UMNO Online - “Malaysia Wants To Curb Militant Activities – Zahid” plus 4 more

UMNO Online - “Malaysia Wants To Curb Militant Activities – Zahid” plus 4 more

Link to UMNO Online

Malaysia Wants To Curb Militant Activities – Zahid

Posted: 03 May 2014 12:26 PM PDT

BANGI, May 3 – The arrest of 11 individuals believed to be members of a militnt group is due to professional work of the Royal Malaysian Police (PDRM).

Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi denied claims by certainquarters that the arrest would tarnish the good name of the country.

“We want to charge the suspected militants in court under the Security Offences (Special Measures ) Act 2012 (SOSMA).

“This act was carried out in accordance with the law,” he told reporters after a dinner to mark the 16th Immigration Department Sports Championship, at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), here tonight.

Ahmad Zahid said the government does not want Islamophobia in Malaysia.

“We have to distinguish between militancy and Islamic teachings. The ministry does not want to portray all Muslims as terrorists.”

He said the remaining members of the militant group would be hunted and eradicated to free this country of militants.-MediaUMNO

UMNO – Pas Perlu Cari Titik Persamaan Demi Islam Dan Melayu

Posted: 03 May 2014 12:18 PM PDT

SURABAYA, 3 Mei – Umno dan PAS perlu memiliki ‘kekuatan’ untuk mencari ‘titik persamaan’ bagi mencapai visi yang lebih besar dalam konteks memperkasa agenda bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Datuk Fuad Hassan berkata pada dasarnya, kedua-dua parti mempunyai banyak persamaan walaupun berbeza ideologi politik iaitu perjuangan berteraskan agama dan bangsa Melayu.

Datuk-Fuad-Hassan

“Umno dan PAS sebenarnya banyak persamaan jika dibandingkan pakatan antara PAS dengan PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan DAP dalam agenda agama dan bangsa.

“Kedua-dua parti seharusnya memikirkan secara mendalam tentang visi bersama ini kerana pada akhirnya, perpaduan dan kesatuan yang penting bagi mencapai cita-cita majoriti penduduk Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas membentang kertas kerja bertajuk ‘Pendidikan Mentransformasikan Politik Melayu’ bersempena Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (Sepma) ketiga di sini, Sabtu.

Pada masa sama, beliau berkata pandangan serta pendapat masyarakat minoriti  perlu dihormati serta diambil kira oleh kedua-dua parti dalam memperjuang nasib bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.

Fuad berkata usaha kerajaan melindungi hak dan kepentingan bangsa Melayu selama ini adalah kerana kaum itu belum memadai untuk bersaing secara terbuka dengan masyarakat lain di Malaysia.

“Seperti kata tokoh pemikir Melayu Allahyarham Za’ba… selama 500 tahun orang Melayu dijajah. Maka menurut Za’ba, orang Melayu memerlukan sekurang-kurangnya 250 tahun untuk dibantu oleh kerajaan agar kedudukan mereka menjadi  kukuh,” katanya sambil menambah antara aspek yang perlu diberi penekanan bagi memajukan bangsa Melayu ialah menerusi bidang pendidikan.

Beliau berkata falsafah pendidikan di Malaysia ‘cukup cantik tetapi ada beberapa elemen yang perlu disemak, misalnya kurikulum dan sukatan pelajaran mengenai agama, sejarah dan budaya (bahasa) perlu diterap tanpa mengira apa jua bidang pengajian.

Katanya, dalam keadaan sekarang yang menyaksikan perpecahan dalam kalangan masyarakat Melayu semakin meruncing, Umno dan PAS perlu melihat jauh ke hadapan berkaitan’survival’ bangsa itu.

Objektif seminar tiga hari yang berakhir Isnin ini, antaranya ialah menghimpun masyarakat Melayu serumpun bagi membincangkan isu ‘survival’ Melayu dan mentranformasi tindakan bangsa berkenaan ke arah membangunkan misi sejagat.

Seminar anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertema ‘Bersatu Mendepani Survival Melayu’ itu akan dirasmi oleh Menteri Badan Usaha Milik Negara Indonesia Dahlan Iskan pada Ahad.-MediaUMNO

Pembangkang Kutuk CBP Tapi Tidak Sedia Alternatif

Posted: 03 May 2014 12:12 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membidas pembangkang yang mengutuk kerajaan kerana mahu melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada April tahun depan.

Beliau berkata sebaliknya, pembangkang yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan cukai itu tidak pernah mengemukakan alternatif bagi menggantikan CBP.

