UMNO Online - “Pembangkang Hanya Berpakat Tapi Tiada Tradisi Setiakawan” plus 9 more

UMNO Online - “Pembangkang Hanya Berpakat Tapi Tiada Tradisi Setiakawan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pembangkang Hanya Berpakat Tapi Tiada Tradisi Setiakawan

Posted: 01 Jul 2014 12:58 AM PDT

KUALA LUMPUR 1 Julai – Perlantikan terbaru anggota kabinet daripada MCA dan Gerakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memperlihatkan tradisi setiakawan yang cukup erat di dalam Barisan Nasional (BN) demi merealisasikan hasrat dan tanggungjawab kepada rakyat.

Pengerusi Biro BN & 1Malaysia Pemuda UMNO, Mohd Najib Mohd Isa berkata perkara berkenaan tidak wujud dan tidak lahir di dalam parti pembangkang yang hanya menampakkan mereka caca merba sepertima yang berlaku di Selangor.

"Tradisi setiakawan mereka tidak ada…yang ada hanya sekadar pakatan dan bukannya setiakawan…Sebab itu kita nampak mereka caca merba dan seringkali berlaku pertelingkahan sesama mereka.

"Kita boleh ambil contoh terdekat di Selangor apabila ramai memperkatakan mengenai jawatan Menteri Besar. Kita boleh lihat dan boleh tengok dengan lebih dekat…ada yang kata perlu ganti MB lain…ada pula yang kata tidak perlu digantikan. Macam-macam yang timbul.

"Itulah natijahnya yang berlaku apabila seperti yang saya katakan tadi bahawa mereka hanya sekadar pakatan…bila dah pakatan ni macam-macamlah. Sekadar berpakat dan bukannya setiakawan sepertimana BN," katanya.

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah tradisi setiakawan dan permuafakatan tidak mampu ditandingi oleh pembangkang.

"Kita di dalam BN berasaskan kepada permuafakatan. Dalam senario hari ini, kita yakin kemasukan anggota kabinet daripada MCA dan Gerakan akan menguatkan lagi kerajaan untuk melaksanakan amanah.

"Ini cukup penting kerana segala keputusan dan segala tindakan yang kerajaan akan rancang dan laksanakan adalah untuk semua. Sebab itulah saya tekankan bahawa tradisi setiakawan di dalam BN ini adalah sesuatu yang cukup mahal," ujarnya. -MediaUMNO

Ahli Akademik Bukan Kebal, UMcedel Sudah Lama Diragui Kredebilitinya

Posted: 01 Jul 2014 12:55 AM PDT

Keputusan Universiti Malaya dan Kerajaan untuk tidak menyambung kontrak Prof Datuk Dr Mohamad Radzuan Othman sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) dan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial adalah merupakan hak preogratif dan pentadbiran.

Ia bukan hak pelajar, tenaga akademik mahu pun mana-mana pemimpin parti politik atau mana-mana media massa. Justeru walau apa pun yang alasan atau sebab tindakan tersebut ia adalah hak majikan yang mencari sumber kewangan bagi membayar gaji mereka dan menyediakan pelbagai kemudahan bagi kakitangan akademik.

Jawatan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial adalah jawatan yang dilantik secara kotrak selama dua tahun. Kita akan dapati setiap 2-4 tahun Fakulti akan menerima penjawat yang baru.

Malah ada beberapa tenaga akademik yang sudah dilantik sebagai Dekan beberapa kali secara berselang seli dengan profesor lain. Justeru, apa masalah apabila Universiti Malaya mahu melantik Profesor lain sebagai Dekan Fakulti?

Sebagai Pengarah UMCedel, Prof Radzuan juga tidak boleh selama-lamanya kekal di situ. Sungguhpun beliau adalah pengasas, bukan bermakna UMcedel milik peribadi beliau.

Prof Khoo Kay Khim merupakan pengasas Pusat Sains Sukan Universiti Malaya. Bagaimanapun beliau tidak menjadi pengarah seumur hidup. Jika tidak silap saya beliau hanya pengarah selama sepenggal sebelum diganti oleh orang lain.

Soal perlantikan jawatan ia adalah hak Universiti dan kerajaan yang membiayai pengurusan Universiti.

Pada April tahun lalu, portal ini mendedahkan bahawa kemungkinan hasil Kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), merupakan satu perancangan licik oleh Pengarahnya yang juga merupakan sahabat baik Anwar Ibrahim.

Pada Februari 2014, Datuk Zaid Ibrahim juga membuat sidang akhbar mendakwa pengarah UMcedel di bawah pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zaid mendakwa kajian oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) ke atas persepsi umum dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang (PRK Kajang) dipengaruhi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Zaid, Anwar mempunyai pengaruh dalam tinjauan Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) berkaitan Kajang yang menghasilkan dapatan positif padanya.

Dakwa Zaid, ketika Lee Chin Cheh berundur sebagai anggota DUN – sekali gus memaksa pilihan raya kecil – Anwar mendapatkan Mohammad Redzuan Othman bagi menjalankan tinjauan segera.n

"Redzuan pengarah Umcedel. Beliau juga kawan Anwar ketika zaman Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)," kata Zaid dalam blognya hari ini.

"Tidak mengejutkan, tinjauan Umcedel mendapati majoriti pengundi Kajang setuju bahawa pilihan raya kecil tidak membazirkan wang rakyat.

Pada Februari 2014 juga, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Kahlid Ibrahim, menyelar UMcedel sebagai satu pusat yang digunakan untuk memutar-belit keinginan rakyat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyelar kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCedel) bahawa keputusan tersebut hanyalah digunakan sebagai maklumat utama untuk memutar-belitkan keingginan rakyat.

Kajian mengenai wajarkah PRK DUN Kajang diadakan atau tidak menampakkan keputusannya menyebelahi kepada Ketua Umum Pembanggkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kajian dijalankan terhadap 576 responden daripada 38,965 pengundi berdaftar di Kajang yang menampakkan hasil sebanyak 59% mengatakan YA, PRK itu wajar dilakukan berbanding hanya 17% sahaja mengatakan tidak dan 24% lain adalah tidak pasti.

Justeru, tindakan Universiti Malaya tidak menyambung kontrak beliau bukanlah isu besar kerana kredebiliti beliau sendiri menjadi pertikaian.

Mungkin sebab itu juga yang terlebih sudu dari kuah bukan tuan punya tubuh badan tetapi pihak lain yang mahu mengambil kesempatan.

Kunta Kinte Malaysia

Kemelut Politik Pembangkang Semakin Parah

Posted: 01 Jul 2014 12:52 AM PDT

Kemelut politik berpanjangan antara parti-parti politik dalam pakatan pembangkng serta masalah dalam serius masing-masing telah menggoyahkan kesatuan mereka menjelang pilihan raya umum ke-14 dalam masa tiga atau empat tahun lagi.

Samada pakatan pembangkang mampu memasuki gelanggang PRU14 dengan tahap keyakinan dan juga keangkuhan semasa kempen PRU13 sudah mula diragui bukan sahaja oleh pemerhati politik tetapi juga ahli-ahli parti sendiri.

Jangan disalahkan UMNO atau Barisan kerana semua masalah yang terpalit samada pada Pas, Dap atau PKR adakah perbuatan dan angkara mereka sendiri.

Pada asasnya masalah yang membelenggu mereka adalah disebabkan pemimpin pembangkang yang tamakkan kuasa dan mahu kekal berkuasa hingga bila-bila.

Lebih parah mereka mahu ahli keluarga, kroni dan penyokong tegar mereka mendapat kedudukan tinggi di dalam parti.

Inilah yabg berlaku kepada pemilihan PKR yan sehingga tidak berkesudahan.

Kem Azmin Ali berhempas pulas mahu mengekalkan bos mereka pada jawatan timbalan presiden PKR hingga segala peraturan dan disiplin proses pemilihan dilanggar dan dicabuli.

Politik wang berleluasa dan kertas undi samada diseleweng, ditambah ikut suka hati atau pun disorokkan bagi memastikan pihak lawan kalah.

Inilah yang menyebabkan rasa tidak puas yang mendalam terhadap apa yang dilakukan oleh Azmin demi berpaut pada kuasa.

Kuasa media baru mendedahkan segala kepincangan bagaimana huru haranya pusat pengundian PKR di cabang-cabang di seluruh negara.

Sungguh memalu dan mengaibkan bagi sebuah parti yang sungguh angkuh dan bongkak ketika mengutuk, mengeji dan memfitnah UMNO dan BN dengan dakwaan kepincangan dan penyelewengan kuasa.

Hakikatnya PKR sendiri terlibat dalam amalan rasuah politik yang amat dahsyat dan tidak boleh dimaafkan.

Mungkin lain kali parti itu perlu melihat dirinya dalam cermin yang lebih besar supaya insaf dengan kepincangan dalam organisasi sendiri sebelum menjaga tepi kain orang lain.

Begitu juga apa yang sedang berlaku di dalam Dap berhubung status sahnya parti itu sebagai sebuah pertubuhan politik yang berdaftar.

Sehingga kini parti itu terus dengan membuat keputusan dasar dan polisi mengenai perjalanan parti walaupun ditegah oleh Jabatan Perdaftaran Pertubuhan sehingga isu kesahihan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang diadakan pada Disember 2012 diselesaikan.

Sekali lagi Dap memilih jalan menentang RoS dengan membuat pelbagai dakwaan yang tidak adil dan palsu terhadap jabatan kerajaan itu.

Hanya kerana Dap mahu menutup penyelewengan yang berlaku semasa pemilihan CECnya dituduhnya pula RoS bersekongkol dengan UMNO untuk menjatuhkan parti itu.

Hakikatnya apa yang berlaku adalah hasil pergolakan politik antara dua kem dalam Dap – kem yang menyokong dinasti Lim Kit Siang/Lim Guan Eng dan kem yang menentang sikap diktator mereka.

Penyelewengan yang berlaku adalkah kerana dinasti Lim mahu mencantas penentang mereka dan memastikan CEC dipenuhi oleh penyokong yang direstui mereka.

Kemelut politik yang membelenggu pakatan pembangkang adalah serius hingga menyebabkan Ketua Fakulti Budaya Hakka, Universiti Perguruan Kao Shiong Taiwan, Lee Liang Shi mengatakan faktor kekalahan calon Dap di Tekuk Intan adalah disebabkan oleh pertelagahan Pas, PKR dan Dap di Selangor dan isu hudud yang dimainkan oleh parti itu.

Masalah kritikal antara ketiga-tiga parti tidak dapat disorok lagi hingga ia perkelahian mereka meletup semasa kempen PRK Teluk Intan.

Walaupun mengaku berpakat dalam politik, realitinya itu hanya cakap-cakap kosong yang tidak membawa pengertian sebenar.

isuhot.com

FDI Pulau Pinang Makin Merosot… Kerajaan Dap Hanya Pandai Jual Tanah PDC

Posted: 01 Jul 2014 12:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan membidas sikap berdiam diri kerajaan Pulau Pinang yang diterajui Dap dalam berdepan dengan persoalan berkaitan kegagalan menarik kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke negeri itu sejak dua tahun kebelakangan ini.

Katanya, sehingga ke hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan kepimpinan Dap sendiri membisu berkaitan soal pembangunan, kemajuan dan FDI yang sewajarnya dibentangkan kepada rakyat.

"Kepimpinan Dap sebelum ini mendabik dada dan angkuh dengan slogan 'Cekap, Akauntibiliti dan Telus' (CAT) yang mereka bawa pada awal-awal pentadbiran mereka berkerajaan namun apakah yang dilakukan sekarang ini benar-benar menunjukkan sikap CAT itu sendiri?" katanya kepada UMNO-Online.

Tegasnya, jika benar CAT itu diaplikasikan maka sewajarnya segala sumber pendapatan dan perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan negeri akan dilaporkan.

Pada 2010, Guan Eng berbangga melaporkan Pulau Pinang menerima FDI lebih RM12 bilion namun merosot kepada RM9 bilion pada 2011 dan terus merudum kepada lebih RM2 bilion sahaja pada tahun lepas.

