UMNO Online - “Sidang Dewan Negara Ditangguh, Lulus Empat Rang Undang-Undang” plus 9 more

UMNO Online - “Sidang Dewan Negara Ditangguh, Lulus Empat Rang Undang-Undang” plus 9 more

Link to UMNO Online

Sidang Dewan Negara Ditangguh, Lulus Empat Rang Undang-Undang

Posted: 06 May 2014 04:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Sidang Dewan Negara yang berlangsung selama sembilan hari sejak 21 April lepas ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Sepanjang persidangan berlangsung, sebanyak empat rang undang-undang diluluskan iaitu Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2014, Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013.

Persidangan kali ini juga menyaksikan pelantikan empat senator baharu iaitu bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong dan Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon.

Dua lagi ialah Ketua UMNO Bahagian Gopeng Datuk Hamzah Kassim dan Ketua UMNO Bahagian Jempol Datuk Mohd Salim Shariff.

Kesemua mereka dilantik buat pertama kali untuk tempoh tiga tahun.

GST Not A Substitute To Sales Tax In Sabah, Sarawak, Says Ahmad Maslan

Posted: 06 May 2014 03:45 AM PDT

KUCHING, May 6  – The Goods and Services Tax (GST) is not a substitute to the sales tax being enforced in Sabah and Sarawak, says Deputy Minister of Finance Datuk Ahmad Maslan.

He said the collection of 10 per cent sales tax for crude palm oil and 15 per cent for gaming activities were stipulated under Article 95B (3) of the Federal Constitution.

“Under the Sarawak State Sales Tax Enactment 1998 and the Sabah State Sales Tax Enactment 1998, the sales tax in the two states was the absolute right of the respective state government.

“This means eventhough GST is implemented on April 1 next year, the sales tax in Sabah and Sarawak will still remain in force,” he told a media conference after a GST briefing at the Communications and Multimedia Ministry level here today.

Dewan Negara Lulus Rang Undang-Undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013

Posted: 06 May 2014 03:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013 bagi melayakkan golongan hakim yang meletak jawatan sebelum mencapai umur 60 tahun mendapat faedah persaraan.

Individu berkenaan bagaimanapun perlu berkhidmat sebagai hakim tidak kurang daripada lima tahun sebelum bersara.

Rang undang-undang itu, antara lain memperuntukkan pelaksanaan dasar kenaikan pencen dan faedah lain yang diberikan kepada hakim dan orang tanggungan mereka sebanyak dua peratus setiap tahun.

Rang undang-undang itu diluluskan selepas dibacakan buat kali ketiga oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Terdahulu, Razali ketika menggulung perbahasan menyifatkan sokongan penuh anggota dewan membuktikan keputusan kerajaan meminda dan memberi pengiktirafan kepada bekas pelaksana undang-undang itu tepat, sesuai dengan tanggungjawab yang dicurahkan golongan itu.

"Saya amat berpuas apabila rang undang-undang ini disokong dan diluluskan tanpa sebarang bantahan, malah pandangan dan kupasan pembahas yang terlibat juga amat baik sekali,” katanya merujuk kepada sokongan penuh 11 senator yang membahaskan rang undang-undang itu.

Berkenaan kenapa kenaikan tahunan pencen hanya sebanyak dua peratus, Razali berkata kadar itu ditetapkan selepas kerajaan mempertimbang indeks harga pengguna yang berada pada kadar serupa pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Katanya kenaikan itu juga adalah selaras dengan faedah kenaikan pencen yang telah dinikmati pesara perkhidmatan awam persekutuan, perkhidmatan awam negeri serta pihak berkuasa berkanun dan tempatan.

“Bagaimanapun terdapat peruntukan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh menaikkan kadar tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta semua pihak supaya menghargai peranan dan sumbangan para hakim dengan tidak melihat setiap keputusan yang dibuat, khasnya dalam kes-kes tertentu dari kaca mata politik semata-mata.

“Janganlah hanya mengatakan hakim itu adil apabila keputusan yang dibuat memihak kepada kita, namun bertindak sebaliknya apabila sesuatu keputusan itu bertentangan dengan kemahuan kita,” katanya.

