UMNO Online - “Transport Minister, DCA DG Leave For Amsterdam Tonight” plus 6 more

UMNO Online - “Transport Minister, DCA DG Leave For Amsterdam Tonight” plus 6 more

Link to UMNO Online

Transport Minister, DCA DG Leave For Amsterdam Tonight

Posted: 19 Jul 2014 11:04 AM PDT

SEPANG, July 19 – Transport Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai left for Ukraine together with a six-member delegation at 11.59pm Saturday to assist the Malaysian team in the operation following the crash of MAS flight MH17 in east Ukraine on Thursday.

He said they would transit in Amsterdam before proceeding to Keiv and were expected to arrive there at 1pm (Kiev time) tomorrow.

“This is a call of duty and I’m directed (to go) to Kiev and I’m sure that we can facilitate the movement of the investigstion team to the crash site,” he said.

The delegation includes the Director-General of the Department of Civil Aviation (DCA), Malaysia Airlines chairman and investigators.

“I cannot ascertain how long I will be there…I must ensure that all negotiation processes and search operations proceed smoothly,” he told reporters before entering the departure hall at the KL International Airport tonight.

Asked when family members of the victims would be brought to the site of the accident, he said their (victims’ families) safety must be given priority because the area was not safe.

“We have to ensure their safety before they can be taken there,” he said, adding that further developments would be disclosed at a media conference later.

He said that he would meet with Ukraine’s Transport Minister and Foreign Minister for discussions. Liow said he would also ensure that the Malaysian investigation team could meet with the National Bureau Of Accidents, Ukraine which had formed a special commission to investigate the incident.

The MAS flight, MH17, was flying from Amsterdam to Kuala Lumpur when it went down in Donetsk, eastern Ukraine near the Russian border on Thursday night.  The Boeing 777-200 aircraft was carrying 298 people – 283 passengers and 15
crew. Foreign media reports said the aircraft was shot down but until today no one had claimed responsibility for the incident.-MediaUMNO

UMNO Bukit Bintang Kecam Tindakan Ketenteraan Zionis Di Gaza

Posted: 19 Jul 2014 10:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Julai – UMNO Bahagian Bukit Bintang hari ini mengecam tindakan regim Zionis yang melancarkan serangan terhadap Gaza dan menyifatkan tindakan ketenteraan tersebut di luar batas kemanusiaan di mana orang awam termasuk kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa turut menjadi mangsa  dalam serangan tersebut.

Ketuanya, Datuk Zainal Rafique berkata, serangan tentera Zionis dalam bulan Ramadan seperti ini bukan pertama kali berlaku, bahkan ianya sudah berlarutan lebih daripada puluhan tahun, namun setakat ini tiada apa yang dapat dilakukan oleh dunia untuk menghentikan tindakan regim Zionis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan itu.

"Di sini, kita menyatakan sokongan kita terhadap penduduk Palestin, khususnya di Gaza yang sedang dilanda malapetaka akibat tindakan Zionis yang tidak berhati perut. Saya mewakili seluruh ahli UMNO bahagian Bukit Bintang mengecam dan mengutuk tindakan tersebut dan berharap ada sesuatu yang dilakukan oleh PBB mahupun OIC bagi menghentikan kekejaman ini," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau juga berharap dunia, terutamanya negara-negara Islam dapat memberikan tekanan terhadap regim Zionis agar menghentikan perbuatan kejam mereka itu yang telah membunuh ribuan nyawa yang tidak berdosa di Gaza.

"Malaysia sebagai sebuah negara yang begitu konsisten menyokong dan membantu perjuangan rakyat di Palestin yang sedang ditindas oleh regim Zionis telah berusaha untuk membantu dengan menghantar misi-misi bantuan kemanusian, begitu juga dengan negara-negara lain.

"Namun tindakan ini saja  bagi saya tidak mencukupi kerana ianya hanya dapat membantu rakyat di negara itu buat sementara waktu dan perlu ada lebih tekanan dari negara-negara dunia agar regim Zionis berhenti daripada terus menyerang dan membunuh rakyat di negara itu sesuka hati mereka," jelasnya.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan sahabat handai yang terlibat dalam tragedi MH17 yang terhempas Selatan Ukraine Jumaat lalu.

