PAPA GOMO

PAPA GOMO


6 Pelajar Mesir Ditarik Biasiswa Bukti Kekejaman PAS

Posted: 19 Mar 2012 03:29 AM PDT


Kerajaan Negeri membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam pelajar lelaki setelah didapati bersalah terlibat dalam demostrasi di Mesir baru-baru ini.

Keenam-enam pelajar yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu didapati bersalah kerana terlibat dalam demostrasi, rentetan usaha untuk mendesak pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Bersih 2.0 yang menimbulkan kontroversi di dalam negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, keputusan untuk menarik balik tajaan ke atas pelajar berkenaan diteliti selepas mengambil kira kesahihan penglibatan mereka yang secara jelas telah melanggar peraturan.

"Kita hantar mereka (pelajar) ke Mesir untuk menuntut ilmu tetapi apa yang mereka lakukan adalah pergi berdemostrasi, berpolitik dan situasi ini tidak seharusnya berlaku.

"Malah, daripada surat rayuan yang dihantar kepada kita (Kerajaan Negeri) jelas jawapan yang mereka berikan tidak meyakinkan kerana kita telah kenal pasti melalui blog-blog dan Internet jelas muka mereka yang terpampang dengan memakai baju bersih dan membawa bendera Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik selesai menyempurnakan Penyerahan e-Book Tahun Empat Dun Wakaf Mempelam 2012 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad, di sini, hari ini.

Jelas Ahmad lagi, beliau nyata kecewa dengan tindakan segelintir pelajar yang terbabit dengan kegiatan tidak bermoral itu hingga akhirnya merugikan diri sendiri kerana tidak berjaya menamatkan pengajian masing-masing.

"Bila kita tanya mereka kata ada orang yang suruh pergi dan memakai baju itu (Bersih) dan ada antara mereka adalah pelajar tahun tiga yang mengambil kursus perubatan di universiti di sana (Mesir).

"Mereka tidak sedar kerajaan membelanjakan wang yang cukup besar untuk membiayai pembelajaran mereka supaya berjaya menamatkan pengajian dan mampu memberikan sumbangan kepada negara, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya," katanya.

Justeru katanya, tindakan tegas yang diambil kerajaan ke atas enam pelajar berkenaan seharusnya memberi pengajaran yang berguna kepada pelajar-pelajar lain agar tidak sesekali terlibat aktiviti yang boleh menjejaskan masa depan mereka nanti. - SinarHarian

GOMO: Menyokong penuh tindakan yang dilakukan kerajaan Negeri Terengganu yang menarik balik Biasiswa buat 6 para pelajar yang terlibat dalam Demontrasi di Mesir dengan menyokong BERSIH.Malah jika kita lihat dalam kenyataan MB Terengganu kita dapati bahawa peluang buat 6 para pelajar itu merayu telah diberikan buat keenam enam mereka mempertahankan diri.

SALAH TETAP SALAH dan atas sebab itu Kerajaan Negeri Terengganu mengambil tindakan membatalkan Biasiswa buat keenam para pelajar itu. Adalah lebih baik jika Biasiswa buat 6 para pelajar itu diberikan kepada anak melayu yang tahu untung diri dengan mengambil peluang dalam menuntut ilmu berbanding pelajar yang hanya tahu berpolitik, berdemo dari menimba ilmu.

Didalam pekara ini juga kita dapat lihat keterbukaan ruang dalam hak merayu pelajar itu yang tidak berlaku dalam parti PAS bila memecat YB Hassan Ali.YB Hassan Ali dipecat tampa surat tunjuk sebab mahupun pembelaan dan rayuan dan beliau dipecat 24 Jam selepas Azmin Ali dari PKR meminta PAS melakukannya.

Rakyat mampu menilai apa yang berlaku dalam kejadian ini dan yang pastinya ibu bapa keenam enam para pelajar tersebut usah memarahi kerajaan Negeri Teregganu kerana yang melakukan kesalahan adalah anak mereka itu sendiri.

Ini Durjana yang merosakkan minda para pelajar di Mesir
yang perlu para Ibu Bapa menasihatkan anak anak
mereka menjauhi kumpulan ajaran Songsang yang dibiayai
Parti Ajaraan Syaitan (PAS)

Usulkan sahaja kepada PAS agar menyambung Biasiswa keenam enam para pelajar tersebut. PAS perlu bertanggungjawap dengan apa yang berlaku keatas 6 mahasiswa di Mesir itu.


Psssttt... Suruh belajar tu belajar je lah, jangan nak berdemo pulak. Dasar tak reti bersyukur.

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...