Malaysia Saves RM2 Billion Under Research University Programme

Posted: 06 May 2014 03:40 AM PDT

SERDANG, May 6  - About RM2 billion was saved through the setting up of research universities (RUs) in Malaysia as 3,897 graduates pursuing their Doctor of Philosophy (PhD) degrees did not have to continue their studies abroad, said   Second Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh.

He said the amount was recorded from 2007 to 2012 whereby, if the 3,897 graduates had gone abroad, Malaysia would have lost between RM500,00 to RM1 million per graduate.

“The students qualified to go abroad but furthered their studies domestically and this was a huge saving in terms of foreign exchange,” he told a media conference after attending the second series of the ‘Media Event RU Success Stories’ at Universiti Putra Malaysia (UPM) here, today.

He said the creation of RUs also resulted in a drastic increase in the number of professors in the country, to 2,200 including 1,200 who were at the  five RUs.

The five are UPM, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia and Universiti Sains Malaysia  and Universiti Teknologi Malaysia.

The five RUs focus on post-graduate programmes especially at the PhD level, thus becoming catalysts to the process of research and development (R&D) on developing local resources to be commercialised.

Idris said until 2012, the RUs had turned out 6,975 PhD graduates other than generating 182,720 high skills jobs and generating income from innovation research amounting to RM1.25 billion.

He also encouraged cooperation between local universities with the RUs in the effort to place all universities in Malaysia at a high level as most were still very young.

“Several universities have conducted cooperation with the RUs under three initiatives, namely, Regional Cluster for Research & Publication, Research Acculturation Collaborative Effort (RACE) and Culturising Research Fund (RAGS),” he said.

The two-day “Media Event RU Success Stories” showcases the successes of the RUs in creating talents under the sub-themes preservation, entrepreneurship, environment issues, food safety, health and well-being.

BN Pernah Ada Rekod Baik Di Parlimen Teluk Intan – Pemuda Perak

Posted: 06 May 2014 03:33 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Pemuda UMNO Perak akan membuat persediaan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan termasuk melakukan tinjauan mesra di kawasan itu.

Ketua-Pemuda-UMNO-BN-Perak-Hairul-Anwar-Mohamed-Noor

Ketuanya, Hairul Anwar Mohd Nor berkata pihaknya optimis untuk Barisan Nasional (BN) kembali merampas Parlimen Teluk Intan memandangkan BN pernah memberikan khidmat terbaik di kawasan tersebut sebelum terlepas ke tangan pembankang pada PRU12 pada tahun 2008.

"Dalam masa yang sama, Pemuda BN Perak juga sudah bersedia sepenuhnya untuk digerakkan bagi membantu calon yang akan ditampilkan BN.

"Pemuda BN masih lagi dalam usaha meningkatkan sokongan pengundi muda kerana pada Pilihan Raya Umum lepas (PRU13), saluran muda di dalam kawasan ini tidak memihak sepenuhnya kepada BN.

"Jadi kita sedang usaha lagi untuk menarik sokongan pengundi muda ini dengan pelbagai program sukan dan program lain yang diminati anak muda kerana ini adalah untuk kita usaha tingkatkan lagi sokongan pengundi muda terhadap BN," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Ipoh Timur.

Kerusi Parlimen Teluk Intan kosong berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng (DAP) meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya baru-baru ini.

Berikutan itu, pilihan raya kecil keenam bakal diadakan sejak pilihan raya umum berlangsung pada 5 Mei 2013.

Dalam pilihan raya umum itu, Seah mengalahkan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 7,313 undi. -MediaUMNO

Ranking Dunia Tak Jejas Hasrat Jadikan Malaysia Hab Pendidikan Serantau – Kamalanathan

Posted: 06 May 2014 03:28 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Hasrat menjadikan Malaysia hab pendidikan serantau tidak akan terjejas hanya berdasarkan kedudukan institusi pengajian tinggi negara dalam ranking dunia, kata Timbalan Menteri Pendidikan Kedua P.Kamalanathan.

Beliau berkata walaupun kerajaan tidak mengetepikan kedudukan atau ranking universiti tempatan itu, namun aspek kualiti pengajian tinggi negara seharusnya tidak tertumpu kepada sistem ranking seperti QS World Uuniversity Ranking (QS WUR) semata-mata.

Sebaliknya beberapa faktor lain termasuk kesesuaian dan elemen tempatan juga harus diambil kira dalam merangka pendekatan yang lebih komprehensif dan kondusif kepada keperluan pembangunan negara, katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Senator Datuk Chin Su Phin di Dewan Negara hari ini yang ingin tahu adakah sasaran menjadikan negara hab pendidikan serantau terjejas disebabkan sistem ranking QS WUR.

Kamalanathan berkata berdasarkan ranking QS WUR mengikut subjek, Universiti Sains Malaysia (USM) menduduki tempat ke-38 dalam bidang kejuruteraan kimia dan ke-30 dalam bidang sains alam sekitar.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula berada pada kedudukan ke-19 terbaik dunia dalam kategori universiti yang berusia bawah 50 tahun, sekaligus menunjukkan nilai kompetitif IPT Malaysia di peringkat antarabangsa, katanya.

Menurut Kamalanathan, Malaysia juga sebenarnya melaksanakan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) dan Sistem Pengukuran Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta (MyQUEST) untuk mengukur pencapaian Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta, sekali gus menjaga kualiti pendidikan IPT dalam negara.

Dalam pada itu, beliau yakin sasaran 200,000 pelajar antarabangsa belajar di IPT Malaysia menjelang 2020 mampu tercapai berdasarkan trend positif semasa kemasukan pelajar.

Kamalanathan berkata terdapat sebanyak 71,101 pelajar antarabangsa di IPT tempatan pada 2011, dan jumlah itu meningkat kepada 83,538 atau 17 peratus pelajar pada tahun 2013.

“Oleh itu, sekiranya kadar peningkatan sebanyak 17 peratus ini terus konsisten atau minimum 12 peratus setahun, saya yakin sasaran itu akan dapat direalisasikan,” katanya.

Bekalan Air : Kerajaan Selangor Diingatkan Usah Tipu Rakyat Selangor Lagi

Posted: 06 May 2014 03:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos mengingatkan kerajaan negeri Selangor agar tidak lagi cuba memperdayakan rakyat berhubung krisis air di negeri itu.

Ini kerana tegasnya tiada sebarang jaminan bahawa kemelut air di Selangor tidak akan berulang lagi dan sebarang kenyataan yang kononnya air yang ada sekarang mencukupi hanyalah harapan palsu sebagaimana yang pernah dinyatakan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini bahawa bekalan air di negeri itu mencukupi sehingga 2019.

"Tapi apa yang berlaku sejak tiga bulan ini. Rakyat Selangor khususnya menjadi mangsa kepada keegoan kerajaan negeri Selangor termasuk keenganan mereka meneruskan projek Langat 2 selepas merampas Selangor dari kerajaan BN pada tahun 2008.

kerajaan-khalid-ibrahim-mb-selangor-tipu-bohong-bekalan-krisis-air-cukup-hingga-2019

"Penyelesaian berhubung isu air di Selangor sejak 2008, bukan sahaja telah menjejaskan industri perkhidmatan bekalan air di negeri ini, malah memberi kesan kepada negara berikutan projek-projek pembangunan baharu tidak dapat dimulakan disebabkan ketiadaan bekalan air," ujarnya mengulas kenyataan terkini dari Exco Belia Dan Sukan, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Dalam kenyataan terbaru Dr Ahmad Yunus Hairi menyatakan rakyat Selangor jangan bimbang dengan masalah air di Selangor kerana tidak ada masalah bekalan air bagi pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya .

Sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai penyedap telinga semata-mata Datuk Jamal seterusnya berkata Projek Langat 2 telah dipolitikkan oleh Pakatan Pembangkang selepas mereka mengambil alih Selangor pada 2008 dan projek itu telah tertangguh selama lebih lima tahun yang mengakibatkan krisis air setiap tahun.

"Pada pandangan saya, daripada insiden ini, rakyat harus fikir semula sama ada peranan yang dimainkan Pakatan Pembangkan selama ini adalah membina ataupun hanya hidup dalam pemikiran untuk menentang semata-mata apa jua usaha yang ingin dilakukan kerajaan persekutuan. Mereka telah terus mempolitikkan setiap isu dan bukanya menepati janji kepada rakyat

"Justeru semua pihak harus mengenepikan politik kepartian untuk sama-sama menangani masalah air supaya orang ramai dapat meneruskan kehidupan dan menjalani aktiviti seharian dengan selesa," ujarnya yang juga Pengerusi Sekretariat NGO UMNO Selangor.

Selain itu, beliau juga menggesa agar pembinaan projek Langat 2 itu dipercepatkan kerana dikhuatiri akan timbulnya masalah sekiranya ia tidak disegerakan. -MediaUMNO

bn-adun-dap-selangor-yeo-bee-yin-henti-air-percuma-krisis-polisi-dasar-popular-populis-tak-cekap

bn-mahathir-selangor-kaya-miskin-air-loji-langat-patut-bina-4-tahun-dahulu

Akar Umbi Perlu Diperkukuh Demi Kesinambungan Parti UMNO – Mohamad

Posted: 06 May 2014 03:22 AM PDT

SEREMBAN, 6 Mei – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata semua ahli UMNO terutamanya di peringkat akar umbi perlu bekerja kerana cabaran yang mendatang adalah lebih besar di dalam memastikan parti keramat UMNO terus kukuh demi perjuangan orang Melayu menegakkan agama, bangsa dan negara.

Jelas beliau, kekuatan UMNO adalah di peringkat akar umbi dan di peringkat inilah yang dapat memastikan kekuatan UMNO terus dipertahankan.

UMNOKJUNDI

"Akar umbi ini amat penting kerana ianya seperti sebatang pokok. Akar umbi pokoklah yang penting untuk pokok berdiri tegak dan terus menyuburkan pokok. Begitu juga di dalam UMNO. Tanpa cawangan-cawangan kuat maka UMNO akan lemah.

"Oleh itu, bersempena hari UMNO ini, marilah kita terus bersatu dan bekerja lebih kuat untuk kita terus pastikan UMNO parti yang bertuah ini terus diperkasakan.

"Apatahlagi, kita bakal berhadapan dengan PRU ke-14. Kita perlu bersiap siaga dari sekarang. PRU-14 lebih mencabar pilihan raya tersebut adalah merupakan pilihan raya yang akan memasuki arena kalah mati.

"Kalau kalah kali ini maka UMNO akan mati dan berkubur sebagai satu sejarah dalam lipatan tanah air," jelasnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau lagi, semua jentera di peringkat cawangan sudah boleh bersedia dan merangka serta memperkukuhkan strategi untuk berhadapan dengan PRU-14.

"Jadi, ambillah semangat hari UMNO ini untuk kita kuatkan jati diri dan terus bekerja keras demi parti keramat UMNO," ujarnya lagi. – MediaUMNO

Kualiti Air Terawat Di Negeri Di Bawah Seliaan PAAB Tunjuk Peningkatan – Mahdzir

Posted: 06 May 2014 02:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Perkhidmatan dan pengurusan air di negeri yang berada di bawah Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) menunjukkan peningkatan ketara, khususnya dari segi kualiti air terawat yang dibekalkan, persidangan Dewan Negara diberitahu.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata peningkatan itu terhasil melalui pengawalseliaan ketat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) kepada semua operator terlibat.

KPI tersebut ditetapkan kepada operator bekalan air berdasarkan pelan perniagaan yang diluluskan SPAN, katanya semasa menjawab pertanyaan Senator Datuk Saat Abu di sini.

Saat ingin tahu pencapaian negeri-negeri yang telah menyertai PAAB serta perancangan kerajaan terhadap negeri-negeri yang belum menyertai perbadanan itu.

Mahdzir berkata KPI itu mendorong setiap operator bekalan air member tumpuan kepada kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan pembekalan air di setiap negeri terbabit.

PAAB pula dapat membangunkan infrastruktur air mengikut pelan perniagaan operator bekalan air secara berperingkat berdasarkan keupayaan kewangan mereka, katanya.

Berhubung lima negeri yang belum menyertai PAAB, Mahdzir berkata beberapa siri rundingan telah dan sedang dijalankan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri yang belum menyertai perbadanan itu.

Beliau berkata dengan komitmen tinggi yang ditunjukkan semua pihak terlibat, kerajaan yakin segala isu berbangkit akan dapat diselesaikan dan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di negeri terbabit dapat dilaksanakan.

Negeri terbabit ialah Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah manakala negeri yang telah selesai ialah Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Perlis.

