Gelombang Rakyat |
- VIDEO PENGAKUAN FARID ISMETH - BEKAS SUAMI ROSMAH MANSOR..!!?
- KERJASAMA UMNO DAN KOMUNIS DIDAKWA MASIH KUKUH..!!?
- SUSPEKS PEMBUNUH BEKAS KETUA WANITA UMNO DITAHAN REMAN..!!
- LAGI PEMIMPIN UMNO DEDAH TARIKH SEBENAR PRU13...!!?
VIDEO PENGAKUAN FARID ISMETH - BEKAS SUAMI ROSMAH MANSOR..!!? Posted: 22 Jul 2012 07:23 PM PDT Kekuatan Pakatan dipolopori kuasa Anwar dalam menggambarkan persepsi jijik terhadap peribadi isteri PM Rosmah Mansor telah menyebabkan masyarakat mudah mempercayainya. Malah Pakatan menggunakan isu ini sebagai benteng kekuatan kepimpinan parti masing2. Begitu ketandusan isu. Salah satu isu yang dibangkitkan termasuklah pembongkaran bekas Suami Pertama Rosmah Mansor yang didakwa merupakan Penyampai Berita RTM terkenal Farid Ismeth. Anda TONTONLAH VIDEO DI ATAS. Pengakuan dari FARID ISMETH yang telah dipamerkan dari sebuah blog yang tertera. Anda mampu manilai status 'kebenaran' yang dibawa Pemimpin dan Kroni2 Anwar. Ini baru satu pendedahan. Insyaallah, fitnah seterusnya bakal terjawab. |
KERJASAMA UMNO DAN KOMUNIS DIDAKWA MASIH KUKUH..!!? Posted: 22 Jul 2012 04:37 PM PDT Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak dakwaan kononnya Umno mempunyai hubungan dengan pihak komunis. Beliau berkata Umno dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis. "Apa buktinya? Dalam sejarah parti Umno, parti ini anti Parti Komunis Malaya. Jangan buat cerita mengarut," katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT) yang mendakwa kononnya Umno menjalinkan hubungan dengan pihak komunis. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-20 Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) di Seri Kembangan, di sini, hari ini. Dalam laporan FMT semalam, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin sebagai usaha Umno dan BN menggunakan kaedah zaman Perang Dingin. Mohd Sofian sebelum ini dilaporkan mendakwa Jemaah Islamiah cuba meresapi PAS dan elemen komunis cuba meresapi DAP. |
SUSPEKS PEMBUNUH BEKAS KETUA WANITA UMNO DITAHAN REMAN..!! Posted: 22 Jul 2012 07:16 AM PDT Seorang lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik pada Jumaat lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di sebuah rumah di kampung berkenaan kira-kira 3.30 pagi semalam. Polis turut merampas baju serta seluar suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan. Ahmad berkata, bagaimanapun pihaknya masih belum menemui senjata yang dipercayai digunakan untuk membunuh Halimah Yunus, 66. Katanya, suspek direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. |
LAGI PEMIMPIN UMNO DEDAH TARIKH SEBENAR PRU13...!!? Posted: 22 Jul 2012 01:32 AM PDT Tokoh politik veteran UMNO Tan Sri Abdul Aziz Tapa menjangkakan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan diadakan pada tahun depan, bukannya dalam tempoh terdekat ini. "Pilihan raya kali ini tidak sesuai diadakan dalam masa terdekat atau tahun ini sebaliknya ia lebih elok diadakan pada tahun depan," katanya kepada Bernama di sini. Abdul Aziz, 89, yang merupakan veteran Umno menjelaskan jangka masa tersebut dapat dimanfaatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan masalah rakyat dan meningkatkan hubungan antara pemimpin parti itu dengan rakyat. Beliau berkata wakil rakyat perlu lebih rajin "turun padang" bertemu rakyat dalam usaha mendekati dan menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul. Baginya gandingan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mengembalikan semula sokongan rakyat terhadap BN. Malah, penerima anugerah tokoh guru peringkat kebangsaan pada 1986 itu mengabdikan gandingan kedua-dua pemimpin tersebut di dalam sebuah pantun: Encik Majid dengan encik Bidin, Pergi ke Linggi naik rakit, Gandingan Najib dengan Muhyiddin, Macam perigi di bawah bukit. Abdul Aziz berkata, dasar serta bantuan yang dirancang kedua pemimpin tertinggi negara itu berjaya menyelesaikan pelbagai kemelut dihadapi rakyat terutama melibatkan kos sara hidup. Sebagai contoh pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia dan Baucer Buku 1Malaysia banyak memberi manfaat kepada rakyat walaupun segenlintir pihak melihatnya sebagai pembaziran atau mempunyai agenda tertentu, katanya. "Belanja itu dia (Perdana Menteri) beri ikut keperluan rakyat contohnya Kedai Rakyat 1Malaysia nak senangkan rakyat," kata bekas Bendahari Badan Perhubungan Umno Melaka itu. Beliau juga yakin BN akan memperoleh majoriti dua pertiga pada PRU-13 dengan syarat wakil rakyat yang ada harus mengikut jejak langkah Perdana Menteri dan timbalannya dengan sering bertemu rakyat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment