UMNO Online - “ADUN Bukit Besi Tarik Balik Surat Keluar UMNO” plus 9 more

UMNO Online - “ADUN Bukit Besi Tarik Balik Surat Keluar UMNO” plus 9 more

Link to UMNO Online

ADUN Bukit Besi Tarik Balik Surat Keluar UMNO

Posted: 13 May 2014 06:46 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 13 Mei – Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

roslee-daud-bukit-besi-adun-bebas-terengganu

Perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.

Mohd Jidin, yang juga Adun Permaisuri, berkata Roslee telah menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan beliau.

“Kenapa beliau membuat keputusan tersebut awal pagi tadi tak perlu kita sebut lagi. Tetapi, yang penting kita dalam parti perlu bersatu padu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Jidin berharap situasi politik yang berlaku di negeri itu dapat ditangani dengan baik.

Sebelum ini, Roslee mengisytiharkan bahawa beliau telah keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, yang juga Adun Kijal, dan Adun Ajil Ghazali Taib berbuat demikian.

Mereka bertindak demikian selepas Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah malam semalam bagi menggantikan Ahmad yang meletak jawatan sebagai menteri besar.

Dengan perkembangan terbaharu itu, BN kini memegang 16 kerusi DUN termasuk satu kerusi Speaker manakala PAS (14), PKR (1) dan Bebas (2).

Situasi Terengganu Berbeza Krisis Perak 2009 – Pengamal Undang-Undang

Posted: 13 May 2014 05:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Kemelut pemerintahan yang berlaku di Terengganu tidak boleh disamakan dengan situasi peralihan kuasa di Perak pada tahun 2009 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Pakatan Rakyat (PR).

Pengamal undang-undang yang dihubungi Bernama hari ini, berpendapat BN kekal memerintah di Terengganu walaupun tiga wakil rakyatnya dari Umno mengisytiharkan diri mereka sebagai calon Bebas, kerana tidak menyatakan pendirian untuk menyokong pembangkang.

hafarizam-harun-peguam-umno-bn-penasihat-undang-undang-firma-mahkamah-perlembagaan-saman-fitnah

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata keadaan ini berbeza daripada krisis Perak 2009 apabila tiga wakil rakyat PR menjadi ahli Bebas menyatakan sokongan kepada BN, tatkala BN dan PR kekika itu mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 28 dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berjumlah 59 kerusi.

Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar setelah mengambil kira pendirian tiga wakil rakyat Bebas itu.

Justeru itu, Mohd Hafarizam berkata selagi tiga wakil rakyat Terengganu itu tidak membuat pendirian sebagai ‘cenderung ke pembangkang’, Terengganu masih diperintah BN dan “dakwaan bahawa kerajaan BN tumbang di Terengganu adalah salah dan tidak tepat”.

Beliau menambah jika wujud kerajaan baharu di bawah pemerintahan PAS di Terengganu, sudah pasti seorang Menteri Besar (MB) dari parti itu telah dilantik semalam, namun majlis angkat sumpah jawatan MB baharu melibatkan Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, juga dari BN.

“Sekarang kuasa eksekutif dan MB adalah Ahmad Razif dari BN dan selagi beliau tidak menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin untuk DUN dibubarkan atau (Ahmad Razif) tidak membentangkan usul tergempar untuk mendapatkan undi kepercayaan daripada dewan, beliau masih kekal sebagai MB,” kata Mohd Hafarizam.

Semalam, Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said, Adun Ajil Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas, menyebabkan kedudukan BN di DUN yang mempunyai 32 kerusi menjadi 15 BN (termasuk satu kerusi Speaker), PAS (14), PKR (1) dan Bebas (3). Ahmad juga meletakkan jawatan sebagai MB Terengganu.

Ditanya jika beliau melihat kerajaan campuran sebagai jalan penyelesaian krisis itu, Mohd Hafarizam berkata itu merupakan keputusan politik, dan bukannya dari sudut perundangan.

“Perkara ini (kerajaan campuran) pernah berlaku pada 1974 antara PAS dan Umno dan ia merupakan satu pilihan yang ada, namun semuanya bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan parti sama ada mahu atau tidak,” katanya.

Peguam Datuk Salehuddin Saidin juga berpendapat tiada sebarang isu timbul di Terengganu kerana wakil rakyat yang memilih untuk ‘menjadi’ Bebas tidak menyatakan sokongan kepada PAS.

