BADUT RAKYAT |
- ISU AIR !!! AKHIRNYA KERAJAAN BN JUGA BANTU UNTUK ATASI DEMI RAKYAT MALAYSIA !!!
- HOT VIDEO !!! USTAZ NASARUDIN TANTAWI MENIPU RAKYAT BERKENAAN CERITA #BERSIH DAN POLIS ??? WAJIB LIHAT !!!
- HOT NEWS !!! DATUK DR HASAN ALI MEMBONGKAR CERITA DAP DAN PAS !!!
- EKSKLUSIF !!! VIDEO PENGAKUAN FARID ISMETH EMIR PEMBACA BERITA RTM1 BERKENAAN HUBUNGAN DENGAN DATIN SERI ROSMAH !!!
- ISU AIR !!! KONTROVERSI SYABAS MEMBUKA PEKUNG SIAPA KHALID GAGAP YANG SEBENAR !!!
ISU AIR !!! AKHIRNYA KERAJAAN BN JUGA BANTU UNTUK ATASI DEMI RAKYAT MALAYSIA !!! Posted: 23 Jul 2012 08:30 AM PDT Penubuhan jawatankuasa khas bagi menanggani masalah isu air yang semakin kritikal di Selangor dan Wilayah Persekutuan oleh kabinet jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan pusat terhadap permasalahan berkenaan.Ketua Wanita UMNO Subang,Halimaton Saadiah Bohan berkata masalah bekalan air adalah isu yang perlu ditanggani segera kerana ia adalah keperluan asas dan jika tidak ditanggani boleh menimbulkan pelbagai kesulitan bukan sahaja kepada penduduk di Lembah Klang malah boleh menjejaskan sektor perkilangan. "Keperluan bekalan air adalah keperluan semua pihak, perkara ini seharusnya tidak dipolitikkan sebaliknya pihak-pihak terbabit mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berkenaan bukannya menuding jari ke mana-mana pihak.Kerajaan Selangor seharusnya bekerjasama dengan kerajaan pusat mengenai perkara ini, ia bukanah sesuatu yang baru tetapi telah lama diperkatakan namun masih tidak ada penyelesaian, malah telah dipolitikkan," katanya. Menurutnya,kerajaan pusat sudah pun mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk mengatasi masalah berkenaan sejak dahulu tetapi ia tidak diterima malah menganaggap cadangan kerajaan itu mempunyai agenda tersendiri. "Mana perjuangan negara berkebajikan yang dilaungkan oleh mereka, jika benar mereka memperjuangkan kebajikan rakyat sudah pasti isu bekalan yang berlaku sekarang tidak akan menimpa kepada rakyat Selangor.Diharap apa yang dilakukan oleh kerajaan pusat untuk menangani masalah berkenaan dengan menubuh jawatankuasa khas tidak akan dipolitikkan, kerajaan negeri perlu bersama untuk mengatasi masalah berkenaan," katanya. Halimathon berkata,kerajaan negeri perlu bersikap terbuka terhadap apa yang berlaku dan jangan biarkan rakyat menderita disebabkan pertelingkahan politik sehingga mengadai kebajikan dan kehidupan rakyat. |
Posted: 23 Jul 2012 05:00 AM PDT anda lihat video di atas,dengan gahnya Ustaz Nasarudin Tantawi menyembunyikan kebenaran dan mengatakan pemandu kereta polis merempuh puak BERSIH dan unit amal menyelamatkan Polis.betul ker ??? Persoalannya,siapa yang mulakan dulu wahai Ustaz Nasaruddin Tantawi ??? kalau nak berdebat pun lain kali jangan timbulkan cerita sebegini yer ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! DATUK DR HASAN ALI MEMBONGKAR CERITA DAP DAN PAS !!! Posted: 23 Jul 2012 12:00 AM PDT Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor,Datuk Dr Hassan Ali berkata berdasar perkembangan terkini, DAP dijangka akan terus disokong oleh masyarakat Cina,manakala masyarakat Melayu pula menolak PAS,menjadikan DAP parti dominan dalam Pakatan Haram. "Berdasarkan berbelas pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini,didapati berlaku satu pola di mana sebahagian pengundi Melayu telah kembali menyokong UMNO manakala pengundi Cina terus memberi sokongan padu kepada DAP.Keadaan ini menyebabkan sokongan kepada Pas berkurangan.Malah Pengarah Pilihan Raya Pas,Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dalam muktamar Pas sebelum ini pernah menyatakan,kalau perkembangan ini diambil kira Pas akan hilang semua kerusi di Selangor,katanya ketika diwawancara Mingguan Malaysia. Menurutnya petunjuk terkini dalam pilihanraya Sarawak juga perlu diberi perhatian,di