atas. Gambar ini diambil di salah sebuah taman perumah di Selangor atau lebih tepat lagi di Puncak Alam, Kuala Selangor. Rentetan isu-isu luaran dan dalaman parti yang semakin jauh terpesong, ada ahli PAS yang semakin berang dengan permainan dan angan-angan PAS yang terkubur sejak menjerumuskan diri dalam kancah Pakatan Haram. "Langkah mayat saya dulu." itulah ungkapan yang sering digunapakai oleh Presiden DAP, Karpal Singh setiap kali PAS melaungkan ungkapan hudud di Malaysia. Adakah ini yang dinamakan demokrasi bila umat Islam ingin menegakkan hukumnya maka dilarang dengan keras oleh individu OKU ini? Berhentilah bermain permainan politik yang bakal menghancurkan gelaran parti Islam ini. Janganlah dibiarkan Islam itu dipijak oleh golongan kafir harbi yang terus terusan ingin menghancurkan dan menenggelamkan Islam di Malaysia. Tiada larangan dalam menegakkan Islam dalam UMNO, jangan menuduh UMNO bukan Islam kerana 100% ahli UMNO adalah Islam dan Melayu tiada terkecuali. Jika kita tidak kuatkan bangsa bagaimana hendak kuatkan syiar Islam. Bersatu dahulu sebelum terfikir tegakkan agama Islam. Fikirkan. JawaBer6 |
GEMPAR!! Anwar Punca Azmin Ali Derhaka Pada Ibunya!! Posted: 21 Aug 2012 11:18 PM PDT Semalam TV3 melaporkan kisah Azmin yang tak sudah-sudah menjadi anak derhaka. Seperti yang telah dijangka oleh rakyat Malaysia, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak pulang bertemu ibunya Mak Tom Yahaya sempena Syawal. Selepas daripada dia dipanggil sebagai anak derhaka oleh Mak Tom dalam temubual eksklusif bersama TV3 tempohari. Malah menurut ibunya, Azmin langsung tidak pulang untuk berbuka puasa bersamanya sepanjang Ramadhan lalu. Bukan itu sahaja, malah telefon untuk bertanya khabar pun tidak pernah. Inilah jenis pemimpin yang terlalu dihormati oleh pakatan rakyat dan Anwar sehingga jika dia menegur sesiapa sahaja pemimpin dalam pakatan rakyat maka keesokkan harinya pemimpin tersebut akan dipecat. Menurut Mak Tom lagi, disebabkan kecewa dengan sikap Azmin, beliau mengajak anak-anak lain berhari raya di luar Kuala Lumpur buat pertama kali sejak lebih 40 tahun. "Saya dan tiga anak perempuan termasuk Umi Hafilda dan cucu-cucu saya memilih untuk beraya di Melaka kali ini kerana begitu kecewa dengan sikap Azmin yang juga sudah lebih setahun tidak pulang menjenguk saya di rumah. "Tahun ini, kami langsung tidak membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Tiada makna untuk kami buat demikian, kalau dia sebagai anak langsung tidak sudi untuk pulang bersalaman dan memohon ampun daripada saya," katanya. Inilah contoh pemimpin terbaik yang mengabaikan mak sendiri demi cita-cita politik songsangnya. Mak Tom juga akui, Azmin berubah sikap semenjak bersama Anwar. Anwar yang telah mendidik Azmin menjadi anak derhaka. McTheory: Orang cakap derhaka pada ibu, seksa woo.. nak mati nanti.. |
HOT!! Gambar Siti Nurhaliza Di Mekah Bersama Naib Presiden UMNO?!! Posted: 21 Aug 2012 08:14 PM PDT Mc tahu mengenai Naib Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi Ke Mekah untuk menunaikan umrah. Namun tak pula kita tahu bahawa Siti Nurhaliza penyanyi tersohor negara pun ke Mekah juga pada waktu yang sama bersama suaminya. Apakah mereka dalam satu rombongan? Atau rombongan Zahid dan Siti hanya bertemu untuk menjamu selera dalam satu majlis. Tapi rasanya gambar ni takkan buat puak Pakatan meroyan seperti mana gambar Ustaz Nasharuddin dengan PM tempohari. Namun untuk pengetahuan pembaca semua, suami Siti ni memang orang kuat UMNO pun..tak heran la kalau Siti Nurhaliza mempunyai semangat patriotik yang kuat, anak polis memang sepatutnya macam tu. he he.. McTheory: Kalau selitkan Siti sebagai calon kan bagus.. bagi lawan Mak Lampir.. dah tentu menang besar.. ha ha.. |
TUDIAA!! Oii Pas, Duit Zakat Pun Nak Rembat Ke?? #Pasrabut Posted: 21 Aug 2012 05:25 PM PDT Astaghfirullahal'azim.. rasanya dah sampai tahap melampau kali ni. Tak cukupkah derma tin milo korang dok rembat duit rakyat. Sampai duit zakat pun rembat juga. Kemana agaknya duit zakat ni disalurkan? Ke tabung zakat negeri atau ke tabung derma Pas? Kesian la pada mana-mana umat Islam yang bayar duit zakat pada korang ni. Tah betul, tah tidak. Rasanya ni dah jadi zakat Pas, bukan lagi zakat dalam Islam. Teruk betul la.. Kalau duit zakat pun puak ni sanggup rembat, yang lain lagi banyak la.. McTheory: Insaf la Pas.. Islam tu bukan hak milik kamu yang punya. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment