UMNO Online - “Ulang Tahun UMNO ke 68 Di Sambut Penuh Kesyukuran, Semangat Kesederhanaan” plus 9 more

UMNO Online - “Ulang Tahun UMNO ke 68 Di Sambut Penuh Kesyukuran, Semangat Kesederhanaan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Ulang Tahun UMNO ke 68 Di Sambut Penuh Kesyukuran, Semangat Kesederhanaan

Posted: 11 May 2014 09:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Mei  -Sambutan ulang tahun ke-68 UMNO bertempat dewan Merdekat, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini diadakan dengan penuh rasa kesyukuran dan semangat kesederhanaan.

Majlis itu dimulakan dengan solat Maghrib di Surau Ar-Rahman, PWTC diikuti bacaan surah Yasin, tahlil, doa kesyukuran, solat Isyak dan solat hajat.

Seperti sambutan tahun-tahun sebelumnya, majlis sambutan ulang tahun ini turut  dihadiri para pemimpin tertinggi UMNO termasuk Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak, diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri, Puan Sri Datuk Seri Hajjah Noorainee Abdul Rahman.

Turut hadir naib-naib presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan Datuk Ahmad Maslan.

Majlis itu turut dihadiri kira-kira 2,500 orang termasuk anggota UMNO.

Selepas itu, upacara menaikkan bendera UMNO 'Sang Saka Bangsa' serta nyanyian lagu UMNO 'Bersatu Bersetia Berkhidmat', Najib kemudiannya menyampaikan anugerah Tokoh Melayu Terbilang kepada Tan Sri Dato Hassan Azhari dan juga Tan Sri Dr.Salmah Ismail. -MediaUMNO

doa-tahlil-yasin-sambutan-hari-ulang-tahun-umno-2014-najib

solat-jemaah-maghrib-isyak-sunat-hajat-sambutan-hari-ulang-tahun-umno-2014-najib

doa-tahlil-yasin-solat-sambutan-hari-ulang-tahun-umno-2014

upacara-naik-bendera-lagu-potong-pulut-kuning-sambutan-hari-ulang-tahun-umno-2014

najib-presiden-fuad-jalaluddin-anak-anugerah-tokoh-melayu-ustaz-hassan-azhari

Perhebat Gerak Kerja Parti Di Lebih 20,000 Cawangan UMNO Hadapi Cabaran – Najib

Posted: 11 May 2014 09:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar lebih 20,000 cawangan UMNO di seluruh negara memperhebatkan gerak kerja parti dalam usaha memperkukuh dan memantapkan kekuatan UMNO di peringkat akar umbi dalam menghadapi cabaran pada masa yang akan datang.

Menurut Najib, sekiranya 20 ,000  cawangan UMNO di seluruh negara ini bergerak insyaAllah, UMNO akan mempunyai  kekuatan yang  baru untuk memastikan kejayaan parti ini pada masa akan datang.

"Kepimpinan UMNO baik di peringkat cawangan, bahagian dan negeri perlu sentiasa mengadakan mesyuarat setiap sebulan sekali bagi menjalankan tanggungjawab masing-masing. Sebab itulah saya tekankan KPI. Jangan hanya ada nama cawangan atau pun bahagian, tetapi bermesyuarat hanya setahun sekali.

"Saya tidak mahu perkara ini. Saya mahu setiap pemimpin di semua peringkat bertanggungjawab sepenuhnya. Jangan hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata. Parti mesti digerakkan di semua peringkat," jelas beliau ketika berucap di majlis sambutan ulang tahun UMNO ke 68 bertempat di Dewan Merdekat, PWTC hari ini.

ucapan-presiden-najib-razak-semangat-ahli-hidup-umno-sambutan-ulang-tahun-hari-umno-2014-pwtc

Katanya lagi, sebagai sebuah parti yang ingin terus berkuasa, ahli-ahli UMNO perlu melihat kepada kekuatan masing-masing dan disamping itu juga,  harus menyedari di mana kelemahan dan kekurangan yang boleh diperbaiki.