mana kedudukan DAP berada di tangga teratas berbanding dengan sokongan Melayu terhadap PAS. "Pilihan raya negeri di Sarawak tahun lalu menyaksikan DAP memenangi 12 kerusi berbanding enam kerusi sebelum itu.Pertambahan kerusi DAP sebanyak 100 peratus ini boleh menjadi satu indikasi kerana rangkaian daripada kerusi DUN akan memberi kesan terhadap kerusi Parlimen.Saya melihat kemaraan DAP dengan umpan-umpan politik yang sesuai dengan jenis-jenis ikan yang dipancing kini meletakkan parti itu di hadapan berbanding dengan PKR yang dilanda pelbagai masalah terutamanya masalah moral dan Pas yang sudah hilang kredibiliti menjadi parti galang ganti untuk memartabatkan Islam.Dalam persaingan ini Pas telah memilih jalan regresif bukan progresif.Menggugurkan perkataan Islam dalam agenda negara Islamnya dan melunakkan hubungan dengan DAP serta PKR hingga dianggap Pas menjadi kuda tunggangan mereka menjadikan Pas sebagai sebuah parti yang tercorot jika dibandingkan dengan dua lagi parti komponen dalam pakatan pembangkang". Menurutnya lagi,berdasarkan maklum balas dari segenap lapisan Melayu yang ditemuinya,rata-ratanya tidak senang dengan percantuman politik antara PAS dengan DAP dan PKR,kerana percantuman itu telah mengubah hala tuju PAS sebagai benteng utama yang melahir dan mempertahankan corak masyarakat dan negara berteraskan Islam. "Bagaimanapun,DAP secara konsisten menolak dan tidak pernah mahu menerima atau menghormati perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Pengerusi DAP, Karpal Singh misalnya sentiasa menunjukkan penentangan secara terbuka terhadap cita-cita perjuangan Pas terutamanya dalam pelaksanaan syariat Islam termasuk hudud. Kata-kata beliau supaya langkah mayatnya dahulu sebelum dapat menegakkan negara Islam adalah satu kenyataan yang tidak akan dapat dilupakan oleh seluruh ahli Pas.Baru-baru ini,beliau juga pernah menyatakan akan berjuang sehingga hari kematiannya untuk melihat Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri di kalangan bukan Melayu atau bukan beragama Islam pada satu hari nanti.Yang terbaru,beliau menempelak Ketua Dewan Pemuda Pas,Nasruddin Hassan yang masih menyebut tentang hudud dalam debat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu),Fathul Bari Mat Jahaya baru-baru ini.Karpal menyatakan dengan tegas bahawa beliau tidak akan sama sekali berkompromi terhadap pelaksanaan syariat Islam di negara ini. "PKR pula melalui pimpinan tertingginya cuba membawa satu aliran dan kefahaman agama yang baru kepada umat Islam di negara kita iaitu apa yang disebut sebagai pluralisme dan liberalisme agama. Menurut pandangan alim ulama, ini adalah satu kefahaman dan aliran yang berbahaya dan boleh merosakkan akidah umat Islam.Jadi, kerjasama politik yang disebut tahaluf siyasi antara Pas dengan DAP dan PKR dilihat sebagai satu perkahwinan yang tidak sekufu, bukan atas dasar warna kulit atau budaya dua mempelai yang berbeza, tetapi yang lebih lebih fundamental ialah kedua-dua mempelai berlainan akidah,fahaman tentang hukum-hakam dan cerminan pola akhlak". Ujarnya Lagi. ANDA NAK LAGI CERITA TERSEBUT ??? KLIK DI SINI UNTUK SELANJUTNYA RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 22 Jul 2012 07:00 PM PDT anda lihat dulu video di atas dan lihat pengakuan pembaca berita RTM1 Farid Ismeth Emir.Apa kata anda ??? Apakah anda masih lagi merasakan Farid Ismeth Emir seorang yang pembohong dan penipu dalam kenyataannya seperti mana yang beliau nyatakan ??? apa pun,Apa yang beliau nyatakan adalah benar dan bukanlah satu pembohongan,malah beliau akui fitnah yang datang dari puak pakatan haram ini bukanlah baru tetapi sudah berakar umbi sejak 11 tahun yang lalu yang mana dimainkan oleh pakatan haram bagi mewujudkan persepsi.rakyat malaysia boleh percaya cerita ini.anda nampak dari situ ??? puak pakatan haram yang mainkan cerita ini pembohong besar !!! sebenarnya,Beliau tidak pernah berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor,beliau bersumpah beliau tidak pernah berhadapan dengan Rosmah Mansor dan ini semua adalah kebenaran yang mana sengaja difitnah oleh puak pakatan haram.adakah kita rakyat Malaysia terus percaya dan begitu seronok sekali menceritakan dengan rakyat malaysia dengan cerita Datin Rosmah Mansor yang terus difitnah oleh puak pakatan haram di Malaysia ini ??? sebenar nya Mereka GAGAL dalam mendapatkan keyakinan rakyat,sebab itu puak pakatan haram ini memainkan sentimen serangan Fitnah ke atas pimpinan BN termasuklah Datin Seri Rosmah Mansor Isteri kepada Perdana Menteri Malaysia. Apakah kita mahu membiarkan fitnah sebegini terus berleluasa ??? kepada pembaca Badut Rakyat,saya harap anda tolong sebarkan kebenaran ini.ini semua adalah fitnah.inilah sebenarnya yang berlaku dalam menuju ke putrajaya,fitnah adalah makanan puak pakatan haram.satu jer saya pinta,saya ingin meminta bantuan dari anda pembaca Badut Rakyat dan seluruh rakyat malaysia agar mampu menyampaikan kepada mereka yang lain bahawa cerita Farid Ismeth Emir yang kononnya merupakan suami kedua Datin Seri Rosmah Mansor adalah satu FITNAH JAHAT semata mata.itu sahaja.Semoga puak pakatan haram sedar akan fitnah yang mereka lakukan ini dan berhenti dari membohongi rakyat Malaysia. RENUNG-RENUNGKAN |
ISU AIR !!! KONTROVERSI SYABAS MEMBUKA PEKUNG SIAPA KHALID GAGAP YANG SEBENAR !!! Posted: 22 Jul 2012 04:30 PM PDT Apabila SYABAS menyatakan catuan air mungkin terpaksa dikenakan di seluruh Lembah Kelang berikutan simpanan air yang semakin menyusut,Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat begitu pantas membuat kesimpulan bahawa SYABAS perlu diambilalih.Teori yang diberikan oleh Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat Selangor ialah,apabila Kerajaan Negeri Selangor berjaya mengambilalih SYABAS,maka seluruh masalah berkenaan pembekalan air akan selesai.Penyelesaian yang dianggap oleh Pakatan Rakyat mampu membodohkan penduduk dan pemain industri di Lembah Kelang.Terbaru,Khalid Ibrahim mahu membuat rombakan pengurusan SYABAS.Sekali lagi Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat sekadar bermain politik dan tidak mempunyai niat langsung untuk menyelesaikan masalah sebenar.Masalah sebenar yang sedang mengancam penduduk dan rakyat Selangor adalah bekalan air mentah yang perlu dirawat sebelum disalurkan kepada pengguna. Bukannya pengurusan SYABAS! Terdapat tiga konsortium yang memiliki loji-loji rawatan air.Mengapa hanya SYABAS yang cuba dipersalahkan oleh Pakatan Rakyat? Bagaimana pula dengan Puncak Niaga dan ABAS yang memiliki lebih banyak loji-loji rawatan air? Mengapa Kerajaan Khalid-Teresa langsung tidak peduli dengan 'rintihan' konsortium-konsortium itu yang loji-loji rawatan air mereka telah beroperasi melepasi kapasiti sebenar? Jawapan bagi kesemua masalah tersebut ialah,Selangor memerlukan sebuah loji rawatan air yang mampu memproses dan seterusnya membekalkan air bersih untuk rakyat serta penduduk di seluruh Lembah Kelang.Malangnya,Khalid Ibrahim pura-pura tidak nampak masalah itu.Dia tetap menyatakan bahawa yang menjadi masalah adalah SYABAS bukannya PUAS, ABASS mahupun SPLASH.Suatu ketika dahulu,bekalan air di Selangor diuruskan oleh Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS) namun pertambahan permintaan tidak mampu dipenuhi oleh JBAS menyebabkan kerajaan negeri melantik Puncak Niaga pada tahun 1997 untuk menguruskan loji-loji rawatan air JBAS.Krisis air pada 1998 menyaksikan kerajaan negeri melantik Konsortium ABASS untuk membina dan mengendalikan empangan dan loji air di Sungai Semenyih pada tahun 1999. Pada tahun yang sama, Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH) dilantik untuk membina dan mengendalikan loji air di Sungai Badung bagi mengekang krisis air daripada berulang. Apabila Perbadanan Air Negeri Selangor (PUAS) yang diperbadankan daripada JBAS diswastakan bagi menanggung kos penggantian paip-paip lama penyaluran air yang berjumlah hampir RM2.6 bilion,SYABAS mula terlibat.Apabila Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air mengarahkan penstrukturan semula industri air di Selangor menerusi penggabungan syarikat-syarikat konsesi di bawah satu konsortium yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri kerana kegagalan SYABAS mematuhi beberapa syarat perjanjian,beberapa perkara menarik turut berlaku. Kerajaan Negeri Selangor mempunyai beberapa peratus pegangan saham di dalam ketiga-tiga syarikat konsesi iaitu Puncak Niaga Holding Berhad, SYABAS, konsortium ABASS dan SPLASH. Pegangan saham Kerajaan Negeri Selangor di dalam ketiga-tiga syarikat konsesi tersebut adalah menerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) iaitu 55% dalam ABASS dan 30% dalam SYABAS serta SPLASH.Jun 2007,KDEB mengambilalih SPLASH dengan penguasaan 55% pegangan saham. Pengambilalihan itu mendapat sokongan dana daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). PAAB ditubuhkan pada Mei 2006 untuk penstrukturan semula industri air negara.Pertambahan penduduk dan industri menyebabkan permintaan terhadap air semakin meningkat. Loji-loji rawatan sedia ada, tidak mampu lagi memenuhi kapasiti dan permintaan sehingga memerlukan sebuah loji yang lebih besar dan lebih berkeupayaan menghasilkan air terawat.Malangnya,Loji Sungai Langat 2 yang dibina dengan pembiayaan Kerajaan Persekutuan telah disekat oleh Kerajaan Negeri sebaik-baik sahaja Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran Selangor dari UMNO-BN. Amaran demi amaran tentang reserve air yang semakin berkurangan telah diberikan, namun Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim terus berdolak-dalih kerana mereka melihat perniagaan air sebagai amat menguntungkan dan mampu menjanakan pendapatan yang sangat besar kepada Pakatan Rakyat.Pakatan Rakyat berhutang besar dengan SYABAS kerana air percuma. Walaupun ianya memberikan sedikit faedah kepada rakyat Selangor, tetapi pada masa yang sama, Kerajaan Pakatan Rakyat yang kurang menitikberatkan perolehan, akhirnya menaikkan cukai pintu dan cukai tanah untuk mengumpulkan pendapatan.Enggan membayar hutang menyebabkan Pakatan Rakyat melancarkan kempen mengambilalih SYABAS pada November 2011.Bagaimanapun,kempen tersebut tidak selari dengan keengganan Kerajaan Negeri Selangor untuk membenarkan pembinaan Loji Sungai Langat 2 yang amat diperlukan. Kini,apabila didedahkan bahawa Selangor bakal menjadi medan malapetaka besar kerana kekurangan air,sekali lagi Pakatan Rakyat melancarkan kempen mengambialih SYABAS.Pakatan Rakyat Selangor cuba menimbulkan persepsi bahawa yang menjadi punca masalah adalah SYABAS.Seolah-olah di Selangor hanya SYABAS yang memiliki loji-loji rawatan air.Seolah-olah SYABAS sengaja menyekat aliran air untuk menaikkan tarif air dan seolah-olah UMNO terlibat dalam sekatan tersebut untuk menunjukkan kepada rakyat dan masyarakat pengundi yang Pakatan Rakyat tidak mampu menyelenggara serta mentadbir Selangor secara lebih baik.Khalid Ibrahim kian kelam-kabut sehingga mula bertindak bagaikan kartun animasi. Khalid Ibrahim langsung tidak berani menyentuh tentang keperluan Loji Sungai Langat 2 tetapi masih lagi berpegang bahawa bekalan air mentah cukup banyak dan boleh disalirkan ke seluruh Lembah Kelang.Cumanya,Khalid Ibrahim tidak pula menyatakan yang dia serta Pakatan Rakyat sanggup menggunakan air yang tidak dirawat !!! - Selangor Daily satu cerita berkenaan penipuan pakatan haram akan tersebar jam 10 pagi ini.hanya di badutrakyat.blogspot.com tunggu... RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment