Gelombang Rakyat |
- STATEMENT TERBARU HADI AWANG - "USTAZ NASHA DIPECAT SBG. AHLI PAS.!!"
- TERBARU STATEMENT USTAZ NASHA - "KARPAL UMPAMA SYAITAN TIDAK HENTI HINA ISLAM..!!"
- DAP GELAR KHALID GAGAP BODOH TOLAK SECARA TERBUKA DEBAT BERSAMA MCA..!!
- VIDEO PANAS - KIT SIANG HERET WARTAWAN 'HINA' TUN ABDUL RAZAK..!!
STATEMENT TERBARU HADI AWANG - "USTAZ NASHA DIPECAT SBG. AHLI PAS.!!" Posted: 16 Aug 2012 07:18 PM PDT "PAS Pusat menerusi Majlis Syura telah memutuskan memecat keahlian PAS Nasharudin Mat Isa berkuatkuasa serta merta." Adakah ini yang bakal dibacakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam masa terdekat ini? Atau diselitkan sebagai Mukadimah ucapan perutusan Aidilfitri beliau? Atau mungkin juga pengumuman ini bakal dikuatkuasa selepas selesainya Sambutan Hari Raya Pertama? Hadi Awang masih diam membisu. Sehinggakan ada pihak mendakwa Presiden PAS itu yang menghantar Ustaz Nasha selaku pemegang jawatan Pengerusi Lajnah Antarabagsa dan Hal Ehwal Luar mengiringi PM Najib Tun Razak menerima jemputan Ulama' Arab Saudi. Ustaz Nasha mungkin bakal dilihat mangsa kedua selepas Hasan Ali dari Parasit2 PAS. Ianya telah direkodkan 2 Pemimpin Pro Ulama' yang telah dicantas dek kerana mahu mempertahankan maruah perjuangan Parti yang sejak akhir2 ini tidak henti2 dicaci maki DAP menerusi Pengerusinya Karpal Singh. PAS seolah2 tidak punya maruah membiarkan 'kebebasan demokrasi' yang dilaung2kan DAP digunakan untuk menentang keras sebarang bentuk Sistem Peundangan berkaitan Islam. Tidak malu sungguh parti ini. Tatkala mereka terus menerus menghina UMNO pembelot Agama Islam, rakan sekutu mereka terus menerus menyalak penentangan Hukum Hudud. Lebih bodoh jika hari ini DAP mengecam Undang2 Islam, esoknya pula PAS membalas kecaman tersebut terhadap UMNO bagi melepaskan geram terhadap DAP. Ustaz Nasha tidak sanggup mendengar herdikan secara terbuka berulangkali dimainkan di akhbar2 tempatan penentangan mereka terhadap Hukum Hudud. Beliau merasakan adalah satu amanah bagi dirinya tidak akan membiarkan Parti PAS terus menjadi mangsa gigitan DAP. Adakah itu dianggap bertentangan dengan Lembagai Displin Parti? Jikalau dahulu PAS menyahut laungan Takbir jika pemimpin seperti Ustaz Nasha kerana berani mempertahankan maruah Parti. Namun sejak menyetai Pakatan, suara mempertahankan Islan yang dibawakan Ustaz Nasha dianggap musuh dan bakal dipecat. Adakah PAS benar2 merujuk Perlembagaan Parti secara tersirat? Atau buku tersebut telah dibuang dan menggunapakai Perlembagaan Kongres Pakatan semata2. Dan mengapa pula Karpal Singh terus berkuasa tanpa sebarang tindakan diambil ke atas beliau atas keterbukaan membuat kenyataan tidak menghormati Perjuangan PAS? Bukankah kenyataan Karpal itu juga memberi kesan terhadap hubungan Pakatan? Bukan sekali tindakan beliau, malah semakin lama semakin lantang pula menentang Hukum Hudud? BACUL. Dan jangan pula berdolak dalik dengan mengecam UMNO pula tatkala PAS sedang bersubahat dengan Parti yang semakin teriak lantang menghina Hukum tersebut. Walhal terlalu jauh bezanya jika hendak dibandingkan dengan pendirian UMNO yang terlebih dahulu mencapai kebersamaan menerusi rakan BN mengikhtiraf Islam di dalam Perlembagaan dan Perlaksanaan Enakmen2 Syariah di Negeri. Ustaz Nasha dan Hasan Ali menjadi mangsa penipuan perjuangan PAS yang hanya berpaksikan kepentingan politik semata2. Jelas Hadi Awang tertekan pada masa kini. Namun apa yang pasti, jika Islam yang ditegakkan kamu sejak sekian lama, kamu tahu apa yang kamu patut putuskan Ustaz Hadi oiii. Lagi Artikel Panas (KLIK pada tajuk di bawah :- TERBARU STATEMENT USTAZ NASHA - "KARPAL UMPAMA SYAITAN TIDAK HENTI HINA ISLAM..!!" |