"Segala kekurangan dan kelemahan itu perlulah kita tampung dan ahli-ahli UMNO perlu lakukan muhasabah sepanjang masa. Inilah asas kejayaan kita selama ini. Dan kejayaan inilah yang mesti kita pupuk dan mesti diperkuatkan lagi.

"UMNO menjaga kepentingan ahli- ahli dan pada masa yang sama, UMNO juga mengharapkan agar ahli menjalankan kewajipan dan tugas-tugas mereka, memahami bahawa persekitaran kita hari ini lebih mencabar dari masa-masa yang lalu. Jika kita bersikap demikian dan terbuka, maka lebih mudah untuk melihat bagaimana kita boleh melakukan penambaikan untuk diri kita dan parti," jelasnya.

Selain itu kata beliau lagi, dalam persekitaran politik hari ini, ahli-ahli UMNO tidak boleh bergantung kepada kawasan luar bandar sahaja. UMNO perlu mengekalkan sokongan di luar bandar dan disamping itu perlu memberikan tumpuan terhadap pengundi  di kawasan bandar.

Beliau turut menyentuh tentang penglibatan golongan intelek dan cendekiawan yang  mesti diberi tempat dan ruang di dalam UMNO untuk berkhidmat,  agar UMNO  tidak ketandusan nilai intelek dalam kepimpinan UMNO di semua peringkat.

"UMNO juga perlu menarik golongan ulama untuk duduk sebaris dengan kita, kerana kerjasama antara golongan ulama dan umarak amat penting  demi Islam dan masa depannya," ujarnya.

Selain itu, UMNO juga perlu melihatkan kebangkitan media sosial yang kebanyakannya dikuasai oleh golongan muda,  di mana Malaysia merupakan pengamal media sosial antara terbesar di dunia seperti contohnya 14 juta akaun facebook wujud di negara ini, kata beliau.

"Ini semua mengingatkan kita, media sosial merupakan ruang yang boleh dikatakan neutral, jadi sesiapa yang dapat mewarnai ruang tersebut maka disitulah pengaruhnya, samada kita dapat menguasai pemikiran rakyat atau tidak, khususnya di kalangan orang muda.

"Saya juga ingin mengingatkan kepada semua ahli-ahli UMNO yang terlibat dalam media sosial agar tidak memberikan input dan info yang semberono sahaja,"kata beliau lagi.

Apa yang penting kata Najib, ahli-ahli UMNO perlu faham bahawa asas prinsip perjuangan sepertimana yang telah diasaskan oleh pemimpin terdahulu tidak berubah dan masih kekal sehingga ke hari ini.

"Jika kita sebut tentang Islam, UMNO merupakan parti yang paling besar sekali sejarah dan jasanya dalam memertabatkan Islam di tanahair ini. Sebab itulah, bila kita sebut perjuangan kita untuk Islam berasas kepada maqasid syariah, patut sudah sampai masanya kita mengubal  indeks syariah di peringkat antarabangsa, supaya para ulama muktabar peringkat antarabangsa boleh menilai perjuangan UMNO mengikut lunas-lunas Islam.

"Saya yakin dan percaya, jika indeks syariah itu kalau dapat digubal oleh ulama-ulama muktabar di peringkat antarabangsa, ia akan memperlihatkan bahawa UMNO telah banyak berjuang untuk menegakkan Islam di tanah air ini.

"Begitu juga dengan pendekatan konsep wasatiyah yang kita amalkan di mana tonggaknya adalah keadilan bukan sahaja kepada umat Islam, tetapi juga kepada bukan Islam. Wasatiyah juga bererti kecemerlangan, kesimbangan, kesederhaan di mana ianya berada di tengah-tengah antara pemahaman yang  ekstrim dan liberal," jelasnya. -MediaUMNO

upacara-naik-bendera-lagu-potong-pulut-kuning-sambutan-hari-ulang-tahun-umno-2014

najib-muhyiddin-tengku-adnan-potong-pulut-kuning-upacara-sambutan-hari-ulang-tahun-umno-2014-pwtc

Pemilihan 12 Cabang PKR di Selangor Dibatalkan

Posted: 11 May 2014 08:16 AM PDT

SHAH ALAM, 11 Mei -  Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima tamparan apabila 12 daripada keseluruhan 22 pemilihan cabang parti itu di Selangor dibatalkan pada Ahad atas pelbagai sebab termasuk dakwaan wujudnya unsur penipuan dan ketidaktelusan dalam proses pengundian.

Lebih memalukan PKR apabila pemilihan cabang Kuala Selangor, yang merupakan kawasan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut dibatalkan.

Selain Kuala Selangor, pemilihan yang dibatalkan membabitkan cabang Sabak Bernam, Klang, Kota Raja, Shah Alam, Kapar, Sungai Besar, Subang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Sepang dan Selayang.

Pembatalan pemilihan cabang Kuala Selangor diumumkan oleh wakil petugas pemilihan cabang itu pada 1.45 tengah hari selepas beberapa anggota parti membuat bantahan berhubung cara ia dikendalikan selain terdapat dakwaan ada wakil calon menandakan kertas undi yang sepatutnya ditanda pengundi sendiri.

Situasi sama turut berlaku di PKR Cabang Kota Raja apabila pemilihannya terpaksa dibatalkan ketika proses pengundian apabila sekumpulan lelaki bertindak merampas peti undi dan melemparkannya ke lantai dewan pusat pengundian di Dewan Kompleks Sukan MPK.

Pembatalan pemilihan cabang itu diumumkan oleh wakil jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) parti, Nadarajan K. Raju kira-kira 4.30 petang ini atas alasan peti undi dipecahkan.

Selain itu, pemilihan PKR Cabang Klang juga turut dibatalkan apabila tiga calon jawatan ketua cabang berkenaan iaitu P. Krishnasamy, Zudin Asrmad dan Arahyah Ibrahim sepakat memboikot proses pemilihan itu yang didakwa tidak telus.

Mereka mendakwa wujudnya pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mensabotaj proses pemilihan parti itu di cabang Klang dengan menukarkan senarai calon yang diberikan kepada para pengundi.

Ekoran dakwaan itu, ketiga-tiga calon berkenaan menggesa pemilihan cabang itu dibatalkan sebelum ia diumumkan secara rasmi oleh wakil JPP kira-kira 2.30 petang ini.

Selain itu, pemilihan cabang Sabak Bernam dan Sungai Besar turut dibatalkan masing-masing pada 1 tengah hari dan 3 petang tadi berikutan anggota parti cabang itu tidak berpuas hati dengan proses pemilihan yang didakwa tidak telus serta wujud unsur penipuan.

Pada masa sama, pemilihan PKR bagi cabang Subang, Sepang, Selayang, Hulu Selangor, Kapar dan Hulu Langat turut dibatalkan atas alasan yang sama.

Dalam pada itu, pemilihan PKR Cabang Shah Alam dibatalkan kira-kira 6 petang ini atas dakwaan proses pemilihan lemah selain wujud kertas-kertas undi yang dipinda.

Rata-rata penyokong calon yang bertanding serta pengundi menyuarakan rasa tidak puas hati apabila mengetahui ada segelintir pengundi yang mengundi sebanyak dua kali, malah terdapat calon ketua cabang yang berkempen di kawasan larangan.

Sebelum itu, calon Ketua Cabang PKR Shah Alam Rodziah Ismail dilaporkan mencetuskan rasa tidak puas hati para penyokong lawannya, Yaakop Sapari apabila didakwa berkempen di kawasan larangan serta meraih undi ketika proses pemilihan sedang berlangsung.

Dalam perkembangan lain, kekecohan berlaku ketika proses pemilihan PKR Cabang Kuala Langat apabila sekumpulan lelaki dipercayai anggota parti berang dan mencetuskan kekecohan berikutan tidak puas hati terhadap proses pengundian pemilihan cabang itu di Dewan Wawasan Batu 9, Telok Panglima Garang, lima minit sebelum pusat pengundian ditutup pada 5 petang ini.

Mereka mendakwa proses pengundian cabang berkenaan tidak telus dan bertindak memecahkan sebahagian daripada tujuh peti undi di pusat pengundian tersebut selain cuba mengasari anggota parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid yang juga calon ketua cabang serta beberapa petugas di pusat pengundian.

Bagaimanapun, pemilihan cabang berkenaan tidak dibatalkan sebaliknya kesemua peti undi dihantar ke Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya untuk proses pengiraan.

pemilihan-pkr-kecoh-tak-telus-tipu-bohong-undi-ganas-gaduh-baling-kerusi

pemilihan-parti-pkr-2014-pangkah-undi-dalam-bilik-hotel-telus-integriti-amanah-anwar

kepercayaan-pilih-pemimpin-negara-pemilihan-pkr-pengundi-hantu-penipuan-tipu-ketakadilan-masa-depan

UMNO Nobatkan Ustaz Hassan Azhari dan Dr. Salma Ismail Tokoh Melayu Terbilang 2014

Posted: 11 May 2014 07:08 AM PDT

najib-penerima-anugerah-tokoh-melayu-hassan-azhari-anak-ridzuan-abu-bakar-wakil-dr-salma-ismail-hari-umno-2014

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Ulang tahun UMNO ke-68 kali ini menyaksikan dua lagi tokoh yang banyak berjasa dan memberi impak besar kepada bangsa Melayu dinobatkan sebagai penerima anugerah Tokoh Melayu terbilang.

Tokoh tersebut ialah Tan Sri Hassan Azhari, 86, yang mempunyai kepakaran dalam bidang keagamaan khususnya dalam soal pendidikan al-Quran sehinggakan memberi sumbangan besar dalam penjurian dan diiktiraf diperingkat antarabangsa.

Bagi penerima kedua anugerah tersebut, UMNO telah mengiktiraf penglibatan wanita yang telah menjadi perintis kepada perjuangan bangsa iaitu Dr. Salma Ismail, 95, iaitu menjadi doktor wanita Melayu pertama di seluruh Tanah Melayu pada tahun 1947.

Anugerah ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada individu yang telah banyak memberi sumbangan kepada negara. Sebelum ini, UMNO telah memberikan anugerah kepada:

1. Prof. DiRaja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Omar
Tokoh Pendidikan (2005)

2. YBhg. Tan Sri Shamsudin Abdul Kadir
Tokoh Korporat (2006)

3. YBhg. Datuk Ibrahim Hussein
Tokoh Seni (2007)

4. YBhg. Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid
Tokoh Pentadbir dan Korporat (2008)

5. YBhg. Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary
Tokoh Korporat (2009)

6. YBhg. Tan Sri Zainuddin Maidin
Tokoh Kewartawanan (2010)

7. Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas
Tokoh Akademik (2011)

8. Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman
Tokoh Saintis (2011)

9. YBhg. Tan Sri Arshad Ayub
Tokoh Akademik (2012)

10. YBhg. Khalidah Adibah Binti Amin
Tokoh Persuratan Melayu Negara (2012)

Berikut biodata penerima anugerah Melayu Terbilang 2014:

Latar Belakang Ustaz Hassan Azhari

ustaz-hassan-azhari-isteri-terima-anugerah-melayu-terbilang-hari-umno-2014-pwtc

Beliau dilahirkan di kampung Syu'ib Amir di Mekah pada 18 Ogos 1928. Ayahnya bernama Azhari Abdul Khaliq, tokoh agama terkenal di Selangor manakala ibunya ialah Fatmah Abdul Hakim, berketurunan Arab Mesir al-Shanani dan Padang, Indonesia.
Lahir pad 18 Ogos 1928 adalah seorang rakyat Malaysia berketurunan Melayu merupakan seorang pendidik terkenal dengan rancangan Muqaddam pada awal 1970-an di saluran RTM. Beliau merupakan orang yang melaungkan azan semasa kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957.

Keluarga
Beliau mempunyai 22 orang anak dari tiga orang isteri. 13 orang anak yang pertama hasil perkahwinan beliau dengan isteri pertama, Sahara Abdul Samad, yang meninggal pada April 2004, Tiga orang anak lelaki yang pertama amat dikenali ramai iaitu bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, bekas ADUN Hulu Klang, Dato’ Fuad Hassan yang kini Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas (JASA), dan pelakon terkenal Dato’ Jalaluddin Hassan.

