BADUT RAKYAT |
- EKSKLUSIF !!! MANA SATU PILIHAN ANDA ??? WAJIB LIHAT !!!
- SAH !!! PAS JADI LEMBU DITARIK HIDUNG DALAM PAKATAN HARAM !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! KHALID GAGAP HARUS BERUNDUR !!! RAKYAT DAH MENYAMPAH !!!
- LELAKI INI SUSPEK PENJENAYAH BAKAR KEKASIH !!! TOLONG SEBAR DAN LAPOR PADA POLIS !!!
- HOT NEWS !!! KERAJAAN PAS KEDAH BAKAL TUMBANG !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! BUKTI PAS BUKAN PARTI ISLAM TERSEBAR !!! WAJIB BACA !!!
EKSKLUSIF !!! MANA SATU PILIHAN ANDA ??? WAJIB LIHAT !!! Posted: 18 Aug 2012 08:30 AM PDT |
SAH !!! PAS JADI LEMBU DITARIK HIDUNG DALAM PAKATAN HARAM !!! WAJIB BACA !!! Posted: 18 Aug 2012 05:00 AM PDT Setelah menjadi keldai tunggangan DAP dan PKR untuk sekian lama,pemimpin PAS masih tidak mengerti dan faham bahawa mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk menjayakan agenda liberalisme,pluralisme serta penghapusan kepentingan dan hak-hak Melayu di negara ini.Sentiasa sahaja PAS akan mempertahankan kedua-dua sekutunya dalam Pakatan Rakyat apabila mereka diserang tetapi adalah parti itu benar-benar faham apa yang mereka cuba pertahankan ??? Takkan pemimpin PAS seperti Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat begitu bodoh dan bebal sehingga tidak dapat membaca perancangan DAP dan PKR yang akan menyisihkan masa depan Islam dan Melayu sekiranya mereka berkuasa ??? Dalam isu fatwa haram mengundi dan menyokong DAP yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Abdullah Sama'ah,PAS begitu beria-iya mempertahankan DAP.Pernahkan kita lihat DAP melakukan perkara yang sama mempertahankan PAS dalam mana-mana isu selama ini ??? Yang kita dengar hanya amaran demi amaran dari DAP jika PAS masih berkeras untuk menegakkan Negara Islam serta melaksanakan Hukum Hudud.Akhirnya PAS kecundang di gelanggang sendiri,Negara Islam bertukar menjadi Negara Berkebajikan dan Hukum Hudud terus lenyap sekali daripada agenda pakatan haram.Kalaulah DAP iklhas menyokong PAS mengapa parti cauvinis Cina itu selama ini tidak pernah mahu duduk semeja dengan PAS bagi berdialog atau berbincang mengenai Hukum Hudud atau Negara Islam ??? Ini membuktikan DAP tidak berminat langsung untuk mengkaji mengenai Islam dan ini telah ditegaskan puluhan kali oleh pemimpinnya, yang dungu hanya PAS.Dituduh pula Umno menolak Hukum Hudud sementara DAP hanya sekadar menentangnya.Sekali lagi pemimpin jumud PAS tidak tahu membezakan antara maksud perkataan tolak dan tentang.Tolak maknanya tidak menerima manakala tentang pula membawa erti melawan atau menyanggah.Walaupun kedua-dua istilah membayangkan maksud yang hampir sama, 'menentang' adalah lebih kuat maksudnya daripada 'menolak'. Justeru,Umno hanya 'menolak' Hukum Hudud bukan kerana parti Melayu itu 'menentang' hukum Allah swt tetapi tidak menerima pendekatan dan cara ianya mahu dilaksanakan oleh PAS.Berlainan dengan DAP yang bukan setakat menentang Hukum Hudud malah menghina hukum Allah serta memperlekehkannya.Pelik sekali Abdul Hadi selaku Presiden PAS membuat perbandingan dengan mengatakan perlembagaan parti itu mempunyai peraturan untuk memecat mana-mana ahli yang meminum arak dan memakan babi,sesuatu yang dikatakan tidak ada dalam Umno.Bagi PAS kalau ahli minum arak dan makan babi amat merbahaya tetapi jika pemimpin PAS balun RM50 