Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Pencegah Maksiat ROGOL Gadis Bergilir-gilir!!

Posted: 09 Aug 2012 08:16 AM PDT



Seorang wanita dipercayai dirogol bergilir-gilir lima lelaki di sebuah rumah kosong di Tanjung Mas di sini selepas didatangi dua individu tidak dikenali menyamar sebagai anggota pencegah maksiat, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian, dipercayai mangsa keluar berjumpa dengan teman lelakinya jam 2 pagi di bawah Jambatan Tanjung Mas.

Lai berkata, semasa pasangan terbabit sedang berbual, tiba-tiba terdapat dua lelaki tidak dikenali menghampiri pasangan itu dan menyamar sebagai anggota pencegah maksiat.

"Dua suspek ini memberitahu mereka dari jabatan kerajaan sambil menunjukkan kad. Salah seorang suspek tersebut memberitahu mahu membawa mangsa dan teman lelakinya ke balai polis dan jabatan pencegah maksiat.

"Tetapi mangsa ada bagi tahu kepada dua suspek ini, mereka (pasangan terbabit) hanya berbual dan tidak melakukan apa-apa," katanya, semalam.

Lai berkata, dua suspek itu kemudian berunding untuk melepaskan pasangan tersebut tetapi dengan syarat dua suspek itu menghantar mangsa pulang, manakala teman lelakinya perlu balik sendiri.

"Oleh sebab percaya dua lelaki ini merupakan pegawai pejabat agama, teman lelaki mangsa terus balik ke rumah seperti diarahkan manakala mangsa akan dibawa ke balai polis.

"Kemudian mangsa dibawa naik motosikal suspek dan dibawa ke sebuah rumah kosong dan dirogol bergilir-gilir," katanya. – SINAR HARIAN

PANASS!! Gadis Cantik Inikah Penyebab Ahli Parlimen PKR GILA Halau Isterinya??

Posted: 09 Aug 2012 07:31 AM PDT


Lihat gadis bertudung disebelah Mak Lampir. Muda, cantik.. kemudian anda boleh hayati video dibawah..



Lepas tu anda tukar watak lelaki yang halau isterinya tu dengan watak ahli parlimen diatas dan gadis dalam gambar tu mengantikan watak perempuan muda yang bersama ahli parlimen tersebut. Selepas itu, anda akan tahu cerita sebenar, dan lakonan dalam filem pendek itu adalah benar dan memang benar belaka. Dahsyat kannn..

Sanggup seorang ahli parlimen PKR ni menghalau isterinya. Kejam sungguh dan tak berhati perut. Layakkah orang sebegini menjadi ahli parlimen? Sudah la prestasi kerjanya teruk, ditambah dengan lagak gayanya yang sombong. Rasanya tak patut beliau diangkat lagi menjadi ahli parlimen. Nak jadi calon pun tak layakk..


McTheory:
Orang PKR ni memang takdak hati perut ka?

PANASS!! Fitnah Puak Pakatan Haram Terhadap Adun MCA Masuk Masjid!!

Posted: 09 Aug 2012 01:15 AM PDT


Puak-puak pencacai Pakatan Haram yang menamakan kumpulan gay mereka sebagai "Asal Bukan UMNO (ABU)" cuba memfitnah di bulan Ramadhan dengan menyebarkan gambar kononnya ADUN Johor Jaya, YB Tan Cher Puk, masuk ke tengah-tengah ruang solat Masjid untuk menyampaikan sumbangan Ramadhan. Kumpulan ABU ini cuba pula untuk menyamakan dengan tindakan keldai-keldai PAS dan P"Gay"R yang membenarkan kafir DAP masuk ke dalam Masjid.

Buat pencacai Pakatan Haram yang menamakan diri mereka ABU, insan yang dimaksudkan bukanlah YB Tan Cher Puk sebaliknya orang yang bulatkan merah di dalam gambar di atas adalah bernama Dahari Hasan, AJK UMNO Bahagian Pasir Gudang. Buat pengetahuan ABU, UMNO bukanlah seperti PAS dan P"Gay"R yang merupakan kuda tunggangan DAP. UMNO tahu adab dan tata susila Masjid. Bukan seberono membenarkan orang bukan Islam baik lelaki atau perempuan memijak-mijajak tempat orang Islam bersujud. Sudah-sudahlah dengan fitnah kamu itu ABUUUU!

Cucu Tok Selampit


McTheory:
Tak habis-habis la puak ABU JAHAL ni mengarang fitnah.. sampai tak kenal mana satu YB Tan dengan Dahari Hasan. Teruk betull..

TUDIAA!! Apa Itu BN Cyber Youth Team Ganti UMB Kah? #BNYCT

Posted: 08 Aug 2012 10:17 PM PDT



Khairy Jamaluddin, Datuk Razali Ibrahim dan Tun Faisal Ismail Aziz 


bersama pemimpin kompenen Pemuda BN melancarkan BN Youth Cyber Team.


KUALA LUMPUR - Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, YB Khairy Jamaluddin hari ini melancarkan satu lagi platform baru untuk anak muda yang bergiat aktif dengan media sosial iaitu BN Youth Cyber Team (BNYCT) di Aras 23 Dewan Sri Endon, Menara Dato Onn PWTC.