Pendidikan
Beliau dibesarkan dalam persekitaran keluarga dan masyarakat yang berilmu dan beragama. Beliau mempelajari al-Quran sejak kecil di Mekah. Di peringkat rendah, mempelajari secara formal di Madrasah Dar al-Ulum, Mekah.

Antara guru beliau di sini ialah Sheikh Yasin al-Fadani dan di Masjidil Haram, gurunya ialah Sheikh Ismail Tamim (salah seorang imam masjid di Mekah)

Ketika berusia lapan tahun, berhijrah ke Malaya (Malaysia) bersama abangnya, Abdul Hakim dengan menaiki kapal laut selama beberapa bulan. Di Malaya, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Marta al-'Ulum al-Diniyah di Kuala Langat, Selangor seterusnya ke Sekolah Arab al-Hayat al-Mardiyyah di Kampung Jawa, Selangor.

Beliau menyambung pelajaran ke Sekolah al-Junaid, Singapura selama dua tahun untuk meningkatkan penguasaan bahasa Arab. Antara gurunya ialah Sayyid Abu Bakar al-Saqqaf dan Sheikh Abdullah al-Faqih.

Kemudian, beliau menyambung pengajian ke Maahad al-Ulum (kini Sekolah Agama Menengah Hishamuddin, Kelang) dan memperoleh sijil Rabi' Thanawi. Bagi mendalami pengajian al-Quran, beliau kembali ke Mekah dan menyambung pengajian dengan Sheikh Ismail Tamim.

Beliau kemudiannya mempelajari bidang tarannum dengan beberapa ulama terkenal antaranya Syed Mahmud Lutfi Amir. Guru-guru al-Quran yang lain ialah Sheikh Mahmud al-Bukhari (riwayat Hafs), Sheikh Muhammad Abdul Samad, Dr. Ahmad Nuaina dan Syed Mahmud Amin Tantawi (riwayat Warsy Imam Nafi').

Pencapaian
Beliau telah memberi sumbangan besar kepada negara dengan melaungkan azan semasa menyambut kemerdekaan negara di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957. Beliau turut melaungkan azan pada perasmian Masjid Negara pada tahun 1967, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Beliau juga merupakan penerima Tokoh Ma'al Hijrah 2002, yang merupakan penghormatan tertinggi bagi individu yang memberikan banyak sumbangan terhadap kemajuan Islam di dalam negara.

Beliau juga telah mengajar al-Quran dalam Radio Malaya dari 1960 hinggalah 2000. Beliau juga turut mengacarakan rancangan agama selama lapan tahun di TV1 yang bertajuk Muqaddam pada 1970-an. Rancangan ini memberi pendedahan yang mudah untuk membaca al-Quran daripada permulaan.

Pada 1997, beliau mendapat Anugerah Khas Seri Angkasa kerana penglibatannya selama 40 tahun bersama RTM.

Merupakan hakim Pertandingan Tilawan al-Quran yang paling lama berkhidmat dalam negara. Beliau juga menjadi hakim di Arab Saudi, Mesir, Iran, Dubai, Brunei dan Thailand.

Pemenang tempat pertama Pertandingan Tilawan al-Quran yang diadakan di Malaya pada 1947, anjuran UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) ketika itu.


Latar Belakang Dr Salma Ismail

dr-salma-ismail-doktor-perempuan-melayu-pertama-malaysia-inspirasi-hasmah

Beliau dilahirkan di Alor Star, Kedah pada 19 Disember 1918.

Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan di Kampung Bahru Girls’ School dan kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sultanah Asma Alor Star, Kedah. Beliau telah lulus dan memperolehi Junior Cambridge pada tahun 1934 dan Senior Cambridge pada tahun 1935. Beliau merupakan calon murid perempuan Melayu tunggal dan pertama di Kedah yang lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan cemerlang. Dengan kelulusan yang amat baik beliau dapat melanjutkan pelajaran ke King Edward VII College of Medicine di Singapura pada tahun 1936 dengan mendapat Biasiswa Kerajaan Negeri Kedah. Beliau dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan pada tahun 1947.

Kerjaya
i. Doktor Pelatih di Hospital Besar Kuala Lumpur
ii. Pegawai Perubatan di Negeri Kedah (1950-1960)
iii. Pegawai Perubatan di Negeri Selangor (1961-1967)
iv. Pemilik klinik persendirian di Kuala Lumpur dan rangkaian Klinik Salma (1967)
v. Pengerusi Salma-Bakar Sdn. Bhd.
vi. Pengarah Specialist Mediklinik Sdn. Bhd

Pencapaian
Menempa sejarah sebagai wanita Melayu pertama yang berjaya memperolehi kelayakan Doktor di seluruh Malaya pada waktu itu. Pencapaian ini dianggap sangat cemerlang dikala masyarakat Melayu masih lagi dibaluti adat resam dan tradisi lama yang melarang anak-anak perempuan belajar hingga ke peringkat yang begitu tinggi.

Berita kejayaan beliau tersiar dalam akhbar The Straits Times pada 24 Disember 1947. – MediaUMNO

Fokus Kepada Perkukuh Parti, Keutamaan MCA – Liow

Posted: 11 May 2014 03:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Mei  - Keputusan MCA tidak bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Bukit Gelugor adalah kerana mahu memberi keutamaan memperkukuh parti, kata presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata keutamaan parti sekarang ialah memberi fokus terhadap pelbagai program transformasinya selepas prestasi MCA yang tidak memuaskan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas.

“Kami perlu bangkit selepas kekalahan itu, malahan kami mempunyai agenda cukup penting untuk fokus kepada krisis perlembagaan yang dicetuskan PAS (untuk melaksana undang-undang hudud).

presiden_mca_liow_tiong_lai

“Kami menghadapi banyak cabaran bagi mempertahan perlembagaan persekutuan kita dan berkhidmat untuk rakyat,” katanya selepas menghadiri program ‘Caring and Sharing 2014′ anjuran Buddhist Maha Vihara Brickfields di sini hari ini.

Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya pada 17 April.

Dalam pilihan raya itu, mendiang Karpal Singh mengalahkan calon MCA Teh Beng Yeam dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 42,706 undi.

Terdahulu dalam ucapan pembukaan, Liow berkata perpaduan, kebersamaan dan kekuatan bersama merupakan syarat asas bagi kewujudan sebuah negara aman dan progresif.

“Dengan bersifat budiman, ia akan dapat merentasi segala sempadan – kaum, status agama dan membawa kepada sesuatu yang cukup berkuasa, seperti perpaduan,” katanya.

Beliau berkata keprihatinan dalam masyarakat ialah perkongsian bila setiap orang bekerjasama untuk mencari jalan baru membantu mereka yang kurang bernasib baik.

No Positive Factors For MCA To Contest In By-Election, So Focusing On Transformation – Ong

Posted: 11 May 2014 02:57 AM PDT

IPOH, May 11 – After the 13th general election (GE13), there have been no positive factors that can give victory to MCA in the coming Bukit Gelugor by-election, and this is the main reason why the party decided not to contest in the by-election.

MCA secretary-general Datuk Seri Ong Ka Chuan said it was therefore better for the party to concentrate on restoration and renewal efforts to strengthen it in facing the next general election.

Setiausaha_Agung_MCA_Ong_Ka_Chuan

He said MCA had not only been monitoring and assessing the situation in Bukit Gelugor after the incumbent MP Karpal (Singh) died in an accident but even since the GE13, and after one year, MCA had still not seen any positive factor that could give it a win in the by-election.

Speaking at a Wesak Day celebration here today, he added that MCA would take time to strengthen itself through consolidation and transformation.

Ong said this would be a better step at this point of time, rather than contesting in the by-election for the Bukit Gelugor parliamentary seat where it lost by over 40,000 votes there last year in GE13.

Ong said not contesting in the by-election was a difficult decision to make, but the party had a lot of internal issues to tackle, besides focusing on transformation within.

He said MCA had actually made efforts to identify a suitable candidate (for the by-election) while a number of individuals had offered to contest and the party believed they were committed, but the current situation made it difficult for the party.

Ong said the party had weighed the good and bad in view of Penang being under the opposition’s administration now.

“So, we think it’s better for us to preserve the party’s strength and improve its position so that it will become stronger.”

He said besides that, Barisan Nasional (BN) needed to focus on the Teluk Intan parliamentary seat by-election and as a BN component party, MCA would also be actively involved with the election machinery.

In GE13, the late Karpal Singh won the Bukit Gelugor seat with a 42,706-vote majority, defeating BN candidate Teh Beng Yeam, from MCA.

Build At Least 30 Percent Affordable Housing In Sabah – Hajiji

Posted: 11 May 2014 02:54 AM PDT

TAWAU, May 11  - All private housing developers in Sabah have been urged to build at least 30 percent affordable housing within their respective housing projects.

Sabah Local Government and Housing Minister Datuk Seri Hajiji Noor said this  was necessary to provide opportunity for the people to own houses, especially those with moderate income, newly employed and starting a family.

“This move is also to meet the federal government’s intention to provide more affordable housing in this country,” he said at the ground breaking ceremony for Pekan Baharu Merotai commercial and housing project, near here today.

Hajiji also reminded the Housing And Urban Development Board to ensure the quality of construction and to complete the housing projects acording to schedule.

“In addition, we have also established the House Buyers Claim Tribunal to safeguard the rights of house buyers, especially those who bought from private housing developers.

When completed, Pekan Baharu Merotai will become a service and commercial centre equipped with government offices, housing, schools, mosques and light industries.

Hajiji said he would hold talks with local leaders, especially elected representatives for Merotai, to discuss the development of the 90-acre new township.

PM Terima Keputusan MCA Tidak Bertanding Di PRK Bukit Gelugor

Posted: 11 May 2014 02:40 AM PDT

NAY PYI TAW (Myanmar), 11 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau menerima keputusan MCA untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor namun ia tidak bermakna akan memberi laluan mudah kepada DAP.

Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata akan ada calon lain yang akan bertanding dan keputusan akan dibuat bila tiba masanya.

Tiba-NAYPYITAW-Myanmar-Lawatan-Rasmi-Najib-PM-Malaysia-ASEAN

Ditanya adakah BN akan menurunkan calon daripada parti-parti komponen, Najib menjawab:

“Bukan daripada komponen tapi pihak-pihak lain akan bertanding mungkin sebagai calon Bebas. Kami akan putuskan kemudian”.

Bercakap dalam sidang akhbar kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-24 di sini, Najib berkata MCA sebagai sebagai sebuah parti sedang dalam proses penyatuan.

“Jadi adalah penting untuk MCA meneruskan proses itu supaya menjadi lebih disegani serta bertambah kukuh.

“Saya harap MCA akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan MCA sebagai parti politik dan parti dalam BN,” kata Najib.

Semalam, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan mengumumkan keputusan parti itu untuk tidak bertanding di Bukit Gelugor selepas Mesyuarat Tergempar Majlis Presiden yang diadakan di Ipoh, Perak.

Kos Sara Hidup, Rasionalisasi Subsidi Terus Jadi Fokus Bajet 2015

Posted: 11 May 2014 02:36 AM PDT

IPOH, 11 Mei  - Usaha mengurangkan peningkatan kos sara hidup dan aspek rasionalisasi subsidi terus menjadi fokus utama kerajaan dalam menyediakan Bajet 2015, yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada 10 Okt depan.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata selain itu aspek baharu yang akan diberi penekanan ialah bidang keusahawanan.

Husni-Hanadzlah-Menteri-HASIL-LHDN-Cukai-GST-Ekonomi-Malaysia

“Bagi kos sara hidup, yang utamanya adalah mengenai kenaikan harga, jadi kita akan lihat bagaimana usaha memperkukuhkan rantaian pembekalan dapat digerakkan,” katanya selepas merasmikan program mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 2 di Manjoi di sini hari ini.

Beliau berkata tumpuan juga menghala kepada bagaimana kerajaan dapat melakukan penjimatan dengan inisiatif rasionalisasi subsidi supaya hasilnya akan dipindahkan kepada kumpulan sasaran.

Keusahawanan juga menjadi aspek baharu yang diberi tumpuan sejajar dengan penubuhan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia MaGIC) yang dilancarkan baru-baru ini, katanya.

Ahmad Husni berkata bidang keusahawanan merupakan faktor penting kepada pertumbuhan ekonomi negara dan menyedari hal itu kerajaan mengorak langkah menubuhkan MaGIC.

“Tujuannya supaya bakat golongan muda ini diketengahkan. Kita tidak hanya melihat bidang keusahawanan di Malaysia hanya bergantung kepada pasaran domestik. Dari segi inovasi dan kreativiti kita sebenarnya kita mampu pergi ke peringkat global,” katanya.

Penubuhan MaGIC juga akan memperkemaskan lagi bidang keusahawanan di Negara ini termasuk mengangkat bakat usahawan muda serta menyediakan pelbagai latihan kepada bukan golongan usahawan, katanya.

Beliau berkata sesi perundingan bajet akan bermula pada 26 Mei ini dengan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan.

“Ia akan dihadiri kira-kira 400 orang wakil daripada sektor industri, perbankan dan pelbagai badan bukan kerajaan untuk membuat perbincangan pertama ke arah penyediaan Bajet 2015,” katanya.

Ia kemudian disusuli dengan perbincangan kumpulan fokus yang melibatkan pelbagai pihak, dan bagi Bajet 2015 kementerian kini memperkenalkan pendekatan untuk mendapatkan input daripada kumpulan gender bagi memenuhi permintaan wakil rakyat, katanya.

Mengenai kehadiran pelancong dari China yang berkurangan ekoran tragedy kehilangan pesawat MH370, yang dilihat memberi kesan kepada sektor pelancongan sekaligus terhadap kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), beliau berkata Kementerian Pelancongan sudah pasti secara aktif menggerakkan promosi ke negara-negara lain.

“Kita akan tahu hasil (sumbangan sektor pelancongan kepada KDNK) nanti daripada situ (usaha memperluas promosi pelancongan negara ke negara lain) sama ada kekurangan pelancong dari China dapat diisi oleh pelancong negara lain,” katanya.

Najib Beri Penghomatan Kepada Para Ibu

Posted: 11 May 2014 02:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Bersempena sambutan Hari Ibu hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penghormatan kepada ibu beliau, Tun Rahah Mohd Noah dan semua ibu lain, serta mengucapkan kepada mereka ‘Selamat Menyambut Hari Ibu’.

Perdana Menteri juga berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan beliau mencium tangan ibunya dalam paparan melalui laman Twitternya.

Najib berkata tiada yang lebih mulia daripada peranan seorang ibu.

najib-tun-razak-hari-ibu-rahah-gambar-facebook-media-sosial

Tun Rahah, 81, mendirikan rumah tangga dengan perdana menteri kedua Tun Abdul Razak ketika berusia 19 tahun dan Tun Razak berusia 30 tahun.

Mereka dikurniakan lima anak lelaki dan Najib merupakan anak sulung. Anak-anak mereka yang lain ialah Ahmad Johari, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohd Nazir.

Melalui paparan Twitter itu juga, Najib berkongsi kesedihan beliau dengan para ibu 276 pelajar sekolah Nigeria yang diculik kumpulan militan Boko Haram.

“Ketika menyambut Hari Ibu ini, kita terkenang kepada ibu 276 pelajar perempuan Nigeria yang diculik Boko Haram baru-baru ini,” tulis beliau.

Pelajar berkenaan dilarikan dari asrama sekolah pada malam 14 April di sebuah kampung bernama Chibok di timur laut negeri Borno berhampiran sempadan Cameroon ketika mereka menduduki peperiksaan.

Lima puluh daripada mereka berjaya melarikan diri, tetapi nasib selebihnya tidak diketahui.
Awal bulan ini pemimpin Boko Haram Abubakar Shekau mengancam menjual kanak-kanak itu, yang beliau sifatkan sebagai hamba, untuk dijadikan isteri.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...