"Dengan nilai sedemikian, apakah punca utama untuk kerajaan negeri kekalkan perbelanjaan dan pentadbiran Pulau Pinang sedangkan mereka tidak mempunyai sumber pendapatan yang memberangsangkan untuk menjana ekonomi mereka sendiri.

"Apa yang saya tahu, pentadbiran Dap menggunakan cara yang paling mudah untuk mengekalkan perbelanjaan mereka iaitu dengan menjual tanah-tanah kerajaan termasuklah tanah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) namun sehingga kini pun pemimpin mereka masih tidak bersuara apabila penjelasan diminta," bidasnya lagi.

Beliau memberikan contoh tanah-tanah milik PDC dan kawasan seperti Taman Free School, Taman Manggis, Batu Kawan dan Bayan Mutiara yang telah dijual kepada pihak lain termasuklah pemaju yang kemudiannya dibangunkan projek perumahan mewah dan komersial.

"Sepatutnya penjualan tanah-tanah ini tidak dikira sebagai keuntungan atau pendapatan kerajaan negeri malah lebih elok jika tanah-tanah tersebut didirikan rumah-rumah kos murah dan sederhana yang lebih diperlukan majoriti penduduk Pulau Pinang.

"Jika benar mereka adalah kerajaan yang bersandarkan kepada CAT maka sepatutnya setiap urusan dalam pentadbiran termasuklah ekonomi akan didedahkan kepada rakyat, mencari seberapa banyak FDI untuk bertapak di negeri tersebut agar ekonomi dapat dijana dengan baik dan rakyat mempunyai pekerjaan yang mantap.

"Namun mereka hanya tahu bermain politik, pandai bercakap dalam isu-isu yang memberi mereka kepentingan sebaliknya apabila diajukan macam-macam persoalan berkaitan urusan pentadbiran mereka sendiri, ternyata mereka gagal."

Dikatakan kemasukan FDI ke Pulau Pinang bertambah buruk pada tahun ini apabila hanya menerima RM59 juta untuk tempoh dua bulan pertama manakala sebanyak RM291 juta merupakan pelaburan domestik seperti yang disiarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). – MediaUMNO

Hubungan Malaysia – China Terus Kukuh Walaupun Pelbagai Insiden Berlaku – Hamim

Posted: 01 Jul 2014 12:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Hubungan antara Malaysia dan China terus kukuh, terutama hubungan perdagangan, walaupun pelbagai insiden berlaku akhir-akhir ini, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Hamim Samuri berkata, hubungan antara kedua-dua negara akan terus bertambah kukuh berikutan pelbagai program telah dirancang bersama.

“Ini termasuk Program Lima Tahun Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan (yang ditandatangani pada 5 Oktober lepas bagi tempoh 2013 hingga 2017), iaitu satu jalinan kukuh menjadikan negara ini sebagai rakan perdagangan terbesar China di kalangan negara Asean,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar.

Abdul Rahman ingin tahu  mengenai impak hubungan dua hala Malaysia-China selepas kehilangan pesawat MH370 dan penculikan yang melibatkan warga China di Sabah.

“Oleh itu, insiden seperti kehilangan pesawat MH370 dan penculikan pelancong China di Sabah tidak mengganggu hubungan yang telah terjalin. Namun kita masih memantau sebarang keadaan dagangan akibat daripada peristiwa terbabit,” katanya.

Menjawab soalan asal Abdul Rahman mengenai kemajuan hubungan dua hala dengan China, Korea dan Jepun dalam ekonomi serta imbangan dagangan, Hamim berkata, China adalah rakan dagang utama Malaysia dengan nilai dagangan mencecah RM203.3 bilion pada tahun lepas.

“Manakala Jepun dan Korea adalah rakan dagang Malaysia yang ketiga dan ketujuh terbesar dengan nila dagangan masing-masing RM136.1 bilion dan RM56.9 bilion.

