Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI PANAS!! Ustaz fathul Bari PERLI Azhar Idrus? Baca Hadith Dengan Iringan Muzik..??

Posted: 08 Mar 2012 07:12 AM PST



He he he.. sapa makan cili dia la rasa pedasnya.. betui dak?

TUDIAA!! Phahrolrazi Mengamuk disebabkan Projek Jalan?

Posted: 08 Mar 2012 04:38 AM PST



pelbagai versi dan pelbagai cerita mengenal pergolakkan Pas Kedah ni. Ada yang kata berebut projelk, ada yang kata kes RM600juta, ada pulak yang kata kes tanah. Terbaru Mc baca blog Khazanah Minda, beliau kata depa ni bergaduh bab projek Jalan. Macam-macam ada, tapi semuanya berkaitan dengan projek dan harta dunia.



Rupanya serangan terhadap MB Azizan Razak oleh Phahrolrazi dan kawan-kawan berunsur tender projek jalan jutaan ringgit yang tidak lagi diberikan oleh Azizan kepada kroni Phahrolrazi. Dengar cerita projek jalan oleh kerajaan pusat tidak disalur kepada kroninya atas cadangan MB Azizan. Betol ke?

Memang berdebah puak totok Pas Kedah,berjuang demi mengaut harta kerajaan negeri dan membiarkan rakyat negeri Kedah hidup dalam kesempitan. Sungguh zalim kerajaan yang berserban ini selagi boleh mengaut kekayaan negeri sehingga alpa kepada falsafah perjuangan asal.

Kesian MB Azizan Razak yang dinafikan kuasa mentadbir negeri secara mutlak. Mana ada negeri dalam Malaysia baik dibawah tadbir kerajaan pusat atau kerajaan pakatan yang kuasanya dikawal oleh jawatankuasa pemandu  Pusat.

Sah Pas Pusat mencampuri urusan dalam kerajaan negeri Kedah dan mereka berjaya mengurangkan kuasa MB Azizan dan terus untuk memberi tekanan sehingga mereka berjaya membuat Azizan mengundurkan diri.


Kesian pulak tengok Azizan. Beliau cuba dijadikan kuda oleh orang-orang bawahannya. Tapi beliau melawan, sebab tu depa marah sangat!!

Dalam dok marah pun, puak-puak bawah ni dok sapu habis balak sekeliling. Projek Keli sapu balak, bersih sungai pun hentam balak, bukak tanah pun hentam balak, sampaikan hutan simpan kat Kedah ni botak la. Kalau dibiarkan puak ni naik lagi jadi kerajaan nanti rasa-rasanya lingkup Kedah.


McTheory:
Depa dok kutuk UMNO, rupanya depa lagi teruk!!

MISTERI!! Jenazah berpuluh tahun dalam kubur tidak reput!!

Posted: 08 Mar 2012 01:12 AM PST



"Jenazah Misteri" membuatkan Tiga penggali kubur tergamam apabila menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika mereka menggali liang lahad itu untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam. Peristiwa ini berlaku di Kangar.

Mayat lelaki yang tidak dikenali itu ditemui sebaik sahaja mereka menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter. Mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur. kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.

Penggali kubur tersebut berkata penemuan jenazah itu amat mengejutkan, kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang kosong. keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun.

"Selama 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini."

"Sepanjang pengetahuan, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat."

"Tergamam apabila melihat wajah serta tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia, ketika mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru, sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama, penemuan mayat berkenaan adalah suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur." – kata mereka. Subhanallah….

Sambung baca SINI

McTheory:
Allah Maha Kuasa!!

PANASS!! Fitnah Duit RM500 haram dan duit pinjam!! - @najibrazak

Posted: 07 Mar 2012 10:12 PM PST

PANASS!! Dalang disebalik keruntuhan Pas Kedah!!

Posted: 07 Mar 2012 07:12 PM PST



Nama Adnan Saad sebelum ini tidak begitu dikenali. Di kalangan orang PAS Kedah pun, nama Adnan Saad agak terasing. Ketiadaan jawatan kecuali sebagai Penyelaras DUN Bakar Bata (PAS) selain kurangnya promosi, menjadikan Adnan Saad bagaikan orang asing dalam kepimpinan PAS Kedah.

Bagaimanapun, kemelut kepimpinan PAS Kedah menyaksikan nama Adnan Saad tiba-tiba terpacul. Adnan Saad yang menjadi dalang grup Anwarinas, kini mengetuai gerakan menjatuhkan Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah dan Pesuruhjaya PAS Kedah.


Adnan Saad mengetuai kumpulan yang diberi nama JAWATANKUASA BERTINDAK SELAMATKAN PAS KEDAH. Kumpulan tersebut bermatlamat merealisasikan penyingkiran Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah dan Pesuruhjaya PAS Kedah.

Daripada maklumat yang diterima, Adnan Saad menyatakan kumpulan yang baru ditubuhkan itu, hanyalah satu permulaan dan mereka tidak akan sesekali berundur atau mengurangkan tekanan sehinggalah matlamat mereka tercapai. Seandainya agenda mereka gagal dalam tempoh terdekat ini, beberapa kaedah lain akan digunapakai.

Jawatankuasa ini akan membuat usul UNDI TIDAK PERCAYA kepada Menteri Besar Kedah pada Persidangan DUN Kedah akan datang. Jika masih gagal juga, mereka akan jatuhkan atau sabotaj Azizan di gelangganya sendiri di DUN Sungai Limau pada PRU akan datang.

Sementara itu, pada masa yang sama, jawatankuasa itu akan terus membuat desakan kepada PAS Pusat sehingga misi untuk menjatuhkan Azizan Abdul Razak tercapai.

Sehingga ke hari ini, status dua orang Exco Kedah masih tidak selesai lagi. Menteri Besar sebenarnya mahukan kedua-dua Exco iaitu Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Saleh digugurkan terus tetapi PAS Pusat telah mendesak dan memberikan tekanan kepada Menteri Besar agar kedua-dua Exco ini dikekalkan sehingga PRU13.

Daripada maklumat yang diterima, Dr. Ismail Saleh sudah membuat keputusan muktamad untuk tidak menerima perlantikan semula ke jawatan Exco manakala Phahrolrazi Zawawi pula dikatakan masih belum membuat sebarang keputusan, sebaliknya bermain tarik tali dengan PAS Pusat dan Azizan.
Dalam reaksinya berhubung permintaan PAS Pusat untuk kekalkan kedua-dua Exco itu, Azizan Abdul RAzak berkata, kalau dia menerima mereka sekalipun, mereka adalah Exco pilihan Pusat, bukannya Exconya.

Sama ada PAS Kedah akan terus membela Adnan Saad dan kumpulannya, ianya bergantung sepenuhnya kepada keputusan Azizan Abdul Razak sendiri. Walaupun para pemimpin PAS berusaha untuk melindungi isu sebenar di Kedah, rata-rata rakyat Kedah terutama sekali ahli-ahli PAS dapat melihat sendiri kesan yang dilakukan oleh kumpulan Anwarinas di Kedah. Perebutan yang ditunjukkan oleh pelbagai kumpulan dalam PAS Kedah, hanya akan merugikan PAS Kedah, terutama dalam kebangkitan semula UMNO Kedah yang dilihat begitu ketara kebelakangan ini.

Dari blog Pelantaq Hujah

TUDIAA!! UMNO Kulim Bandar Baharu masih SAYANGKAN Kadiaq?!!

Posted: 07 Mar 2012 04:12 PM PST



Selepas Mc jumpa Kadiaq kat mahkamah kerana memberi sokongan penuh kepada Anwar. Mc juga nampak beliau terlompat-lompat dan bertepuk tangan seumpama beruk. Mc terus sangsi dengan pendirian beliau. Ternyata kesangsian Mc tu benar apabila Kadiaq selepas itu terus 'declare' melawan UMNO.

Akibat daripada itu Mc membuat dua artikel 'panas' untuk menghentam Kadiaq. Boleh baca kat SINI dan SINI.

Namun, tentunya kita mahu tahu sebab musabab kenapa Kadiaq yang bekas Menteri ni sanggup membelot kepada UMNO.


Mc pernah ke UMNO Bandar Baharu untuk bertanyakan khabar mengenai status si Kadiaq ni. memang mengejutkan sampai sekarang si Kadiaq ni masih lagi bendahari bahagian, malah sebahagian besar organisasi bahagian ni, masih sayangkan Kadiaq.

Tak payah tanyalah si Aziz adik pada Kadiaq, tentunya beliau banyak terhutang budi pada Kadiaq. Cuba tanya Timbalan ka, Setiausaha ka, AJK ka, semuanya masih berbaik-baik lagi dengan Kadiaq. Malah Kadiaq juga selalu bertanya kabar mengenai Bahagian disana.

Bila Mc tanya kenapa masih lagi bersama Kadiaq sedangkan Kadiaq dah belot UMNO!

Depa jawab, Kadiaq takkan belot UMNO. Kadiaq ni terdesak! Untuk mencari jawatan kembali dalam pimpinan kerajaan, Kadiaq ni cuba tarik perhatian pimpinan UMNO untuk tempatkan 'dia' kembali dalam pentadbiran. Itu saja.

Tapi selepas Kadiaq kata 'pengundi' di parlimen Kulim Bandar Baharu kena rasuah baru dapat undi. Melompat jugak la puak-puak ni. Ada yang sampai termenung dan tertanya-tanya, awat Kadiaq kata macam tu. Untuk selesaikan masalah, UMNO bahagian membuat rombongan dua biji bas berjumpa dengan Kadiaq.

Lepas jumpa Kadiaq, UMNO bahagian terus diam dan berpuas hati dengan jawapan Kadiaq. Mc pun tak tahu apa racun atau jampi yang Kadiaq bagi kat depa. Siap buat sidang media untuk bela Kadiaq. Mampuih!!

Mc rasa, sudah sampai masanya UMNO Kedah dan Pusat membuat tindakan drastik mengenai hal ini. Di bangunan UMNO Kedah sana nu.. masih ramai lagi yang menyokong Kadiaq. Mungkin masa dia kaya dulu, si Kadiaq ni banyak menabur budi kot, sebab tu ramai sangat yang dok sayang kat dia.

Pada yang dok sayang kat Kadiaq tu, Mc nasihatkan betulkan balik niat perjuangan. Berjuang kerana UMNO ka, berjuang kerana Kadiaq ka. Kalau rasa nak bersama Kadiaq, Mc nasihatkan pi la kat dia. Ikut la pungkoq dia.

Cuma Mc kesian tengok Aziz dengan Musa. Tak tau nak letak muka kat mana lepas Kadiaq buat macam tu. Aziz punya malu sampai pi bercuti keluar Malaysia sebulan lebih membawa diri!!

Kadiaq ni memang bahana, dia bukan melingkup dia sorang. Tapi habis dengan Adik-adiknya sekali. memang jahanam habis kesemuanya!!



McTheory:
Parasit jelas macam ni tak boleh biaq lama.. kena buang cepat!

KELAKAR!! Jaringan GOL sendiri paling Ajaib dalam dunia!!

Posted: 07 Mar 2012 12:47 PM PST


Siapa pun tak mampu nak melawan kehendak alam.. nasib-nasib..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...