"Saya juga mahu mengucapkan takziah kepada PM kita, Datuk Seri Najib Tun Razak di mana nenek tiri beliau, Puan Sri SitiAmira Prawira Kusuma  yang turut menjadi mangsa dalam tragedi berdarah ini. Saya juga menaruh harapan, sepertimana keseluruhan rakyat , khususnya ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut agar mereka yang bersalah di bawa ke muka pengadilan di atas perbuatan mereka itu dengan segera," ujarnya.-MediaUMNO

MH17 : Kerajaan Akan Melakukan Terbaik Untuk Bawa Pulang Mangsa M’sia – Najib

Posted: 19 Jul 2014 10:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk keluarga dan waris mangsa serta membawa balik jasad rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine, Khamis lepas.

Perdana Menteri berkata pasukan penyiasat Malaysia telah tiba di Kiev dan sedang mengurus aturan untuk memperoleh akses ke lokasi kemalangan, kira-kira 400km daripada ibu negara Ukraine.

“Beberapa pendekatan holistik perlu diambil dan difahamkan puak pemisah telah bersetuju mewujudkan satu laluan selamat untuk pasukan penyiasat menjalankan tugas di tapak nahas.

“Kami harap mereka akan berbuat demikian kerana ini adalah perkara serius dan mereka semua perlu menunjukkan belas kasihan kepada negara-negara yang terbabit serta mangsa-mangsa yang tidak bersalah,” kata Najib dalam kiriman
terbaru di akaun Facebooknya hari ini.

Perdana Menteri berkata beliau juga telah meminta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk pergi ke Kiev secepat mungkin bagi memastikan pasukan penyiasat boleh melakukan tugas
tanpa sebarang gangguan.

“Mereka (Liow dan Anifah) akan menyelaras dan memastikan tuntutan kami dipenuhi. Selain daripada logistik, ini adalah satu perkara geopolitik,” katanya.

Najib berkata pengendalian kotak hitam penerbangan MH17 mesti mengikut undang-undang Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan proses mengambil alih kotak hitam mesti dilakukan oleh Malaysia selaku pemilik pesawat berkenaan.

“Apabila menemui waris dan ahli keluarga mangsa, kami memahami perspektif masing-masing sebagai satu unit keluarga. Ia merupakan sesi pertemuan yang penuh emosi dan saya meminta orang ramai sentiasa mendoakan semua yang terbabit dengan tragedi dahysat ini,” katanya.

Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah di wilayah Donetsk, timur Ukraine, ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Mengikut senarai penuh penumpang dan anak kapal, majoriti penumpang adalah warga negara Netherlands (193 penumpang) manakala 43 termasuk 15 anak kapal adalah warganegara Malaysia.

Pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu Netherlands Khamis dan dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi waktu Malaysia, hari
berikutnya.-MediaUMNO

Sebarang Tindakan Halang Malaysia Memasuki Kawasan Nahas Tidak Berperikemanusiaan

Posted: 19 Jul 2014 08:22 AM PDT

SEPANG, 19 Julai – Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sebarang tindakan untuk tidak membenarkan pasukan penyiasatan khas Malaysia daripada memasuki kawasan kemalangan Malaysia Airlines penerbangan
MH17, adalah tidak berperikemanusiaan.

Beliau berkata ini disebabkan Malaysia masuk ke kawasan itu atas alasan kemanusiaan, dan itulah sebabnya negara ini membuat gesaan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Kami juga meminta pihak berkuasa Ukraine untuk menyediakan kepada kami koridor selamat dan ini mesti dilakukan dengan pantas untuk mendapatkan mayat mangsa.

“Perkara ini sangat penting dan itulah sebabnya kerajaan Malaysia menghantar saya ke Ukraine untuk mempercepatkan kerja sepantas mungkin,” katanya dalam sidang akhbar di Hotel Sama-Sama di sini hari ini.

Liow akan berlepas ke Kiev, Ukraine malam ini, untuk membantu memudahkan pasukan penyiasatan khas Malaysia memasuki kawasan kemalangan itu.

Pasukan itu yang disertai 131 petugas, termasuk 24 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia dan pegawai forensik polis tiba di Kiev awal pagi Sabtu.

Ketika menegaskan kepentingan untuk memelihara kawasan nahas, Liow berulang kali berkata Malaysia amat bimbang dengan kerja yang dilakukan di kawasan kemalangan memandangkan pasukan penyiasatan Malaysia masih belum mendapat kebenaran untuk memasuki kawasan itu.

“Sebab itulah kami merayu sokongan dunia untuk memastikan bahawa kawasan kemalangan dan bukti yang ada tidak diusik agar keadilan dapat ditegakkan.

“Kami harap kami dapat memasuki kawasan itu seperti yang dijanjikan kerajaan Ukraine,” katanya.

Menjawab soalan lain, Liow berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil beberapa tindakan proaktif supaya semua mayat mangsa dan kotak hitam segera ditemui.- MediaUMNO

MH17 : Investigation Process Needs Involvement Of Independent Body

Posted: 18 Jul 2014 04:16 PM PDT

KUALA LUMPUR, July 19 –  The investigation process on the Malaysia Airlines (MAS) flight MH17 crash in Ukraine on Thursday needs the involvement of an independent investigation body.

University Kuala Lumpur (UNIKL) Aircraft Research and Innovation Head, Prof Madya Capt Dr Mohd Harridon Mohd Suffian said that besides the Malaysian government and the Ukraine government, the involvement of an independent
investigation body on the cause of the MH17 crash would come up with a more accurate and fair probe.

“There must be a second opinion from an independent body that is not influenced by any party or country to ensure an accurate decision,” he said in a Talk Show entitled ‘Maruah Malaysia dan MAS’ (Malaysia’s and MAS’ integrity)
produced by BernamaTV here.

In addition, he said Malaysia too had the right to participate in the data investigation from the black box of the MH17 flight which was reported to have been found by a pro-Russian group.

“Furthermore, analyses from various parties on the black box data was also necessary to ensure that the decision obtained was accurate and that we could prove what had actually transpired in the aircraft before it crashed,” he said.

Mohd Harridon also said investigation into the MH17 incident involved a complicated process and would take up to three years to resolve because the aircraft components had broken into pieces and had spread out, and this must
also be investigated.

Meanwhile, Mohd Harridon rejected the allegation by certain parties that the aircraft had been mistakenly shot by a guided missile.

He said that every guided missile launcher was equipped with a radar system that could detect whether the aircraft that was flying above was a military or commercial aircraft.

The MAS flight, MH17, was flying from Amsterdam to Kuala Lumpur when it went down in Ukraine. It was carrying 298 people – 283 passengers and 15 crew.

MH17 had left Amsterdam at 12.15 pm (Netherlands time) Thursday and was to have arrived in Kuala Lumpur at 6.10 am (Malaysian time) Friday.-MediaUMNO

IATA Tolak Kemungkinan Syarikat Penerbangan Sanggup Ambil Risiko Untuk Jimat Minyak

Posted: 18 Jul 2014 04:10 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menafikan kemungkinan bahawa ada syarikat penerbangan yang sanggup mengambil risiko terhadap keselamatan penumpang, anak kapal dan pesawatnya semata-mata kerana ingin menjimatkan minyak.

Ketua Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif IATA Tony Tyler berkata syarikat penerbangan terbabit bergantung kepada kerajaan serta pihak berkuasa kawalan trafik udara untuk menasihati ruang udara mana yang boleh dilalui dan
membuat perancangan berdasarkan limitasi berkenaan.

“Pada ketika ini, apa yang penting ialah keselamatan merupakan perkara paling utama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pesawat malang milik Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 menggunakan laluan merentasi Ukraine yang sedang bergolak kerana laluan itu diisytiharkan selamat dan diluluskan oleh badan-badan penerbangan antarabangsa.

Liow berkata MAS telahpun menggunakan laluan itu banyak kali selain 15 syarikat penerbangan di Asia Pasifik dan Eropah.

“Kami tidak akan menggunakan laluan itu, kecuali jika ada notis saat akhir untuk mengubah laluan berkenaan tetapi…tidak ada sebarang notis,” katanya dalam sidang akhbar di sebuah hotel.

Sementara itu, Tyler berkata situasi ini serupa dengan memandu kereta.

“Jika sesuatu jalan itu dibuka, anda anggap ia selamat. Jika jalan itu ditutup, anda akan mencari laluan alternatif.  Pesawat awam bukan sasaran militari. Perkara ini dipersetujui dalam Konvensyen Chicago dan apa yang berlaku terhadap MH17 adalah satu tragedi yang meragut 298 nyawa serta tidak sepatutnya berlaku dalam mana-mana ruang udara,” katanya.

MAS mengesahkan menerima makluman dari ATC Ukraine bahawa ia terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) 30 kilometer dari Tamak, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.

Pesawat jenis Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) Khamis dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pukul 6.10 pagi (waktu Malaysia), Jumaat. Pesawat itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.-MediaUMNO

MH17 :M’sia Desak Siasatan Antarabangsa Yang Menyeluruh, Bebas Dan Telus

Posted: 18 Jul 2014 04:04 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Malaysia mendesak agar satu siasatan antarabangsa dilakukan secara menyeluruh, bebas dan telus berkaitan insiden tragik membabitkan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis.

Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Hussein Haniff berkata siasatan itu perlu membabitkan pihak berkuasa antarabangsa yang relevan termasuk Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), sebuah agensi khas PBB.

“Malaysia terkejut dan dukacita dengan kejadian menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17. Butiran lanjut masih belum diketahui pada peringkat ini, namun fakta bahawa pesawat itu mungkin ditembak jatuh menjadikan
perkara ini lebih menyakitkan kepada kami.

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan sedemikian kerana ia adalah satu pencabulan secara terang-terangan ke atas undang-undang antarabangsa dan tatasusila,” katanya dalam mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan mengenai Ukraine di New York pada Jumaat.

Semalam, MAS mengesahkan menerima makluman dari pusat kawalan trafik udara (ATC) Ukraine bahawa ia terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) 30 kilometer dari Tamak, kira-kira 50 kilometer dari sempadan
Rusia-Ukraine.

Pesawat jenis Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari Khamis (waktu Amsterdam) dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia), Jumaat. Pesawat itu membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Hussein berkata Malaysia turut menggesa Majlis Keselamatan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan petugas pasukan penyiasat dan bantuan kemanusiaan di lokasi kejadian.

“Kami menggesa pihak yang terlibat dalam konflik di lokasi kejadian memberi kerjasama sepenuhnya termasuk memudahkan akses kepada petugas pasukan penyiasat dan bantuan kemanusiaan untuk menjalankan misi mereka seperti mengumpul data yang relevan, bukti, mayat serta barangan peribadi mangsa,” katanya.

Hussein berkata ini termasuk tiada gangguan di lokasi kejadian atau pengalihan serpihan dari kawasan berkenaan seperti perakam data atau kotak hitam.

“Integriti lokasi kejadian perlu dipelihara,” katanya.

Malaysia turut menggesa Majlis Keselamatan mempertingkat peranannya dalamrundingan damai bagi konflik antara Rusia dan Ukraine untuk mengelak insidentragik yang menimpa MH17 berulang.

Hussein berkata insiden itu adalah peringatan serius bagaimana pergolakan yang berlaku mampu mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa sehingga meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dalam cara yang amat tragik dan tidak masuk akal.

Beliau juga berkata Malaysia amat terharu dengan ucapan takziah, simpati dan sokongan yang diterima daripada seluruh dunia.

“Pada waktu yang sukar ini, kami ingin melahirkan kesedihan yang mendalam dan mengucapkan simpati serta takziah kepada anggota keluarga serta rakan  mangsa,” katanya.-MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...