PEMIKIR POLITIK JERANTUT

PEMIKIR POLITIK JERANTUT


PAS MENGARUT! PAS CUBA BEKERJASAMA DENGAN KOMUNIS

Posted: 22 Jul 2012 09:47 PM PDT


Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan kononnya Umno mempunyai hubungan dengan pihak komunis.

Beliau berkata Umno dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.

"Apa buktinya? Dalam sejarah parti Umno, parti ini anti Parti Komunis Malaya. Jangan buat cerita mengarut," katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT) yang mendakwa kononnya Umno menjalinkan hubungan dengan pihak komunis.

Bernama melaporkan Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-20 Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) di Seri Kembangan, dekat Kuala Lumpur Ahad.

Dalam laporan FMT semalam, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md  Makinuddin sebagai usaha Umno dan BN menggunakan kaedah zaman Perang Dingin.

Mohd Sofian sebelum ini dilaporkan mendakwa Jemaah Islamiah cuba meresapi PAS dan elemen komunis cuba meresapi DAP.

EKSKLUSIF - Video Pengakuan Farid Ismeth Emir Pembaca Berita RTM 1Tentang Hubungannya Dengan Rosmah Mansor

Posted: 22 Jul 2012 07:51 PM PDT


Apa kata anda yang menyaksikan video diatas ini? Apakah anda masih lagi merasakan Farid Ismeth Emir seorang yang pembohong dan penipu dalam kenyataannya sepertimana yang beliau nyatakaan?

Apa yang beliau nyatakan adalah benar dan bukanlah satu pembohongan, malah beliau akui fitnah yang datang dari pihak pembangkang ini bukanlah baru tetapi sudah berakar umbi sejak 11 tahun yang lalu yang mana dimainkan oleh pembangkang bagi mewujudkan persepsi.

Beliau tidak pernah sama sekali berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor, beliau bersumpah tidak sesekali beliau pernah berhadapan dengan Rosmah Mansor dan ini semua adalah kebenaran yang mana sengaja difitnah oleh pihak pembangkang.

Apakah kita rakyat Malaysia mahu begitu seronok dengan cerita Rosmah Mansor yang terus difitnah oleh pihak pembangkang Malaysia ini? Mereka GAGAL dalam mendapatkan keyakinan rakyat dan kemudiannya memainkan sentimen serangan Fitnah keatas pimpinan BN termasuklah Rosmah Mansor Isteri kepada Perdana Menteri Malaysia. Apakah kita mahu membiarkan fitnah sebegini terus berleluasa?

psssst: Banyak lagi kejahatan pembangkang bakal dibongkar!! jahat puak pembangkang ni..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...