Debat Nasaruddin – Fathul Bari : Antara Fakta Dan Auta

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Baru-baru ini akhbar Sinar Harian telah menganjurkan satu debat di antara Nasaruddin Tantawi dan Ustaz Fathul Bari berkenaan sokongan orang muda, namun terlalu banyak kepincangan yang ditunjukkan oleh Ketua Pemuda Pas tersebut dalam debat tersebut, ujar Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd Razlan Muhd Rafii.
 
Tambahnya, Nasaruddin Tantawi banyak berkata bohong demi menjaga maruah di atas pentas, beliau menipu isu Karpal Singh yang menolak hukum Hudud. Menurut Karpal Singh pula beliau tidak pernah berkompromi 20 tahun dahulu dan juga sekarang, pendirian menolak hukum hudud tidak pernak luntur dan ianya merupakan pendirian DAP.
"Ketua Pemuda Pas berbohong apabila mengatakan Karpal sudah berbincang baru-baru ini semasa di Puau Pinang sedangkan menurut Karpal beliau tidak pernah menundukkan diri dari menolak Hudud.
"Pembohongan Nasaruddin Tantawi juga berlarutan apabila mengatakan Pas Dominan sekiranya PR memerintah, beliau berbohong apa yang UMNO bertanding , Pas juga bertanding, dan sekiranya Pas menang, UMNO kalah, Melayu tidak akan hilang kuasa.
"Saya nak maklum pada Tantawi, pada tahun 2008, Pas hanya bertanding 66 kerusi dan UMNO 114 kerusi. Dominanya kuasa Melayu di tangan BN sudah terbukti dan sehingga sekarang UMNO dominan di dalam BN, bukan macam Pas yang hanya menjadi pak turut terhadap kehendak DAP," ujarnya mengulas debat antara Ustaz Nasaruddin Tantawi dan Ustaz Fathul Bari baru-baru ini.
Ternyata pembohongan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Pas ini adalah suatu perkara yang menjijikan sebagai seorang yang bertopengkan Kopiah dan Jubah Mewah, lihat sahaya Ustaz Fathur Bari, dengan berkemeja ringkas dan berkopiah murah, melambangkan manusia yang zuhud dan bersederhana, bukan seorang yang bermewah seperti Nasaruddin Tantawi.
"Ustaz Fathul Bari semasa berdebat beliau seperti seorang yang KAYA dengan Hadis dan Ayat Quran, manakala Ketua Pemuda Pas pula seperti Pelakon Imam yang miskin Hadis dan Miskin Al Quran," tambahnya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...