PAPA GOMO |
- Chapter 2 - Awas Najib Razak, Kemboja Putih Akan Merebut Jawatan Perdana Menteri.
- 129 Projek Perkilangan Di Selangor Gagal Gara Gara Rumah Urut
- RM 200 Bilion Untuk Laksana 3 Janji Palsu Pakatan Haram
- Blogger Parpu Kari & Haji RBF Onlie Lebih Baik Diam Dari Terus Memekak Pertikai Kemenangan Aaron Aziz
- APCO, APCO, APCO - Satu Cerita Lalu Yang Mungkin Kita Tidak Akan Lupa
| Chapter 2 - Awas Najib Razak, Kemboja Putih Akan Merebut Jawatan Perdana Menteri. Posted: 13 Apr 2012 08:48 PM PDT Semalam Gomo telah mengeluarkan artikel Chapter 1 - Awas Najib Razak, Anwar Ibrahim Akan Letak Jawatan Mei Ini. Dari artikel semalam Gomo nyatakan bahawa Anwar Ibrahim akan meletakkan segala jawatan yang disandang pada bulan Mei ini yang mana semakin hampir kepada tarikh Pilihanraya. Ramai juga yang bertanya kepada Gomo siapa akan menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat. Ada juga yang meneka dengan menyatakan beberapa nama sebagai pengganti Anwar Ibrahim. Tetapi seorang pun tidak meneka akan orang yang sememangnya layak untuk menggantikan Anwar Ibrahim dan merupakan orang yang paling sesuai bagi menjadi Ketua yang mampu diterima DAP dan juga PAS rakan sekutu mereka PKR. Dengan perletakakkan jawatan Anwar Ibrahim sebagai ketua umum dilihat seakan Pakatan Rakyat itu pincang tetapi harus kita ingat nilai sentimen simpati mampu memenangkan Pakatan Rakyat pada PRu 13 kelak. Justeru itu orang yang layak bagi mengemis simpati masyarakat adalah isteri Anwar Ibrahim sendiri iaitu Wan Azizah. Ya, Wan Azizah akan menggantikan Anwar Ibrahim ebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat. Malah setakat ini Gomo difahamkan DAP dan PAS telah bersetuju dalam pekara ini kerana tidak ada calon lain lagi yang layak menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan tekaan dari Gomo ini namun Gomo nak memberikan sedikit pemahanam mengapa Gomo menyatakan Wan Azizah akan mengisi jawatan Ketua Umum Pakatan Rakyat. DAP tidak menyukai PAS, jadi Haji Hadi boleh melupakan cita cita untuk menjadi ketua Umum ataupun menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang pada PRU 13 ini. Semua rakyat tahu betapa DAP amat membenci PAS dan ianya kita dapat lihat sebagaimana yang berlaku di Pulau Pinang apabila Adun PAS tidak diberikan sebarang jawatan didalam kerajaan negeri Campuran PAS,DAP, PKR. PAS pula tidak akan memberi peluang kepada DAP untuk menerajui Pakatan Rakyat. Malah PAS tidak akan sewenang wenangnya memberikan jawatan ketua Umum kepada DAP kerana pada anggapan mereka DAP tidak layak menerajui kepimpinan Pakatan rakyat kerana PAS lebih banyak jentera bagi menjalankan gerak kerja dibawah. Wang dari Asia Barat, Eropah dan juga Amerika mesti disalurkan kepada parti Politik PAS,DAP dan PKR jadi orang yang dapat menjadi dagangan dalam hal ini selain dari Anwar Ibrahim adalah Wan Azizah. Jika anda masih ingat Anwar Ibrahim membawa Wan Azizah ke Bombay sebuah Capital City adalah untuk tujuan keewangan. Mengapa Anwar Ibrahim tidak membawa Haji Hadi atau Kit Siang ataupun Azmin Ali? Ketua Umum mestilah orang yang mampu menjadi boneka yang sesuai buat Anwar Ibrahim dan Wan Azizah paling layak sebagai boneka tersebut dengan sejarah yang sudah terbukti dalam beberapa isu sebelum ini. Anwar Ibrahim dipenjarakan atas penyalahgunaan kuasa maka yang menggantikan Anwar Ibrahim menggalas tugas sebagai ahli Parlimen adalah Wan Azizah. Itu satu Boneka jelas kerana ingin menyelamatkan kerusi suaminya. Presiden PKR juga digalas oleh Wan Azizah dan ianya tidak dicabar oleh sesiapapun kerana ahli PKR sendiri tahu bahawa yang berada dibelakang Wan Azizah adalah Anwar Ibrahim dan segala