Pengamal undang-undang Malik Imtiaz Sarwar pula bersetuju bahawa pembubaran DUN adalah cara terbaik selari dengan prinsip demokrasi, dan menambah persoalan yang timbul kini adakah Ahmad Razif mendapat ‘sokongan majoriti’.

“Dan ini bergantung kepada tiga Adun itu sama ada mahu menyokong atau tidak, dan jika mereka tidak menyokong MB itu, maka seorang lagi MB baharu perlu dilantik, begitu juga dengan Exco yang perlu berlaku rombakan,” katanya.

Penduduk Hulu Terengganu Kecewa Tindakan Wakil Rakyat Ajil Keluar UMNO

Posted: 13 May 2014 05:53 AM PDT

HULU TERENGGANU, 13 Mei – Lebih 50 penduduk kampung di sini yang majoritinya anggota Umno Hulu Terengganu meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib, 52, keluar Umno.

Mereka berkumpul berhampiran kediaman wakil rakyat berkenaan petang ini dengan membawa sepanduk sebagai tanda kecewa dengan tindakan pemimpin itu.

Penduduk-Rakyat-Hulu-Terengganu-Ghazali-Taib-Adun-Ajil-Keluar-UMNO-Bebas

Seorang penduduk kampung, Mohd Wahid Ngah, 53, berkata perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dan Adun berkenaan perlu akur dan patuh pada keputusan pucuk pimpinan parti.

Katanya mereka sebagai penyokong setia Umno sanggup mengorbankan masa, tenaga dan sebagainya bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal memerintah di Terengganu khusus di kawasan mereka sendiri.

“Saya amat kecewa dengan tindakan wakil rakyat (Ghazali) di kawasan ini, kami sanggup memberikan sokongan padu dan kepercayaan kepada beliau untuk membela dan melakukan perubahan di sini namun tindakan sedemikian yang dilakukannya,” katanya kepada Bernama.

Bekas Ketua Umno Cawangan Kampung Jak, Saad Mustafa, 52, menyifatkan tindakan Ghazali itu sebagai bukti beliau bukannya anggota Umno yang sejati.

“Bagi saya dia bukan seorang ahli parti yang setia, jika tidak dia tidak akan melakukan keputusan yang terburu-buru tanpa memikirkan kesan di sebalik semua keputusan tersebut dan langsung tidak menghargai sumbangan ahli parti yang lain,” katanya.

Naib Ketua Pemuda Umno Cawangan Menerong, Mohd Faizal Mustapa, 30, berharap kemelut itu dapat diselesaikan dengan cara terbaik dan berhemah.

“Kami masih mengharapkan jawapan dan status kedudukan sebenar Adun berkenaan dengan melepaskan jawatan tersebut…mereka juga berharap Umno pusat serta negeri dapat menyelesaikan kemelut ini dengan secepat mungkin,” katanya.

Ghazali juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas negeri.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lalu Ghazali menewaskan Mohd Razki Yah Alias (PAS) dengan majoriti 2,782 undi.

Selain Ghazali, bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said (Adun Kijal) dan Roslee Daud (Adun Bukit Besi) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri turut mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi Adun Bebas.

Ahmad Razif Mulakan Tugas MB Terengganu Secara Rasmi Esok

Posted: 13 May 2014 05:50 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 13 Mei – Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dijangka memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar Terengganu secara rasmi esok.

Menurut Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Ahmad Razif difahamkan akan memasuki pejabat Menteri Besar di Tingkat Enam, Wisma Darul Iman pada pukul 7.45 pagi.

Ahmad-Razif-Abdul-Rahman-Watikah-Angkat-Sumpah-Istana-Sultan-Mizan-Zainal-Abidin-MB-Terengganu-Baru

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri itu, semalam dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said yang meletakkan jawatan.

Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di sini pada 9.18 malam tadi.

Ahmad Razif, 49, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir selama dua penggal sejak 2008 merupakan lulusan Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia, pernah menyandang jawatan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia.

Beliau juga menjadi Ketua Penerangan Umno Terengganu pada penggal lepas.

Antara Menteri Besar Terengganu sejak 1959 ialah :

Mohd Daud Abdul Samad dari PAS (1959-1960),
Tan Sri Ibrahim Fikri Mohamad dari Umno (1960-1970),
Datuk Mahmood Sulaiman dari Umno (1970-1971),
Datuk Nik Hassan Wan Abdul Rahman dari Umno (1971-1974),
Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dari Umno (1974-1999),
Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari PAS (1999-2004),
Datuk Seri Idris Jusoh dari Umno (2004-2008) dan
Datuk Seri Ahmad Said dari Umno (2008-12 Mei 2014).

