Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! Akhirnya DBKL Bertindak Keatas Khemah Demo Mahasewel di Dataran!! #mansuhPTPTN #Bersih3
- PANASS!! Penafian Skandal Zahida Rafik dengan Pak Menteri!!
- EKSKLUSIF dan PANASS!! Nampaknya Kali Ni Pas Benar-Benar SESAT!! #saveKedah (Wajib TENGOK!!)
- TUDIAA!! Isu Fatwa Kedah!! Gerakan CABAR Dap!! Eh.. betul ke? #saveKedah
- TUDIAA!! Unit Amal Pas Dah Bengang Dengan Mahasewel!! #MansuhPTPTN
| PANASS!! Akhirnya DBKL Bertindak Keatas Khemah Demo Mahasewel di Dataran!! #mansuhPTPTN #Bersih3 Posted: 23 Apr 2012 06:15 AM PDT Disebabkan aduan daripada orang ramai, akhirnya DBKL bertindak!! Syabas kepada DBKL kerana mengutamakan majoriti rakyat Malaysia yang benci dan sakit mata melihat kelakuan kumpulan Mahasewel dan mahaseksi kat dataran tu. Salah seorang yang telah membuat laporan kepada DBKL mengenai kumpulan Mahasewel ni ialah,
Mc sempat menyoal En. Shukri kenapa perlu membuat aduan kepada pihak DBKL? Beliau kata, beliau sakit mata dan sakit hati melihat kelakuan kurang ajar para mahasewel dan mahaseksi yang melanggar undang-undang negara dan DBKL. Malah beliau kecewa dengan DBKL kerana tidak tegas dalam melakukan kerja, tanpa bertindak mengikut undang-undang. Jika seseorang peniaga boleh diangkut dan di saman oleh pihak DBKL, jika berniaga di dataran merdeka, kenapa peserta demo ni tak boleh dilakukan sedemikian rupa? Apa kebalnya mereka ini? Apakah mereka ni lebih istimewa dari rakyat Malaysia yang lain? Disebabkan ketidak puasan hati beliau, beliau melakukan dua report mengenai perkara ini, satu kepada DBKL supaya bertindak tegas, satu lagi kepada pihak SPRM supaya menyiasat penguatkuasa DBKL yang gagal bertindak keatas pendemo terbabit. Rujuk dua lampiran aduan beliau keatas DBKL dan SPRM,
Apakah DBKL mahu menunggu sehingga ada aduan daripada rakyat Malaysia, baru mereka mahu bertindak tegas. Ataupun DBKL terkejut dengan aduan mengenai tindakan tidak tegas mereka telah diajukan kepada pihak SPRM? Kalau cara ini berkesan, Mc harap lebih ramai yang membuat aduan dan laporan mengenai cadangan JAHAT puak pendemo untuk berhimpun sempena Bersih 3.0 nanti. Bersatulah majoriti rakyat Malaysia untuk MENOLAK PERBUATAN JAHAT DAN BUSUK DARI PAKATAN HARAM!! Aduan anda diperluakan untuk menolak SEBARANG PERHIMPUNAN HARAM YANG MENCEMARKAN KEHARMONIAN BANDARAYA KUALA LUMPUR Jika mereka kata, mereka mempunyai hak untuk berhimpun, apakah warga Kuala Lumpur yang berjuta-juta itu tidak mempunyai HAK mereka? Pihak berkuasa, perlu bertindak tegas mengenai perkara ini. Utamakan MAJORITI RAKYAT, dan BUKANNYA MANORITI!! McTheory: Kuasa rakyat dan hak rakyat, bergantung kepada kumpulan yang lebih besar!! | ||||||
| PANASS!! Penafian Skandal Zahida Rafik dengan Pak Menteri!! Posted: 23 Apr 2012 03:47 AM PDT
| ||||||
| EKSKLUSIF dan PANASS!! Nampaknya Kali Ni Pas Benar-Benar SESAT!! #saveKedah (Wajib TENGOK!!) Posted: 23 Apr 2012 01:16 AM PDT
Gambar ini didedahkan supaya rakyat boleh menilai sendiri betapa celakanya parti pas..Gambar diatas diambil semasa di hospital, dimana seorang ahli dhpp telah meninggal dunia di kawasan utara.. sumber asal Mc ambil dari Medan Tempur Sebelum tu, Mc ingin jelaskan, tujuan ini, bukan niat nak memburukkan si mati...Tetapi untuk mendedahkan, kemungkaran dan kebusukkan Pas! Dah tak tahan lagi dengan celaka pas ni..kenapa baju berlogo pas dibawa masuk kedalam keranda untuk disemadikan sekali bersama mayat..?
Pas memang dahsyat, sudahlah mereka banyak menyesatkan kaum Melayu Islam, kini bangsa cina pun mereka telah masuk jarun untuk menyesatkannya. Pas oii Pas.. makin lama makin pelik la pulak! McTheory: Nampaknya undi Pas masuk syurga, bukan hanya untuk umat Islam, tetapi international pun boleh.. dahsyatnyaaa... | ||||||
| TUDIAA!! Isu Fatwa Kedah!! Gerakan CABAR Dap!! Eh.. betul ke? #saveKedah Posted: 22 Apr 2012 11:18 PM PDT Parti Gerakan hari ini mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya bertanggungjawab dan tidak terus membisu berhubung isu kerajaan negeri Kedah menggubal undang-undang baru bagi menghalang fatwa negeri itu dicabar di mahkamah. Presidennya, Tan Sri Koh Tsu Koon menyifatkan penggubalan fatwa baru itu menyekat kebebasan rakyat bersuara dan menyatakan pendapat mereka dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. "Saya mencabar Lim Guan Eng untuk menyatakan pendirian beliau dan DAP sebagai sebahagian daripada kerajaan Pakatan di Kedah. "Perkara ini memberi kebimbangan kepada orang bukan Islam di Kedah dan parti DAP tidak harus terus berdiam diri. Apa tindakan ahli exco DAP Kedah buat? (semasa mesyuarat sidang DUN). "Dalam mana-mana sistem demokrasi memang ada semakan semula kehakiman, kalau ada orang yang tak puas hati mereka boleh ke mahkamah syariah tetapi seperti perkara ini ia tidak memberi keadilan dari segi mahkamah,"katanya pada satu sidang media di ibu pejabat parti itu. Rang Undang-undang Mufti dan Fatwa (Kedah) (Pindaan) 2012 yang dibentangkan bagi menggantikan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 10) diluluskan sebulat suara pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah minggu lalu. Pindaan itu kononnya bagi memperjelas keahlian jawatankuasa fatwa serta menjadikan fatwa yang diputuskan oleh mufti atau jawatankuasa fatwa sebagai muktamad. Menurut pindaan itu, "Fatwa yang diputuskan oleh mufti atau jawatankuasa fatwa, sama ada diwartakan atau tidak, tidak boleh dicabar, dirayu, disemak, dinafikan atau dipersoalkan dalam mana-mana Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah." Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata mengikut Seksyen 22A yang baru, fatwa tidak boleh dicabar walaupun dengan undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan. "Fatwa mufti melibatkan ibadah dan hukum syarak, sekiranya berlaku kekeliruan perlu dirujuk kepada jawatankuasa fatwa," katanya. Walau bagaimanapun, keputusan itu menimbulkan pertikaian pelbagai pihak. Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebelum ini menyifatkan penafian hak mahkamah untuk mencabar fatwa yang dikeluarkan oleh mufti negeri sebagai tidak demokratik. Malah katanya, ia "mematikan intelektualisme" kerana menyamakan fatwa seperti nas dalam al-Quran dan Sunnah yang tidak boleh dipertikai. Sementara Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata enakmen baru yang digubal oleh kerajaan negeri Kedah itu bertentangan dengan prinsip Islam. Mengulas lanjut, Tsu Koon berkata, pendirian yang diambil oleh kerajaan negeri Kedah itu juga turut mendatangkan kebimbangan di kalangan ahli Gerakan di negeri itu termasuk ADUN dari Barisan Nasional "Ini memang telah disuarakan pengerusi parti Gerakan di Kedah iaitu Adun Jugra, kenyataannya amat jelas di mana beliau juga menerangkan bahawa BN di Kedah tidak setuju dengan apa yang telah diluluskan oleh majoriti di DUN Kedah,"katanya lagi. Pada sidang media sama, Tsu Koon turut mengesahkan Gerakan akan menyerahkan senarai nama calonnya pada 30 April ini berikutan masih belum menetapkan senarai muktamad. -antarapos | ||||||
| TUDIAA!! Unit Amal Pas Dah Bengang Dengan Mahasewel!! #MansuhPTPTN Posted: 22 Apr 2012 08:31 PM PDT Nampaknya kumpulan Unit Amal Pas tidak sanggup lagi mencampuri urusan 'Perkhemahan maksiat' Mahasewel yang kononnya untuk membantah PTPTN. Sudah la mereka tidak dihormati, maksiat pula bergelumang di depan mata. baca cerita yang Mc ambil dari blog mymassa
Laman portal PAS, Tranungkite melaporkan bahawa ada di antara Unit Amal PAS menarik diri daripada menjaga kawasan Dataran Merdeka. Kekesalan Unit Amal PAS jelas dalam ayat terakhir artikel tersebut: Unit Amal bergerak dengan asas Amal Kerana Allah dan Hormat pada pimpinan. Bagaimana kamu nak mereka bergerak bersama kamu apa bila dua asas itu kamu nafikan?? Seperti minyak dan air tak boleh bercampur, begitu juga dengan perkara maksiat dan agama. Walaupun dalam artikel di atas cuba ditutup dengan mengatakan bahawa sebab utama mereka menarik diri kerana kurang kerjasama pendemo, cuba anda lihat gambar di bawah. Adakah Unit Amal PAS nak jaga orang-orang macam ni? MyMassa suka untuk bangkitkan kembali apa yang berlaku pada demonstrasi PROTES sebagaimana diungkit dalam ayat terakhir artikel tersebut. Di mana PKR cuba menyerapkan budaya HEDONISME dengan menganjurkan konsert band underground di bawah kelolaan Hishamuddin Rais. Hasilnya band tersebut bertindak di luar kawalan sehingga membuka seluar di depan penonton. Yang serang band ini bukan pemuda UMNO, tapi unit amal PAS sendiri! Mari kita tengok berapa lama lagi PAS boleh bertahan dengan PKR yang sering kali cuba mengajak PAS lari dari perjuangan mereka. *Sama ada PAS bertahan dengan PKR bergantung kepada gerak kerja parasit Anwar Ibrahim seperti Mat Sabu dan Khalid Samad bergerak. Kalau mereka berjaya menguasai PAS dan membuang kumpulan ulama secara total, PAS akan terus menerus dalam Pakatan Pembangkang. McTheory: Lagi bukti Mahasewel berdemo sambil beromen klik SINI This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.







No comments:
Post a Comment