PAPA GOMO

PAPA GOMO


Badrul Amin Yang Sedap Berkhalwat Tengku Mahkota Pahang Yang Salah

Posted: 08 Mar 2012 06:00 PM PST







Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah supaya pihak yang terlibat berhenti mengaitkan nama baginda dengan siasatan kes khalwat pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Badrulamin Baharon di negeri ini baru-baru ini.

"Ketika kejadian saya tidak ada di dalam negara, saya cuma nak tahu siapa yang terlibat...tak bolehlah kaitkan saya dengan kes ini sebab ini adalah masalah peribadi.

"Minta jasa baik hentikan perkara ini, saya harap tak perlulah kaitkan lagi nama saya dan jika kes ini (khalwat) memang berlaku, biarlah pihak yang bertanggungjawab yang menyiasat dan saya ikhlas tidak menyebelahi mana-mana pihak," titah baginda.

Gomo pun hairan bila Badrul Amin yang ditangkap khalwat bersama isteri orang cuba mengheret Istana dalam apa yang berlaku pada dirinya. Istana Pahang cuba diheret bagi melepaskan dirinya yang sekarang ini sudah dipandang serong oleh ahli serta pimpinan PKR semenjak kejadian tersebut.

Penasihat Ugama Islam Menteri Besar ini dilihat semakin tidak keruan setelah ditangkap Khalwat malah jika anda semua masih ingat bagaimana beliau mendakwa telah dipukul serami 20 orang pada waktu kejadian sedangkan Laporan Polis beliau tidak lakukan kerana dipukul suami wanita yang ditangkap khalwat bersama beliau.

Waktu ini Badrul Amin hanya berdiam diri, beliau masih lagi seperti kes Elizebth Wong yang mana tidak ada sebarang tindakan diambil berhubung insiden berkenaan. Mengapa tidak ada sebarang tindakan dari PKR mahupun Kerajaan Negeri Selangor keatas penasihat Ugama MB ini?

Ini lah realitinya apabila mereka didapati bersalah dan terbukti bersalah. Pekara busuk yang dilakukan Badrul Amin ditutup rapi oleh pihak PKR dan juga kerajaan Selangor. Jika pemimpin BN sudah pasti akan ada DEMO dihadapan pejabat BN bagi mendesak pemimpin BN itu letak jawatan dan sebagainya. Tetapi bila pakatan PAS,DAP dan PKR yang terlibat maka ianya akan didiamkan dalam memastikan rakyat diperbodohkan.



Semoga rakyat Malaysia membuka mata mengenai pekara ini. Jika sudah bersalah mengapa perlu disimpan orang yang sebegini? Mengapa tidak diambil tindakan demi memastikan ketelusan Kerajaan yang mentadbir serta mengambarkan kepada rakyat parti yang Bersih?

Ingat kes liwat Anwar Ibrahim? Sama je coz Anwar Ibrahim yang meliwat Saiful Bukhari tapi Najib Razak yang salah. Sekarang ni Badrul Amin yang ditangkap Khalwat tapi Tengku Mahkota Pahang pula dijadikan alasan. Emmm game biasa le pemimpin pembangkang. Last sekali bila dah habis modal maka UMNO lah yang akan dipersalahkan.


Psssttt.... Badrul Amin tunggu masa, tunggu masa untuk malu besar


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Rafizi Lembu Kini Berhadapan Dengan BAFIA

Posted: 08 Mar 2012 10:30 AM PST



Rafizi Ramli dakwa jutaan ringgit daripada NFCorp ke dalam dua bank sebagai deposit tetap sebagai langkah mudah untuk mendapatkan "kemudahan kredit" daripada bank membeli hartanah mewah.

Rafizi Ramli sudah mengesahkan pembelian unit kondominium berharga RM10 juta di Orchard Scotts Residence di Singapura, dan lapan unit ofis mewah di KL Eco City di Bangsar berharga sekitar RM12 juta.

Persoalan cukup menarik ... Bagaimana Rafizi Ramli mampu mendapatkan maklmumat-maklumat sulit NFCorp? Read More...


Psssttt.... Rafizi Ramli bakal calon Gombak? Hua Hua Hua......?


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Selcat Mahkamah Kanggaru Demi Menutup Keronisme Dan Salahguna Kuasa Azmin Ali

Posted: 08 Mar 2012 01:30 AM PST




Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) tidak ubah seperti 'mahkamah kanggaru' kerana menyiasat tanpa menjatuhkan hukuman.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, Selcat hanya ditubuhkan untuk menutup salah laku dan kepincangan Kerajaan Negeri, dan kerana itulah mereka tidak akan menjatuhkan hukuman kepada 'orang sendiri'

Menurut Noh, pendengaran Selcat sebelum ini seringkali mencapai kesimpulan bahawa mereka berpuas hati dengan penjelasan kerajaan negeri dan membiarkan pesalah laku bebas.

"Mereka (Selcat) hanya dedahkan sahaja, mereka tidak pernah menghukum sesiapa. Jika dilihat secara menyeluruh pendengaran awam itu, Kerajaan Negeri sebenarnya cuba untuk melindungi 'orang mereka' yang melakukan kesalahan," katanya pada sidang media, semalam.

Dalam sesi pendengaran awam yang diadakan kelmarian, Chang Khim mendakwa sejak Pakatan Rakyat mengambil alih Yayasan Selangor, berlaku empat perbelanjaan tidak munasabah bernilai RM1.4juta.

Ia membabitkan Majlis Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor, majlis berbuka puasa, majlis jamuan Aidilfitri dan Majlis Korban Perdana.