KPDNKK Lancar Ops Titik Besar-Besaran Khamis Ini – Hasan

Posted: 13 May 2014 05:43 AM PDT

SEREMBAN, 13 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan melancarkan Ops Titik secara besar-besaran pada Khamis ini bagi membendung kegiatan penyelewengan diesel di seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata tindakan penguatkuasaan bersepadu secara besar-besaran itu berdasarkan hasil risikan dalaman dan maklumat daripada agensi penguatkuasaan lain.

“Beberapa individu, syarikat, sektor dan lokasi ‘hot spot’ (panas) dikenal pasti untuk disenarai pendek seperti stesen minyak, pemborong dan gudang simpanan yang menjadi transit untuk sindiket beroperasi,” katanya dalam siding media di sini, hari ini. Turut hadir Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayudin.

Katanya KPDNKK akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain seperti polis, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan aktiviti itu dapat dihapuskan hingga ke akar umbi.

Katanya kementeriannya memandang serius kegiatan penyelewengan diesel dan menubuhkan jawatankuasa membanteras penyelewengan minyak petrol dan diesel bersubsidi yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad baru-baru ini.

Hasan berkata pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk menyeleweng diesel bersubsidi bagi mengaut keuntungan dengan jalan mudah.

“Penyelewengan ini didapati berlaku di semua peringkat, meliputi stesen minyak, gudang pemborong, pelabuhan serta di kawasan sempadan darat dan laut.

“Aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi dikesan didalangi secara sindiket dan terancang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab…bagi mengaut keuntungan jutaan ringgit.

“Impak yang ketara hasil daripada aktiviti ini ialah berlakunya tambahan kuota diesel setiap bulan di samping banyak stesen minyak kehabisan bekalan,” katanya.

Hasan berkata penguatkuasaan bersepadu dijalankan secara berterusan iaitu pada akhir 2013 sehingga minggu lepas, bersama-sama pasukan petugas khas Jabatan Peguam Negara menjalankan operasi khas di kawasan utara meliputi Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

“Operasi bersepadu kedua dilaksanakan di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, manakala operasi ketiga pada pertengahan April lepas. Di Pahang KPDNKK merampas kapal berserta muatan diesel 1.34 juta liter.

“Secara keseluruhan, operasi bersepadu bersama Jabatan Peguam Negara membabitkan 39 kes dengan rampasan diesel 2.22 juta liter serta wang tunai RM949,929, di samping pembekuan akaun bank anggota sindiket dianggarkan RM53 juta,” kata Hasan.

Katanya tahun lepas, terdapat 851 kes berkaitan penyelewengan diesel dengan nilai rampasan RM25.21 juta manakala bagi 2014 sehingga April, 146 kes direkodkan dengan rampasan bernilai RM4.62 juta.

Sementara itu, katanya Akta Kawalan Bekalan 1961 sedang dipinda bagi menyesuaikannya dengan keadaan pasaran semasa kerana peruntukan sedia ada terhad kepada kesalahan tertentu sahaja.

Di samping itu, peruntukan penalti yang lebih berat akan dilaksanakan kelak, katanya.

Rakyat Terutama Ahli UMNO Di Terengganu Diminta Sabar Dan Bertenang

Posted: 13 May 2014 01:53 AM PDT

PETALING JAYA, 13 Mei -  Tan Sri Muhyiddin Yassin antara kepemimpinan tertinggi UMNO yang meminta supaya rakyat, terutama ahli parti itu bertenang berikutan kemelut politik yang melanda Terengganu.

Timbalan Presiden UMNO itu mahu rakyat Terengganu bertenang dan bersabar berikutan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) negeri itu memutuskan untuk keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

jamil-muhyiddin-najib-sultan-mizan-terengganu

“Salam… saya berharap rakyat Terengganu dapat bertenang dan bersabar, insyaAllah kita akan dapat jalankan yang terbaik untuk selesaikan kemelut ini,” katanya menerusi tulisannya di Twitter pada Selasa.

Selain Muhyiddin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menulis di Twitter meminta supaya semua pihak semua sabar dan bertenang dalam menghadapi situasi itu.

“Kita minta semua sabar dan tenang dan rapatkan barisan . Insyallah semua ok,” katanya di Twitter.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut berpesan kepada ahli parti untuk terus memperjuangkan UMNO.

“Jangan tunggu UMNO membela kita, tetapi kita yang perlu membela dan memperjuangkan UMNO,” katanya menerusi tulisannya di Twitter.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga meminta pemimpin dan ahli parti bertenang berikutan krisis politik terbaharu di Terengganu. 

Beliau yakin dari segi Perlembagaan, kerajaan BN masih kerajaan yang sah dan masih memerintah negeri berkenaan.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak tidak mendengar khabar angin sebaliknya menunggu kenyataan rasmi dari pihak Istana dan Speaker DUN.

“Saya minta semua bertenang kerana kita perlukan penjelasan. Saya pasti ada orang akan ambil kesempatan untuk lemahkan BN dan UMNO,” katanya.

Sehingga pati tadi, tiga Adun BN iaitu bekas Menteri Besar Terengganu yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said; Adun Ajil, Ghazali Taib dan terbaharu, Adun Bukit Besi, Roslee Daud mengisytiharkan keluar UMNO.

Keputusan Ahmad itu hanya beberapa jam selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan tempatnya diganti oleh Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Terkini, daripada 32 kerusi DUN di Terengganu, BN mempunyai 14 kerusi DUN termasuk 11 kerusi Umno, manakala Pakatan Rakyat mendapat 15 kerusi iaitu lebih satu kerusi apabila PAS memiliki 14 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan satu kerusi. -mstar

Firmness Needed In Acts Replacing ISA – Academician

Posted: 13 May 2014 01:48 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 13 – The government must focus on the aspects of implementation and enforcement of the new and existing laws on national security following the abolition of the Internal Security Act (ISA).

"Firmness is crucial in the new and existing acts," said an academician who is also Yayasan Karyawan Chief Executive Datuk Zainal Abidin Borhan to Bernama here, today.

He said non-traditional security threats which existed in numerous forms especially in the new media which disseminated slander, instigation and provocation must be overcome with firm action.

He said, the people must also use the right channel based on the rule of law to voice any dissatisfaction or protest.

"The people can express themselves but this must be done using the right channels," he said.

Zainal Abidin was asked to comment on the statement by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak recently that the government stood firm on its decision to abolish the ISA because it was confident that it was the will of the majority of the people in the country.

Universiti Utara Political and International Studies lecturer Md Shukri Shuib said the government need not entertain the urgings of certain quarters who wanted ISA to be brought back, but on the other hand needed to improve on the new acts so they could tackle current challenges.

Md Shukri also suggested that the government created a Security Transformation Plan towards improving the security sector, other than holding discussions with security units including ex-police chiefs to get their inputs on security management.

Meanwhile, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) urged the government to hold a referendum to find out if the people wanted ISA back.

Negeri Sembilan Perkasa president Ruslan Kasim said he was confident only a minority group did not want the act, which was repealed in 2011, to be brought back.

The new acts to replace ISA especially SOSMA were not comprehensive and ineffective in ensuring preventive action unlike ISA, he added.

Semua Anggota UMNO Diminta Bertenang – Jailani

Posted: 13 May 2014 01:47 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 13 Mei – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Jailani Johari meminta semua anggota Umno agar bertenang dan tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi krisis politik di Terengganu.

“Saya menyeru semua anggota Umno supaya tenang dan tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan. Apa jua tindakan kita haruslah mengutamakan kepentingan parti,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.

Jailani yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata beliau sangat berharap agar semua anggota Umno Terengganu kembali bersatu.

“Saya harap semua anggota akan terus bersatu dan mendoakan jalan penyelesaian terbaik demi kepentingan semua,” katanya.

Tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu Datuk Seri Ahmad Said (Kijal), Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) mengumumkan keluar Umno dan menjadi wakil bebas, awal hari ini.

Dengan perkembangan terbaharu politik itu, kerusi Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu berkurangan daripada 17 kepada 14, PAS (14), PKR (satu) dan Bebas (tiga).

Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu semalam sekali gus menyaksikan Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.

