UMNO Online - “Data Memori Kad Kotak Hitam Tidak Boleh Diubah” plus 9 more

UMNO Online - “Data Memori Kad Kotak Hitam Tidak Boleh Diubah” plus 9 more

Link to UMNO Online

Data Memori Kad Kotak Hitam Tidak Boleh Diubah

Posted: 22 Jul 2014 01:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Data dalam kad memori kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine pada Khamis, tidak boleh diubah atau ditambah.

Ketua Penyelidikan dan Inovasi Pesawat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Prof Madya Kapt Dr Mohd Harridon Mohd Suffian berkata data hanya boleh disembunyikan dengan mengasingkan beberapa data tertentu, namun ia masih boleh dikesan jika perkara itu berlaku.

“Sembunyikan data bukan bermaksud memadam maklumat di dalam memori kad tersebut, bagaimanapun apa yang boleh berlaku ialah sebahagian data telah diasingkan, disembunyikan.

“Kad memori juga tidak boleh ditukar kerana ia mempunyai nombor siri tersendiri yang sama dengan nombor pada kotak hitam tersebut dan boleh dikenal pasti melalui kilang yang mengeluarkannya,” katanya kepada Bernama.

Mohd Harridon berkata kotak hitam diletakkan dalam satu perkakasan khas iaitu ‘Crash Survivability Memory Unit (CSMU) yang mempunyai beberapa lapisan daripada aluminium tipis, silika dan titanium yang kuat dan tahan terhadap letupan pesawat.

Mengulas lanjut beliau turut memberitahu walaupun maklumat analisis daripada kotak hitam diperoleh, namun ia hanya akan memberikan 50 peratus gambaran untuk merungkai nahas pesawat MH17, manakala separuh lagi melalui analisis serpihan  kapal terbang.

“Kita perlu analisis dua perkara, kotak hitam dan serpihan kapal terbang yang jatuh ke tanah perlu dikumpul, diukur dan laporan juga perlu dibua… proses analisis akan menjadi sukar jika serpihan-serpihan kapal terbang MH17 yang jatuh mempunyai banyak saiz kecil dan besar berselerakan, diubah dan dipindahkan daripada tempat asalnya.

Sementara itu, Pensyarah Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Kamarul Arifin Ahmad berkata kotak hitam  mempunyai dua komponen penting iaitu Voice Data Recorder (VDR) yang merupakan rakaman suara antara juruterbang dan pembantu juruterbang dan Flight Data Recorder (FDR) iaitu rakaman data-data pesawat.

“VDR dapat merakam perbualan juruterbang bersama pembantu juruterbang selama dua jam sebelum ia terhempas dan data FDR pula direkodkan sejak pesawat tersebut berlepas”, katanya.

Kamarul Arifin berkata kemungkinan bunyi impak peluru jika betul MH17 ditembak pasti dapat dirakam oleh kotak hitam pesawat tersebut.

Beliau berkata Malaysia wajar mendapatkan kepakaran dari luar negara untuk mengendalikan siasatan terhadap kotak hitam pesawat MH17 kerana memerlukan instrumen serta orang berpengalaman dalam bidang tersebut.

Data kotak hitam berkemungkinan akan rosak jika komponen elektronik itu disalahgunakan, katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata di Putrajaya pada Isnin malam bahawa kotak hitam itu akan diserahkan kepada pasukan Malaysia pada pukul 9 malam (2 pagi di Malaysia) selepas beliau berhubung dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah bergolak tempat pesawat itu terhempas.

Pesawat MAS, MH17, sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, utara Ukraine, dekat sempadan Rusia pada Khamis malam.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu dipercayai telah ditembak jatuh.

Kenyataan “Negara Tak Berguna” Gambarkan Nilai Politik Dan Pemikiran Dap

Posted: 22 Jul 2014 01:09 AM PDT

PULAU PINANG, 22 Julai – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheik Fadzir mengecam keras kenyataan isteri Ahli Parlimen DAP Tanjong, Ng Wei Aik, Yuki Tan yang menghina negara ekoran daripada tragedi yang menimpa pesawat MH 17.

Tegas beliau perkara ini sebenarnya turut memperlihatkan nilai politik dan pemikiran Dap yang sentiasa mengambil kesempatan di atas apa juga yang terjadi untuk menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Jelasnya lagi sepatutnya ketika negara berdepan dengan kesukaran semua rakyat perlu bersatu hati tanpa mengira fahaman politik dan juga bangsa.

"Kita tidak seharusnya menghina negara sendiri di kala negara di landa musibah. Mana rasa kesetiaan kepada negara? Sekiranya dia merasakan negara ini tidak berguna dan tidak selamat untuk diduduki maka dia mempunyai hak untuk pilih mana-mana negara yang dia fikirkan selamat untuk tinggal.

"Seharusnya Yuki berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan. Bagaimanakah perasaan keluarga mereka yang terlibat di dalam nahas tersebut. Seluruh negara sedang bersedih tapi mengapa mereka yang tidak bertanggungjawab ini mahu mempolitikkan semua perkara," ujarnya kepada UMNO-Online.

Yuki Tan telah menulis dalam laman sosialnya , seperti berikut 'Malaysia begitu menggerunkan, apakah jenis negara yg tak berguna ini', selepas menerima berita tentang tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.

Beliu bertanggungjawab memuat naik status tersebut yang kemudiannya dipadamkan.

Jelas Musa lagi ternyata kenyataan tersebut seakan menghasut rakyat membenci negara ini.

"Ng Wei Aik (pemimpin Dap) sendiri pernah mencetuskan kontroversi dengan kenyataan biadap menghalau peniaga di Pulau Pinang. Kini isterinya pula buat perkara yang sama. Saya rasa di dalam hati pemimpin Dap ini terlalu tebal perasaan bencikan negara ini sehinggakan mereka sedikitpun tidak kisah tentang hati dan perasaan keluarga mangsa.

"Di kala kerajaan sedang berusaha keras membawa pulang jenazah dan menyelesaikan perkara ini, mereka pula menangguk di air keruh," ujarnya lagi. - MediaUMNO

Selepas PKR, Giliran Selangor Jadi Harta Mak Bapak Anwar

Posted: 22 Jul 2014 01:05 AM PDT

Berwenang-wenang betul Anwar Ibrahim di Selangor hari ini.  Dari lantik diri sendiri sebagai Penasihat Ekonomi Negeri, kosong kerusi DUN Kajang dengan sengaja untuk letak bininya sendiri, sehinggalah sekarang apabila menamakan pula bininya sebagai Menteri Besar yang baru.

Tak cukup PKR itu jadi harta pusaka dia, sekarang kerajaan Selangor pun terima nasib yang sama.

Selain salah dari segi moral, apa yang Anwar buat di Selangor hari ini membuktikan bahawa perjuangan dia dalam politik selama hari ini adalah untuk kepentingan peribadinya semata-mata, tidak ada kepentingan rakyat sama sekali.

Azizah ni, selain berkipas ke hulu ke hilir, apa yang dia tahu pasal pentadbiran negeri, melainkan jadi boneka kepada Anwar sajalah.  Tak percaya ke?  Cuba tengok 4 janji manifesto Kajang dulu, dah berapa banyak yang terlaksana?  Sesak di Kajang, ada kurang ke sejak Azizah jadi ADUN?

Tapi pada tangan yang sibuk mengipas ini jugalah diuserahkan masa depan Selangor untuk dia kendalikan.

Dalam pada dok sibuk sana Rosmah sini Rosmah, penyudahnya, bini dia pulak yang dinamakan sebagai Menteri Besar, haru betul orang tua tak sedar diri ni.

Jangan silap, penulis tak pertikai dari segi kelayakan, jantina, mahupun undang-undang sebab perkara tu tak berbangkit sama sekali.

Yang dipertikaikan sekarang ialah, ada 44 ADUN Pakatan di Selangor, 11 darinya perempuan, 5 darinya Melayu.  Mana-mana satu ini boleh jadi Menteri Besar ganti Khalid Ibrahim (jika betul Khalid tak perform). Kalau isunya 3 perkara itu (kelayakan, jantina, undang-undang), kenapa Azizah saja?

Jawapannya mudah, Azizah dinamakan kerana dia bini Anwar Ibrahim, itu saja, period, noktah, full stop!!

Dan bila seorang bini dinamakan lakinya sendiri sebagai bakal ketua kerajaan negeri, ini bukan lagi soal merit atau kelayakan, tapi nepotisme dam kronisme – 2 isu yang Anwar sering tuduh BN melakukannya, dah sekarang dia pulak yang buat.

Betul kata orang, manusia yang moralnya yilek macam Anwar ni, cakapnya tu memang takdak intergriti sama sekali.  Malah, dalam soal nak tukar Menteri Besara ini pun, dah beberapa kali Anwar buat kenyataan nafi, tapi penyudahnya, macam yang kita semua tahu sekarang.

Apa pun keputusan akhir di tangan DYMM Sultan Selangor, yang sebetulnya sasaran sebenar Anwar kalau perlantikan Azizah tak diperkenan.  Ingat NGO nama Negara-ku?  Kepada NGO inilah Anwar akan serahkan untuk buat demo di sana sini dalam negeri Selangor kalau perlantikan Azizah tidak diperkenan.

Dengan cara ini Anwar harap agenda peribadi dia apabila melantik Azizah sebagai Menteri Besar akan teralih.  Yang akan ambil alih ialah kemarahan rakyat (terutama orang cina) kepada institusi beraja kerana tidak perkenan perlantikan Azizah.

Logiknya, Sultan nak perkenan macam mana kalau hanya satu nama yang dihantar, macam kurang sangat ADUN lain di Selangor tu?  Tapi ingat Anwar ada peduli ke semua ni?

mykmu.net

Golongan Muda Mesti Tolak Agenda Songsang Topeng NGO Negara-Ku – PIMPIN

Posted: 22 Jul 2014 01:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Julai –Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (PIMPIN) hari ini menyeru golongan muda agar tidak terpengaruh dengan NGO Negara-Ku yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Ambiga memandangkan NGO tersebut mempunyai matlamat menyebarkan idea dan fahaman yang  tidak sesuai dengan budaya dan kehidupan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Presidennya, Saiful  Azhar Shaharun berkata, penubuhan NGO ini dilihat condong ke arah mengangkat agenda liberalisme apabila pengasas-pengasas NGO baru itu merupakan mereka yang terlibat dalam gerakan NGO seperti Bersih, Comango dan juga Interfaith Council (IFC) sebelum ini.

"Kita menyeru golongan muda agar tidak terpengaruh dengan NGO yang menggunakan nama patriotik seperti ini untuk mengaburi matlamat perjuangan mereka yang tidak diterima melalui NGO-NGO yang mereka tubuhkan sebelum ini.

"Bagi pihak PIMPIN, kami juga berpendapat bahawa penubuhan NGO ini juga merupakan propaganda pihak tertentu yang bertujuan untuk mendesak kerajaan agar lebih terbuka dan liberal terutamanya yang berkaitan dengan isu-isu agama di negara ini," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

NGO Negara-Ku yang ditubuhkan oleh Datuk Ambiga Sreenavasan ini mendapat tentangan hebat daripada NGO-NGO Islam yang mendakwa bahawa Negara-Ku merupakan satu lagi NGO yang cuba mengenengahkan idealisme pemikiran liberal yang berlawanan dengan asas dan nilai budaya masyarakat Malaysia.

"NGO-NGO yang mereka tubuhkan sebelum ini seperti Bersih, Comango dan juga IFC ternyata ditolak dan ditentang oleh majoriti rakyat di negara ini yang melihat agenda-agenda yang dibawa itu boleh memberi kacau ganggu kepada kestabilan dan keharmonian antara kaum dan agama di negara ini.

"Maka Negara-Ku ini merupakan satu lagi gerakan yang cuba membawa perjuangan yang sama tetapi menggunakan nama yang dlihat amat patriotik, seolah-olah membayangkan bahawa mereka  berjuang untuk keamanan, kemakmuran dan kestabilan di negara ini, sedangkan hakikatnya tidak begitu.

"Jadi saya menyeru kepada semua golongan rakyat, khususnya golongan muda agar menolak sebarang agenda yang boleh merosakkan serta menjadi racun kepada keharmonian dan sikap tolenrasi di antara kaum dan agama yang selama ini tumbuh subur di dalam setiap diri rakyat di negara ini," ujarnya. -MediaUMNO

MH17 : Imej Baik Malaysia, Pendekatan PM Antara Faktor Kejayaan Rundingan

Posted: 22 Jul 2014 12:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Seorang pensyarah di Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM), Prof Madya Hanafiah Harun berpendapat bahawa rundingan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pengganas, Alexender Barodai berjalan dengan lancar dan mudah adalah disebabkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang penuh perikemanusiaan, serta terkenal dengan pendekatan yang penuh dengan kesederhaan baik di dalam negara dan juga dalam perhubungan antarabangsa.

Menurut beliau, sikap Malaysia  yang juga seringkali menjadi antara negara terawal yang menghantar bantuan kemanusiaan ke mana-mana pelusuk dunia untuk membantu mereka yang dilanda bencana, sedikit sebanyak telah menimbulkan rasa hormat di kalangan masyarakat dunia.

"Saya berpandangan antara faktor-faktor yang memudahkan perbincangan pemimpin negara dengan ketua pemberontak dalam isu kotak hitam dan membawa pulang jenazah mangsa yang terlibat dalam tragedi MH17 adalah di sebab imej Malaysia sebagai sebuah negara yang ringan tangan dalam menghulurkan bantuan dan terkenal dengan sikap perikemanusiaan yang tinggi.

"Imej Malaysia ini sudah dibentuk sejak dari awal kepimpinan negara di mana ianya diteruskan dari seorang pemimpin kepada seorang pemimpin sehinggalah ke era Datuk Seri Najib. Di era pemerintahan Datuk Najib, pendekatan wasatiyah yang dibawa dalam kepimpinan beliau telah mengharumkan nama negara serta memberikan Malaysia imej yang baik dan dipandang tinggi oleh penduduk antarabangsa," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah beliau, masyarakat antarabangsa tahu peranan yang dimainkan oleh Malaysia melalui kepimpinan terdahulu sehingga ke hari ini dalam usaha untuk mewujudkan kestabilan politik dan ekonomi di rantau Asia dan juga Barat.

"Pemimpin kita tidak hipokrit dan menyatakan pendirian dengan jujur dan benar untuk kebaikan bersama. Dalam menjalinkan hubungan antara negara-negara di dunia, Malaysia memaparkan sikap toleransi yang amat tinggi serta menghormati sebarang perjanjian dan memelihara hubungan baik secara berterusan dari satu era ke satu era pemimpin yang lain.

"Pengalaman saya sendiri berbual dengan masyarakat  antarabangsa ketika berada di luar negara di mana mereka cukup menghormati Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, tetapi dalam masa yang sama masih ada masa untuk membantu masyarakat dunia terutamanya apabila ada berlakunya bencana," ujarnya.

Terdahulu Datuk Seri Najib Tun Razak telah bercakap dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah tempat tragedi itu berlaku dan  telah mencapai persetujuan tentang beberapa perkara hasil daripada perbincangan beliau dengan ketua pemisah tersebut.

Antara perkara yang dipersetujui termasuk usaha memindahkan 282 mayat, yang ketika ini berada di Torez  ke Kharkiv dengan menaiki keretapi sebelum diterbangkan ke Amsterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda. Setelah selesai semua kerja forensik, mayat warganegara Malaysia akan dibawa pulang ke Malaysia.

Selain itu, Datuk Seri Najib juga berjaya mengikat persetujuan di mana dua kotak hitam diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk, pada kira-kira 9 Isnin malam (waktu Ukraine)  dan para penyiasat bebas antarabangsa akan diberi jaminan keselamatan masuk ke lokasi nahas untuk memulakan siasatan penuh tentang tragedi itu.-MediaUMNO

Sidang Tergempar MH17, Wajar Sertakan Isu Palestin

Posted: 21 Jul 2014 11:38 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Persidangan Parlimen tergempar berhubung tragedi malang yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Dewan Rakyat esok, wajar menyertakan sekali perbahasan mengenai serangan berterusan rejim zionis Israel ke atas Gaza, yang mengakibatkan angka kematian semakin meningkat, kata seorang ahli akademik.

Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Md Shukri Shuib berkata persidangan khas mengenai kedua-dua isu berkenaan sangat penting sebagai tanda Parlimen Malaysia mengutuk kekejaman dan keganasan ke atas masyarakat awam sama ada di darat atau di udara.

“Jadikan persidangan khas Parlimen itu sebagai satu persidangan khas kemanusiaan yang merangkumi dua isu utama dunia kini.

“Tindakan mengheret masyarakat awam ke kancah pembunuhan kejam seperti MH17 dan kezaliman yang berlaku di Gaza adalah petanda betapa keganasan mesti dibendung segera dan kezaliman yang membawa kemusnahan dan pembunuhan dihentikan,” katanya kepada Bernama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan khas mengenai nahas MH17 pada Jumaat lepas, mengumumkan untuk memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membentangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas MH17 dan bagi menyatakan pendirian tegas rakyat Malaysia terhadap nahas tragis itu.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur jatuh terhempas, selepas dipercayai ditembak dengan peluru berpandu di Donetsk, timur Ukraine, pada Khamis lepas.