keputusan adalah datangnya dari Anwar Ibrahim bukannya Wan Azizah. Kerusi Parlimen Permatang Pauh dikorbankan Wan Azizah untuk diberi laluan kepada suaminya Anwar Ibrahim bertanding pada PRK yang lalu juga memberikan satu isyarat jelas bahawa Wan Azizah sememangnya layak menjadi Boneka dalam memastikan gerak kerja Anwar Ibrahim terus berjalan walaupun beliau dipenjarakan ataupun meninggalkan Malaysia. Pernahkan anda bertanya kenapa Anwar Ibrahim tidak menggantikan Wan Azizah sebagai Presiden PKR? Jika kerusi Parlimen Permatang Pauh boleh dikorbankan dan diberikan laluan buat Anwar Ibrahim mengapa jawatan Presiden PKR tidak dikorbankan buat suaminya itu? Mengapa tidak? Sekarang ini dimana Wan Azizah? tahun 2012 senyap sepi sebarang isu buat Wan Azizah walhalkan pada 2011 isu yang dikaitkan dengan suaminya hangat diperkatakan termasuklah isu Jam Omega yang sehingga kehari ini Wan Azizah tidak mampu tampilkan kepada rakyat. Wan Azizah sedang mengumpulkan segala tenaga dan kekuatannya untuk menangis, menarik simpati dan pastinya untuk menggalas tugas sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat yang baru. Beliau akan diletakkan sebagai PERDANA MENTERI jika Pakatan Rakyat PAS,PKKR,DAP berjaya mengambil alih Putrajaya. Wan Azizah sudah bersedia dalam tugas besar ini. Oh lupa, mungkin ada yang tanya macam mana pula Wan Azizah boleh dilantik sebagai Perdana Menteri sedangkan beliau tidak boleh bertanding pada PRU 13 ini kerana tempoh belum berakhir setelah meletakkan jawatan sebagai Ahli parlimen Permatang pauh tempoh hari. Bila Pakatan Rakyat menang PRU 13 maka Wan Azizah akan dilantik sebagai SENATOR, dan disitulah beliau akan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan Dato Seri Najib Razak. Semua pekara boleh dilakukan kerana Wan Azizah hanyalah Boneka kepada Anwar Ibrahim yang waktu itu tinggal di Amerika Syarikat. Gomo akan ceritakan nanti dalam Chapter 4 mengenai Wan Azizah yang sudah siap sedia dengan jawatan Ketua Umum Pakatan Rakyat dan beberapa pendedahan yang mungkin memberikan kejutan kepada banyak pihak. Chapter 4 dimasa akan datang. Untuk esok cuti sehari tetapi pada hari Isnin ini dalam Chapter ke 3 Gomo akan ceritakan Mengapa dan apa sebabnya Anwar Ibrahim meletakkan jawatan yang beliau ada waktu ini. Mungkin ramai tak mengetahui kerja Kotor yang Anwar Ibrahim lakukan dalam beberapa bulan ini dan segala galanya akan Gomo dedahkan pada Isnin ini. Isnin Chapter 3 Jam 10 pagi Kegagalan Anwar Ibrahim membeli beberapa individu dengan nilai Jutaan ringgit membuka jalan untuk beliau meletakkan jawatan Mei Ini. Psssttt... Wan Azizah akan diangkat sebagai bunga Kemboja Putih sama seperti ? DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
| 129 Projek Perkilangan Di Selangor Gagal Gara Gara Rumah Urut Posted: 13 Apr 2012 04:00 PM PDT ![]() Sebanyak 129 projek perkilangan yang menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di Selangor tidak dapat dilaksanakan berikutan bekalan air bersih yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan operasi pihak industri. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak dapat menyalurkan bekalan air bersih kepada kilang berkenaan ekoran kekurangan air bersih di negeri ini. "Meskipun 129 projek perkilangan dengan jumlah pelaburan RM3.8 bilion diluluskan, Syabas tidak dapat memberikan komitmen untuk menyalurkan bekalan kerana kekurangan simpanan air bersih," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) peringkat Tanjong Karang oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam. Noh berkata kekurangan air bersih itu disebabkan keengganan kerajaan negeri memberikan persetujuan kepada projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2. Selain itu, katanya Syabas turut menghadapi masalah menyalurkan air bersih untuk beberapa projek perumahan di Selangor. Menurut Noh, kerajaan membelanjakan RM600 juta untuk menambah baik beberapa loji di Selangor bagi menyalurkan air bersih. Psssttt... Depa hanya akan bangunkan rumah urut sahaja, yang penting depa dapat wang dengan cara mudah DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
| RM 200 Bilion Untuk Laksana 3 Janji Palsu Pakatan Haram Posted: 13 Apr 2012 11:04 AM PDT Banyak yang sudah disebut mengenai janji-janji kosong Pakatan Rakyat jika ditakdirkan akhirnya berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Keghairahan 'melafazkan' janji ini menjadi terlalu hebat sehingga ramai terlupa, berapa nilai semua janji yang disebutkan itu? Persoalan itu penting kerana diakhirnya, kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat nanti perlu mempunyai keupayaan untuk melaksanakan semua janji-janji itu, atau awal-awal lagi kita sudah boleh membakul sampahkan janji-janji tersebut kerana nampak sangat tidak masuk akal. Beruang nak ambil kesempatan ini untuk perbahaskan 3 janji utama Pakatan Rakyat ini jika akhirnya berjaya memerintah kerajaan persekutuan. Yang paling di atas sudah tentulah janji untuk memberi pendidikan percuma kepada semua rakyat (termasuk penghapusan PTPTN), tol percuma dan subsidi minyak (termasuk menaikkan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 20% dari 5% sekarang). Untuk janji yang pertama, pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN. Memetik kenyataan Perdana Menteri di Batu Pahat tempoh hari, kerajaan akan kehilangan hasil sebanyak RM 43 billion untuk tujuan menghapuskan pinjaman PTPTN. Untuk membiayai sepenuhnya pengajian di semua Insititusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan mengambil alih lebih 500 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi merealisasikan janji perkhidmatan percuma akan memakan belanja sehingga RM 100 billion!! Jumlah ini adalah berdasarkan kepada lebih 90,000 orang pelajar yang sedang menuntut di IPTS seluruh negara (mengikut statistik 2011) yang juga merupakan ke 11 tertinggi di dunia dan hakikat bahawa kerajaan akan menanggung baki 10% daripada keseluruhan pembiayaan pendidikkan bagi semua pelajar IPTA (kerajaan sekarang menanggung 90% daripada keseluruhan kos pembelajaran pelajar IPTA). Bagi menampung subsidi bahan api pula, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 18 billion untuk subsidi harga bahan api tersebut pada 2011. Anwar masih tidak mengumumkan berapa nilai penurunan harga minyak jika Pakatan Rakyat mengambil alih tapi beruang jangka sekitar RM 0.10 – RM 0.30 seliter. Penurunan ini akan menambah subsidi kerajaan untuk bahan api sahaja sehingga RM 22 billion setahun. Manakala bagi menampung kenaikan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 15% lagi (menjadikan 20%) dan bayaran royalti kepada negeri Terengganu dan Kelantan, kosnya dijangka akan mencecah sehingga RM 20 billion. Unjuran ini dibuat berdasarkan nilai 5% royalti minyak yang dibayar kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu (termasuk bayaran wang ehsan kepada Kelantan) pada 2011 yang sudah mencecah sehingga RM 10 billion. Bagi mengambil alih konsesi tol bagi merealisasikan janji tol percuma pula, kerajaan perlu membayar sebanyak RM 20 billion berdasarkan nilai semasa syarikat pengendali Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang terdedah semasa pengambil alihan syarikat tersebut oleh Kumpulan UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Jumlah ini tidak termasuk dengan syarikat-syarikat konsesi lain yang telah mencatatkan keuntungan (buku Jingga menyatakan Pakatan Rakyat akan mengambil alih semua syarikat konsesi yang telah mencapai keuntungan sahaja). Sekarang tibalah bahagian yang menarik, penjumlahan. Pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN dianggar akan menelan hasil negara sebanyak RM 143 billion (minimum), subsidi minyak dan peningkatan bayaran royalti, RM 42 billion dan tol percuma RM 20 billion. Semua sekali menjadikan kos untuk menampung 3 janji Pakatan Rakyat ini sahaja sebanyak RM 205 billion!! Ini belum lagi bercakap tentang subsidi lain dan segala perbelanjaan pembangunan dan pengurusan negara yang dianggarkan antara RM 80 – RM 100 billion setahun. Persoalannya sekarang, setakat mana kemampuan kewangan negara untuk menampung semua janji tersebut? Agak menghairankan bagaimana Pakatan Rakyat yang tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai kewangan negara boleh merencanakan perbelanjaan kewangan yang sebegitu besar untuk rakyat Malaysia. Beruang tidak kata Pakatan Rakyat tidak mampu, tapi dari anggaran yang disebutkan di atas, jelasnya Pakatan Rakyat perlukan lebih dari air liur semata-mata untuk memastikan semua janji tersebut berjaya dilaksanakan. Dan rakyat Malaysia mengharapkan semua ini dibentangkan dengan jelas kepada rakyat agar apa yang berlaku di Selangor sekarang tidak menimpa rakyat Malaysia selepas PRU13 berakhir. Dan jangan lupa, ini hanyalah 3 daripada deretan janji Pakatan Rakyat dalam buku Jingga sekarang dan versi baru yang sedang dikemaskini sekarang sumber : Beruang Biru DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
| Posted: 13 Apr 2012 05:00 AM PDT Mereka Memang Layak Menang Makin meleret leret si Parpu Kari ni menghentam Aaron Aziz Artis Bintang Paling Popular Berita Harian. Tak cukup dengan itu dipertikaikan pula kerakyatan Aaron Aziz yang mendapat PR Malaysia. Apa masaalah Parpu Kari ni? KLIK DISINI Turut menyampuk dalam pertelagahan Gua dan Parpu Kari ni si Blogger Haji RBF Online. Mula mula bila baca tulisan KLIK DISINI dia berhubung isu ni nampak macam Neutral tapi last sekali dia corner baring sokong si Parpu Kari pulak. Apa punya Haji ni? Patut Neutral bukan nya menyebelahi pihak Parpu atau Gomo. Tapi gua tak kisah lah sapa nak sokong Parpu Kari pun yang pasti Aaron Aziz memang layak menang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian. Si Haji RBF Online kata pihak Berita Harian tak patut senaraikan Aaron Aziz dalam kategori tersebut yang menunjukkan si Blogger RBF Online dan Parpu Kari ni BUTA dengan apa yang tercatat pada Borang Berita Harian. Meh sini tengok wahai sahabat Blogger Haji RBF Online dan Parpu Kari. Bagaimana pula dengan syarat syarat bagi menentukan Artis Bintang Paling Popular Berita Harian 2011? Apakah ianya tidak telus ataupun satu Konspirasi sehingga menyebabkan Aaron Aziz menang? Meh sini baca Syarat syarat nya pula: Terma dan Syarat-syarat undian melalui akhbar
Kemenangan Aaron sekali gus mengenepikan pemenang tahun lalu juga pelakon Shaheizy Sam serta tiga lagi finalis dengan undian tertinggi, Zizan Razak, Maya Karin dan Najwa Latiff. Lima tahun tercalon sebagai calon Top 5 untuk kategori Pelakon Lelaki TV Popular, namun kemuncak kerjaya Aaron dilihat begitu ketara sejak tahun lalu. Lima tahun Aaron Aziz didalam senarai TOP 5 tidak ada mana mana pihak pun membantah beliau tetapi bila beliau menang Anugerah tersebut maka ada pula pihak yang tidak puas hati. Sepatutnya sepanjang 5 tahun beliau didalam senarai Top 5 sudah ada pihak yang bantah dan bukanya sekarang ianya perlu dipertikaikan. Buat Blogger Haji RBF Online dan Parpu Kari sepatutnya anda juga membantah tercalonnya Aaron Aziz 5 tahun berturut turut dan bukannya sekarang. Ni lah sikap orang Melayu Haprak yang dari awal tidak mahu protes tetapi bila dah menang sibuk nak protes sana sini. Si Blogger Parpu Kari kata Aaron Aziz ni lupa diri dan bla bla, Aaron Aziz rakyat Singapura dan tak layak menang di Malaysia dan sarankan Aaron Aziz balik Singapura. Ehhhh Parpu Kari! Aaron Aziz memang rakyat Singapura dan beliau akui memang beliau anak Singapura. Tidak pernah beliau Hipokrit menyatakan beliau bukan rakyat Singapura. Sebelum ini ada beberapa individu diberikan taraf penduduk sementara atas jasa mereka dalam membantu negara seperti Jurulatih Badminton Malaysia. Salah kah mereka ini diberikan Taraf Penduduk tetap atas jasa mereka? Aaron Aziz memang layak mendapat taraf penduduk tetap kerana membantu menaikkan persana seni tanah air. Malah beliau mempertingkatkan lagi mutu perfileman negara. Takkan lah kita tak boleh fikir? Bukan Aaron Aziz boleh mengundi pun. Gomo tahu sebenarnya Parpu Kari ni Bengang dan marah pada Aaron Aziz kerana artis popular tu telah tolak tawaran yang Parpu Kari berikan untuk berlakon dalam Drama nya. Si Haji RBF Online ni pula bukan ambik tahu pun perkembangan artis lain selain dari Wardina. So Parpu Kari hang toksah lah nak meroyan marah Aaron Aziz bila dia taknak berlakon dalam drama hang tu. Patut hang cari lah artis melayu lain yang rakyat Malaysia. Toksah cari Aaron Aziz rakyat Singapura. He he he. Apa sekalipun Aaron Aziz memang layak menang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011. Kalau kau orang nak baca artikel lagi PEDAS yang teramat Dasyat meh layan Blog Kak Jee ni KLIK DISINI. Pssstttt.... Parpu Kari dengan Haji RBF Online ni macam Gay pulak....hahaha DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
| APCO, APCO, APCO - Satu Cerita Lalu Yang Mungkin Kita Tidak Akan Lupa Posted: 13 Apr 2012 12:30 AM PDT Sokongan sangat sangat kenyataan Ustaz Fathul Bari dalam kenyataan beliau dalam video dibawah ini. Satu pekara yang kita perlu ingat Yahudi adalah musuh kita Umat Islam. Kekejaman yang mereka rejim Zionis lakukan keatas umat Islam Palestin tidak dapat kita terima sama sekali apatahlagi untuk kita menyokong keselamatan Israel sebuah negara Haram diatas tanah milik rakyat Palestin. Gomo tergelak sinis bila Ustaz Fathul Bari bercerita mengenai APCO yang satu waktu dulu cukup hebat diwar warkan seluruh alam bahawa kerajaan BN berkerjasama dengan APCO yang kononya syarikat milik Israel. Mereka pembangkang menghentam cukup luar biasa dan Gomo masih ingat ketika Pilihanraya Kecil Hulu Selangor Jentera pembangkang melaungkan APCO, APCO APCO sampaikan naik melecet telinga kita mendengarnya. Tetapi kini? Anwar Ibrahim menyokong keselamatan Israel, Haji Hadi dari PAS akui boleh berkerjasama dengan Israel. Penyokong mereka pakatan pembangkang pula mengiyakan apa sahaja yang dikatakan oleh pemimpin mereka bagaikan lembu dicucuk hidung. Itulah dia, bila kena pada BN maka semuanya adalah Haram dan salah disisi ugama, undang undang dan sebagainya. Bila kena pada mereka maka semuanya dihalalkan walaupun pekara tersebut amat jijik sepertimana Lakonan Anwar Ibrahim dalam video Porno, Penangkapan Badrul Amin ditangkap Khalwat dan lain lain. Rakyat perlu peka dalam pekara ini, mereka sebenarnya sentiasa cuba untuk memperbodohkan rakyat Malaysia agar menjadi LEMBU sama seperti mereka pemimpin Pakatan Pembangkang. Psssttt.... APCO, APCO, APCO.... bukan main hebat dulu depa dok gebang tipu rakyat...hahaha PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
| You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.














No comments:
Post a Comment