Pemimpin Dan Anggota BN Diminta Bertenang – Shafie Apdal

Posted: 13 May 2014 01:45 AM PDT

IPOH, 13 Mei – Pemimpin dan anggota Barisan Nasional (BN) diminta bertenang berikutan perkembangan terbaru politik di Terengganu kerana parti itu masih kekal memerintah kerajaan negeri, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

shafie-apdal-semporna-sabah-menteri-naib-presiden-umno-bn

Beliau berkata anggota BN perlu berdiri teguh dengan kepimpinan Menteri Besar Terengganu yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman bagi memastikan kekuatan parti untuk memerintah kerajaan Terengganu dapat dipertingkatkan.

“Dari segi perlembagaan, kita (BN) masih lagi kerajaan di situ dan sudah ada pengganti selaku Menteri Besar. Selagi tiada makluman daripada (Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) atau tuanku, keadaan masih lagi O.K.,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di kediaman beliau di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan tiga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said keluar parti dan menjadi wakil Bebas.

Mohd Shafie berkata kerajaan BN masih kekal memerintah negeri Terengganu apabila speaker DUN turut dikira bersama 14 Adun BN yang masih tinggal, selepas tiga Adun keluar parti dan menjadi wakil Bebas.

Mohd Shafie berkata Ahmad yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal bersama Adun Ajil Ghazali Taib serta Adun Bukit Besi Roslee Daud masih tidak menyatakan pendirian mereka sama ada menyokong BN atau sebaliknya.

“Perlu ada penjelasan…tidak bererti mereka masuk Bebas mereka sokong pembangkang. Perlu ada pernyataan atau makluman kepada pihak istana, barulah istana yakin bahawa keadaan itu dah diperakukan,” katanya.

Mengenai persefahaman antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ahmad berhubung peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu, Shafie berkata persefahaman itu telah wujud sejak setahun lalu.

“Ada persefahaman antara Perdana Menteri dengan Ahmad Said di peringkat awal iaitu persefahaman untuk membolehkan supaya melanjutkan pelantikan beliau (Ahmad) menjadi Menteri Besar Terengganu.

“Waktu itu ada pergolakan di Terengganu, keadaan itu agak membimbangkan, ada yang setuju ada yang tak setuju, bagi mengelakkan keadaan itu tidak berlarutan, maka dah dipersetujui supaya dilanjutkan sehingga setahun. Saya yakin Ahmad Said faham tentang perkara ini,” katanya.

Beliau menegaskan khabar angin kononnya DUN Terengganu dibubarkan adalah tidak benar sambil meminta masyarakat tidak mudah mempercayai maklumat yang tiada kesahihannya.

“Tanggapan itu tidak benar seperti yang dinafikan speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu (Mohd Zubir Embong). Saya pasti ada orang ambil peluang untuk membuat sesuatu yang boleh melemahkan kekuatan BN di Terengganu,” katanya.

Mengenai laman sosial heboh mengatakan bahawa perkembangan terbaru politik di Terengganu mempunyai persamaan dengan Perak yang berlaku sebelum ini, Shafie sama sekali mengatakan bahawa apa yang berlaku di kedia-dua negeri itu adalah berbeza.

“Di Perak lain di Terengganu lain kerana di Terengganu persefahaman di antara Perdana Menteri dengan bekas Menteri Besar Terengganu manakala di Perak krisis berlaku di antara BN dengan pembangkang,” katanya.

GTP Dan ETP Beri Hasil Baik Kepada Negara Tahun Lalu – Najib

Posted: 13 May 2014 01:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata tahun 2013 telah membawa hasil yang baik kepada negara susulan daripada perancangan serta pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Menurut perdana menteri, kedua-dua program itu diperkenal bertujuan memajukan Malaysia ke arah kemakmuran sehingga aspirasi menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tercapai.

“Pada majlis pelancaran Program Transformasi Negara 2013 di Angkasapuri malam tadi, saya ulangi keyakinan saya bahawa kita kini berada pada trek yang betul untuk mencapai aspirasi ini,” kata Najib dalam catatan terbaharu beliau dalam Facebooknya.

Najib ketika melancarkan Laporan Tahunan GTP dan ETP 2013 malam tadi antara lain berkata GTP 2.0 berjaya mencapai kejayaan 104 peratus daripada sasaran keseluruhan pada 2013 dengan keberhasilan ketara dalam pengupayaan ekonomi individu dan masyarakat.

Beliau juga berkata fakta kejayaan itu boleh dilihat melalui pelbagai manfaat besar yang telah dinikmati rakyat, termasuk melalui pemberian tambahan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 melibatkan peruntukan berjumlah RM2.91 bilion yang dinikmati lebih 4.8 juta isi rumah berpendapatan rendah.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...