“Peratusan dagangan Malaysia dengan ketiga-tiga negara itu adalah sebanyak 28.9 peratus daripada keseluruhan nilai dagangan global Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, nilai eksport negara telah meningkat sebanyak 9.2 peratus kepada RM96.9 bilion bagi China, dan tiga peratus bagi Korea iaitu kepada RM26.13 billion bagi Korea pada 2013 berbanding tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, Hamim berkata, eksport negara menurun sebanyak 4.4 peratus kepada RM79.75 bilion bagi Jepun disebabkan pengurangan permintaan bagi 2013 berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, dari 2009 hingga 2013, Malaysia mencatatkan jumlah lebihan dagangan dengan negara China dan Jepun, yang masing-masing bernilai RM23.5 bilion dan RM56.7 bilion.

“Manakala kurangan dagangan bernilai RM5 bilion telah dicatatkan dengan Korea disebabkan nilai import melebihi eksport yang berlaku pada 2010 dan 2013,” katanya.

Pasukan Petugas Khas Ditubuh Tangani Peningkatan Kes Denggi – Najib

Posted: 01 Jul 2014 12:38 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Julai  - Kerajaan menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk menangani kebimbangan umum tentang peningkatan kes demam denggi sejak akhir-akhir ini di seluruh negara, umum Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata pasukan yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, itu akan turut disertai oleh menteri-menteri dari Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Kerja Raya.

Pasukan itu juga akan turut melibatkan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi-agensi berkaitan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Kerajaan berharap dengan penubuhan pasukan petugas khas ini akan dapat membendung peningkatan kes-kes demam denggi dengan kadar segera, di samping melaksanakan langkah-langkah pencegahan dengan lebih berkesan di seluruh negara,” katanya.

Dokumen Didakwa Bukti Penyelewengan Adun Kuala Kubu Baharu Diserahkan Kepada SPRM

Posted: 01 Jul 2014 12:35 AM PDT

PUTRAJAYA, 1 Julai – Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengemukakan dokumen didakwa bukti penyelewengan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Baharu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Presidennya Ramesh Rao mendakwa Adun Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong ketika menjadi anggota Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah terbabit penyalahgunaan kuasa, penyelewengan wang peruntukan kerajaan dan rasuah.

“Saya dan Tony Tan Chee Chong yang merupakan bekas pembantu peribadi Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, telah memberikan maklumat secara lengkap secara lisan dan menyerahkan dokumen berjumlah lebih 60 muka surat mengenai salahlaku Lee kepada seorang wakil SPRM,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen itu kepada wakil SPRM di sini.

Dalam pada itu, Ramesh berkata pihaknya menerima aduan daripada 18 kontraktor yang mendakwa menjadi penyumbang dana kepada parti pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, tahun lepas, yang membabitkan jumlah wang yang banyak.

“Kami mempunyai senarai nama-nama kontraktor berkenaan yang mendakwa bahawa pembangkang menjanjikan pemberian kontrak kepada mereka di Selangor dan Pulau Pinang tetapi akhirnya pembangkang tidak mengotakan janji-janji mereka,” katanya.

Beliau berkata banyak lagi salah laku anggota pembangkang akan didedahkan pada masa depan selepas mendapat bukti-bukti yang sahih kelak.

Pemansuhan ISA Beri Kesan Kepada Usaha Banteras Militan – Wan Junaidi

Posted: 30 Jun 2014 11:58 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memberi kesan kepada pihak penguat kuasa dalam membanteras kegiatan militan di negara ini, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tanpa ISA, adalah sukar bagi pihak penguat kuasa mengambil  tindakan sewajarnya terhadap individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan berkenaan.

Katanya, di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA, individu hanya boleh ditahan selama 28 hari dan perlu dituduh di mahkamah selepas tempoh itu.

“Dan kalau disabit kesalahan di mahkamah, barulah mereka (individu terbabit militan) ini dipenjarakan. Tetapi dalam gerakan (militan) ini bukan mudah untuk mendakwa bukti yang nyata yang boleh diterima oleh pihak mahkamah,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Senator Noriah Mahat.

Noriah ingin tahu apakah punca kewujudan kumpulan militan di negara ini dan apakah pendekatan holistik kerajaan dengan kerjasama negara lain bagi menangani ancaman militan.

Wan Junaidi memberikan contoh kes 12 rakyat Malaysia yang ditahan berkaitan kegiatan militan dan dituduh di mahkamah, namun lapan orang telah dibebaskan kerana tidak cukup bukti manakala empat lagi masih dalam perbicaraan di mahkamah.

