PAPA GOMO |
Teguran Membina Buat Menteri & Timbalan Menteri Yang Gila Glamour Sempena Syawal Ini Posted: 18 Aug 2012 07:00 PM PDT Selamat Hari Raya buat seluruh umat Islam Malaysia dan juga diseluruh negara. Gomo mengucapkan maaf jika sepanjang tahun ini ada melakukan kesilapan sehingga mengguriskan hati individu tertentu sama ada dipihak pembangkang ataupun Kerajaan. Lepas Raya ni Gomo start balik Balun pihak pihak tertentu terutamanya pembangkang nanti tahun depan Gomo mintak maaf lah balik...huhuhu Hari lebaran ini Gomo nak berkongsi kisah untuk menjadi iktibar kepada semua pihak dan pastinya mungkin akan menguriskan sekali lagi pihak pihak tertentu yang Gomo maksudkan ini. Tadi dah mintak maaf kan? So ni Hari Raya maka takkan le artikel ni jadi sensitif pulak pada yang berkenaan kan? Sepanjang Gomo berblog Gomo lihat ada satu pekara yang sepatutnya tidak berlaku kepada pemimpin terutamanya pemimpin UMNO. Satu pekara yang jika dulunya mungkin pekara biasa namun jika sekarang ini ianya menjadi satu pekara luar biasa yang cukup jelek untuk rakyat Malaysia saksikan terutamanya wartawan ataupun petugas media yang lain termasuk Blogger. GILA GLAMOUR inilah masaalah pemimpin UMNO baik Menteri, Timbalan Menteri, Majlis Tertinggi, dan lain lain kepimpinan. Kalau diperingkat bahagian Gomo tidak berapa nak kisah kerana skopnya memang begitu kerana menjaga Bahagian yang beliau sandang tetapi berbeda dengan Menteri, Timbalan Menteri ataupun pemimpin tertinggi lain didalam UMNO. Satu sikap yang paling jelek adalah TEMPEL ataupun dengan bahasa lain SUKA MENEMPEL dimana sahaja ada Perdana Menteri Najib Razak ataupun Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pasti akan ada muka muka TEMPELAN ini yang menyibuk yang Gomo tak tahu apa yang depa ni duduk buat. Adalah amat jelek lagi apabila program yang sepatutnya untuk rakyat dipenuhi keliling PM dan TPM oleh mereka yang berjawatan ini. Kalau Ketua Bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri Gomo tidak hairan tetapi muka muka Menteri dan Timbalan Menteri pulak yang duduk kesana kemari bersama PM dan TPM. Susah sangat ke nak duduk bersama PM sampaikan program Rakyat pula menjadi tempat tempelan pemimpin pemimpin ini? Apa yang Gomo sampaikan ini bukanlah sekadar pandangan peribadi Gomo sahaja malah pekara ini merupakan hasil dari luahan para media terutama petugas petugas media yang selalu mengikuti program Politik. Mereka sendiri menyampah ataupun naik Jelek dengan sikap segelintir pemimpin UMNO yang tidak sudah sudah mengipas PM dan TPM kiri dan kanan. Malah lebih teruk ada yang tampa segan silu meminta agar wartawan tersebut "FOKUS" pada gambar nya bersama PM dan TPM. Apa benda semua ni? Masaalah GILA GLAMOUR ini dilihat semakin menjadi jadi sejak kebelakangan ini barangkali sudah hampir kepada Pilihanraya. Boleh Gomo katakan ada pemimpin UMNO diperingkat atasan ini mengupah media media tertentu dan juga membayar individu tertentu agar mengambil Gambar ataupun video beliau ketika bersama PM dan TPM. Oklah kalau duit poket sendiri Gomo tidak kisah kerana bila dah GILA GLAMOUR apa pun mereka ini sanggup lakukan. Tetapi yang tidak seronoknya bila ada Menteri dan Timbalan Menteri yang menggunakan wang kerajaan untuk mempopularkan diri mereka. Patutlah Gomo lihat ada media, portal, blog, facebook tertentu yang cukup aktif memberikan liputan kepada beberapa orang pemimpin ini sampaikan kalau 10 artikel maka 5 nya adalah dari Menteri ataupun Timbalan Menteri tersebut. hebat bukan bila GILA GLAMOUR ni sampaikan Najib Razak Perdana Menteri dan Muhyiddin Yassin Timbalan Menteri pun tidak diberikan liputan sebegitu. Gomo tidak menyalahkan media, blog, facebook ataupun mana mana medium yang begitu rancak mempopularkan Menteri atau Timbalan Menteri itu kerana mereka dibayar sudah pastinya akan membuat liputan sebaik mungkin kerana beban atas wang yang telah diterima. Tetapi apakah ianya baik untuk pandangan rakyat khususnya mereka yang diatas pagar ini? Gomo juga lihat Menteri dan Timbalan Menteri ini mestilah dibodek untuk mendapat hasil dan mungkin sebab itu tidak mustahil semakin hari semakin ramai para Blogger seangkatan yang beriya iya memberikan liputan kepada Menteri dan Timbalan Menteri tersebut. Yelah, kalau tak buat liputan nanti DUIT tak masuk pulak kan? Hu Hu Hu Sebab tu jika kita lihat ada banyak Menteri dan Timbalan Menteri yang liputan pada mereka terhad melainkan program tersebut mendapat liputan meluas. Tetapi tidak pada Menteri dan Timbalan Menteri yang GILA GLAMOUR ini yang cukup prihatin agar muka mereka terpampang didada akhbar, video dan mana mana medium terutamanya media baru. So sempena 1 Syawal ini Gomo nak berikan TIPS kepada rakan Blogger, facebooker ataupun sesiapa sahaja yang merasakan ingin mencari duit lebih agar dapat membuat liputan