juta wang caruman ahli dalam Kohilal tidak mengapa atau berkhalwat dengan isteri orang dan kemudian mengahwininya bila-bila masa pun boleh dihalalkan, malah boleh dipilih sebagai Timbalan Presiden,Sebab itu Nik Aziz boleh keluarkan pelbagai fatwa sesat seperti pangkah PAS masuk syurga atau hatta boleh bersekutu dengan syaitan sekalipun kalau syaitan boleh beri kemenangan kepada parti itu atau Abdul Hadi boleh keluar fatwa mengkafirkan ahli Umno. Mungkin PAS terlepas pandang melihat sikap sebuah parti Islam bernama Parti Keadilan dan Pembangunan,AKP yang kini berkuasa di Turki di bawah Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.Erdogan seperti semua maklum adalah penyokong kuat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan seringkali memberi dana besar kepada PKR untuk menjalankan aktivitinya.AKP pula adalah sebuah parti Islam liberal yang tidak peduli atau 'angkat pot' samada anggota parti atau wakil rakyatnya kaki botol,taik judi atau kaki perempuan.Bagi DAP dan PKR,hak kesamarataan dan kebebasan beragama semua penganut mana-mana agama atau kepercayaan di negara ini menjadi tunggak dan prinsip perjuangan Pakatan Rakyat.Bagi Anwar dan Karpal Singh, PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat jika terus bermimpi mengenai Hukum Hudud dan Negara Islam.Bagi Umno,keadaan realiti masyarakat majmuk di Malaysia hendaklah dijadikan asas dalam menggubal hukum syariah sedemikian rupa.PAS mengganggap Malaysia seperti juga mana-mana negara Arab seperti Arab Saudi, Pakistan atau Sudan yang melaksanakan Hukum Hudud. Lihat sahaja dalam kes Sudan yang memperkenalkan undang-undang syariah sejak tahun 1983 oleh presiden ketika itu, Ja'afar Numeiri.Pergolakan terus berlaku disebabkan sebahagian rakyatnya yang beragama Kristian dan animis (pemuja elemen alam seperti pokok,batu dan sebagainya) menentang pelaksanaan hukum tersebut bukan kerana faktor agama tetapi kerana Islam telah dipergunakan oleh pemimpin negara itu untuk tujuan politik peribadi.Akhirnya Sudan,sebuah negara Islam dan mempunyai keluasan terbesar di benua Afrika,berpecah dan kehilangan wilayah selatan (kini sebuah negara merdeka di panggil Sudan Selatan) yang amat jaya dengan minyak.Adakah di Sudan, Islam menang dan syiar agama itu menjadi semakin kukuh dan kuat serta umat Islam menjadi lebih maju dan kaya setelah pelaksanaan Hukum Hudud ala Ja'afar Numeiri ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! KHALID GAGAP HARUS BERUNDUR !!! RAKYAT DAH MENYAMPAH !!! Posted: 18 Aug 2012 01:30 AM PDT PUTRAJAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar meletak jawatan sekiranya tidak berjaya mengambilalih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menjelang September nanti,sepertimana yang beliau janjikan.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata sebagai seorang tokoh korporat,Abdul Khalid seharusnya lebih tahu tentang proses pengambilalihan syarikat. "Kita tunggu dan kita takkan kacau, kita biar dia uruskan. Tapi kalau tak boleh ambil alih juga beliau harus letak jawatan," katanya selepas melancarkan papan seranta awam atas talian kedua Draf Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan,di pejabatnya di sini.Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, pada masa yang sama Abdul Khalid juga tidak boleh menghalang projek Loji Rawatan Air Langat 2 daripada diteruskan,kerana sama ada pengambilalihan itu Berjaya atau tidak,rakyat Selangor tetap memerlukan bekalan air bersih.Beliau berkata kerajaan pusat bertolak ansur sebelum ini dengan membelanjakan sejumlah RM600 juta untuk projek-projek mitigasi air di Selangor bagi mengelakkan krisis air, termasuk membina loji Sungai Labu dengan kos RM298 juta untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air di sekitar Sepang. "Kerajaan negeri masih berfikiran seperti pembangkang dan ini akan merugikan negeri itu sendiri. Mereka sepatutnya berfikir seperti kerajaan yang sentiasa mencari jalan untuk membela nasib rakyat," katanya. Mengenai Loji Rawatan Air Langat 2,Noh berkata kerajaan masih akan memohon kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk pembinaan tersebut memandangkan ia terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan itu.Beliau berkata permohonan sebelum ini bukannya ditolak MPKj, tetapi ditangguhkan namun tidak diketahui tempoh masanya. "Pada masa yang sama tender untuk pembinaannya akan dikeluarkan," katanya. Mengenai penyaluran air dari Pahang,Noh berkata kerajaan pusat melantik konsultan yang mengambil masa tujuh tahun untuk membuat kajian dan perancangan mengenai cara terbaik untuk mengatasi krisis air di Selangor termasuk dengan cara tersebut. # Dipetik dari Siasah |
LELAKI INI SUSPEK PENJENAYAH BAKAR KEKASIH !!! TOLONG SEBAR DAN LAPOR PADA POLIS !!! Posted: 17 Aug 2012 10:00 PM PDT Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan saspek berhubung kejadian remaja perempuan 16 tahun yang dibakar di kawasan semak berdekatan Seksyen 1,Wangsa Maju,awal pagi kelmarin. Nama: MOHD AMIR BIN MOHD ANUAR Umur : 18 Tahun Orang ramai yang mengenali saspek bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ditalian 03- 21460522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu,mangsa,Nurul Firzanah yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.Bapa mangsa,Mat Zaki Mat Hussin,45,berkata,anaknya,Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana,dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur. Menurut Mat Zaki,mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.Bagaimanapun,katanya,jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit. |
HOT NEWS !!! KERAJAAN PAS KEDAH BAKAL TUMBANG !!! WAJIB BACA !!! Posted: 17 Aug 2012 07:00 PM PDT Dalam umat Islam kelam-kabut membuat persiapan Hari Raya,pakatan haram pula kelam-kabut membuat persiapan Pilihanraya.Ini kerana pakatan haram sehingga kini bukan sahaja belum dapat memuktamadkan kerusi dan calon tetapi juga masih bertelagah soal hala tuju pemerintahan sekiranya menang nanti. Soal hudud nampaknya masih belum ada penyelesaian di mana PAS terhegeh-hegeh menyorong pipi,sedia akur dengan 'penentangan' DAP asalkan DAP masih bersama mereka,tetapi DAP pula tidak dapat menerima pendirian PAS untuk terus bercakap tentang hudud apa lagi melaksanakannya.Sekiranya perkara ini tidak boleh diputuskan sebelum PRU-13,bagaimana pakatan haram mengharapkan rakyat memberi mandat kepada mereka ??? Itu belum lagi dikira masalah dalaman parti dan negeri-negeri di bawah jajahan mereka.Cakap-cakap kedai kopi dan sekilas pandang secara rambang,antara negeri yang hampir pasti jatuh kembali ke tangan Barisan Nasional ialah negeri Kedah. Menteri