Katanya antara faktor yang mendorong kewujudan kegiatan militan adalah untuk membantu rakan-rakan mempertahankan satu perjuangan yang kononnya berlandaskan Islam, keinginan mati syahid dan melihat kegiatan militan sebagai cara yang cepat dan mudah untuk dimasukkan ke syurga.

Kepada soalan asal Noriah, Wan Junaidi berkata phak berkuasa telah menahan sebanyak 108 individu pelbagai warganegara yang terlibat dengan kegiatan militant sejak tahun 2010 hingga kini.

Beliau berkata beberapa usaha dilakukan kementerian melalui pihak polis, termasuk menyiasat aktiviti kumpulan yang mencurigakan dan memantau individu yang pernah terlibat dengan kumpulan militan.

Selain itu, katanya kementerian turut mengadakan beberapa siri program pemulihan kepada orang tahanan dan anggota keluarga mereka serta mengadakan kerjasama rapat dan bertukar maklumat risikan dengan agensi keselamatan Negara luar terutama negara Asean.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah sama ada terdapat keperluan mewujudkan semula ISA, Wan Junaidi berkata akta berkenaan sudahpun dimansuhkan dan kerajaan perlu melangkah ke hadapan mencari pelbagai insiatif untuk membanteras kegiatan militan.

“Kita terpaksa hidup dengan keadaan dan undang-undang sekarang, apa yang tinggal ialah kita perlu memperbaiki anggota risikan kita dan pertingkatkan lagi tahap kebolehan mereka selain menambah baik jaringan kerjasama dengan pihak risikan luar negara,” katanya.

Register Business Before GST Implementation, SMEs Urged

Posted: 30 Jun 2014 11:06 PM PDT

KUALA LUMPUR, July 1 – Small and medium enterprises (SMEs) have been urged to register their businesses with the government before the Goods and Services Tax (GST) is implemented.

Makng the call, International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed said SMEs may register their businesses online.

“SMEs that are not in the system may lose their market share over time if larger firms decide to buy goods from businesses that are registered under the GST so as to benefit from the tax credit on inputs,” he told reporters after a roundtable discussion with representatives of national associations and chambers of commerce today.

Mustapa said it is estimated that almost 25 per cent of SMEs (about 160,000 businesses) would find themselves included in the GST system at the registration threshold value (sales value) of RM500,000 per year.

“For those excluded, SMEs are advised to evaluate the situation carefully and volunteer to be in the GST system due to the many advantages over the long term,” he said.

In the 2014 first quarter survey conducted by SME Corp Malaysia on 2,079 respondents, 84 per cent indicated that they needed training on GST, 26 per cent said they needed access to GST-compliant software, and 25 per cent requested tax incentives for upgrading of information communications technology hardware and equipment, Mustapa said.

Under the 2014 Budget, the government has allocated RM150 million to help  SMEs purchase GST-compliant accounting software or upgrade existing software to GST compliance.

Mustapa said consultations with industry players are ongoing in order to keep them abreast of the GST.

“Engagements are done every week to identify what issues bussinesses face, in line with the communication objective,” he added.

Rang Undang-Undang IPTS Diluluskan

Posted: 30 Jun 2014 10:53 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) (Pindaan) 2014 bagi  membuka ruang lebih luas dalam menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau.

Rang undang-undang itu bertujuan meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 bagi memperketat pemantauan dan pengawalan kualiti terhadap semua IPTS tempatan sekali gus mendorong kepada liberalisasi sector pengajian tinggi swasta tempatan.

Peruntukannya juga membuka ruang kepada pusat pengajian tinggi terkemuka antarabangsa bertapak di negara ini membawa masuk teknologi baharu dan menguntungkan negara.

Selain itu, ia turut membantu memperkemas garis panduan bagi menentukan yuran pengajian IPTS berpatutan dan sepadan dengan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Rang undang-undang itu yang diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Pendidikan Kedua P.Kamalanathan akan turut membuka lebih banyak peluang kepada pelajar melanjutkan pelajaran di IPTS mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

Rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 10 Jun lepas.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...