TERBARU STATEMENT USTAZ NASHA - "KARPAL UMPAMA SYAITAN TIDAK HENTI HINA ISLAM..!!" Posted: 16 Aug 2012 10:06 AM PDT Sebuah laman portal telah mengeluarkan satu kenyataan terbaru yang dikeluarkan Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mengenai isu gambar beliau bersama PM Najib Tun Razak dalam satu pertemuan bersama beberapa Tokoh Ulama' Arab Saudi. Nyata beliau mengiyakan apa yang ditulis sebelum ini berkaitan kehadiran beliau tersebut merupakan jemputan khas yang membincangkan isu Syria dan Rohingya. Namun, Ustaz Nasha buat pertama kalinya melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya dan rasa hairan dengan beberapa pihak dalam Parti hanya membisu tatkala DAP yang diwakili Pengerusinya Karpal Singh berulangkali menyebut penentangan keras beliau terhadap Hukum Hudud. Mengapa perlu mengulangkali penentangan tersebut dengan nada tegas? Ustaz Nasha mendedahkan pendirian Karpal Singh yang sebenarnya bukan sahaja anti akan Hukum Hudud, malah turut memcela sebarang bentuk perundangan Islam di Negara ini. Menganggap alasan balas kecaman UMNO sebagai 'di luar dari isu yang difokuskan'. Pengerusi Biro Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar lantas tidak sanggup meneruskan 'strategi' beberapa Pimpinan PAS yang terus diam membisu dan memerhati 'Syaitan' menghina ISLAM. KLIK DI SINI untuk kenyataan penuh Ustaz Nasharudin Mat Isa. |
DAP GELAR KHALID GAGAP BODOH TOLAK SECARA TERBUKA DEBAT BERSAMA MCA..!! Posted: 16 Aug 2012 07:21 AM PDT AJK Pusat MCA Chua Tee Yong memberi amaran kepada Menteri Besar Selangor Khalid Gagap yang merupakan individu yang "tidak layak untuk menjadi seorang guru" berikutan tindakan Pemimpin PKR itu menolak untuk berdebat dengan beliau berkaitan isu Talam. "Menteri Besar Selangor menawarkan saya menjadi pelajarnya, tetapi saya fikir dia tidak layak menjadi seorang guru, kerana sebagai seorang guru, beliau perlu membayar RM500,000 untuk mendapatkan seseorang bagi menjelaskan urusannya. Sebagai seorang guru, dia tidak cekap, tidak telus, dan tidak bertanggungjawab," kata Chua. Chua merujuk kepada kenyataan Khalid apabila menolak jemputan berdebat dengannya berkaitan isu penyusunan semula hutang Talam. Beliau mendakwa angka RM500 Ribu itu diperolehi daripada laporan media sebelum ini. Semalam, ketika menolak tawaran untuk berdebat dengan Chua, Khalid berkata beliau sedia mengambil Chua menjadi pelajarnya sebaik sahaja siapnya laporan audit terhadap penyusunan semula hutang Talam. Sementara itu, tindakan Khalid Gagap secara terbuka menerusi Media menolak tawaran berdebat dengan seorang Pemimpin MCA dikecam beberapa pimpinan DAP dan PKR. Sikap itu telah mempamerkan diri beliau seorang yang bacul. Apatah lagi, lebih memalukan apabila tindakan berlebih2 an Setiausaha Politik beliau, Faekah Husin membela bosnya itu memburukkan lagi situasi kes tersebut. Dikatakan kecaman tersebut ditujukan kepada Anwar yang mendesak Khalid Gagap mengambil langkah berdiam diri dan menyerahkan kepada Pemimpin Negeri yang lebih 'bijak' dalam melakukan serangan balas politik lawan. |
VIDEO PANAS - KIT SIANG HERET WARTAWAN 'HINA' TUN ABDUL RAZAK..!! Posted: 16 Aug 2012 01:40 AM PDT Kenyataan dan Video Paparan Ringkasan dari Pengarah Filem Tanda Putera khas buat puak2 tidak bertanggungjawab ekstrim terhadap fahaman politik sempit sehingga tidak merelakan keterbukaan minda dalam menerima fakta sejarah dan pengorbanan Pemimpin Negara. Video di bawah ini jika didengar dengan teliti soalan pertama jelas memaparkan betapa sempitnya pemikiran wartawan tersebut seolah2 masih mahu menafikan kejayaan Tun Abdul Razak menyelesaikan masalah bergelut 13 Mei 1969. "Sebagai pembikin filem, niat kami dari mula lagi hanyalah untuk meraikan semangat dua pemimpin negara yang tidak pernah mengenal erti penat atau mengalah dengan perjuangan mereka membangunkan negara. Namun, usaha kami ini disalah ertikan apabila ada pihak yang kurang matang atau kebudak-budakan cuba membuat dakwaan yang kononnya filem ini bermotifkan politik. "Ingin saya tegaskan di sini bahawa 'Tanda Putera' merupakan interpretasi kami tentang peristiwa yang berlaku selepas kami membuat kajian intensif. Ia penyataan kreatif kami dan kami harap semua pihak akan menghormati hak kami sebagai pembikin filem. "'Tanda Putera' adalah projek yang sudah beberapa tahun dijalankan. Jadi, ia langsung tiada kena-mengena dengan mana-mana parti politik atau dengan pilihanraya umum yang akan datang. Saya sendiri tidak tahu tarikh pilihanraya yang sebenar. "Hanya satu kebetulan filem ini dapat ditayangkan ketika orang sibuk bercakap tentang pilihanraya. Nasihat saya kepada mereka yang melemparkan pelbagai tuduhan dan tohmahan ialah tonton filem dahulu sebelum buat sebarang penilaian," ujar Shuhaimi. Dalam masa yang sama, Shuhaimi memberitahu pihaknya tidak akan membuat sebarang pemotongan terhadap filem yang telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM). Menurut beliau, semua adegan yang dipaparkan berdasarkan maklumat, rujukan dan gambar-gambar yang diperolehi sepanjang tempoh kajian dilakukan. "Saya tidak akan memotong sebarang adegan yang telah pun diluluskan oleh pihak Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM). Apa yang kami tunjukkan di dalam filem ini adalah sejarah dan berdasarkan maklumat, rujukan dan juga gambar-gambar sebenar. "Saya ada sebab meletakkan adegan peristiwa 13 Mei kerana ia merupakan latar kepada cerita utama bagi menjelaskan mengapa Tun Dr Ismail yang telah bersara terpaksa kembali menyertai kabinet. Lagipun, adegan itu hanya mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja. "Cerita utama adalah tentang persahabatan dan perjuangan Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail," jelas Shuhaimi lagi. Filem 'Tanda Putera' dibintangi oleh ramai pelakon hebat seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Linda Hashim, Faezah Elai, Kavita Sidhu, Norman Hakim dan Riezman Khuzaimi. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment