BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! JASON MRAZ AKAN DATANG MALAYSIA !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 27 May 2012 11:54 AM PDT


Penyanyi yang terkenal dengan lagu "I'm Yours",Jason Mraz bakal mengadakan konsert jelajah buat kali kedua di Malaysia pada 19 Jun 2012.Konsert Tour Is A Four Letter Word kali ini bertujuan untuk mempromosi album terbarunya,"Love Is A Four Letter Word" dan peminat bakal menyaksikan Mraz bergandingan dengan kumpulan muziknya sendiri.Kali pertama penyanyi berusia 34 tahun ini mengadakan konsert di Malaysia adalah pada tahun 2009.

Lapan peminat bertuah yang membeli tiket ke-200,400,600,800,1000,1200,1400 dan 1600 berpeluang memenangi satu pas belakang pentas dan bertemu Mraz.Bakal diadakan di Stadium Merdeka pada jam 8.30 malam,peminat boleh mendapatkan tiket jenis Arena yang mempunyai tempat duduk bernombor dijual dengan harga RM95,RM185,RM298 dan RM345,manakala tempat duduk bebas pada harga RM75 dan RM235.Tiket dijual secara talian di laman sesawang AirAsiaRedTix atau dapatkannya di cawangan Rock Corner,Victoria Music Centre dan juga KL Live Centre.

Dapatkan album cakera padat deluxe "Love Is A Four Letter Word" yang mengandungi 18 buah lagu termasuk empat lagu yang dipersembahkan secara 'live' serta video "I Won't Give Up". Album ini sudah mula dijual sejak 17 April laluKonsert jelajah Jason Mraz ini dibawakan oleh Scenique Concerts & Events Sdn. Bhd. dan Live Limited dengan kerjasama Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.

BREAKING NEWS !!! @NAJIBRAZAK UMUM 2 INSENTIF PENTING UNTUK PENIAGA DAN PENJAJA KECIL !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 27 May 2012 09:31 AM PDT


Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan beberapa insentif penting untuk golongan peniaga dan penjaja kecil termasuk menurunkan kadar bayaran pendaftaran kali pertama bagi perniagaan pemilik tunggal dan perkongsian kepada RM50 untuk tempoh lima tahun sekali gus.Sebelum ini,penjaja dan peniaga kecil perlu membayar RM30 bagi pendaftaran perniagaan Pemilikan Tunggal dan RM60 bagi Perniagaan Perkongsian,yang perlu diperbaharui setiap tahun.Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian diskaun sehingga 50 peratus terhadap kadar kompaun bagi pendaftaran lewat perniagaan dan bayaran pendaftaran lewat.Pengumunan tersebut disambut dengan tepukan gemuruh daripada kira-kira 15,000 warga penjaja dan peniaga kecil yang menghadiri Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia di Dataran Merdeka Ahad malam.Perdana Menteri berkata diskaun kadar kompaun itu akan berkuatkuasa 1 Jun sehingga 31 Dis 2012.

"Ini merupakan pemberian istimewa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) kepada warga penjaja dan peniaga kecil di negara ini," katanya.

Bagi menjamin kesejahteraan jangka panjang pula,Najib turut memaklumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan satu skim insurans berkelompok khusus untuk golongan penjaja dan peniaga kecil selepas proses mengemas kini data pendaftaran golongan itu dibuat.

"Kalau golongan peniaga ini sakit, mereka tidak ada SOCSO (Pertubuhan Keselamatan Sosial), jadi beban kos rawatan hospital itu sangat berat pada keluarga.Jadi pada golongan ini,yang pendapatannya tidak tetap,kita kena fikir perlindungan untuk mereka, bukan sahaja pada masa senang,tetapi juga semasa mereka susah,kita tetap jaga kebajikan mereka," katanya.

Najib berkata kerajaan akan meneliti semua maklumat berhubung golongan penjaja dan peniaga kecil dan memaklumkan mengenai butir-butir skim insurans itu tidak lama lagi.Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor,Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Persatuan Penjaja Dan Peniaga-peniaga Kecil Malaysia (PPPKM) Datuk Ramli Norani.Pada majlis itu,Najib turut bersetuju dengan cadangan Ramli untuk meletakkan tanggungjawab bagi menjaga hal ehwal penjaja dan peniaga kecil di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan.

"Dengan ini jika ada masalah (penjaja dan peniaga kecil) sudah ada tempat untuk dirujuk dan mendapatkan perlindungan dan Datuk Seri Ismail Sabri boleh jadi bapa (mereka)," katanya secara berseloroh.

Sehingga kini,terdapat kira-kira sejuta penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.Sebelum ini,tiada kementerian khusus bertanggungjawab menjaga hal ehwal penjaja dan peniaga kecil.Perdana Menteri berkata kejayaan PPPKM menghimpunkan sejumlah besar ahlinya malam ini secara aman dan tertib memberi isyarat jelas bahawa tindakan mengadakan demonstrasi jalanan tidak perlu jika mahu membuat sebarang kenyataan.

"Apa perlu demonstrasi jalanan untuk membuat kenyataan.kenyataan peniaga kecil malam ini sudah cukup kuat,hebat dan lebih bermakna dan menunjukkan mereka juga punya kekuatan sebagai sebuah kumpulan yang penting dalam masyarakat," katanya.

Selain peranannya sebagai penyumbang ekonomi negara,Najib berkata penjaja dan peniaga kecil juga mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan hala tuju negara.- Bernama

HOT NEWS !!! ADA BANYAK KELEMAHAN DALAM FILEM MANTERA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 27 May 2012 08:30 AM PDT


FILEM : Mantera (Man Transformable Exo-Robotic Armor)

ARAHAN : Mohd Aliyar Ali Kuthy dan Miza Mohamad.

LAKONAN : Tomok, Shikin Kamal, Mikhail Dorojkin (Russia), Natalya Shmarenkova dan Wael Al-Masri (Dubai).

GENRE : Fiksyen Sains dan Aksi.

DURASI : 90 minit.

TAYANGAN: 17 Mei 2012.

AGAK mengecewakan apabila sebuah filem yang bertunjangkan aksi dengan mengangkat robot sebagai paksi utama dalam filem Mantera (Man Transformable Exo-Robotic Armor) gagal dipersembahkan dengan baik.Pun begitu,Mantera secara dasarnya mempunyai asas kuat untuk menjadi sebuah filem aksi tempatan yang hebat kerana ia barangkali belum pernah dihasilkan oleh mana-mana produksi di negara ini.Malah gabungan antara tiga buah negara seperti Russia,Emiriah Arab Bersatu (UAE) iaitu Dubai dan Malaysia yang sepatutnya menjadi bonus kepada Mantera untuk berdiri gah sebagai sebuah filem antarabangsa juga menyedihkan kerana sejak awal ia seolah-olah hilang punca dalam cubaan menggabungkan tiga negara tersebut dalam satu karya.Ini terjadi kerana plot penceritaannya sangat lemah sehingga menyebabkan penonton berasa keliru dan ternanti-nanti adegan seterusnya.

Pengarahnya,Mohd Aliyar Ali Kuthy dan Miza Mohamad,kelihatan begitu berusaha untuk menjelaskan masalah yang berlaku apakah yang menyebabkan momentum filem itu menjadi kucar-kacir.Malah versi tayangan untuk Malaysia ini terlalu banyak disogokkan dengan elemen percintaan yang berlebihan di antara watak Tomok iaitu Azman dan Shikin Kamal yang memegang watak Deena sehingga menenggelamkan genre asal filem tersebut iaitu aksi.Bagaimanapun penerbitnya pernah menjelaskan bahawa untuk tayangan tempatan pihaknya sengaja memasukkan pelbagai elemen romantik itu kerana ia disukai oleh penonton tempatan.

Mantera mengisahkan mengenai pergolakan dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia iaitu Alliance of Light dan Dark Legions.Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia,Mantera yang juga sistem motosikal dan sarung tangan nano dan boleh berubah menjadi baju perisai robotik.Bagaimanapun, ketua pereka Mantera iaitu Dr Natasha yang menyedari niat jahat ketuanya cuba untuk sabotaj dan memusnahkan sistem Mantera.Dia bagaimanapun telah menghilangkan diri dengan pelan skematik dan kertas kerja Mantera. Sisa dan cebisan Mantera secara tidak sengaja dihantar kepada seorang penuntut teknologi di Malaysia,Azman lakonan Tomok.

Azman dengan bantuan rakannya,Kevin membina semula Mantera sehingga menjadi motosikal berkuasa besar.Tanpa mereka sedari,motosikal itu boleh bertukar menjadi baju amor robotik yang boleh memberikan kekuatan dan kepantasan 'superpower' kepada pemakainya.Dalam masa yang sama,Azman yang sinonim dengan sikapnya yang pendiam dan tidak mempunyai ramai kawan di kolejnya bertemu pula dengan seorang gadis,Deena yang juga pelajar tahun akhir dalam jurusan robotik dan kebetulan menghadiri kelas Interaksi Komputer-Insan yang sama dengan Azman bagi melengkapkan jadual kursusnya.

Mereka berkenalan dan akhirnya mengundang rasa cinta yang pada asasnya mereka berkongsi minat yang sama dalam pemasangan peralatan robotik Mantera bagi membina motosikal.Weston Tech menjejaki Dr Natasha dan Azman bersama sistem Mantera yang kini menyertai Alliance of Light sehingga ke ibu pejabat rahsia Alliance of Light di Timur Tengah.Pertempuran sengit antara Azman yang menjadi Mantera dengan robot pembinasa Weston Tech yang dipanggil Vega akhirnya tercetus.

Sementara itu, menyentuh elemen teknik pengimejan berkomputer (CGI) dan grafik filem ini, ia dibuat dengan agak bagus jika penonton tidak cuba membandingkan CGI Mantera dengan filem keluaran Hollywood seperti Transformer.Ia masih boleh meyakinkan penonton walaupun terdapat cacat cela yang mungkin membuatkan penonton mengerut dahi memikirkan kewajaran sesuatu teknik CGI yang digunakan.Tentang lakonan Tomok yang memegang watak utama dalam filem ini, pengarah gagal mengeluarkan potensinya yang pertama kali muncul di layar perak.Bagaimanapun,usaha Tomok tidak sia-sia kerana dia tidak terlalu kelihatan kaku dalam penampilan pertamanya itu.Mantera boleh dikatakan sebagai satu cubaan yang baik tetapi kesempurnaan tidak hadir dalam filem ini. Namun ia masih mampu diingati kerana telah berjaya membawa animasi tempatan ke satu tahap yang lain.Filem ini menelan belanja kira-kira RM8.5 juta dan dijangka akan turut dipasarkan di pasaran antarabangsa

Oleh Mohd Al Qayum Azizi Mstar

HOT VIDEO AND NEWS #HBN2012 !!! 17 ORANG CEDERA DALAM KEMALANGAN ACARA DRAG !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 27 May 2012 04:48 AM PDT


Seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 cedera termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas.Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19,kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar,menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.Menteri Belia dan Sukan,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata empat yang cedera parah itu masih dirawat di Hospital Putrajaya manakala pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.Beliau berkata perlumbaan tersebut telahpun dihentikan dan beliau akan meminta pihak penganjur membuat siasatan rapi termasuk membuat laporan polis.

"Saya tak mahu lagi tragedi seperti ini berlaku di masa hadapan. Saya sedih dan dukacita kepada mangsa dan keluarga mereka dan ini amat dikesali oleh pihak saya sendiri Dan kita akan lihat apa bentuk bantuan yang boleh diberikan," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan kejadian hari ini.

Ahmad Shabery berkata program perlumbaan itu diatur oleh penganjur yang berpengalaman namun beliau difahamkan tidak ada satu badan yang khusus yang menyelia dan mengawasi perlumbaan seperti itu.Diminta mengulas mengenai dakwaan aspek keselamatan diabaikan penganjur,beliau berkata terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan dan beliau akan menunggu laporan penuh bagi mengenal pasti punca kejadian.

Beliau berkata beliau turut dimaklumkan pihak penganjur telah memberi amaran supaya orang ramai berada di belakang bahagian yang dibenarkan, namun apabila sesi itu berlangsung ramai yang tidak mengendahkan arahan tersebut disebabkan kawasan tersebut terlalu sesak dengan kira-kira 10,000 penonton,katanya.Ketua Polis Daerah Putrajaya,ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata ia masih dalam siasatan. – Bernama



SAYA HARAP TOLONG JANGAN KOMEN YANG BUKAN-BUKAN TENTANG KEJADIAN INI !!!

TOLONG JANGAN SALAHKAN SESIAPA !!!

ANDA LIHAT SENDIRI KEADAAN YANG BERLAKU DALAM VIDEO DI ATAS SEBELUM KEMALANGAN !!!

RENUNG-RENUNGKAN

#BERSIH3.0 !!! AKHIRNYA AMBIGA MENGAKU KALAH !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 27 May 2012 01:30 AM PDT


Setelah mengetuai 25,000 orang untuk membuat provokasi terhadap pihak polis di jalanan yang akhirnya berakhir dengan huru-hara,kecederaan,kerosakan terhadap harta awam dan mengotorkan kawasan tersebut dengan sampah-sarap,Ambiga dengan tidak malunya tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi.Dia mendakwa bahawa dia tidak mengarahkan penyokong-penyokongnya supaya mengganas.Ambiga langsung tidak menyesal terhadap tindakannya yang enggan menerima Stadium Merdeka untuk menjalankan perhimpunan aman 'Duduk Dan Bantahnya'.Apa yang Ambiga mahu adalah publisiti dan sokongan dari parti-parti tententu terhadap bantahan yang dilakukan.Dia berharap agar BERSIH mampu membantu gologan liberal dalam meraih kuasa.Namun,dia tetap gagal untuk membawa pendekatan ini di jalanan.Sekurang-kurangnya,rakyat sedar bahawa BERSIH seakan-akan menunjukkan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) tidak akan bersih dan mereka akan menjalankan lebih banyak protes dan mereka juga akan membawa lebih ramai media asing yang akan membantu dalam menjatuhkan kerajaan.

Ambiga pasti menjangkakan bahawa dia akan dikutuk oleh penyokong kerajaan. Namun, dia pasti mempunyai 'kekuatan dan semangat' yang kental.Jadi,apabila semuanya berakhir, dia pasti menjangkakan bahawa rakyat pasti akan sentiasa menyebut-nyebut tentang semangat 'keheroan-nya' Dia pasti tidak menjangka bahawa orang-orang biasa atau 'nobodies' akan membantah dan mengamuk akibat daripada kesan BERSIH 3.0.Sebenarnya,mereka tidak berbuat banyak,mereka hanya memasang gerai-gerai dan menari sedikit di hadapan rumahnya,tetapi itu sudah cukup untuk menakutkan Ambiga.Dalam keadaan panik,dia menyifatkan mereka sebagai bodoh,tidak matang dan penganggur yang tidak mempunyai apa-apa yang lebih baik untuk dilakukan.

Ambiga marah kerana mereka telah mengganggu jiran-jirannya, melanggar hak privasinya dan mengotorkan kawasan rumahnya dengan sampah-sarap di sepanjang jalan di rumahnya.Apa yang dia tidak sedar adalah dia telah lakukan perkara yang sama terhadap peniaga-peniaga tersebut,lebih teruk lagi,kerana dia telah menganggu pendapatan harian mereka.Dia tidak sedar bahawa terdapat banyak perumahan di Kuala Lumpur dan juga di sepanjang jalan yang dikotori oleh BERSIH pada 28hb April 2012.Penduduk di pangsapuri,tetamu di hotel-hotel yang pasti mempunyai rancangan hari itu bagaimanapun terkandas,takut dan tertanya-tanya mengapa Ambiga hancurkan rancangan mereka pada hari tersebut.

Semestinya,Ambiga akan memberi alasan bahawa ianya hanya dijalankan selama 'satu' hari.Tetapi,BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 juga dijalankan selama 'satu' hari Dan kini terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa satu lagi protes akan dijalankan kerana PAS sudah mula meroyan untuk menjalankan 'satu' lagi demonstrasi.Jadi,tiada siapa yang tahu berapa 'satu' hari lagi Ambiga akan jalankan.Ada yang boleh mengatakan bahawa perbuatan membalas dendam adalah kebudak-budakan.Walau bagaimanapun,saya mengucapkan tahniah kepada yang para peniaga dan yang rakyat yang datang untuk memperjuangkan hak-hak mereka menyatakan bantahan mereka terhadap BERSIH dan melakukannya di tempat yang betul di hadapan rumah Ambiga.

Ambiga mendakwa bahawa dia mewakili suara majoriti rakyat.Namun,para meniaga tersebut adalah antara mereka yang tidak pernah menyokong Ambiga.Terdapat beberapa laporan polis dan panggilan yang telah dibuat bagi membatalkan perhimpunan BERSIHdan ianya dibuat oleh rakyat.Adakah Ambiga dengar akan rintihan rakyat ?? bilakah rakyat pernah mengundi Ambiga untuk mewakili kita ??? Dia semestinya tidak mewakili saya,keluarga,rakajn sekerja dan rakan-rakan saya yang kini tidak tahan melayan kerenah dari Ambiga.Apapun,rakyat perlu bersyukur kerana Ambiga akhirnya belajar dari kesilapan setelah dua lagi kumpulan telah datang ke rumahnya untuk membantah BERSIH.Jadi,setelah menerima segala memo,gangguan dan 'pasar malam aman' di hadapan rumahnya.Ratu LGBT ini tidak mampu bertahan lagi.Akhirnya, dia meminta maaf.Kita tidak perlu mempersoalkan seikhlas mana Ambiga dalam memohon maaf.Dengan ini,kita percaya bahawa Ambiga tidak akan menggangu kita,rakyat Malaysia.jika dia masih berbuat demikian,pasti jiran-jiran Ambiga akan menghalau ratu LGBT ini keluar dari kawasan perumahan mereka.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! AZMIN ALI KENA MAKI KAW-KAW BERKENAAN PADANG BOLA PKNS SS7 !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 26 May 2012 10:00 PM PDT


Padang bola PKNS di SS7 Kelana Jaya,Tempat yang menjadi tumpuan penduduk setempat untuk melaksanakan rekreasi dan juga majlis-majlis sosial.Padang ini bukan sekadar berfungsi sebagai tempat perlawanan bola sepak,tetapi lebih daripada itu.padang ini yang dahulunya aman damai kini telah menjadi satu 'spotlight' kepada rakyat umum terutamanya rakyat negeri Selangor.

Ini gara-gara pendedahan perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan padang tersebut menjadi satu kawasan komersial yang dijangka memberi pulangan dalam bentuk wang ringgit dan juga faedah-faedah setempat yang dijangka boleh dinikmati oleh penduduk Petaling Jaya amnya dan Kelana Jaya khususnya.Sepantas berita tersebut diketahui,maka ramailah yang membuat bantahan kepada kerajaan negeri dan mendesak agar rancangan tersebut dimansuhkan.Persoalannya,adakah rancangan kerajaan negeri itu tepat dan bersesuaian dengan keadaan semasa dan masa akan datang ???

LIHAT VIDEO DI BAWAH !!!





RENUNG-RENUNGKAN

APA CERITA NI ??? HIMPUNAN BELIA NEGERI SELANGOR LEBIH KERUSI DARI ORANG ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 26 May 2012 07:00 PM PDT


MALU BESAR...itu kata-kata yang paling afdal untuk memulakan kisah ini.Nawaitunya nampak macam nak 'lawan tetap lawan' dengan Himpunan Jutaan Belia yang sedang berlangsung dengan meriah dan jayanya di Putrajaya.Majlisnya,Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor 2012.Tarikhnya Sabtu.Lokasinya Komplek Belia dan Sukan Selangor Seksyen 7 Shah Alam.Himpunan sehari ini dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor menerusi pejabat Exco Belia.

Kalangan wartawan yang ditugaskan membuat liputan himpunan itu terpinga-pinga melihat keadaan dan suasananya.Lengang dan sepi dari pagi hingga ke petang.


Mengikut jadual sepatutnnya Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Selangor akan beri ucaptama dan tetamu kehormat lain adalah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS,Mohamad Sabu.Namun tunggu punya tunggu,tidak ada siapapun hadir.Sebab apa... mudah saja,tak dapat sambutan LANGSUNG. Suasananya paling memalukan bagi sesiapa saja yang berada di situ.

Ini jauh beza dengan kemeriahan di Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya,yang berlangsung dari 23 hingga 27 Mei.Ada lebih 500 program, 22 pentas dan ratusan acara dengan kehadiran belia dari seluruh negara.Tinjauan Agendadaily di Komplek Belia dan Sukan Shah Alam jam 3.00 petang dapati yang ada hanya petugas sahaja.Program forum yang melibatkan 'ikon belia PR' aktivis mahasiswa ,Adam Adli tidak ada pengunjung kecuali petugas dan unit amal yang duduk tidak sampai 20 orang.


Ratusan kerusi kosong, bukan dalam dewan sahaja,di luar dewan.Suasana lebih menyayat hati kepada peniaga-peniaga, tak ada orang datang.Dalam erti kata lain,rugi besar.Difahamkan pada sebelah pagi,program yang seharusnya bermula pada awal pagi,terpaksa ditunda kerana KETIADAAN PESERTA.

Jumlah yang hadir jam 10:24 pagi,tidak sampai pun 100 orang.Walaupun Pesuruhjaya PAS, Dr. Rani Osman dan Exco Adat Resam Melayu,Dr. Ahmad Yunus bin Hairi telah sampai awal dan mundar-mandir melihat jumlah peserta yang berapa kerat sahaja.Walaupun majlis dijadualkan seawal jam 9:00 pagi,namum sehingga 10:24 pagi,majlis tetap tidak bermula.



SAYA TAK NAK TERUSKAN LAGI !!!

MALU BESAR NI !!!

MUAHAHAHA..

ANDA NAK LAGI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! GAMBAR PELAKON POPULAR MABUK SELEPAS PULANG DARI MENUNAIKAN UMRAH TERSEBAR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 26 May 2012 04:00 PM PDT


Apabila seseorang ke Tanah Suci Mekah,pastinya semua mendoakan agar berubah menjadi lebih positif.Mungkin sukar untuk berubah 100 peratus,tetapi kepada yang lebih baik dari sebelumnya.betul tak pembaca Badut Rakyat ???

Namun sebaliknya berlaku kepada seorang artis ini.gambar ini saya ambil dari Rotikaya.com,mereka telah menerima satu email yang dihantarkan berkongsi beberapa gambar seorang selebriti yang didakwa masih ke kelab hiburan walaupun baru pulang dari menunaikan ibadah umrah.Gambar tersebut memperlihatkan pelakon itu terbaring sehinggakan tidak menyedari orang mengambil gambarnya.Malah lebih menyedihkan,artis tersebut dalam keadaan khayal dan seolah-olah hanya memakai seluar dalam di sebuah kelab hiburan.

"Kami sebenarnya agak kurang percaya dengan gambar yang dihantar ini tetapi apabila diteliti figura dalam gambar ini 99% mirip kepada selebriti kesayangan kami ini," petikan Blog Rotikaya.com.


Namun,terdapat juga sumber yang mengatakan bahawa gambar selebriti kesayangan ramai tersebut adalah gambar lama dan sengaja disebarkan setelah dia pulang dari menunaikan umrah.Mungkin ada yang tidak puas hati dengan artis tersebut.

Kadang kala,manusia tidak terlepas dari melakukan dosa dan tidak mungkin berubah sekaligus,namun kita sentiasa mendoakan segala yang terbaik.Tidak kiralah sebelum atau selepas pulang dari umrah,sebagai 'public figure' seseorang selebriti haruslah menampilkan sikap yang positif kepada semua peminatnya.yang penting sekali,jauhilah diri dari melakukan kemungkaran tidak kira pada bila-bila masa pun.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...