“Pembangkang buat demonstrasi pada 1 Mei lepas tetapi sebenarnya kalau dia tidak setuju dengan CBP, bagilah alternatif tetapi kita tidak dengar apa alternatif mereka.

“Cuma dia naik pentas kutuk kerajaan, kutuk sahaja tanpa berikan alternatif yang baik untuk negara,” katanya ketika melancarkan Majlis Senator Malaysia (MSM) dan logo majlis itu di Bangunan Parlimen di sini, malam ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Presiden MSM Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata cara itu tidak mencerminkan pembangkang yang mewakili masyarakat berintelektual kerana mereka sentiasa inginkan input yang lebih rasional mengenai sesuatu perkara.

Menurutnya kerajaan mempunyai asas rasional yang cukup konkrit untuk melaksanakan CBP di negara ini.

“Lebih 160 buah negara sudah perkenalkan CBP,  kita patut sedar bahawa inilah jalan terbaik untuk menjamin masa depan negara,” jelas beliau.

Perdana Menteri juga berkata beliau menyokong penuh MSM, yang ditubuh tahun lepas dan dibuka kepada semua anggota Dewan Negara dari BarisanNasional (BN) dan bekas Senator BN.

Beliau berkata dengan kepelbagaian latar belakang dan kepakaran Senator, kualiti perbahasan Dewan Negara dilihat semakin meningkat.

“Dengan pelbagai latar belakang, ia meningkatkan mutu perbahasan dan boleh mengimbangi Dewan Rakyat bukan sahaja dari sudut dasar-dasar yang dibawa mana-mana parti politik, tetapi apabila sampai ke Dewan Negara ia boleh membawa perspektif yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata dengan keseimbangan ini akan memberi manfaat yang besar kepada kerajaan dan memberi input yang bermakna untuk kepentingan rakyat.

Najib berkata Dewan Negara tidak seharusnya dilabel sebagai ‘rubber stamp’ oleh sesiapapun kerana peranan yang dimainkan oleh para Senator juga cukup penting dalam menggubal undang-undang.

“Saya diberitahu bahawa perbahasan dalam dewan sangat rancak kebelakangan ini sehingga baru-baru ini Dewan Negara mencatat sejarah perbahasan sehingga 12.43 pagi kerana ingin meluluskan usul titah Diraja,” katanya.

Mengenai peruntukan tambahan untuk elaun anggota Dewan Negara, Najib berkata beliau akan membincangkan dengan Kementerian Kewangan mengenai perkara itu.-MediaUMNO

Tanggapan Kerajaan Tidak Bantu Bumiputera Tidak Tepat – Muhyiddin

Posted: 02 May 2014 10:07 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Tanggapan bahawa kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam membantu membangunkan usahawan Bumiputera adalah tidak tepat sebaliknya usaha tersebut dilakukan secara berterusan sejak dahulu lagi, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata hanya disebabkan masalah berlarutan yang dialami oleh usahawan-usahawan ini yang sedang ditangani kerajaan, timbul dakwaan bahawa kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam usaha tersebut.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum merasmikan Program Pemerkasaan Ekonomi Melayu & Bumiputera Menerusi Keusahawanan.-MediaUMNO

Pemuda UMNO Akan Jumpa Pemuda Parti Komponen BN Perjelas Berhubung Hudud

Posted: 02 May 2014 09:59 PM PDT

BESUT, 3 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan rakan pemuda dari parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk MCA, Gerakan dan MIC untuk memberi penjelasan berhubung hukum hudud.ketua-pemuda-umno-khairy-mesyuarat-exco-pwtc-april-2014

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata perjumpaan itu perlu diadakan segera supaya semua pihak mendapat penjelasan yang betul dan tepat mengenai hukum itu daripada pihak yang arif tentang hudud.

Katanya pergerakan pemuda UMNO mendapati anggota daripada komponen BN masih kurang faham hingga menyebabkan mereka membuat pelbagai andaian dan tidak menerima hukum hudud setakat ini.

"Pandangan dan pegangan pergerakan pemuda adalah tidak berbeza dengan pandangan UMNO yang menerima hukum hudud sebagai hukum Allah,” katanya kepada pemberita di Besut petang semalam.

Beliau berkata pegerakan itu juga akan menganjurkan satu forum bagi memperjelaskan berhubung pelaksanaan hukum hudud di negara ini dalam jangka dua minggu lagi.

Khairy berkata beberapa tokoh agama dan pakar undang-undang sivil dan syariah akan dijemput menghadiri forum itu.

"Antara tokoh yang bakal dijemput termasuk bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan beberapa tokoh lain,” katanya.-MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...