DAP Terpaksa Main Wayang Bila Gagal Halang Pas Laksana Hudud – Dr Puad

Posted: 06 May 2014 02:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan kenyataan Adun Seputeh, Teresa Kok yang mendakwa Pas terpaksa melaksanakan hudud untuk menarik semula undi orang Melayu, merupakan satu  kenyataan yang semata-mata untuk mengaburi masyarakat Cina, agar tidak melihat DAP gagal menghalang Pas melaksanakan hukum Islam tersebut.

Kata beliau, ketegasan Pas untuk melaksanakan hudud di Kelantan sudah tentunya memberikan tamparan hebat kepada DAP,  yang selama ini mendapat sokongan kuat daripada orang Cina  berdasarkan perjuangan dan kelantangan mereka menentang sebarang perlaksanaan undang-undang Islam di negara ini.

dr-puad-zarkashi-ahli-majlis-tertinggi-batu-pahat-johor-umno-bn

"Apa yang saya nampak, di antara ketiga-tiga parti tersebut sememangnya tidak ada satu matlamat bersama di dalam perjuangan mereka. Matlamat utama mereka hanyalah untuk berkuasa, tetapi dari sudut perjuangan dan ideologi, tidak ada persamaan di antara ketiga-tiga parti tersebut.

"Jadi, di sebabkan hal itu, mereka terpaksa berlakon sesama sendiri, dan bukan hanya sesama sendiri, mereka juga terpaksa berlakon kepada pengundi dan penyokong demi untuk mempertahankan kerjasama mereka di dalam pakatan hari ini," ujar beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berpendapat bahawa lakonan antara ketiga-tiga parti ini tidak akan dapat bertahan lama ekoran isu perlaksanaan hudud yang dibangkitkan oleh Pas baru-baru ini merupakan satu isu yang besar buat parti seperti DAP.

"Bagi saya, isu hudud ini merupakan satu isu besar di mana ketiga-tiga pemimpin di antara parti-parti tersebut tidak mampu lagi untuk berlakon sesama sendiri. DAP akan tetap dengan pendirian mereka menentang sebarang perlaksanaan agenda Islam, kerana ia merupakan punca sokongan kaum Cina terhadap parti tersebut.

"Tetapi dalam masa yang sama, DAP tetap memerlukan Pas untuk mendapat kelebihan tambahan undi daripada orang Melayu, biarpun DAP sebenarnya lebih mengutamakan undi orang Cina berbanding orang Melayu.

"Dalam PRU yang lepas pun, undi orang Melayu kepada DAP bertambah disebabkan oleh kebodohan kepimpinan Pas yang percaya kepada keikhlasan DAP dalam kerjasama mereka. Sebab itu, biarpun ada wakil DAP yang mendesak Pas agar keluar dari pakatan, namun hakikatnya DAP masih memerlukan Pas di dalam Pakatan," ujarnya.

Menurut Puad, isu hudud ini juga sudah mula memperlihatkan tembelang lakonan antara ketiga-tiga parti tersebut yang seringkali mendakwa kononnya mempunyai kerjasama yang erat dan kukuh untuk menerajui negara.

"Tetapi dalam isu ini, saya berpendapat bahawa Pas merupakan parti yang paling rugi. Isu hudud ini akan membuatkan Pas tersepit. Mereka mesti laksanakan hudud dalam usaha meraih semula undi dan sokongan orang Melayu terhadap parti mereka yang semakin merudum.

"Dalam masa yang sama, mereka menghadapi masalah dalam mempertahankan kerjasama di dalam pakatan pembangkang, di mana saya yakin Dap dan juga PKR tidak akan bersetuju dengan kesungguhan Pas untuk melaksanakan hudud.

"Justeru itu, saya cadangkan agar Pas menjalinkan kerjasama dengan UMNO dalam hal-hal yang boleh dipersetujui bersama, demi untuk memperkukuhkan masa depan Islam dan bangsa. Sejarah membuktikan bahawa Pas dan UMNO pernah membentuk kerajaan campuran pada 1973 di Kelantan, Kedah, dan perkara ini tidak mustahil untuk berulang sekiranya ada usaha ke arah itu oleh kepimpinan kedua-dua parti Melayu terbesar ini," akhiri beliau. -MediaUMNO

teresa-kok-pas-guna-hudud-undi-sokongan-politik-zahid-kaji-taktik-strategi-muslim-islam-malaysia

tertinggi-dap-karpal-lim-kit-siang-guan-eng-tolak-hudud-hadi-silap-salah-sokong-pakatan

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...