Dalam ucapannya Khairy berkata melalui penubuhan BNYCT ini ianya dapat wujudkan satu gelombang baru dari pihak Barisan Nasional dalam penyebaran maklumat serta fakta-fakta berkaitan dengan kerajaan kepada masyarakat Malaysia.

"Kita terima hakikat bahawa hari ini, kebanyakan daripada generasi muda walaupun masih lagi bergantung kepada media arus perdana, tetapi ada trend yang menunjukkan bahawa mereka juga mendapatkan maklumat mereka daripada sumber-sumber yang berkait rapat dengan media sosial.

Kita mestilah memastikan pendapat dan pandangan penyokong BN dan Pemuda BN, kita bagi bagi saluran yang mudah kepada mereka mewujudkan rangkaian atau ekosistem tersebut," ujarnya di hadapan lebih 200 para tetamu yang terdiri dari penggiat-penggiat media sosial pelbagai bangsa.

Menurut Khairy lagi, dalam masa terdekat Pemuda BN tidak meletakkan apa-apa sasaran khusus melalui BNYCT tetapi beliau berharap agar ramai anak muda menyertai BNYCT kerana ianya berbeza daripada 'cybertroopers' seperti UMB. UMB yang ditubuhkan oleh Pemuda UMNO kerja mereka berperang khususnya dengan pihak pembangkang, berbeza dengan BNYCT yang lebih kepada memberikan pandangan, pendapat dan penyampaian maklumat tanpa terlibat dalam peperangan siber.

BNYCT dipengerusikan oleh Tun Faisal Ismail Aziz mensasarkan golongan muda yang bergiat aktif dengan media sosial, mereka yang memiliki bakat dalam bidang kreatif untuk bersama menyertai BNYCT seterusnya menyumbang segala idea, artikel, karya atau apa sahaja kebolehan yang dimiliki sama ada ianya berkaitan sukan, ekonomi, perundangan atau sebagainya

baca selanjutnya di portal BN Youth CyberTeam

http://www.bnycyberteam.net/2012/08/bny-cyber-teamplatform-baru-untuk-anak.html

PANASS!! Leman Lembu Raja Lawak Hutang Peniaga Pasar Malam Bila Nak Bayar Oii!! @LemanRLawak

Posted: 08 Aug 2012 07:15 PM PDT


Ishh.. ishh ishh.. tak habis-habis cerita pasal Leman Lembu ni. Banyak sungguh taik yang dia buat. Tak cerita tak patut, nak cerita pun macam dah malas, namun disebabkan Leman Lembu perasan bagus dan sombong Mc nak cerita juga pasal dia.

Leman Lembu ni selalu kutuk UMNO/BN disetiap ceramahnya hinggakan cukai pintu naik pun dia salahkan kerajaan pusat. Mc nak tanya Leman Lembu, cukai pintu tu, kerajaan pusat ka yang uruskan? he he he.. nak ceramah pun balk study la dulu, jangan main boh saja, nanti malu diri.

Tapi kali ni Mc nak tanya Leman Lembu secara peribadi, hutang hang pada peniaga uptown kat Sungai Petani sana tu dah langsai ka? Berapa banyak hang hutang depa Leman Lembu oii. Lepas buat taik kat peniaga Uptown Sungai Petani, si Leman Lembu ni ubah port lepak pulak kat tempat lain.

Bukankah lani hang kata hang dah popular, orang jemput ceramah sana-sini. Takkan nak bayar hutang pun takut kot. Mc percaya Leman Lembu akan kata semua ini fitnah dari TMK. Namun kalau kata fitnah, takkan la kami berani nak buat fitnah pada bulan puasa. Sedangkan bulan tak puasa pun kami tak buat fitnah. Kalau takdak angin, masakan pokok akan bergoyang, kalau tak sungguh orang tak kata.

Jangan nafikan saja, buktikan dulu. Hang jangan sampai kami bawa keluar video temubual dengan peniaga kat sana. Baru hang tau langit tinggi ka rendah.

Akhir kata kat hang Leman Lembu, hutang orang tu bayar la oiii.. tak masuk syurga hang sebab hutang tu nanti. Sampai ke akhirat pun dituntut. Syurga Nik Aziz, taktau la pulak.. boleh kot..he he..

ayat perempuan pandai la..


McTheory:
Kalau rasa takdak duit sangat, buat kutipan derma, untuk bayar hutang hang Leman Lembu..kan memang tu kerja orang Pas.

MUHASABAH DIRI! Saintis Buktikan Nabi Musa Membelah Laut!!

Posted: 08 Aug 2012 02:50 PM PDT

Post ini telah dilihat sebanyak 2,827 kaliDi antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah.Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya.
Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube). Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain.
Apa beza dengan umat Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran al-Quran selain puasa?
Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; 'Hari apa yang kamu puasa ini?'
Jawab Yahudi: 'Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.' Sabda Nabi SAW : 'Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.' Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. At-Tirmizi berkata:
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: 'Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi'. Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)
Hadis tentang Yahudi di atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian juga mukjizat Nabi Musa as yang mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan mukjizatnya walaupun tiada bukti saintifik.
Lakaran artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.


Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar.



Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi
sumber: nizarazu.com
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...