Ini merupakan kali pertama sidang Parlimen tergempar dipanggil untuk membincangkan isu kemanusiaan membabitkan Malaysia dan kali kedua selepas usul mengecam serangan rejim zionis Israel di Gaza, diadakan pada 12 Jan 2009.

Mengulas isu Palestin, Md Shukri berkata Malaysia dalam usulnya di Dewan Rakyat nanti wajar membidas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atas kelemahannya mengambil sebarang tindakan ke atas Israel.

Beliau turut mencadangkan agar Malaysia memainkan peranan memujuk negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) meninggalkan PBB selama sebulan sebagai langkah memboikot pertubuhan itu dan kuasa besar dunia yang tidak membantu Palestin.

Katanya Malaysia harus segera mendesak PBB memberikan status keanggotaan penuh kepada Palestin sebagai anggota PBB termasuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.

Md Shukri berkata misi kemanusiaan dan bantuan yang disalurkan kepada Palestin pada masa ini bersifat jangka pendek namun dengan pengiktirafan Palestin sebagai negara baharu dan menjadi anggota PBB, bantuan pertahanan, ubat-ubatan dan makanan serta latihan ketenteraan akan lebih mudah disalurkan.

Menurut laporan media antarabangsa sejak Israel melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada 6 Julai lepas, angka kematian rakyat Palestin mencecah lebih 500 orang dan lebih 1,600 rumah musnah, selain hospital dan masjid turut menjadi sasaran serangan.

Kecekapan Najib Berunding Beri Laluan Bawa Balik Mayat Mangsa MH17

Posted: 21 Jul 2014 10:58 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Julai –  Persetujuan ketua pemberontok pro-Russia, Alexander Borodai membenarkan membawa balik mayat warga Malaysia yang terlibat dalam nahas MH17 di Ukraine khamis lalu membuktikan kebijaksanaan Datuk Seri Najib Tun Razak menangani konflik  tersebut.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, walaupun terlalu awal untuk akur dengan persetujuan pihak pemberontak, tetapi perkembangan terbaru itu menunjukkan kebijaksanaan dan kecekapan Perdana Menteri.

"Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Najib kerana berjaya meleraikan kekusutan berhubung insiden tersebut terutama untuk membawa pulang jenazah rakyat negara kita sebelum 1 Syawal," ujarnya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com.

Malah katanya, Najib sebelum ini pernah berjanji akan berusaha dengan apa cara sekalipun untuk membawa mayat mangsa nahas MH17 warga Malaysia ke tanahair sebelum perayaan Aidil Fitri.

"Kita bersyukur kerana Perdana Menteri telah melakukan yang terbaik, sekurang-kurangnya telah memberi kelegaaan kepada waris mangsa nahas," katanya.

Beliau sekaligus menyelar pihak pembangkang yang sebelum ini menuduh kerajaan khususnya Perdana Menteri tidak bersungguh-sungguh menanagni isu persawat MH17 terhempas di Ukraine.

Katanya, pihak pembangkan memutarbelitkan kejadian tersebut dengan membuat andaian tidak berasas termasuk mendakwa MAS bertanggungjawab dalam insiden tersebut kerana menggunakan laluan berbahaya.

"Hakikatnya kerajaan telah melakukan yang terbaik, Najib tidak tidur malam dan hasilnya, beliau berjaya mengadakan perbincangan dengan ketua pemberontak, Dorodai," katanya.

Kejayaan Najib itu tambah Syed Ali, sedikit-sebanyak dapat membuka ruang seterusnya dalam merungkai setiap persoalan disebalik tragedi pesawat MH17 ditembak jatuh di wilayah Ukraine.

Menyifatkan kejayaan 'luar biasa' Najib, beliau menegaskan perbincangan Borodai dengan Perdana Menteri lewat petang kelmarin juga menandakan masyarakat antarabangsa menghormati Malaysia.

Dalam sidang media khas jam 12.15 tengah malam di Seri Perdana, Najib memberitahu beliau berbincang menerusi telefon dengan Borodai lewat petang semalam dan mencapai persetujuan atas tiga perkara.

Pertama; 282 mayat yang dikumpulkan kumpulan pemberontak di dalam kereta api di sebuah stesen di Torez akan dihantar ke Kharkiv hari ini.

Enam anggota pasukan menyiasat Malaysia diberi kebenaran mengiringi mayat berkenaan yang akan dibawa ke Amsterdan dengan pesawat Hercules C-130 milik kerajaan Belanda.

Kedua; Borodai bakal menyerahkan dua kotak hitam pesawat MH17 kepada wakil pasukan penyiasat Malaysia di Donetsk pada jam 9 malam waktu Ukraine.

Ketiga; pasukan penyiasat antarabangsa diberi kebenaran memasuki ke lokasi nahas untuk menjalankan tugas tanpa gangguan.

Kotak Hitam MH17 Diserahkan Kepada Malaysia

Posted: 21 Jul 2014 10:26 PM PDT

KIEV, 22 Julai – Dua kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas telah diserahkan kepada pasukan penyiasat khas Malaysia, kata ketuanya Khairil Hilmi Mokhtar pada Selasa.

Beliau berkata kotak hitam berkenaan diserahkan kepada pasukan di Donetsk, Ukraine, tempat pesawat itu terhempas.

“Kami akan bawa kotak hitam ini ke Netherlands sebelum bawanya pulang ke Malaysia,” kata Khairil Hilmi kepada Bernama.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berkata di Putrajaya pada Isnin malam bahawa kotak hitam itu akan diserahkan kepada pasukan Malaysia pada pukul 9 malam (2 pagi di Malaysia) selepas beliau berhubung dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah bergolak tempat pesawat itu terhempas.

Pesawat MAS, MH17, sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine, dekat sempadan Rusia pada Khamis malam.

Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Dipercayai pesawat itu telah ditembak jatuh tetapi sehingga hari ini tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab.

Downing Of MH17 A Complete Violation Of International Laws – IATA

Posted: 21 Jul 2014 06:57 PM PDT

KUALA LUMPUR, July 22 – The downing of Malaysia Airlines Flight MH17, a clearly identified commercial jet, was in complete violation of international laws, standards and conventions, said the International Air Transport Association (IATA).

Its director-general and chief executive officer Tony Tyler said the Boeing 777 was blown out of the sky while broadcasting its identity and presence in an open and busy air corridor at an altitude that was deemed to be safe.

He noted that governments and air navigation service providers informed airlines about the routes that they could fly and with what restrictions, and airlines complied with that guidance.

“That was the case with MH17,” he said in a statement on the Amsterdam-to-Kuala Lumpur flight believed to have been shot down by a surface-to-air missile on Thursday while flying over the Donetsk region in eastern Ukraine.

The Malaysian jetliner had 298 passengers and crew aboard.

Tyler stressed that no effort should be spared in ensuing that “this outrage is not repeated”.

Governments, he said, would need to take the lead in reviewing how airspace risk assessments were made.

“And the industry will do all that it can to support governments, through the International Civil Aviation Organisation, in the difficult work that lies ahead,” he added.

Majlis Keselamatan PBB Kutuk Serangan Pesawat Malaysia

Posted: 21 Jul 2014 06:55 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ‘dengan kerasnya’ mengutuk serangan ke atas pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 di timur Ukraine minggu lepas yang telah menyebabkan 298 nyawa terkorban.

Menggesa agar siasatan antarabangsa mengenai kejadian itu dijalankan, Majlis berkenaan menuntut kumpulan bersenjata di kawasan itu membenarkan akses penuh ke lokasi kemalangan dan memastikan integriti itu dikekalkan.

Dalam resolusi yang diterima sebulat suara, badan antarabangsa itu menyokong usaha untuk menubuhkan siasatan antarabangsa yang lengkap, menyeluruh dan bebas mengenai nahas berkenaan mengikut garis panduan penerbangan awam antarabangsa.

Ahli-ahli Majlis juga berkeras agar pemindahan mayat-mayat mangsa nahas diperlakukan secara “bermaruah, dihormati dan profesional’ menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Berita PBB.

Di samping itu, mereka menuntut bahawa semua aktiviti ketenteraan, termasuk kumpulan bersenjata dihentikan segera di kawasan sekitar lokasi kemalangan  untuk menjamin keselamatan penyiasatan antarabangsa.

Majlis Keselamatan PBB juga menekankan keperluan agar kumpulan bersenjata yang berkawal di lokasi kemalangan dan kawasan sekitarnya agar tidak membuat sebarang tindakan yang boleh menjejaskan sebarang bukti di lokasi nahas.

Pihak bertanggungjawab menyebabkan kemalangan itu mesti dibawa ke muka pengadilan dan semua negara mesti bekerjasama sepenuhnya dan berusaha untuk mewujudkan akauntabiliti, tambahnya.

Pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines penerbangan MH17, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara pada Khamis.

Pesawat malang itu ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...