mereka mereka yang dirasakan GILA GLAMOUR ini kerana percayalah anda akan dapat hasil lumayan atas apa yang anda lakukan. Ada dua kategori pada Gomo dalam mencari peluang rezeki terutama dalam media baru ini. Pertama : Bodek dan Jilat Menteri ataupun Timbalan Menteri melalui Program yang besar sampaikan lah kepada yang kecik. Kedua: Buat kerja apabila pemimpin tersebut diserang melalui isu isu nasional yang mana serangan dihalakan dari pihak pembangkang. So kalau tanya Gomo maka Gomo akan pilih yang kedua kerana tugas dan tanggungjawap kita adalah menang PRU 13 dengan kemenangan 2/3. Serangan dari pihak pembangkang mestilah dipatahkan bagi mengekalkan memoentum BN menang PRU 13 nanti. Jadi terpulang pada rakan rakan media yang berada waktu ini untuk memilih dua pilihan diatas. Ohhh lupa, kepada mereka yang tak nampak jalan bagaimana nak tarik perhatian Menteri dan Timbalan Menteri yang GILA GLAMOR ini Gomo berikan satu lagi tips mudah mudahan anda semua berjaya. Update setiap hari artikel, gambar, video ataupun apa sahaja mengenai Menteri atau Timbalan Menteri yang GILA GLAMOUR ini dan jangan lupa TAG nama beliau kerana Menteri dan Timbalan Menteri ini akan search GOOGLE nama mereka dan dengan itu artikel, video, gambar yang anda buat akan keluar dilaman Google. Maka dari sinilah Menteri dan Timbalan Menteri yang GILA GLAMOUR itu akan mencari "SIAPA ANDA" untuk mereka mambayar anda bagi perkhidmatan seterusnya. Tak percaya Gomo cakap? Emmm dah ramai yang berjaya dan anda boleh taip nama sesiapa Menteri ataupun Timbalan Menteri yang anda rasa GILA GLAMOUR tu dan anda akan lihat Blogg, Facebook mana yang cukup istimewa mengeluarkan berita mengenai pemimpin tersebut. Kalau kau orang TAK JILAT memang tak dapat lah. Tapi kalau kau orang JILAT gerenti dapat hasil beb. Ni dah terbukti sebab Gomo dah lihat pergerakkan GILA GLAMOUR ni cukup lama. Meluat dan kadangkala Menyampah!!! So Salam Aidlifitri kepada Menteri dan Timbalan Menteri yang makan hati dengan artikel Gomo ini. Malah pemimpin pemimpin UMNO yang terasa hati dengan artikel ini juga diharapkan bertenang kerana PM yang akan menentukan sama ada anda menjadi calon PRU 13 ataupun tidak. Buat angkatan Blogger Pro BN boleh nilaikan sendiri pekara ini kerana dalam kita nak membodek pastikan jangan terlalu Over sampaikan kita tidak perasan yang kita sebenanrnya sudah menjadi hamba kepada pemimpin tersebut. Ada isu Panas, kita jawap, ada serangan pembangkang kita patahkan, ada isu masyarakat yang elok maka kita ketengahkan agar rakyat mengetahuinya. Ada Program berfaedah kita hangatkan tetapi berpada pada kerana bila dah dibayar ni aktiviti BERAYA pun nak dibuat liputan Cameraman, Videoman dan segala macam untuk dijadikan GLAMOUR. Psssttt... Selamat Hari Raya Dato Dato Pak Menteri Timbalan Menteri sekalian.......... DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
Nik Aziz Menangis Dimalam Raya Terkenang Perjuangan Tun Mahathir Posted: 18 Aug 2012 06:17 AM PDT Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR). Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam. "Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama Islam. "Pas harus keluar dari PR secepat mungkin kerana mereka saling berpelukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak hudud," katanya kepada Sinar Harian selepas majlis sumbangan dan berbuka puasa peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, di Masjid Pekan Jerlun, di sini, semalam. Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan PR dan menetapkan pendirian sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam. "Apabila Pas meninggalkan PR yang disertai parti bukan Islam, baru mereka boleh meneruskan perjuangannya yang didokong selama ini. "Selagi Pas bersama parti yang tidak mengakui Islam adalah agama unggul, hukum hudud tidak dapat di laksanakan," katanya. Menurutnya, dunia mengiktiraf Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi ia tidak dapat melaksanakan hudud kerana Malaysia mempunyai kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan agama. "Umno akan mewujudkan sebuah negara Islam yang lengkap jika Pas berbesar hati untuk menyertai Umno. "Negara Islam lain juga menaruh harapan kepada Malaysia, namun masih ada orang yang cuba memecahbelahkan orang Islam. Oleh kerana itu hajat kita tidak tercapai. "Untuk membina sebuah negara Islam, orang Melayu harus bersatu dalam satu pakatan dan membangunkannya secara lengkap. "Kita tidak usah mempedulikan orang yang memperjuangkan hanya untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya semua orang Melayu dan Islam mesti bersatu untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud," katanya. - SINAR HARIAN Psssttt... Semoga PAS sedar dan kembali kejalan yang benar... DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment