UMNO Online - “UMNO Lakukan Penilaian KPI Hujung Tahun Ini” plus 1 more

UMNO Online - “UMNO Lakukan Penilaian KPI Hujung Tahun Ini” plus 1 more

Link to UMNO Online

UMNO Lakukan Penilaian KPI Hujung Tahun Ini

Posted: 05 Jul 2014 01:07 AM PDT

KOTA BAHARU, 5 Julai – UMNO akan melakukan penilaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di semua peringkat bagi mengetahui pencapaian sebenar parti
itu di seluruh negara akhir tahun ini. 
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata penilaian itu juga bagi mendapatkan gambaran sebenar hala tuju Umno selain menaik taraf parti berkenaan terutama dalam menghadapi era masa kini.

“Sekarang belum buat penilaian lagi kerana ia dilakukan oleh orang ketiga dan barangkali akan dilakukan akhir tahun ini.

“Penilaian melibatkan perhubungan negeri, bahagian dan cawangan dan terhadap perjalanan serta aktiviti parti dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat KPI UMNO di Bangunan UMNO Negeri di sini, hari ini. 

Turut hadir Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Tindakan ini patut kita lakukan kerana kita lihat bahawa dunia sekarang berubah dan pemikiran rakyat serta ahli parti pun berubah, jadi kita terpaksa lakukan sedikit perubahan demi kebaikan parti.

“Penilaian bukan diadakan untuk menghukum orang tertentu tetapi ia sebenarnya satu kaedah untuk kita beri pandangan dan membawa kebaikan kepada parti,” kata Tengku Adnan.

Awal tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO meluluskan KPI bagi memastikan semua kerja dapat dilaksana dengan lebih aktif serta sistematik, dan setiap anggota Majlis Tertinggi (MT) akan diberi tanggungjawab memantau KPI bahagian, manakala ketua bahagian ditugaskanmemantau KPI cawangan.

Selain itu, Tengku Adnan berkata setiap bahagian dan cawangan UMNO diperingkat negeri disarankan mewujudkan biro-biro yang sama seperti di peringkat
MT.-MediaUMNO

Najib Lahir Rasa Sedih Atas Pemergian Biduanita Negara

Posted: 04 Jul 2014 09:21 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedih di atas pemergian Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini yang meninggal dunia awal hari ini.

“Saya sedih atas pemergian Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini. Semoga ditempatkan dalam kalangan yang beriman. al-Fatihah,” katanya menerusi akaun Twitternya di sini.

Sharifah Aini yang menyambut hari lahir ke-61 pada Rabu lepas, meninggal dunia kira-kira pukul 1.26 pagi ini di sebuah hospital swasta di Damansara, di sini kerana jangkitan paru-paru.

Allahyarhamah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pusat Perubatan Pakar Damansara sejak Selasa lalu setelah menghadapi kesukaran untuk bernafas. -MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...