Besar Kedah,Dato' Seri Azizan Razak diketahui kerap menjadi tumpuan media,bukan sangat kerana isu, tetapi kerana personalitinya yang panas baran dan tidak peduli atau bahasa kasar orang putih 'don't give a damn'.Oleh kerana personalitinya ini,beliau telah mengumpul musuh yang semakin ramai sejak memegang tampuk pemerintahan negeri itu. Lebih buruk lagi apabila beliau membuka ruang yang begitu luas kepada musuh untuk menembaknya dari segenap arah. Ini kerana beliau dikenali sebagai seorang MB yang tidak tahu apa-apa dan tidak mahu ambil tahu mengenai apa-apa jua.Jika dikritik,beliau menafi.Jika disoal,beliau melenting.Akhirnya,satu masalah pun tidak dapat diselesaikan dan satu projek pun tidak dapat dijayakan sepanjang hampir sepenggal pemerintahan.Akibat terlalu angkuh dan tidak peka,Azizan dipergunakan oleh musuh-musuh yang menyamar sebagai kawannya.Cerita mereka, mudah sekali untuk mengsabotaj Azizan kerana beliau akan mempercayai siapa saja yang ingin dipercayainya dan siapa yang bijak meraih kepercayaannya pasti akan memperoleh keuntungan.Pendek kata,beliau mudah ditipu hidup-hidup di depan batang hidungnya sendiri tanpa beliau mengesyaki apa-apa. Musuh paling bahaya bagi Azizan bukanlah parti lawan atau UMNO,tetapi dari dalam partinya sendiri iaitu PAS.Malah,dalam banyak hal,PAS Pusat juga mengambil sikap 'dingin' terhadap Azizan dalam banyak hal akibat terpengaruh dengan musuh-musuh beliau yang licik-licik belaka. Jika rakyat Kedah sebelum ini ingin 'mengajar' UMNO dengan menyerahkan mandat kepada PAS tetapi kini rakyat sudah sedar bahawa seburuk-buruk UMNO sebelum ini,lebih buruk lagi PAS yang bertopengkan Islam, dungu lagi licik dan jahat.UMNO walaupun dituduh korup dan bermacam-macam lagi,tidak pernah pun memangsakan rakyat.Namun,di bawah kerajaan 'Islam' PAS,rakyat Kedah terpaksa menanggung tariff air yang tinggi dan menghidu bau busuk sampah di sekitar bandar Alor Setar setiap hari.Jalan-jalanraya juga tidak diselenggara dengan baik,melainkan di hadapan rumah yang didiami MB sendiri. Setelah 4 tahun berlalu,terserlahlah sudah sikap kerajaan PAS Kedah yang tidak prihatin dengan segala rungutan rakyat termasuk dalam isu perobohan madrasah,tanah rizab Melayu yang bakal dijadikan jirat Cina,masalah banjir dan pencemaran sungai akibat pembalakan yang berleluasa serta masalah KUIN yang dibiarkan sehingga meruncing dan tidak dapat dikawal. Semua masalah yang berlaku ini pula ditudingkan kepada UMNO tanpa memikirkan apa-apa penyelesaian. Lebih malang bagi PAS kerana PAS Kedah juga ketandusan pemimpin yang berwibawa untuk dijadikan pengganti Azizan. Semua orang tahu bahawa kalau ada pun pemimpin PAS yang menonjol dari Kedah, semuanya hanya menjadi bahan lawak jenaka rakyat kerana kebodohan mereka yang ketara, antaranya, Mat Sabu dan Mahfuz Omar yang hanya tahu memaki hamun dan mengeluarkan kenyataan merapu. Yang lainnya pula begitu kampungan dan tidak boleh dibawa ke tepi, ke tengah dan majlis-majlis rasmi di peringkat kerajaan, diRaja, kebangsaan jauh sekali global. Malah, Azizan sendiri sering merungut mengenai sikap para Exco yang memalukan dan tidak sesuai serta tidak dapat mengadaptasi cara bekerja dengan sebenar-benarnya.Seorang dua yang 'professional' di kalangan PAS Kedah pula,semuanya licik mempergunakan Azizan untuk mengaut wang negeri demi kepentingan diri.Dengan pusat-pusat hiburan yang bercambah dan tidak dapat disembunyikan lagi dari mata rakyat, PAS sudah kehilangan kredibiliti sebagai parti Islam yang menjadi penyebab utama rakyat Kedah mengundi mereka sebelum ini. Justeru,isyarat yang diterima dari sumber dalaman PAS menyatakan bahawa secara diam-diam,PAS sudah pun 'menerima' kekalahan mereka di Kedah dan mula menumpukan kepada negeri-negeri lain bagi memastikan kemenangan di dalam Pilihanraya nanti.Apa yang lebih 'menyakitkan hati' PAS ialah, sikap MB Kedah yang masih terus menafi dan 'mempersetankan' apa saja teguran terhadapnya.Kini,satu persoalan yang tinggal ialah,apakah UMNO telah bersedia meranapkan PAS di Kedah ??? Sesungguhnya,PAS Kedah telah pun cedera parah dan hanya menunggu tusukan maut keris UMNO untuk mengakhiri penderitaan rakyat. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! BUKTI PAS BUKAN PARTI ISLAM TERSEBAR !!! WAJIB BACA !!! Posted: 17 Aug 2012 04:00 PM PDT Menjadi satu trend kebiasaan bagi penyokong dan pemimpin PAS tatkala bertelingkah pendapat sesama Islam,mereka akan sentiasa mengambil pendirian mendahulukan kepentingan politik kepartian sekalipun ianya langsung tidak menepati anjuran Islam yang mahu umatnya berlapang dada dalam menerima perbezaan pandangan.Sikap bongkak dan perilaku taksub pada parti yang ditonjolkan oleh penyokong dan pemimpin PAS dalam banyak hal membabitkan kepentingan ummah seakan sudah satu lumrah berkemungkinan berkait rapat dengan asal usul penubuhan PAS itu sendiri yang lahir dari perasaan dendam dan irihati.Lanjutan dari itu menyebabkan ramai penyokong PAS mahupun pemimpin mereka sentiasa berusaha mencari alasan untuk memperlihatkan pendirian mereka dalam sesatu isu adalah betul dan tidak pernah silap, manakala apa sahaja yang diusahakan oleh UMNO akan cuba dipropagandakan sebagai salah dan tidak pernah betul di mata mereka.Pada mereka,hanya PAS sahaja yang layak diiktiraf sebagai pejuang Islam sedangkan orang-orang Islam yang mendukung perjuangan UMNO dianggap sebagai telah lari dari landasan Islam sekaligus dihukum sebagai kafir dan hanya neraka jahanam sahajalah tempat yang sesuai untuk orang Islam yang menentang PAS. Bila sahaja UMNO tampil dengan pelbagai program pembangunan Islam misalnya penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Tabung Haji, membina masjid-masjid dan surau misalnya, tidak bertangguh lagi PAS segera menggerakkan jenteranya bertujuan memperlekehkan segala daya usaha tersebut sebagai kononnya tiada nilai di sisi Allah s.w.t.Di awal penubuhan Tabung Haji, Bank Islam dan UIA,tidak sedikit kata nista dan tuduhan jahat dilemparkan konon semuanya itu sekadar wayang oleh pihak Kerajaan Pusat pimpinan BN untuk menarik sokongan umat Islam yang di dakwa semakin telah beralih arah kepada PAS.Tidak cukup dengan tuduhan tersebut,ada pula yang lancang mulutnya menghukum sesiapa sahaja yang mengerjakan haji dengan menggunakan khidmat Tabung Haji maka ibadah hajinya tidak sah dan perlu dilaksanakan sekali lagi. Sedangkan sejak Tabung Haji beroperasi secara rasmi pada 1963, badan tersebutlah yang paling banyak berjasa membantu umat Islam merencanakan wang tabungan mereka, membantu menguruskan perjalanan dan penginapan sehinggalah selesai terlaksana ibadah haji di Kota Suci Mekah.Malah kini tiada siapa pun dapat menafikan hampir di segenap pejabat Tabung Haji di seluruh negara pastinya mudah untuk kita bersua muka dengan penyokong PAS yang mencari rezeki di Tabung Haji tanpa sedikitpun rasa segan atau malu pada kata dusta dan tuduhan yang pernah pemimpin mereka lemparkan dulu. Jika benar penubuhan Tabung Haji itu hanyalah wayang atau haram berurusan dengannya, apa perlu lagi untuk penyokong PAS menumpang rezeki di sana ??? Atau sebenarnya segala tuduhan sebelum ini hakikatnya hanyalah omong kosong politik kepartian dek kerana benci dan iri hati dengan kebijaksanaan pemimpin UMNO dalam menguruskan hal ehwal kemaslahatan umat.Demikian juga bila Bank Islam dan UIA ditubuhkan,bukan sedikit propaganda dimainkan oleh pemimpin PAS cuba menghasut umat supaya meyakini kedua-duanya itu hanyalah 'senjata politik baru' UMNO untuk melemahkan pengaruh PAS.Dalam pada hasutan terus dilaksanakan, tak semena-mena bila PAS mengambilalih Kelantan pada 1990, boleh pula MBnya membuat keputusan menyimpan wang kantung negeri tersebut dalam Bank Islam. Malah dengan bangga pula Nik Aziz mengumumkan kononnya Kelantan adalah satu-satunya negeri yang menyimpan dan berurusan dengan Bank Islam.Pelik bukan ??? Sekian lama sebelumnya penubuhan Bank Islam diperlekehkan hanya kerana ia hasil usaha pemimpin UMNO, selang bertahun kemudiannya PAS berbangga pula dapat berurusan dengan 'senjata politik baru' UMNO. Inilah tabiat kebiasaan PAS yang agak terserlah sekian lama, malu untuk mengakui jasa bakti UMNO dalam membangunkan umat Islam dan meningkatkan imej agama, tapi di masa yang sama kerana wujudnya sikap taksub pada parti sendiri telah menghalang pemimpin PAS untuk memberi pengiktirafan sewajarnya.Begitu juga bila UIA mula beroperasi, ramai pemimpin PAS mendakwa penubuhannya semata-mata untuk meningkatkan imej Islamik UMNO. Saban tahun berlalu selepas itu, universiti tersebutlah yang banyak menghasilkan produk anak muda yang pro PAS malah ada kalangan pemimpin PAS sekarang pun datangnya dari universiti itu.Masjid dan surau pula yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan hasil keprihatinan UMNO terhadap amal ibadat umat Islam juga dipandang sepi oleh pemimpin dan penyokong PAS. Dalam pada itu, disebabkan taksub pada semangat kepartian, boleh pula PAS menumpukan usaha khusus untuk mengambil alih jawatankuasa sesebuah masjid dan surau untuk keperluan melebarkan pengaruhnya melalui program keagamaan di Rumah Allah itu. Untuk kepentingan politik PAS tidak segan menyeleweng hasil usaha UMNO yang sepatutnya digunakan untuk kepentingan umat. Mereka hanya tahu mengomel kata dusta mempertikaikan segala usaha UMNO,tapi bila tiba masanya mereka jugalah yang paling ke depan menyalahgunakan kemudahan tersebut.Segalanya ini membuktikan PAS bukanlah sebuah parti Islam sebagaimana kerap dipropagandakan oleh pemimpin mereka. PAS hanyalah sebuah parti politik yang memperalatkan Islam demi manfaat peribadi,puak dan parti.PAS gagal melihat realiti dengan mata hati akan hakikat dirinya yang sebenar. Ketaksuban pada parti menyebabkan PAS dibutakan mata hati hingga gagal melihat kenyataan yang sejak lebih 60 tahun usia PAS, hanya air liur dan kecelaruan fikiran sahaja yang dapat disumbangkan olehnya kepada umat dan negara. RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment