BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! PUSAT KHIDMAT RAKYAT (PAKAR) BARISAN NASIONAL SELANGOR KHAS UNTUK RAKYAT !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 23 Apr 2012 12:30 PM PDT



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

SALAM 1MALAYSIA

Barisan Nasional Selangor memandang serius usaha untukmengembalikan kepercayaan rakyat dan berjanji untuk terus berkhidmat kepada rakyat berdasarkan slogan RakyatDidahulukan,Pencapaian Diutamakan yang digagaskan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak.

Sehubungan dengan itu, pihak Barisan Nasional Selangor,mewujudkan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional atau PAKAR bagi tujuan komunikasi dan 'services' antarapihak parti dengan Rakyat.Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional menyediakan kakitangan sepenuh masa yangakan berkhidmat menerima sebarang aduan atau pun permasalahan daripada rakyat.

Rakyat Selangor boleh menghubungi Talian PAKAR di number 1-300-22-2626 pada bila-bila masa.Pihak Barisan Nasional akan berusaha untuk menjadi penghubung antara Rakyat dan pihak agensi yang bertanggungjawab ke atas masalah yang dilaporkan. Pusat khidmat ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Kewujudan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional secara talian ini juga menunjukkan komitmen BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan lebih mesra rakyat.Selepas ini,jika rakyat rasa sukar untuk menghubungi mana-mana Wakil Rakyat Barisan Nasional,maka mereka boleh terus menghubungi Talian PAKAR dan pihak BN Selangor akan memastikan YB Wakil Rakyat tersebut berhubung terus dengan rakyat yang menghadapi masalah.

Selain melibatkan kepentingan awam seperti masalah sampah,masalah dikendalikan dengan baik oleh Kerajaan PR Selangor,Rakyat Selangor juga boleh menelefon Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional untuk mendapatkan maklumat mengenai produk-produk Barisan Nasional seperti B1RM,Kedai Rakyat 1Malaysia,Klinik 1Malaysia dan sebagainya.Pusat Khidmat ini boleh lah diandaikan sebagai 'one stop centre' untuk rakyat Selangor mendapatkan maklumat.

Selain menerima panggilan dari Rakyat,Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional juga akan membuat panggilan kepada rakyat berdasarkan number telefon yang didapati daripada pihak Jentera BN sendiri melalui kajian rambang dan aktiviti di kawasan masing-masing.Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional ini bukan sahaja akan digunakan berkempen,tetapi juga akan terus dikekalkan sehingga selepas Pilihan Raya ke-13 serta menjadi medium untuk Rakyat berhubung dengan pihak Parti.Inisiatif ini membuktikan bahawa Barisan Nasional tidak sekadar bercakap kosong tetapi membuktikan setiap kata-kata dan janji yang di ucapkan oleh pemimpin tertinggi.Barisan Nasional akan terus berkhidmat kepada Rakyat Selangor tanpa mengira kaum, agama mahupun parti politik.

Langkah mewujudkan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional ini merupakan satu langkah kehadapan dan buktibahawa Barisan Nasional serius ingin berkhidmat kepada Rakyat Selangor.

Sekian,Sayangi Selangor : Yakini BN.

DATO' SRI MOHD ZIN MOHAMED
KOORDINATOR BN SELANGOR
23 April 2012

EKSKLUSIF !!! JAWAPAN SEBENAR NAJWA LATIFF KENAPA BELIAU MEMPERAGAKAN FESYEN YANG PELIK !!!

Posted: 23 Apr 2012 09:00 AM PDT


Penyanyi remaja yang mula popular melalui YouTube, Najwa Latiff mempertahankan kakaknya, Syafikah Latiff mengenai kritikan yang dilemparkan oleh umum mengenai imej dan fesyennya yang dikatakan pelik dan tidak kena dengan usianya angkara kakak penyanyi itu.Dipetik dari mStar,Najwa,yang kini bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini, menegaskan, bahawa penampilannya pada sebarang acara-acara hiburan atau persembahan ditentukan oleh banyak pihak selepas perbincangan.

"Pemilihan imej saya tidak hanya ditentukan oleh kakak, malah ia melibatkan pihak pengurusan dan saya sendiri. Tidak adil menuduh kakak saya menjadi punca kepada masalah imej dan fesyen saya.Sebenarnya, kami akan berbincang terlebih dahulu sebelum saya menghadiri apa-apa acara hiburan. Orang ramai sudah salah faham tentang perkara ini," katanya lagi.

Isu imej penyanyi lagu Kosong ini semakin menjadi perhatian sejak beliau memperagakan busana rekaan Wan Huzairil di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 (ABPBH2012) pada 8 April lalu,yang dikatakan tidak sepadan dengan usianya.Kakak Najwa juga telah dipersalahkan sebagai punca fesyen dan penampilnya yang pelik pada malam itu.Tetapi Najwa kemudiannya berkata, "Saya masih baru dan tercari-cari fesyen yang bersesuaian dan sepadan. Namun,saya tidak berkecil hati walaupun segelintir pihak masih mempertikaikan imej saya."

Selain itu, penyanyi ini juga memaklumkan persembahan di ABPBH baru-baru ini adalah persembahan pentas yang terakhir sehingga beliau selesai SPM.Atas nasihat ibu, saya ambil keputusan ini untuk masa depan. Kalau diikutkan, saya patut berehat sejak Mac lagi dan kemunculan," katanya.

"Insya-Allah apabila saya aktif semula selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya akan tampil dengan kelainan," kongsinya.

BONGKAR !!! RAKYAT SELANGOR DI TINDAS !!! KHALID GAGAP MENIPU RAKYAT !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 23 Apr 2012 06:00 AM PDT



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

SALAM 1MALAYSIA

Pemimpin Pakatan Rakyat memang terkenal dengan janji-janji manis sehingga sanggup menjanjikan apa sahaja asalkan mendapat undi daripada Rakyat. Perkara ini terbukti bukan sahaja sekarang ini malah sejak dahulu lagi. Bukti paling nyata adalah manifesto Pakatan Rakyat Negeri Selangor pada PRU 2008 sebelum ini.Jika janji yang termaktub dalam manifesto pun boleh dimungkiri,inikan pula janji mulut manis pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak pernah jujur.

Pada Pilihanraya Umum 2008,Pihak PKR dan PAS telah berjanji kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%.Perkara ini bukan hanya dijaja di ceramah-ceramah mereka malah dicetak sebagai salah satu manifesto janji mereka jika berjaya mentadbir Negeri Selangor akan mengurangkan cukai pintu rumah.Hasil dari penipuan dan janji palsu ini,mereka berjaya memerintah negeri Selangor.

Alhamdulillah,rakyat Selangor tidak perlukan masa yang lama untuk melihat penipuan pemimpin Pakatan Rakyat.satu demi satu,Pelbagai kepincangan berlaku dan pemimpin ketiga-tiga parti ini mengaku bersama dalam semua hal,hakikatnya,mereka ini seperti tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.Seawal sebulan selepas Pakatan Rakyat memerintahSelangor, MB Kahlid Ibrahim membuat pengumuman bahawa janji untuk menurunkan cukai pintu kediaman dan cukai premis komersial tidak dapat dilaksanakan.Belum pun sampai sebulan memerintah,janji manifesto terpaksa ditarik balik.Inilah namanya pemimpin yang hanya berjanji untuk meraih undi tanpa mengira hakikat sebenar ekonomi.

Sehingga sekarang,janji pakatan untuk menurunkan cukai pintu kediaman dan premis komersial masih belum terlaksana.Jikapun ada nada pengumuman yang dibuat menjelang Pilihanraya nanti,sedarlah rakyat Selangor,ini hanyalah janji-janji palsu untuk meraih undi rakyat Selangor

Bukan sahaja cukai tidak diturunkan,malah kita juga difahamkan bahawa cukai dan premium tanah turut dinaikkan.Saya sendiri menerima banyak aduan dari rakyat Selangor berbilang kaum mengenai isu cukai dan premium tanah yang semakin meningkat.Selain itu,kami juga menerima maklumat dari rakyat Selangor bahawa cukai yang perlu dibayar sekarang ini meningkat sehingga lebih 100% dan mengikut harga pasaran.Ramai rakyat Selangor yang tidak berpuas hati dan berasa tertipu dengan janji manifesto Pakatan Rakyat. Soalnya,adakah kita akan sekali lagi tertipu dan mempercayai setiap apa yang dijanjikan oleh mereka? Hakikatnya,kemenangan mereka di Selangor merupakan pengajaran paling berguna kepada seluruh Rakyat Selangor.Rakyat Selangor tanpa mengira kaum berasa tertipu akibat isu melibatkan cukai pintu kediaman dan premis komersial sehingga ada yang terpaksa disita akibat beban cukai yang terlaku tinggi.Saya difahamkan,ketika zaman Barisan Nasional memerintah,kerajaan Barisan Nasional masih lagi menerima rayuan dan memberikan diskaun untuk kes-kes tertentu.Apa yang dikesalkan,sehingga hari ini,pemimpin Pakatan Rakyat masih lagi menaburkan janji-janji manis yang tidak mampu mereka laksanakan.

Saya percaya, Rakyat Selangor sememangnya lebih bijak untuk menilai janji-janji yang ditaburkan oleh pihak Pakatan Rakyat.Di pihak Barisan Nasional,kami mengakui terdapat kelemahan sebelum ini,namun kami sedia mengakui kelemahan itu dan memohon maaf serta memperbaikinya sebaik mungkin.Kerajaan Barisan Nasional sebelum initidak pernah menyusahkan rakyat walaupun dituduh dengan Pelbagai Tomahan,Tetapitohmahanyangdilemparkan tidak melibatkan kesusahan hidup rakyat.Namun kerajaan Pakatan Rakyat secara langsung memberi bencana kepada rakyat contohnya dalam isu melibatkan pengurusan sampah dan pengurusan saliran sehingga menyebabkan berlakunya banjir.

Pada Pilihanraya Umum akan datang,saya berharap agar Rakyat Selangor menggunakan pertimbangan yang paling wajar untuk membuat keputusan. Cukuplah sudah lebih empat tahun (1,460 hari) kita berada dalam kesusahan.Berjanji sekadar untuk meraih undi bukanlah satusikap yang bertanggungjawab sebagai pemimpin malahmemungkiri janji isu sendiri adalah sifat munafik.

Terima kasih, Sayangi Selangor : Yakini BN

Dato' Sri Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor
23 April 2012

TERKINI !!! DBKL BERI 3 PILIHAN UNTUK #BERSIH3.0 BERHIMPUN TAPI BUKAN DATARAN MERDEKA !!!

Posted: 23 Apr 2012 02:57 AM PDT


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini sekali lagi menegaskan perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih tetap tidak dibenarkan berlangsung di Dataran Merdeka.Malah,Datuk Bandar Kuala Lumpur,Tan Sri Ahmad Fuad Ismail turut mencadangkan lokasi alternatif untuk Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini sama ada di Stadium Bola Sepak Cheras ataupun Stadium Titiwangsa.

"DBKL tetap tidak membenarkan Bersih mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka 28 April ini.Saya sendiri tidak faham kenapa mereka masih lagi berdegil,sedangkan menteri sendiri sudah mencadangkan lokasi alternatif untuk mereka berhimpun," katanya merujuk kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mencadangkan Stadium Merdeka dan Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perhimpunan mereka Sabtu ini.

Tambah Ahmad Fuad,pihaknya hanya membenarkan perhimpunan yang menjurus kepada komponen kebudayaan dan sukan yang bersifat nasional seperti Sambutan Kemerdekaan,Tahun Baru dan acara sukan kerana ia memupuk nilai kebangsaan antara hubungan kaum di negara ini.

"Ada dua lagi komponen,satu berkenaan sukan, contohnya seperti acara walkathon, marathon, dan jogathon, pada kita (DBKL) ia untuk tujuan bersukan dan bukan untuk menunjukkan perasaan.Komponen lain seperti kebudayaan. Ada ramai orang datang, kita ada aktiviti untuk orang di Kuala Lumpur. Pada kita tiada masalah untuk acara sedemikian," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat DBKL.

Mengulas berkenaan acara Sambutan 100 tahun syarikat Nestle bulan lalu,Ahmad Fuad menegaskan, sambutan tersebut adalah sambutan 100 tahun Nestle yang mana tetamu kehormat mereka adalah Sultan Selangor.

"Nestle dah 100 tahun di Malaysia,mereka sudah banyak melabur di negara ini,pada masa itu pun tetamu kehormat mereka Sultan Selangor.DBKL akan memberikan kebenaran sekiranya acara itu tidak merosakkan persekitaran dan kalau ada melibatkan aktiviti sukan dan kebudayaan.Jangan campurkan elemen politik,bantahan dengan hiburan dan kebudayaan," tegasnya lagi dan menyatakan perhimpunan sedemikian bakal mendatangkan kemudaratan kepada orang awam terutamanya golongan peniaga berhampiran.Bila ada perhimpunan macam ni mereka buat orang awam merungut,orang bimbang,peniaga nak berniaga pun susah."

Namun begitu,Ahmad Fuad tidak menyatakan tindakan yang akan diambil terhadap penganjur,sekiranya Bersih tetap berkeras untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan mereka.

Minggu lalu DBKL telah mengeluarkan kenyataan pihaknya tidak membenarkan Bersih mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih di Dataran Merdeka.Semalam,laporan The Malaysian Insider menyebut Bersih tetap berkeras akan mengadakan perhimpunan mereka di dataran bersejarah tersebut.Menteri Dalam Negeri juga telah memberikan kebenaran untuk Bersih melakukan perhimpunan aman mereka selaras dengan semangat Akta Perhimpunan Aman 2011.Hishamuddin turut memberikan cadangan lokasi alternatif kepada kumpulan tersebut untuk melakukan perhimpunan mereka.

"Menteri sendiri sudah tawarkan tempat, belum pernah lagi menteri mencadangkan tempat untuk perhimpunan sedemikian," kata Ahmad Fuad lagi. - MI

HOT VIDEO !!! GAPS BELASAH ANWAR IBRAHIM DAN TERBUKTI ANWAR IBRAHIM BISEKSUAL ??? WAJIB LIHAT !!!

Posted: 23 Apr 2012 01:30 AM PDT


dah ramai pemimpin yang keluar dari PKR mengatakan Anwar Ibrahim ini kes dua alam,anda tahukan apa itu dua alam ??? itu pun rakyat malaysia tak percaya lagi.apa yang Anwar Ibrahim letak kat kepala otak orang malaysia ni sampai rakyat malaysia ni tak percaya kat dia ??? dah terang-terang-terang semua ini berlaku depan mata,itu pun tak percaya.yang terbaru Anwar Ibrahim nak saman Datuk Nalla,tapi tak tau lah nak saman atau tidak,takut jadi macam zaman2 kegemilangan Anwar ni.salah sikit,saman.salah sikit,saman tapi akhirnya tak jadi.nampak sangat penakut nya tu.jom kita lihat apa pula kata Hamidzun Khairuddin, Presiden GAPS.beliau kata Biseksual tak layak jadi ketua pembangkang.



RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! BUKTI GAMBAR AZHAR IDRUS BERKEMPEN UNTUK PAS TERSEBAR !!!

Posted: 22 Apr 2012 10:00 PM PDT


Penceramah,Ustaz Azhar Idrus kini secara terbuka telah menunjukkan sokongan terhadap PAS.nampaknya jelas ini menunjukkan bahawa Azhar 'berkempen' untuk menarik sokongan terhadap PAS.Sebelum ini,Azhar yang terkenal dengan ceramah-ceramah lawaknya menafikan memihak kepada mana-mana parti politik.Malah penceramah tersebut pernah dihalang dari berceramah di Kelantan.kenapa takut bagitahu,bagitahu jer kan senang !!! saya tak nak tahu anda sokong mana tapi rakyat malaysia yang nak tahu sangat.


GOTCHAAA !!!

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! TIBAI AKAN MENENTANG ANWAR IBRAHIM HABIS-HABISAN PADA PRU 13 !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 22 Apr 2012 06:29 PM PDT


Kelab menentang Anwar Ibrahim,yang dinamakan sebagai Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim atau ringkasnya Tibai,dilancarkan secara rasmi hari Semalam dengan pemimpinnya bertekad mahu mencabar Ketua Pembangkang itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Kelab itu dirasmikan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.Dalam ucapan pendahuluannya,Mursyidul Am Tibai,Muhammad Zahid Md Arip berkata,beliau tidak gentar untuk berdepan dengan penyokong Anwar,Ketua Umum PKR, dengan tertubuhnya Tibai,yang membawa maksud gasak,hentam atau bantai.

"Saya tidak gentar dengan ugutan dan hentaman oleh penyokong Anwar walaupun menerima kecaman dan hentaman di Facebook dan Twitter," katanya.


Muhammad Zahid berkata,matlamat kelab ini untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk terus menolak Anwar dan sekutunya pada PRU13 akan tetap diteruskan.Sehubungan itu,beliau turut menyatakan kesediaan untuk bertanding melawan Anwar di kerusi Permatang Pauh pada PRU13.Anwar memenangi semula kerusi itu pada pilihan raya kecil Ogos 2008.

"Jika Perdana Menteri memberikan peluang untuk saya bertanding di sana, saya sedia untuk berdepan dengan Anwar," katanya yang disambut tepukan gemuruh penyokong yang hadir.

Muhammad Zahid juga memberi jaminan Tibai akan turun pada PRU13 untuk memberi sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).Majlis pelancaran Tibai di Kelab Sultan Sulaiman,Kampung Baru,dihadiri kira-kira 3,000 penyokong dan 28 Ahli Majlis Syura Tibai.Bagaimanapun,Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu,Datuk Zulkifli Noordin dan Senator Mohd Ezam Mohd Noor tidak dapat turut serta.

Pada majlis tersebut,beberapa bekas pemimpin PKR diberikan peluang untuk berucap sebelum majlis perasmian disempurnakan oleh Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.Kata Muhammad Zahid,walaupun Tibai menyokong Umno,mereka bertindak menubuhkan kelab ini tanpa pengaruh sesiapa kecuali atas kesedaran menyelamatkan negara daripada Anwar.

"Kita akan turun secara maksimum di kawasan-kawasan yang ditandingi PKR bagi mendedahkan siapa Anwar sebenarnya.Kita akan guna apa jua cara untuk halang Anwar," katanya.

Pada sidang media mengumumkan penubuhan kelab itu pada 18 April lalu,Tibai yang disertai oleh bekas pemimpin tertinggi PKR ditubuhkan khusus untuk berjuang habis-habisan menolak Ketua Pembangkang itu daripada arus politik perdana.Tibai akan memfokus empat negeri iaitu di Wilayah Persekutuan,Selangor,Pulau Pinang dan Kedah.Antara lain,Tibai juga disertai Senator Datuk S Nalakaruppan,Ahli Parlimen Wangsa Maju,Wee Choo Keong,bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari,bekas pengasas PKR,Ng Lum Yong,Ketua Penerangan Perkasa,Ruslan Kassim,bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang,Aminah Abdullah,Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor,Hamidzun Khairuddin dan bekas pembantu Anwar,Rahimi Osman. - SH

AYUH KITA TENTANG ANWAR IBRAHIM HABIS-HABISAN !!!

ADAKAH ANDA MAHU PERDANA MENTERI YANG PERANGAI NYA YANG PUTAR ALAM ???

YANG SELALU MENIPU RAKYAT ???

YANG TIDAK MENEPATI JANJI ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! INTAN LADYANA NAK JADI MINAH REMPIT ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 22 Apr 2012 05:28 PM PDT


PERCAYA atau tidak,Intan Ladyana seorang yang penakut membonceng apatah lagi menunggang motosikal? Hal itu diakuinya sendiri ketika pertemuan pada sidang akhbar bersama Rempit United di Saddles Coffee House,Bukit Kiara Equestrian & Country Resort,Kuala Lumpur minggu lalu.Kata Intan,pada mulanya dia tidak menyangka akan mampu menunggang motosikal sehinggalah dia membintangi filem Adnan Sempit bersama aktor Shaheizy Sam pada tahun 2010.

"Saya seorang yang penakut terutama menaiki motosikal, tapi apabila sudah selalu buat aksi itu dalam filem Adnan Sempit I dan II rasa takut itu semakin hilang.Memang pada mulanya dengar saja perkataan rempit saya beranggapan segalanya negatif.Semakin hari perspektif itu semakin terhakis daripada diri saya," singkap Intan yang melakonkan watak Nadia dalam filem Adnan Sempit I dan II.

Tambahnya,merempit bukan berkisar tentang perkara negatif semata-mata,sebaliknya dalam yang sama isu itu harus dipandang serius dan positif.

"Dengar saja perkataan rempit pasti ramai yang akan berfikir tentang perkara negatif seperti bohsia atau lumba haram.Tapi sedarlah bahawa merempit bukan memberikan makna sedemikian.Jenayah dan merempit merupakan dua perbuatan dan maksud berbeza.Merempit tidak semestinya merompak atau meragut tapi perompak atau peragut barangkali melakukan perbuatan merempit untuk memudahkan kerja mereka," katanya yang menyeru agar perbuatan merempit tidak disalah tafsir oleh segelintir masyarakat.

Isu yang sensitif untuk dibicarakan,namun Intan yang dimaklumkan akan turut serta mendaftarkan keahlian di bawah pertubuhan Rempit United atau Pertubuhan Rempit Bersatu,mempunyai misi untuk diselesaikan.Rempit United yang ditubuhkan di bawah Kementerian Dalam Negeri merupakan salah satu langkah kerajaan untuk mendapatkan sokongan organisasi luar dalam usaha membantu remaja bermasalah dan mengintegrasikan ke dalam masyarakat.Bukan setakat ikon atau figura yang menjadi model untuk dicontohi oleh masyarakat, ujar Intan dia bakal menyampaikan mesej-mesej positif berkenaan isu itu.

"Insya-Allah kami akan mengadakan siri jelajah untuk memberikan motivasi kepada orang ramai berhubung gejala merempit yang dianggap berbahaya dan membahayakan orang ramai.Sekali gus membuka mata masyarakat apa itu sebenarnya merempit, kerana bagi saya terma merempit itu tidak bermaksud negatif tapi tindakan jenayah yang disertakan dengan merempit sebenarnya punca isu ini dipandang serong," jelas Intan.

Menjadi seorang ikon bukan tugas mudah bagi pelakon itu.Tambah Intan mesej positif yang perlu disampaikan perlu bersifat mendidik bukan menghukum.

"Adalah menjadi kewajipan saya sebagai ikon untuk membantu masyarakat,terutama tentang stigma isu rempit.Pasti ada isu-isu tertentu yang akan saya bangkitkan untuk menyedarkan semua bahawa merempit bukan seperti stereotaip yang dibina masyarakat selama ini," tegasnya.

Soalan lapuk untuk ditebak kepada pemilik nama sebenar Intan Nurladyana Mohamad Yahaya yang usianya tahun ini menginjak angka 30.Dia sudah lali dengan soalan 'bila akan kahwin?' dan jawapannya tetap sama : "Masih dalam perancangan,Insya-Allah tahun depan."

Soalan klise yang sudah dianggap tidak perlu ditanyakan lagi kerana baginya andai sudah ada jodoh pasti akan sampai ke jinjang pelamin.Tertanya-tanya adakah hubungan pasangan secocok Intan Ladyana dan Kamal Adli ini semakin retak memandangkan mereka sudah semakin jarang kelihatan bersama dan kisah cinta mereka juga tidak panas dibicarakan, Intan hanya tersenyum.Kata pelakon filem Bini-Biniku Gangster itu, hubungan mereka masih berjalan lancar.

"Kami sibuk dengan kerja dan kalau ada masa kami akan berjumpa. Alhamdulillah kami masih kekal bersama sehingga sekarang," bicara Intan yang kini sedang dalam proses penggambaran filem Pada Suatu Cinta Dahulu arahan Hashim Rejab.

NAMPAK NYA INTAN LADYANA DAH MASUK REMPIT UNITED !!!

ANDA BILA LAGI ???

KALAU TANYA SAYA,SAYA DAH LAMA MASUK REMPIT UNITED !!!

MUAHAHAHAHA...

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...