Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI PANAS!! DS Najib Kata Pas Parti Asyik Serabut!! @NajibRazak

Posted: 20 Mar 2012 08:12 AM PDT


Ceramah DS Najib di Kuala Ketil, Kedah. DS Najib menyuarakan bahawa Pas sememangnya parti yang berserabut dan pendirian yang tak pernah tetap!

TUDIAA LAA!! Pas bagi RM500 pada orang mati, BN bagi pada orang masih hidup!!

Posted: 20 Mar 2012 05:36 AM PDT



Inilah Skim Kafalah Kedah yang diperkenalkan oleh kerajaan PAS Kedah. Kalau mati dapat RM500. Tapi bukan semua orang dapat. Skim ini hanya diberikan kepada golongan fakir miskin sahaja. Bukan pada semua.

Lebih baik skim yang diperkenalkan oleh DS Najib Tun Razak, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). BN berikan pada orang hidup. Ada juga faedahnya. Tak perlu tunggu mati. Kalau ikut statistik Negeri Kedah, hampir 80% jumlah rumah di negeri Kedah dapat menikmatinya.


Gambar dan cerita ni, Mc ambil dari blog CTS.

Nak kena tunggu mati dulu baru dapat duit. Kalau tak jangan harap la nak rasa duit kerajaan negeri Kedah. Dulu kata kerajaan negeri nak bagi Rm100 untuk satu keluarga bagi ringankan beban rakyat. Tapi sampai sekarang, janji nak bagi rm100 tu hanya hangat-hangat tahi ayam. Bak kata orang, janji tinggal janji.

Depa ni cuma pandai janji dan pandai cakap saja. Kerja haram langsung tak pandai buat.  Puak Pas Kedah ni, kita tak payah bagi jadi kerajaan lagi. Buang karan saja. Di sebabkan depa suka cakap dan ceramah, apa kata kita bagi saja jawatan pembangkang seumur hidup pada Pas Kedah nanti. Boleh?


McTheory:
bagi jawatan pada yang nak kerja, bukan yang tau cakap saja!

TUDIAA!! Pendedahan Skandal Perempuan dan Jantan sekitar Anwar Israel??

Posted: 20 Mar 2012 02:12 AM PDT

sekadar hiasan..



Nampaknya satu demi satu rahsia Anwar akan di letupkan. Kali ini bekas sahabat baik Anwar sendiri mahu mendedahkan skandal-skandal dan perangai buruk Anwar.


Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakarupan yang pernah menjadi rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendakwa bahawa pemimpin politik itu tidak layak untuk memimpin negara.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, beliau menyatakan rasa terkilan mengapa pakatan pembangkang boleh menerima Anwar sebagai ketua pembangkang. Anwar tak boleh tipu rakyat kerana saya akan dedahkan perempuan-perempuan yang tidur dengan dia, kata Nalla.

"Dia (Anwar) hanya pergi ke sana sini cerita (orang bahawa) Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak baik. Itu sahaja yang dia cakap. Dia ingat dia baik ka.....nanti saya buka cerita malu dia',kata Nalla lagi.

"(Tetapi) Perdana Menteri sekarang sangat berani, sangat ikhlas dan beliau melakukan yang terbaik untuk rakyat. Kita perlu Perdana Menteri (yang sedemikian) untuk negara. Saya pun malu dengan Perdana Menteri sebab dulu saya sokong Anwar Ibrahim.

"Ini kali pertama beliau menghadapi pilihan raya umum selepas menjadi Perdana Menteri. Rakyat mesti memberi peluang kepada beliau," katanya

'Saya cabar Anwar saman saya jika dia berani', kata Nalla lagi. Sumber Mc ambil dari SINI.


McTheory:
Habis la Anwar kali nih.. he he he..

GEMPAR!! Isu Lynas: PKR Mahu Pas Pecat Che Rosli!!

Posted: 19 Mar 2012 11:12 PM PDT

Che Rosli pulak nak kena pecat!



Lepas satu, ada satu lagi pemimpin Pas yang PKR nak suruh pecat. Lepas Hasan Ali dan Ustaz Azizan. Kali ni Che Rosli pulak yang jadi target PKR untuk di pecat dari Pas.


Baca artikel yang Mc ambil dari Minda Hijrah

Selepas pemencatan Dr. Hasan Ali dan gangguan pentadbiran PAS Kedah oleh PKR, kini tumpuan PKR terarah kepada seorang lagi Ahli Parlimen PAS dari Hulu Langat yang mempertahankan isu Lynas.

Persoalannya disini, sampai bila PAS akan terus menjadi 'LEMBU' kepada rakan sekular & sosialis mereka dengan mendiamkan diri dari camputangan urusan dalaman parti? Sedangkan selama ini pakatan pembangkang kononnya melaungkan kebebasan bersuara tetapi TIDAK jika ada kalangan mereka memberi pandangan yang merugikan survival politik mereka.

Sikap MUNAFIK pakatan pembangkang jelas. Mereka tidak berminat untuk menjurai isu rakyat tetapi lebih kepada meraih populariti semata-mata.

Che Rosli adalah ahli akadmik yang pakar dalam bidangnya. Penulis tyang condong kepada PKR ini memperlekehkan kebijaksanaan ahli Parlimen PAS sebagai pakar dan ahli politik dengan mengangkat martabat pemimpin PKR Fuziah Salleh.

Apa jawapan balas PAS berkaitan serangan terbaru PKR terhadap pimpinan mereka ? Masih mahu terus menjadi LEMBU dan KELDAI untuk PKR & DAP ?




McTheory:
Apakah Pas akan jadi lembu PKR dan Dap buat selamanya?

GEMPAR!! Video Hadi Awang cuba nak bunuh diri!!

Posted: 19 Mar 2012 09:21 PM PDT

Anwar- psstt Ady, ko tolong back up aku bro..
Hadi - baik boss.. akan dilaksanakan..





Apabila Presiden Pas, Hadi Awang menghalalkan persahabatan umat Islam dengan bangsa yahudi. Malah beliau seolah-olah terpaksa mengeluarkan kenyataan yang menyokong itu, demi kerana tingkahlaku Anwar yang menyokong penuh untuk menjaga keselamatan negara Israel.


Perbuatan Hadi Awang sebenarnya seolah-olah mahu membunuh diri dan juga parti Pas. Sebagai seorang Melayu Islam, tidak seharusnya Hadi Awang berkata begitu. Merestui kerjasama dengan yahudi adalah satu perbuatan yang amat pelik. Walaupun Rasullulah pernah berniaga dengan bangsa Yahudi, namun Rasullulah juga tidak galakkan kita berkawan dengan yahudi.

Jika kita ada pilihan lain kenapa kita perlu bekerjasama dengan mereka? Memang dalam dunia sekarang yahudi menguasai segala-galanya sehinggakan. Dari sekecil-kecil barang, sehingga sebesar-besar pengunaan. Tapi tak bermakna kita rela untuk di kuasai. Jika diberi pilihan lain, taknak kita umat Islam mengunakan barang yang dikeluarkan yahudi.

Tapi bila sebuah presiden Parti Islam berani kata HALAL untuk bekerjasama dengan yahudi. Bagi Mc ianya bukan satu tindakan yang amat bijak. Mungkin tujuannya hanya untuk membela Anwar. Namun disebabkan tindakan itu, wajah parti Pas sudah terpalit dengan kekotoran yang presidennya lakukan sendiri.

Sampai bila Pas perlu menjadi lembu Anwar untuk mencuci segala tahi yang dia buat? Ohh yeahh.. Pas sekarang dah berubah, demi wang, kuasa dan kedudukkan apa sangat la setakat nak kawan dengan yahudi tu yeah.. dengan syaitan pun orait, yahudi tu kecik anak saja la..




McTheory:
Makin jauh sesat dan terpesong Pas ni..

TUDIAA!! Cerita AMOI HOT Seksi!! mai baca mai..

Posted: 19 Mar 2012 05:12 PM PDT

sekadar hiasan..

Ini artikel dari penulis jemputan tetap Mc, Tan Anak Laha. Penulis kreatif yang berpengalaman. Beliau selalu memandang sesuatu perkara dari sudut yang jarang kita lihat. Mari kita tengok apa pulak kali ni beliau nak kita baca.


Dalam keghairahan nak menonton perlawanan bolasepak secara langsung melalui saluran 812 Astro, terlebih dulu kita disogokkan dengan iklan "myeg" dimana seorang lelaki Melayu ke perniagaan seorang Ah Moi untuk memperbaharui Cukai Jalan kenderaan beliau yang telah tamat tempoh melalui internet. Terserlah wajah dan lagak miang lelaki Melayu berkenaan nak mengurat Ah Moi.

Seterusnya Ah Moi meminta anak/adik beliau menguruskan urusan cukai jalan. Si anak Cina ini kurang senang dengan perangai lelaki Melayu ini dan menguruskan urusan tersebut dengan memperlihatkan langkah kung fu beliau kepada lelaki Melayu itu.

Selanjutnya lelaki Melayu tadi datang lagi dengan harapan yang sama mahu mengurat Ah Moi, kali ini beliau mahu mendapatkan khidmat Pembantu rumah.

Hajat masih belum tercapai, lelaki Melayu ini datang lagi tetapi belum pasti mahukan urusan apa. Pada ketika itu isteri lelaki Melayu ini sampai sambil "menarik telinga si suami " amboi macamlah di rumah tak ada internet.. balik...balik"

Satu lakonan pengiklanan yang hebat....persoalannya!

1. Apakah perangai "kurang ajar" si anak Cina tadi terhadap seorang dewasa Melayu merupakan satu tindakan bijak dan perlu dipertontonkan kepada umum?

2. Apakah begitu hinanya Bangsa Melayu sehingga boleh dipersendakan oleh seorang budak kaum Cina?

3. Elokkah seorang isteri bertindak "menarik telinga " suaminya di khalayak ramai?

4. Inikah budi pekerti wanita Melayu sebenarnya seperti yang dituntut dalam Islam?

5. Adakah sudah hilang kesopanan antara suami isteri hanya dengan sedikit kesilapan?

Kalaupun "myeg" mahu mewar-warkan penggunaan internet, tidak adakah cara yang lebih sopan dan bertamaddun untuk diketengahkan kepada masyarakat umum? Tidak terfikirkah orang-orang di "myeg" akan sensitiviti kaum dan bangsa yang ada di Malaysia? atau Apakah ini strategi halus yang sengaja dimainkan? Adakah iklan seperti ini boleh membantu mengharmonikan hubungan kaum-kaum dan bangsa Melayu di Malaysia?

Kalau mahu dihalusi, kita mampu menyusurgalurkan peranan mereka-mereka yang terlibat sehingga ke peringkat paling atas dalam menghasilkan iklan ini.

Siapa myeg?

Idea siapa mereka iklan ini?

Jabatan mana yang menaungi myeg?

Siapa mengawal myeg?

Kementerian mana membiayai dan membayar gaji pegawai myeg?

Mungkin lebih banyak lagi persoalan yang timbul dibenak saudara......fikir-fikirkanlah




"BEING A MALAY IS JUST NOT ENOUGH'


Hasil Nukilan dari 

Tan Anak Laha


McTheory:
Apa pendapat anda.. boleh komen?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...