UMNO Online - “KDN Terima Aduan Paling Tinggi Tahun Lepas” plus 9 more |
- KDN Terima Aduan Paling Tinggi Tahun Lepas
- Pesawat Charlie Tidak Digunakan Untuk Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Syria
- Negara Islam : Pemuda Pas Lari Lintang Pukang Kena Sergah Karpal?
- Isu Saham FGVH : Kerajaan Kedah Boleh Anggap Selesai Tapi Rakyat Terus Rasa Tertipu
- Kekalkan Perpaduan Elak Kemajuan Negara Tergugat, Ambil Iktibar Sri Lanka
- Debat Nasaruddin – Fathul Bari : Antara Fakta Dan Auta
- Kerajaan Tolak Cadangan Selangor Ambil Alih Syabas – Muhyiddin
- Generasi Muda Semakin Bijak Menilai – Reezal Merican
- Ministry Allocates Fund For Rakan Muda Programme During Ramadan
- Youths Wise Enough To Know Who Can Fulfil Their Aspirations – Reezal Merican
KDN Terima Aduan Paling Tinggi Tahun Lepas Posted: 23 Jul 2012 12:55 AM PDT PUTRAJAYA, 23 Julai – Kementerian Dalam Negeri (KDN) merupakan kementerian yang menerima aduan paling tinggi iaitu sebanyak 1,356 atau 16 peratus daripada 8,321 aduan yang diterima semua kementerian tahun lepas, menurut Laporan Tahunan Biro Pengaduan Awam (BPA) 2011. Aduan tersebut tertumpu kepada tiga agensi utama di bawah KDN iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Antara aduan itu berkisar terhadap kelewatan PDRM mengambil tindakan atau memberi maklum balas status siasatan terhadap pelapor, PDRM lewat membekalkan dokumen berkaitan kemalangan dan kelewatan mendapat maklum balas atau ketiadaan maklum balas terhadap permohonan kad pengenalan dan taraf kewarganegaraan. Selain itu, kualiti layanan petugas di kaunter dan telefon yang kurang memuaskan, kekurangan pemantauan pekerja asing, permohonan kawalan trafik serta pengadu yang tidak berpuas hati terhadap saman kesalahan trafik yang tidak dilakukan turut menjadi isu utama aduan. Bagaimanapun, kesemua aduan tersebut berjaya diselesaikan, menurut laporan itu yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G. Palanivel di sini hari ini. Laporan itu menyebut BPA menerima sejumlah 13,356 aduan sepanjang tahun lepas dengan 97.7 peratus atau 13,045 aduan berjaya diselesaikan. Daripada jumlah itu, 8,321 aduan adalah terhadap kementerian manakala baki 5,035 terhadap kerajaan negeri. Menurut laporan itu, Kementerian Kerja Raya menerima jumlah aduan kedua tertinggi dengan 818 aduan yang mana 786 atau 96.1 peratus berjaya diselesaikan. Isu-isu utama terhadap kementerian itu termasuklah aduan kelewatan membaiki kerosakan jalan raya, lampu jalan, lampu isyarat serta papan tanda jalan selain permohonan mendapatkan atau menaik taraf kemudahan infrastuktur seperti papan tanda, lampu jalan, lampu isyarat, melebarkan dan menurap jalan. Aduan berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas parit dan kerja-kerja pemotongan rumput di bahu jalan yang tidak memuaskan turut diterima, menurut laporan itu. Menurut laporan itu, lima agensi yang menerima aduan tertinggi sepanjang tahun lepas adalah PDRM (841 aduan, 100 peratus diselesaikan), Jabatan Kerja Raya (759 aduan, 96.7 peratus diselesaikan), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) (571 aduan, 92.8 peratus diselesaikan), Jabatan Pelajaran Negeri (305 aduan, 99.3 peratus diselesaikan) dan Tenaga Nasional Berhad (293 aduan, 98.3 peratus diselesaikan). Daripada 5,035 aduan terhadap kerajaan negeri, Selangor mencatat jumlah tertinggi dengan 950 aduan dan 85.5 peratus diselesaikan, diikuti Johor sebanyak (628), Sarawak (520) dan Pahang (519), ketiga-tiganya telah diselesaikan sepenuhnya. Pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menerima aduan tertinggi adalah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan 246 aduan (100 peratus diselesaikan), diikuti Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 174 aduan (78.2 peratus diselesaikan). Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 142 aduan, Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) 138 aduan dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) 112 aduan, dengan ketiga-tiga PBT itu telah menyelesaikan sepenuhnya aduan yang diterima. Menurut laporan itu juga, daripada 13,045 aduan yang diselesaikan tahun lepas, 7,465 atau 57.2 peratus diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja manakala baki 5,581 aduan diselesaikan melebihi 15 hari dan hanya 772 aduan diselesaikan melebihi 60 hari. |
Pesawat Charlie Tidak Digunakan Untuk Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Syria Posted: 23 Jul 2012 12:51 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 Julai – Warga Malaysia di Syria akan dibawa pulang ke tanah air menggunakan penerbangan komersial yang disewa khas, dan bukannya pesawat Charlie milik Tentera Udara Diraja Malaysia. Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana tempat duduk dalam pesawat Charlie adalah terhad dan kos menggunakan pesawat itu agak tinggi. “Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin telah mengadakan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara mengenai hal ini,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan pemilihan pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara Siri 10/2013 di sini hari ini. Kumpulan pertama rakyat Malaysia di Syria yang dibawa pulang oleh kerajaan berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu, dijangka tiba di tanah air esok. Zulkifeli, yang turut hadir pada majlis itu, berkata ATM akan memantau proses membawa pulang rakyat Malaysia itu bersama penasihat pertahanan Negara ini di Jordan. Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan memutuskan bahawa semua rakyat Malaysia dan pelajar di Syria dibawa pulang ke tanah air serta merta berikutan perkembangan konflik di negara itu. Media sebelum ini melaporkan 138 rakyat Malaysia terdiri daripada 128 pelajar dan 10 ekspatriat berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Damsyik, ibu kota Syria. |
Negara Islam : Pemuda Pas Lari Lintang Pukang Kena Sergah Karpal? Posted: 23 Jul 2012 12:47 AM PDT KUALA LUMPUR 23 Julai – Gabungan NGO Malaysia melalui Setiausahanya, Ramli Mat Jurit melahirkan rasa kesal dan hairan dengan sikap Pemuda Pas yang hanya berdiam diri apabila Ketua Pemuda mereka, Nasharuddin Tantawi ditempelak serta dinafikan kebenaran kata-katanya oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh berkenaan hudud ketika debat beliau menghadapi Sekretariat ILMU, Ustaz Fathul Bari baru-baru ini. Ketua Pemuda Pas, Nasharuddin Tantawi baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa Karpal setelah bergabung dengan Pas dalam Pakatan Pembangkang sudah mula bersikap lembut terhadap pendirian Pas untuk melaksanakan hukum hudud, ketika debat beliau bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya baru-baru ini. Bagaimanapun, selang beberapa hari selepas itu, Karpal secara terbuka membidas Ketua Pemuda Pas kerana memandai-mandai mengatakan bahawa pendiriannya terhadap perlaksanaan hukum hudud dan Islam sudah berubah dan Karpal tetap menegaskan bahawa pendirian beliau terhadap hudud tidak berubah sejak 20 tahun lalu. Sehubungan itu, menurut Ramli, tidak hairanlah mengapa Karpal begitu berani dan dengan selamba mahu mengkritik secara terbuka mana-mana pemimpin Pas baik dari peringkat tertinggi sekalipun, kerana Karpal tahu Pas tidak akan berani untuk menyanggah kenyataannya itu. "Saya tidak pasti samada ada Pas sedar atau tidak, bahawa Karpal sebenarnya sudah menghidu kelemahan Pas iaitu matlamat perjuangan Pas yang kini lebih kepada kuasa politik, dan bukan lagi perjuangan ikhlas yang mahu menegakkan Islam semata-mata. "Bagi Pas hari ini, hudud dan negara Islam kini hanya tinggal retorik yang perlu diulang-ulang untuk menyakinkan rakyat bahawa Pas tetap memperjuangkan Islam, sedangkan hakikatnya perjuangan negara Islam sudah lama Pas tinggalkan," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini. Sebab itu jelas beliau lagi, ramai ahli dan pemimpin Pas di peringkat tertinggi meninggalkan Pas kerana sudah merasa kecewa dengan perjuangan Pas hari ini. Ada di antara ahli-ahli dan pemimpin Pas yang ditemuinya, mengambil keputusan untuk keluar dari Pas dan ada juga yang masih ahli Pas, namun mereka sendiri tidak yakin dengan kesungguhan kepimpinan Pas hari ini untuk menegakkan negara Islam. "Pas hari ini di dalam Pakatan Pembangkang dilihat sebagai jemaah yang tidak berani bersuara dan lebih kepada sanggup buat apa saja kerana kuasa. Pas dibuli sesuka hati oleh DAP. Semua ini berlaku apabila Pas membuat keputusan untuk bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Pembangkang menyebabkan Pas menjadi parti bacul dan penakut untuk bersuara. "Mereka sanggup korbankan prinsip perjuangan negara Islam yang sejak sekian lama menjadi matlamat mereka sebelum ini, untuk menjaga hati dan mendengar nasihat dua rakan politik berfahaman liberal mereka itu. "Jadi, bagaimana kita mahu memberikan amanah kepada Pas dan juga Pakatan Pembangkang untuk menjaga dan memelihara maruah Islam, Bangsa Melayu dan Tanahair ini, apabila mahu bersuara dan mempertahankan parti sendiri daripada dihina dan dicerca pun tidak mampu mereka lakukan,"ujar beliau. -MediaUMNO |
Isu Saham FGVH : Kerajaan Kedah Boleh Anggap Selesai Tapi Rakyat Terus Rasa Tertipu Posted: 23 Jul 2012 12:44 AM PDT JERLUN, 23 Julai – Isu pembelian saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang membabitkan 500 ribu unit dan bernilai lebih RM2 juta biarpun dikatakan sudah selesai apabila PKNK diarahkan untuk menjualkan saham itu semula hakikatnya menimbulkan persoalan yang mendalam iaitu siapa sebenarnya yang berbohong? Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerlun, Aswad Abu Bakar berkata PKNK adalah anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah di mana Pengerusi PKNK ialah Menteri Besar Kedah iaitu Datuk Seri Azizan Abdul Razak di samping dua orang Exco Kerajaan Negeri Kedah iaitu Datuk Pahrolrazri dan Datuk Amiruddin Hamzah sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNK. "Persoalannya di sini, adakah Pas Kedah sehaluan dengan pimpinan pakatan pembangkang yang menolak secara total cadangan penyenaraian saham FGVH kepada umum. Daripada situasi ini dapat disimpulkan bahawa Pas Negeri Kedah tidak sehaluan dengan keputusan pakatan pembangkang di peringkat pusat. “Hakikatnya, PKNK perlu mendapat keputusan daripada YAB Menteri Besar Kedah untuk membeli saham tersebut. Menteri Besar Kedah perlu menandatangani persetujuan tersebut. Namun ianya dilakukan berbeza dengan apa yang dipersetujui di peringkat pusat pakatan pembangkang itu sendiri," ujarnya mengulas kemelut PKNK dalam pembelian saham FGVH baru-baru ini. Justeru tambahnya, isu ini adalah kesinambungan daripada rentetan isu berbeza dasar Kerajaan Pas Kedah dengan pimpinan pakatan pembangkang di peringkat pusat. Sebelum ini katanya lagi kerajaan Pas Kedah berdepan dengan isu ternakan babi, isu penggantungan pelajar KUIN dan isu perlantikan Exco Kerajaan Negeri. Ini tegas beliau menunjukkan bukti betapa pimpinan pakatan pembangkang di peringkat pusat tidak mampu untuk memastikan pimpinan Kerajaan-Kerajaan Negeri berada dalam landasan yang sama seperti yang diputuskan oleh pusat. "Sekiranya pakatan pembangkang diberi peluang untuk mentadbir negara kemungkinan besar dasar-dasar yang dipersetujui di peringkat Kerajaan Persekutuan tidak akan dilaksanakan d iperingkat negeri. Ini akan menyebabkan rakyat akan menjadi mangsa daripada ketidakseragaman ini. “Walaubagaimana pun rakyat negeri Kedah masih mempunyai peluang untuk merubah keadaan ini dengan memberi ruang dan kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk kembali menerajui Kerajaan Negeri Kedah. Sekiranya mandat ini diberikan maka perkara-perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi," tambahnya lagi. -MediaUMNO |
Kekalkan Perpaduan Elak Kemajuan Negara Tergugat, Ambil Iktibar Sri Lanka Posted: 23 Jul 2012 12:11 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 Julai – Pertelingkahan dalaman, perbezaan idealogi dan pertentangan pendapat dalam negara perlu dikawal agar ia tidak melarat sehingga mampu mencetuskan huru-hara dan menjejaskan keharmonian perpaduan yang berlaku, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Dalam hal ini, beliau menjadikan Sri Lanka sebagai satu iktibar terbaik kepada rakyat Malaysia untuk melihat bagaimana sebuah negara yang dahulunya amat makmur dan maju sehingga menjadi sebuah kerajaan interport hebat di rantau ini tetapi kini telah mundur dan jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Malaysia sendiri. "Suatu ketika dulu Sri Lanka yang dikenali sebagai Ceylon berjaya ke arah kemajuan dan lebih baik dari Malaysia tetapi realiti hari ini jauh berbeza kerana tidak ada persefahaman dalam masayarakatnya hingga wujudnya pelbagai pergolakan dan Sri Lanka tertinggal jauh di belakang," katanya. Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat dari Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malayasia H.E K. Godage di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, hari ini. "Pergolakan akibat pertelingkahan politik telah menular kepada perpecahan dan pergaduhan ekoran daripada tidak ada persefahaman dan perpaduan yang telah menjadikan Sri Lanka jauh ketinggalan dari aspek pembangunan sama ada di rantau ini dan juga di peringkat antarabangsa. "Sri Lanka pernah menjadi antara penghubung laut yang sangat strategik antara Asia Barat dan Asia Tenggara namun akibat huru-hara dan kekacauan yang berlaku telah mengakibatkan ramai para pedagang, pengusaha dan pelabur beralih arah dan berhijrah ke tempat lain. "Keadaan ini tidak mustahil untuk berlaku dalam negara kita sekiranya kita tidak mememlihara kesejahteraan dan menghargai perpaduan apatah lagi bukti jelas telah dilihat sebagaimana iktibar yang kita boleh ambil dari Sri Lanka," tegasnya lagi. Dalam kunjungan tersebut, Godage mengharapkan Malaysia untuk membantu pembangunan negaranya dan kembali menjadi sebuah negara yang disegani dari aspek ekonomi dan perdagangan. "Kejayaan Malaysia perlu diteruskan kerana pergolakan yang berlaku akan mengundang musibah dan merencatkan perancangan kemajuan yang telah digariskan apatah lagi untuk mencapai Wawasan 2020." Pergolakan dalaman di Sri Lanka telah berlarutan menyaksikan krisis di antara kerajaan dan pihak pemisah Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) selain perpecahan etnik dan perpaduan meruncing yang gagal ditangani. - MediaUMNO |
Debat Nasaruddin – Fathul Bari : Antara Fakta Dan Auta Posted: 23 Jul 2012 12:03 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 Julai – Baru-baru ini akhbar Sinar Harian telah menganjurkan satu debat di antara Nasaruddin Tantawi dan Ustaz Fathul Bari berkenaan sokongan orang muda, namun terlalu banyak kepincangan yang ditunjukkan oleh Ketua Pemuda Pas tersebut dalam debat tersebut, ujar Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd Razlan Muhd Rafii. Tambahnya, Nasaruddin Tantawi banyak berkata bohong demi menjaga maruah di atas pentas, beliau menipu isu Karpal Singh yang menolak hukum Hudud. Menurut Karpal Singh pula beliau tidak pernah berkompromi 20 tahun dahulu dan juga sekarang, pendirian menolak hukum hudud tidak pernak luntur dan ianya merupakan pendirian DAP. "Ketua Pemuda Pas berbohong apabila mengatakan Karpal sudah berbincang baru-baru ini semasa di Puau Pinang sedangkan menurut Karpal beliau tidak pernah menundukkan diri dari menolak Hudud. “Pembohongan Nasaruddin Tantawi juga berlarutan apabila mengatakan Pas Dominan sekiranya PR memerintah, beliau berbohong apa yang UMNO bertanding , Pas juga bertanding, dan sekiranya Pas menang, UMNO kalah, Melayu tidak akan hilang kuasa. “Saya nak maklum pada Tantawi, pada tahun 2008, Pas hanya bertanding 66 kerusi dan UMNO 114 kerusi. Dominanya kuasa Melayu di tangan BN sudah terbukti dan sehingga sekarang UMNO dominan di dalam BN, bukan macam Pas yang hanya menjadi pak turut terhadap kehendak DAP," ujarnya mengulas debat antara Ustaz Nasaruddin Tantawi dan Ustaz Fathul Bari baru-baru ini. Ternyata pembohongan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Pas ini adalah suatu perkara yang menjijikan sebagai seorang yang bertopengkan Kopiah dan Jubah Mewah, lihat sahaya Ustaz Fathur Bari, dengan berkemeja ringkas dan berkopiah murah, melambangkan manusia yang zuhud dan bersederhana, bukan seorang yang bermewah seperti Nasaruddin Tantawi. "Ustaz Fathul Bari semasa berdebat beliau seperti seorang yang KAYA dengan Hadis dan Ayat Quran, manakala Ketua Pemuda Pas pula seperti Pelakon Imam yang miskin Hadis dan Miskin Al Quran," tambahnya. -MediaUMNO |
Kerajaan Tolak Cadangan Selangor Ambil Alih Syabas – Muhyiddin Posted: 22 Jul 2012 11:58 PM PDT PUTRAJAYA, 23 Julai – Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Isu-isu Air Selangor hari ini menolak cadangan kerajaan negeri Selangor untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa itu berkata soal pengambilalihan Syabas tidak boleh dilakukan kerana kerajaan negeri Selangor tidak mematuhi beberapa perkara dalam perjanjian konsesi, termasuk membenarkan kenaikan tarif air. “Ini tidak boleh dipertimbangkan kerana ada beberapa perkara yang substantif dan (membabitkan) prosedur yang tidak boleh dipenuhi kerajaan negeri Selangor dan Syabas. “Kita akan meminta pandangan muktamad daripada Peguam Negara dan Peguam Negara akan membuat keputusan muktamad,” katanya pada sidang media di sini. Hadir sama pada mesyuarat hari ini ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Idris Jala. Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-isu Air Selangor bertanggungjawab meneliti isu-isu berkaitan industri perkhidmatan bekalan air negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dan menetapkan keutamaan untuk diselesaikan serta melaporkan keputusan-keputusan jawatankuasa kepada Jemaah Menteri. Jawatankuasa akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali. Muhyiddin berkata pada mesyuarat hari ini, jawatankuasa juga memutuskan bahawa Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) akan diteruskan dan tawaran akan dibuka dalam tempoh sebulan akan datang. Beliau berkata Peguam Negara akan mengkaji undang-undang tanah agar Langat 2 yang akan mempunyai kapasiti 1,130 juta liter sehari (MLD) dapat diteruskan untuk membekalkan air kepada penduduk di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. “Mesyuarat hari ini berpendapat walau apa keadaan sekali pun, projek ini (Langat 2) perlu diteruskan. Walaupun kerajaan Pusat telah menyediakan peruntukan, namun sampai hari ini kerajaan negeri (Selangor) tidak member kebenaran. “Saya telah mengarahkan Peguam Negara segerakan perkara ini. Peguam Negara akan bermesyuarat petang ini untuk meneliti perkara ini,” katanya. Selain itu, Muhyiddin berkata kerajaan Pusat akan memastikan projek pembinaan Langat 2 ditawarkan kepada syarikat yang berupaya dan berharap ia boleh bermula pada tahun ini. “Jawatankuasa berpendapat ini merupakan satu perkara yang penting dan kalau ia tidak dilaksanakan mengikut pandangan kita (kerajaan pusat), situasi (masalah air) akan bertambah buruk. “Kita mahu menentukan syarikat yang ditawarkan boleh memulakan kerja sebaik kerajaan negeri memberi kebenaran,” katanya sambil menambah projek Langat 2 akan mengambil masa tiga setengah tahun untuk siap. Mengenai cadangan Syabas pada 14 Julai lalu untuk mengadakan catuan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Muhyiddin berkata ia belum perlu dilaksanakan buat masa kini namun beberapa tempat di sekitar Lembah Klang akan menghadapi masalah air. “Pada masa ini, kawasan-kawasan tertentu yang dikategorikan merah (kawasan yang sering menghadapi masalah air dan bekalan air bersih) akan menghadapi masalah air dan Syabas akan menyediakan bekalan air di kawasan tersebut,” katanya sambil menambah antara kawasan berkenaan termasuk Kapar, Klang, Taman Indah Seputeh, Pandan Indah dan Pandan Perdana di Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, Muhyiddin berkata jawatankuasa juga memutuskan Syabas dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan menyediakan pelan kontingensi dalam beberapa hari ini sekiranya catuan air perlu diadakan. Sementara itu, ketika ditanya sebab wakil kerajaan negeri Selangor tidak dijemput dalam mesyuarat hari ini, Timbalan Perdana Menteri berkata ini kerana mesyuarat adalah di peringkat persekutuan dan mahu meneliti daripada “sudut kita”. “Perkara-perkara tertentu nanti, kerajaan negeri Selangor akan terlibat. Di peringkat itu, kita akan mengadakan perbincangan dengan mereka,” katanya. |
Generasi Muda Semakin Bijak Menilai – Reezal Merican Posted: 22 Jul 2012 10:48 PM PDT KEPALA BATAS, 23 Julai – Usaha pembangkang mempengaruhi golongan belia agar menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan berjaya kerana mereka semakin bijak menilai siapa yang mampu memenuhi aspirasi golongan itu. Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata golongan belia kini menyedari parti pembangkang hanya pandai berjanji bagi mempengaruhi pemikiran mereka tetapi tidak mampu untuk menterjemahkannya. “Ini bukan soal kita bercakap atas sentimen kepartian tetapi aspirasi orang muda yang merasakan bahawa BN adalah pilihan terbaik untuk masa depan mereka dan saya tidak fikir mereka (pembangkang) dapat memberi apa-apa kepada mereka. “Lebih-lebih lagi atas keprihatinan khusus diberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang peka masalah dan bentuk pembangunan aspirasi rakyat termasuk untuk golongan muda,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 33 buah masjid di Parlimen Kepala Batas, di sini malam tadi. Setiap masjid menerima sumbangan wang tunai, beras dan kurma untuk keperluan sepanjang bulan puasa ini. Reezal, yang juga Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, berkata dakwaan pembangkang bahawa mereka mendapat sokongan generasi muda termasuk generasi kedua Felda juga sebenarnya tidak menjadi kenyataan. Katanya golongan muda kini mula memberi sokongan kepada BN kerana percaya parti itu mampu memberi jaminan masa depan kepada mereka berbanding pembangkang yang hanya pandai menabur janji. “Kita boleh lihat sendiri sokongan golongan muda terhadap kerajaan kerana setiap program yang dianjurkan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada golongan berkenaan, contohnya himpunan belia baru-baru ini,” katanya. Beliau berkata pembangkang juga kini sudah ketandusan isu untuk dibangkitkan apabila kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan program bagi memenuhi setiap lapisan masyarakat. |
Ministry Allocates Fund For Rakan Muda Programme During Ramadan Posted: 22 Jul 2012 10:35 PM PDT KEMAMAN, July 23 – The Youth and Sports Ministry has allocated RM1.265 million to 600 mosques and surau nationwide to carry out the Rakan Muda programme during Ramadan this year. Its minister, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek said 24,200 youths were expected to take part in the programme arrayed such as tarawih prayers and learning the Quran. “It is hoped that this programme will imbue a culture based on the Quran among participants to prevent them from getting involved in social problems. “The Rakan Muda Ramadan should not focus only on worship, but also community activities such as cleaning up mosques and helping mosque committees to prepare food for the breaking of fast,” he told reporters after launching the national-level Rakan Muda Ramadan programme at the Geliga Mosque here last night. Ahmad Shabery later handed cheques to directors of state youth and sports departments for the programme in which five mosques and surau from each district were chosen. He also gave away eyeglasses to 120 people from the Kemaman constituency and distributed ‘bubur lambuk’ to the local community. |
Youths Wise Enough To Know Who Can Fulfil Their Aspirations – Reezal Merican Posted: 22 Jul 2012 10:33 PM PDT KEPALA BATAS, July 23 – Attempts by the opposition political parties to influence youths to reject the Barisan Nasional (BN) government will only fail because the young people are wise enough to know who can fulfil their aspirations, said UMNO Youth information chief Datuk Reezal Merican Naina Merican. He said youths realised that the opposition parties were only good at making promises but not at fulfilling them. “We are not swayed by party sentiments, but the young people feel that BN is the best choice for their future,” he told Bernama after handing over rice and dates and cash to representatives of 33 mosques in the Kepala Batas parliamentary constituency, here, last night. Reezal, who is also the Kepala Batas UMNO Youth head, said he doubted the opposition claim that it had the support of the younger generation, including the second generation of Felda settlers. He said the opposition had run out of issues to raise after the government had implemented various programmes and facilities for all the people. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment