Kedah Ke KL - MctHeory |
- TERPANASS!! Hasan Ali Kecewa Dengan Rakan Seperjuangannya Dahulu!!
- KASI PANAS!! @KhalidSamad 'Gereja' panggil Dr Hasan pembohong dan pengkhianat!!
- TUDIAA!! Hadiah TERBAIKK!! Dari Kerajaan Negeri Kedah #saveKedah
- GEMPAR!! Pesanan Ahli Pas kepada Ahli Pas yang lain!! #saveKedah
- TERPANASS!! KU LI Sila Duduk Diam-Diam Atas Jamban Emas Kat Rumah ko!!
- TUDIAA!! Perangai Beruk Pakatan Menghina Raja Melayu!!
| TERPANASS!! Hasan Ali Kecewa Dengan Rakan Seperjuangannya Dahulu!! Posted: 13 Apr 2012 08:12 AM PDT Biasa la Pas, demi perjuangan politik, depa sanggup buat apa pun. Hatta mencela dan berbohong. Islam Pas bukan Islam sebenar, Islam Pas hanya ajaran politik songsang bagi merebut kuasa. | ||||||
| KASI PANAS!! @KhalidSamad 'Gereja' panggil Dr Hasan pembohong dan pengkhianat!! Posted: 13 Apr 2012 05:36 AM PDT Siapa yang penipu sebenarnya ni? Hasan Ali atau Khalid Samad 'gereja'? Kalau tanya orang gila pun, rasanya dia boleh jawab. Siapa yang cuba mengadaikan kalimah Allah pada satu majalah kristian dulu? Siapa yang menentang JAIS kerana cuba menghalang melayu dari murtad di gereja DUMC? Siapa yang menjadi penentang kepada Hasan Ali untuk menegakkan ajaran Islam di Selangor sekian lama? Siapa yang mahu luluskan Bible melayu untuk masuk ke Malaysia. Siapa yang pernah berceramah di dalam gereja? Wahai Khalid Samad 'Gereja' Siapa yang mengaku Melayu dan Islam, kami tahu siapa dirimu dan apa perjuanganmu. Janganlah kau menuduh orang lain, sedangkan apa yang mungkar dan jahil hanyalah diri mu Khalid Samad 'Gereja'. Percayalah apa saja perbuatan mu yang mengadaikan agama akan kami 'sejarah'kan didalam buku kepada generasi yang akan datang untuk pengetahuan mereka. Ahli Parlimen Melayu Islam yang pertama cuba mengadaikan 'KALIMAH ALLAH' dan membenarkan 'BIBLE MELAYU' masuk ke dalam Malaysia. McTheory: Jangan meludah ke muka sendiri wahai Khalid Gereja!! | ||||||
| TUDIAA!! Hadiah TERBAIKK!! Dari Kerajaan Negeri Kedah #saveKedah Posted: 13 Apr 2012 02:12 AM PDT Ha ha ha.. mula-mula Mc nak gelak saja dulu. Isu ni Mc pernah war-war kan dulu. Namun Berita Harian keluarkan lagi sekali. Mc siap keluarkan video bersama Datuk Azeez Rahim untuk komen mengenai Air teh Tarik di Baling ni. Nak baca boleh klik SINI McTheory: Teh tarik.. terbaik dari kerajaan negeri!! | ||||||
| GEMPAR!! Pesanan Ahli Pas kepada Ahli Pas yang lain!! #saveKedah Posted: 12 Apr 2012 11:12 PM PDT Individu diatas sedang berbual mengenai siapa? Siapa mereka tu? YB mana yang tak bertanggung jawab dan tidak pedulikan kawasannya?
Ooo.. siapa dua orang yang sedang berbual didalam video tersebut?
Ahli Parlimen Sik kenal tak lelaki ini ?? Bukankah lelaki ini sepupu Ahli Parlimen Sik ?? dan juga pengerak PAS sehingga Ahli Parlimen Sik boleh menang pada PRU 12..untuk pengetahuan semua, Abdul Wahab ni sudah 30 tahun lebih menjadi hardcore PAS di Mukim Teloi Tua,S ik. Kedah. Dulu kalau BN nak pacak bendera di Kampung tersebut, BN perlu berhadapan dengan Abdul Wahab ni dulu..mana ada BN nak berani pasang bendera..namun kini di hadapan rumah Abdul Wahad sendiri telah ada Bendera BN dan UMNO dan tak siapa berani usik bendera tersebut.
Sedang pernah sekali ceramah Pas diadakan berhadapan dengan rumahnya hanya selang beberapa meter sahaja tak sampai 10 meter untuk Adun dan Ahli Parlimen Sik melangkah kerumahnya, menziarahi anaknya yang memerlukan bantuan, namun tidak ada seorang pun yang datang jejakkan kaki. Akhirnya yang datang menziarahi anaknya dan memberi bantuan ialah Adun Jelatik Datuk tajudin. Sejak daripada itu, Mat Isa berubah hati dan menyertai perjuangan UMNO. McTheory: Mereka semua dah sedar, anda rakyat Kedah bila lagi? | ||||||
| TERPANASS!! KU LI Sila Duduk Diam-Diam Atas Jamban Emas Kat Rumah ko!! Posted: 12 Apr 2012 08:21 PM PDT Apa masalah dengan Ku Li ini? Apa yang beliau tak puas hati dengan UMNO? Semasa beliau menjadi pengerusi Petronas berapa LORI harta Petronas yang dia SAPU? Sekarang bila dah tak laku, beliau sering mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan. Apakah Ku Li sudah mengidap penyakit monopaus? Hinggakan meroyan dan otaknya ada sikit tak betul? Baca apa yang Ku Li kata mengenai Bersih 3.0 Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh secara terbuka menyatakan sokongan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 bagi memastikan pilihan raya lebih adil dan telus. "Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan. Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas. "Malah ia selaras dengan tuntutan Angkatan Amanah Merdeka. Jadi saya serah kepada ahli-ahli Amanah untuk hadir pada perhimpunan tersebut pada 28 April ini," kata Tengku Razaleigh menjawab soalan penonton pada Bicara UT6 – PRU-13 Perjuangan dan Amanah di Kelantan Trade Centre. Rupanya masih ramai parasit tua dalam UMNO. Parasit macam ni yang selalu mendatangkan masalah pada UMNO. Walaupun tak besar pengaruhnya, namun ia tetap boleh memecah belahkan perpaduan dalam parti. Andaikata Ku Li tidak mahu bersama dengan UMNO lagi, guna cara Kadiaq, undur diri dengan baik. Kemudian, nak hentam UMNO ka, nak kutuk UMNO ka ikut suka. Dulu ada orang kata kalau Anwar masuk penjara, Ku Li jadi PM (kalau pakatan menang la). Namun, Anwar tetap di luar. Apakah jawatan untuk Ku Li kali ni? TPM? Kalau macam tu, Anwar kena wujudkan 3 jawatan TPM, kerana Anwar menjanjikan jawatan TPM kepada 3 individu, termasuk Ku Li. he he he.. McTheory: Habis la Dap, Pas dan Ku Li di kencing Anwar!! ha ha ha.. | ||||||
| TUDIAA!! Perangai Beruk Pakatan Menghina Raja Melayu!! Posted: 12 Apr 2012 05:12 PM PDT Artikel dari AIDC tulisan dari Dr Rahman Kadir patut di sebarkan lagi kepada umum bagi mengambarkan betapa biadap dan kurang ajarnya pemimpin pakatan ketika berada didalam majlis pertabalan Yang DiPertuan Agong..Kalau majlis yang besar macam ni pun pemimpin pakatan dah tak hormat Raja Raja,macamana nanti kalau dah perintah?? Dr Rahman Kadir – 11 April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Sejarah kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA yang ke-5 dari 1970 hingga 1975. Upacara gilang gemilang dan penuh istiadat ini merupakan suatu upacara yang sungguh istimewa kerana ia melambangkan kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara yang merdeka serta mempunyai seorang Ketua Utama Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Saya bertuah kerana terpilih menyertai pasukan perubatan yang beroperasi semasa istiadat pertabalan berlangsung yang bertujuan memberikan khidmat perubatan kecemasan bagi YDPA serta dif-dif kehormat dan para tetamu baginda sepanjang istiadat berlangsung. Kami melaksanakan persiapan yang rapi serta rumit bagi memastikan istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda berdua akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden perubatan. Untuk makluman semua, setiap majlis yang melibatkan YDPA akan diberikan perlindungan perubatan. Kemahiran kami yang beroperasi secara discreet atau 'sir' ini hinggakan pihak luar serta orang awam tidak langsung dapat menghidu sebarang insiden perubatan yang berlaku di istana. Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan telah tiba di istana dan set up klinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi. Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut protokol istana sudahpun mengambil posisi masing-masing. Saya beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini memberikan saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang bukan semua orang dapat merasainya. Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing. Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya. Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana 'murid'nya kini adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini. Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia. Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya. Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini. Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan. Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, "bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia." Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut "Menteri Wanita" dan hilaian tawa berterusan. Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM. Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri. Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong. Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua. Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, "Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah." Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, "i don't care". Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka. Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, "Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar" sambil Khalid Samad senyum dengan bangga. Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan. Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini. Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah majlis bermula dengan rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda berdua ke Balairong Seri. Mujurlah selepas dari itu, majlis berlangsung dengan aman dan tenteram. Tidak semua pemimpin pembangkang yang berperangai sedemikian. Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw misalannya, kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai gurauan-gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya. Sikap dan tingkah lakunya di dalam balairong adalah terpuji. Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan angkatannya, jika menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai manusia yang bertamadun. Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan anda ke istana. Lihatlah di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa yang dipertuturkan mencerminkan sikap dan jiwa anda. Sebagai rakyat, tunjukkanlah kesetiaan dan rasa hormat anda kepada Raja selaku tonggak negara. Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya kerana ia perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya. Semoga Allah SWT panjangkan umur Tuanku dan kekal negara aman dan Islam terus terbela di bawah payungan Tuanku. Daulat Tuanku. |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






Jika rakyat, khususnya bangsa Melayu di negara ini, tidak sedar akan kebiadapan Azmin Ali & Tian Chua, maka akan terhakislah Kemartaban Raja-Raja Melayu di Semenanjung Melayu.
ReplyDelete