UMNO Online - “Langkah Kerajaan Tangani Gelandangan Harus Disambut Baik” plus 2 more

UMNO Online - “Langkah Kerajaan Tangani Gelandangan Harus Disambut Baik” plus 2 more

Link to UMNO Online

Langkah Kerajaan Tangani Gelandangan Harus Disambut Baik

Posted: 06 Jul 2014 02:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Yayasan Kesejahteraan Bandar menyifatkan langkah kerajaan menangani masalah pengemis dan gelandangan sebagai menghormati hak setiap pengunjung dan pelancong ke ibu kota yang mahukan kawasan Bandar lebih kondusif untuk keluarga.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Izudin Ishak berkata langkah proaktif kerajaan itu tidak harus membabitkan sentimen emosi yang akhirnya merugikan kebaikan untuk pengunjung dan golongan gelandangan.

“Fokus kita adalah lebih praktikal dalam memberi bantuan kepada golongan ini dan tidak mahu ada pihak tidak bertanggungjawab mempergunakan mereka untuk kepentingan tertentu seperti sindiket meminta sedekah dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata jika diamati dengan positif, penguatkuasaan zon bebas gelandangan yang diumum baru-baru ini merupakan titik tolak kepada satu system pengurusan kebajikan lebih efektif dan bersesuaian dengan imej Kuala Lumpur.

Izudin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Selasa lepas berhubung keputusan kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti mengemis, antaranya, menyaman pemberi sedekah manakala penerima pula akan ‘diangkut’ memandangkan kebanyakan pengemis adalah warga asing. -MediaUMNO

Arrest Of Militants Proves Govt Is Concerned About Extremist Activities

Posted: 05 Jul 2014 11:31 PM PDT

KUALA LUMPUR, July 6 – Efforts to detain individuals suspected of being involved in militant activities in the country is nothing new and they reflect the concern of the government about the activities of the extremists, said Deputy Home Minister Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

However, he said, since the disclosure on the arrests of individuals suspected of being involved in militant activities by the media, it reflected as though the activities were only recently discovered.

“It is not true that the government only acted now, it had actually carried out intelligence, action and arrests from before which proves that the government is concerned about extremist activities,” he told Bernama here today.

He said that allegations by certain parties that the intelligence capability of the police and the Home Ministry (KDN) was weak was not true when they stated that those involved had only been detained recently.

“KDN and especially the police have the capability to carry out intelligence…now intelligence by the Special Branch had been intensified to establish regional and international cooperation between the intelligence agencies,” he said.

He said the current exposure was due to the situation at present and the media interest on the matter which had attracted public discussion.

Wan Junaidi explained that based on the existing law, police could not make any arrest for prevention but must first gather evidence according to the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA) to charge the individuals concerned in court.

He said that such militant activities and violence could pose a threat to the country if no firm action, close monitoring and public cooperation were forthcoming.

“This is no longer a problem for the KDN and police only but it represents a national problem that calls for the involvement of everyone whether in the government or otherwise.

“The activities of students whether in school or university must be monitored…the authorities must be informed of any doubtful activity,” he said.

Asked on the involvement of Malaysians in militant activities, Junaidi said the group had actually not made any detailed assessment on which group’s struggles were getting their aid and support and whether they would benefit the ummah generally.

According to Junaidi, what was worrying was that the individuals suspected of being involved in militant activities had received training in warfare and this knowledge would be brought back into this country.

“We worry because their thinking can pose a major threat to the country, this includes influencing our youths.

“Thus, what is important now is that we monitor not only those whom we suspect but also through intelligence from the foreign security agencies too,” he said.

Expressing his surprise at the action of the highly educated individual in militant activities, Junaidi said: “This is what we describe as a tendency, where they are keen and easily influenced by what they desire.”

Earlier, Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar had said that this year, police detained 19 Malaysians who were believed to be involved in militant groups that had links with the militants in southern Philippines and Middle Eastern countries.

In the latest development, five individuals on the police ‘wanted’ list were suspected to be involved in militant activities namely University of Malaya (UM)Islamic Studies Faculty lecturer, Dr Mahmud Ahmad, 35, photostat and stationery shop owner said to be operating in UM, Mohd Najib Husen, Muhammad

Joraimee Awang Raimee, 39, and two residents in Tawau, Sabah, namely Mohd Amin Baco, 30, and Jeknal Adil.

Efforts to curb militant activities had become more challenging for the police after the abolition of the Internal Security Act (ISA) which had been effective in checking militant activities in the country.

This was because under the SOSMA, individuals could only be detained for 28 days and must be charged in court after that period. -MediaUMNO

Golongan Provokasi Dinasihat Tidak Gugat Keharmonian Negara

Posted: 05 Jul 2014 11:26 PM PDT

KUDAT, 6 Julai – Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri menasihatkan golongan tertentu supaya tidak meneruskan hasrat mereka untuk cuba menggugat keharmonian, keselamatan dan mencabar kedaulatan negara.

Abdul Rahim berkata kerajaan akan sentiasa melihat dan memerhati tindakan golongan berkenaan dan akan bertindak sewajarnya berlandaskan undang-undang dan peruntukan Perlembagaan.

“Sebagai sebuah negara berbilang kaum, pelbagai anutan agama dan kedudukan geografi yang berbeza tidak dapat dinafikan akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kerenah.

“Tetapi yang penting sekali setiap rakyat harus menanamkan rasa tanggungjawab serta menghormati perlembagaan dan undang-undang negara dan tidak mencabar mengikut kehendak nafsu peribadi tanpa mengambilkira implikasi buruknya kepada rakyat dan negara,” katanya dalam majlis sumbangan bantuan kepada 500 golongan asnaf di Dewan 1Malaysia di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan tindakan golongan tertentu yang menggunakan media sosial untuk membangkit provokasi bertujuan menggugat perpaduan rakyat dan keutuhan negara.

Abdul Rahim yang juga anggota Parlimen Kudat mengingatkan umat Islam agar sentiasa bersatu-padu dan meningkatkan ukhwah serta mengamalkan sikap kesederhanaan selaras dengan ajaran islam yang menuntut umatnya sentiasa bersifat inklusif, terbuka, bersangka baik dan menjadi umat contoh.

Beliau berkata rakyat Malaysia harus berbangga dan bersyukur kerana dapat hidup dalam negara yang aman dan makmur hasil daripada dasar serta perlaksanaan pelbagai program kerajaan.

“Setiap rakyat boleh hidup bebas, memperoleh pekerjaan, berpeluang mencari rezeki dan menikmati pelbagai bantuan kerajaan. Keselesaan sebegini tidak banyak dikecapi oleh negara lain,” katanya.

Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan berusaha sebaiknya untuk menguruskan negara dengan penuh amanah. -MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...