UMNO Online - “Federal Govt Will Study Proposals On Airport From Kedah And Penang, Says Liow” plus 3 more

UMNO Online - “Federal Govt Will Study Proposals On Airport From Kedah And Penang, Says Liow” plus 3 more

Link to UMNO Online

Federal Govt Will Study Proposals On Airport From Kedah And Penang, Says Liow

Posted: 29 Jun 2014 05:04 AM PDT

GEORGE TOWN, June 29 – The federal government will study the Kedah government’s proposal to build a new international airport in Kulim, Transport Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said today.

However, he said, he had yet to receive the proposal.
He told this to reporters after attending the Bukit Bendera MCA annual meeting here today in response to an announcement on the proposed airport by Kedah Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Mukhriz, had on June 12, said that Kedah was set to have a new international airport that would boost economic growth in the northern region.
Kedah now has two airports, namely the Sultan Abdul Halim Airport and the Langkawi International Airport.

On the Penang government’s request for a second runway, Liow said the ministry would also study the matter.

Penang Chief Minister Lim Guan Eng today reiterated that the state needed a second runway and that it had enough land for building that additional facility.

The request was based on the increasing number of passengers at the Penang International Airport, he said, and added that air freight had also increased because of foreign direct investment (FDI).

Tuntutan i-BR1M Boleh Dibuat Melalui Pejabat LHDNM – Ahmad Maslan

Posted: 29 Jun 2014 04:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Tuntutan Insurans Takaful Berkelompok Insurans 1Malaysia, atau i-BR1M, boleh dibuat melalui pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri yang berhampiran.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata tuntutan itu boleh dibuat melalui borang khas yang disediakan di pejabat pengendali Takaful atau dimuat turun di www.malaysiatakaful.com.my atau http://www.hasil.gov.my

Ahmad mendedahkan perkara ini menerusi Twitter beliau hari ini. Dalam catatan itu, beliau turut menyertakan pautan info grafik berhubung tuntutan i-BR1M yang telahpun dibayar kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

Kerajaan pada pembentangan Bajet 2014, memperkenal i-BRIM dengan tuntutan boleh dibuat sehingga RM30,000 bagi kematian disebabkan kemalangan dan kemalangan mengakibatkan hilang upaya kekal serta menyeluruh, dan RM1,000 untuk kematian biasa.

Tempoh perlindungan bermula 1 Jan hingga 31 Dis tahun ini.
i-BR1M adalah pelan insurans takaful yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M kategori isi rumah.

Penerimaan i-BR1M membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal akibat kemalangan.

Bagaimanapun, penerima BR1M kategori bujang dan warga emas sebatang kara adalah tidak layak menuntut i-BR1M.

Pada Jumaat lepas, Ahmad berkata i-BR1M membayar RM20.37 juta bagi tuntutan membabitkan 6,483 kes dari 1 Jan hingga 25 Jun tahun ini.

Kematian akibat kemalangan yang membabitkan 476 kes menerima tuntutan sebanyak RM14.28 juta manakala bagi kematian biasa, i-BR1M membayar RM6 juta membabitkan 6,004 kes.

Kecacatan kekal disebabkan kemalangan pula membabitkan tuntutan sebanyak RM90,000, katanya.
Antara dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan ialah sijil kematian dan laporan polis.

Kalau Pemimpin PKR Tiada Perasaan Malu… Teruskan Buat Kritikan Terhadap SPR

Posted: 29 Jun 2014 04:55 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 Jun – PKR dilihat tidak lagi mempunyai kredibiliti untuk membuat sebarang kritikan terhadap perjalanan pilihan raya negara ini yang diselenggara oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setelah terbukti hari ini pemilihan parti mereka sendiri tunggang langgang.

Pengerusi Biro Profesional Pemuda UMNO, Shahril Hamdan berkata pemilihan parti tersebut yang masih belum selesai serta ditambah dengan pelbagai insiden pergaduhan serta kekecohan menunjukan mereka hanya sekadar 'tukang komplen'.

Menurut beliau kredibiliti PKR sudah tercalar teruk dan pimpinan PKR sepatutnya malu dan insaf bahawa apa yang berlaku terhadap proses pemilihan mereka dalah satu petunjuk yang dihayati secara mendalam.

"Insiden sehingga mencetuskan kekecohan di beberapa kawasan sebenarnya perkara yang cukup memalukan… Lainlah kalau pemimpin mereka tidak ada perasaan serta sifat malu dalam diri mereka.

"Keghairahan menghentam SPR dan kerajaan khususnya dalam mengendalikan perjalanan pilihan raya akhirnya memakan diri mereka sendiri…

"Sedar atau tidak kredibiliti mereka sudah pun punah ranah…Jika mereka masih lagi berbunyi selepas ini berkenaan proses pilihan raya di negara tak tahulah apa nak dikata lagi. Jika mereka ada perasaan malu rasa-rasanya tidak akan berbangkit lagi," katanya kepada UMNO-Online.

Beliau seterusnya menambah PKR tidak perlu malu untuk belajar daripada mana-mana pihak bagaimana menguruskan proses pemilihan parti.

"Kecualilah mereka ada maksud tersirat di dalam pemilihan berkenaan…uruskan pemilihan parti pun tunggang-langgang macam mana nak uruskan pemerintahan negara. Golongan muda khususnya boleh melihat dan menilai secara dekat bagaimana drama pemilihan PKR hari ini.

"Rakyat tentunya merasa jijik dan malu melihat gelagat PKR ini yang sehingga kini masih lagi belum selesai. Apakah ini yang diharapkan untuk menerajui pemerintahan negara," ujarnya. -MediaUMNO

Najib Ziarah Presiden Pas Di IJN

Posted: 29 Jun 2014 04:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa menziarahi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN) di sini tengah hari ini.

“Menziarahi Tuan Hj Hadi di hospital baru tadi. Moga cepat pulih, Insya-Allah,” kata Najib dalam catatan di laman Twitternya.

Difahamkan kunjungan itu berlangsung kira-kira 45 minit.
Perdana Menteri turut memuatkan sekeping foto beliau bersama bekas Menteri Besar Terengganu itu dalam catatan itu.

Abdul Hadi kini menjalani pemeriksaan perubatan susulan di IJN selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu persidangan di Turki bulan lepas.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...