Justeru Noh mencabar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik juruaudit bebas bagi menjalankan siasatan terhadap ketirisan aset Yayasan Selangor berjumlah RM500 juta yang didakwa berpunca daripada pentabiran Barisan Nasional (BN).

"Pembangkang hanya pandai membuat tuduhan tanpa sebarang bukti, ini adalah bertujuan untuk mengelirukan rakyat dan menutup kelemahan mereka. Saya ingin jelaskan bahawa dakwaan pembangkang adalah tidak benar malah kami mempunyai bukti mengenainya," katanya.


MB Kaki Songlap

Pada 15 November 2010, Noh dicabar Abdul Khalid agar mendedahkan secara terperinci kos perbelanjaan sebenar majlis sambutan ulang tahun yayasan Selangor tetapi Noh mengenakan syarat agar Menteri Besar Selangor itu memohon maaf secara terbuka jika dakwaannya itu benar.

"Saya tidak bercakap kosong. Setiap apa yang saya katakan, saya mempunyai bukti yang mencukupi. Oleh itu saya menuntut Abdul Khalid membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Selangor kerana saya telah mendedahkan perkara yang benar," katanya.

Noh turut mencabar Abdul Khalid mengambil tindakan terhadap Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki kerana beliau sendiri telah mengaku di hadapan Selcat bahawa wujud amalan kewangan yang lemah dalam menganjurkan pelbagai kegiatan yayasan pada 2010.

"Ini sekali menbuktikan bahawa dakwaan saya sebelum ini benar tetapi cuba dinafikan oleh Abdul Khalid," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan menghadiri pendengaran yang sedang berlangsung itu, Noh menjawab:

"Hanya buang masa. Mereka tidak pernah sepina saya. Sepatutnya, mereka perlu sepina saya jika mereka mahu saya datang. Mereka juga minta saya untuk memohon kebenaran."



GOMO: Setuju dengan kenyataan Noh Omar dalam hal ini kerana tidak ada efektifnya langsung Selcat dalam menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya akan penyelewengan yang berlaku didalam pentadbiran Kerajaan negeri Selangor.

Semalam Gomo dah nyatakan dalam artikel terdahulu KLIK DISINI bahawa dalam membuktikan ketelusan kerajaan Pakatan PAS,DAP dan PKR seharusnya satu Suruhanjaya Diraja diwujudkan bagi memberikan satu jawapan yang tepat dan jelas buat rakyat Selangor berhubung isu penyelewengan Pasir di Selangor.

Namun sehingga ke hari ini Khalid Ibrahim MB Selangor serta para kepimpinan Pakatan Selangor berdiam diri dari menjawap tuntutan diadakan suruhanjaya Diraja bagi menyiasat isu penyelewengan Pasir Selangor. Dimana Ketelusan dan BERSIH yang dilaungkan mereka pemimpin pakatan sebelum ini?



Teoh Beng Hock yang sudah mati bukan main bersungguh mereka mendesak diadakan Suruhanjaya Diraja sehinggakan Kubur simati pun digali semula kononya memperlihatkan yang Kerajaan Pakatan Selangor telus dan Bersih. Realitinya Teoh Beng Hock dah mati dan tidak membawa sebarang perubahan buat rakyat Selangor. Tetapi isu penyelewengan pasir yang penting buat rakyat Selangor juga yang mereka pemimpin pakatan pembangkang abaikan dek kerana takut tembelang mereka dalam menyamun hasil pasir terbongkar.

Rakyat Selangor bukan bodoh dan PRU 13 kelak mereka akan ajar Pakatan PAS, DAP dan PKR bagi memastikan Kerajaan yang ada di Selangor bertukar kepada Kerajaan Rakyat iaitu Barisan Nasional.


Psssttt... Beng Hock dah mampos pun depa nak layan, hak rakyat duit pasir depa sembunyikan....Celako


Rompak Dan Terus Rompak


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


SBPA Dibatalkan Gaji Pula Naik 13% Terima Kasih Barisan Nasional

Posted: 07 Mar 2012 11:19 PM PST





Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mengumumkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan kembali kepada Skim Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Pengumuman itu dibuat pada perjumpaan beliau dengan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54.

Pelarasan dibuat berdasarkan Jadual Gaji Matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) berikutan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam hari ini.

Najib mengumumkan perkara tersebut ketika berucap pada majlis perjumpaan khas bersama kira-kira 10,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Jadual Gaji Minimum -Maksimum diperkenalkan menggantikan struktur gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jadual gaji yang diubah suai itu menyaksikan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga Gred 54 sebanyak RM80 hingga RM320 mengikut gred.


Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas kekal menggunakan KGT SSM dengan diberi pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan

Perhimpunan kakitangan awam pada pagi ini bersama PM Najib telah memutuskan perkara berikut, secara ringkas

1. SBPA dibatalkan dan kembali kepada SSM seperti sebelumnya.
2. Penubuhan Suruhanjaya Khas.
3. Pelaksanaa gaji kembali kepada sistem gaji matrik dalam SSM.
4. Kenaikan gaji tahunan antara RM80-RM320 setahun.
5. COLA dinaikkan, RM200 kepada RM250, RM100 kepada RM150.
6. Insentif lain dikekalkan-insentif wilayah, pendalaman.
7. Kenaikkan gred untuk guru-guru berdasarkan 'time-based'.


* Untuk makluman penyelarasan gaji yang diumumkan PM hari ini akan berkuatkuasa 1 Januari 2012 dan akan dibayar mulai bulan Mac ini ataupun April.


Psssttt... Terima Kasih Najib Razak dan kepimpinan Barisan Nasional


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...