Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Sampai Bila Nak Biar Jentera Cyber BN Terus di Rundung Masalah? #PrkTelukIntan @NajibRazak @TengkuAdnanReal

Posted: 19 May 2014 08:15 AM PDT



Mc bukan nak tembak sesiapa, Mc bukan nak tunjuk pandai atau ada kepentingan. Takdak, apa pun takdak. Cuma ini nasihat daripada seorang aktivis media sosial yang bergiat sejak dari zaman mIRC lagi.

Bila sekali jadi, orang panggil tersilap, atau tak sengaja. Tapi bila dah dah jadi 2,3 kali. Benda tu dah jadi lain macam. Dari terus teruk, baik kita cuit sikit.

Dari PRK Kajang hingga PRK Teluk Intan. Pelbagai masalah timbul dalam pengurusan Jentera Media Sosial BN. Apa yang susah sangat nak urus jentera cyber ni? Berilah pada orang yang layak, orang yang berpengalaman, benda ni bukan main-main.

Kumpulan baru ada, kumpulan lama pun ada, tak campur sekali takpa, janji boleh selaras. Jangan pinggirkan yang lama. Masing-masing boleh bantu-membantu. Permainan media sosial sekarang, banyak mempengaruhi game politik di atas padang buat masa kini. Benda penting jangan ambil mudah.

Utamakan parti.. utamakan jalan kerja dan strategi untuk menang. Bukan untuk macam mana nak jadi kenyang.

Buat 2 atau 3 kumpulan berbeza utk satu PRK. Sebab ada sesetengah pihak tak boleh mengikut ketua yang tak sesuai dgn cara mereka. Tapi dalam 3 kumpulan, lantik penyelaras dari negeri PRK untuk selaraskan isu. Kemudian hantar laporan dan kajian kepada penyelaras utk penilaian setakat mana keberkesanan antara ketiga2 jentera tadi,

Minta senarai bloggers, dicampur dengan penilaian dan kajian. Kemudian baru buat keputusan akhir untuk tentukan kumpulan mana yg lebih berkesan. Bukan nak buang yang lain, tetap guna, tapi sekurang-kurangnya, kita patut guna jentera yg terbaik utk berperang.

Kalau dah rasa berperang utk kalah, baik BN suruh saja semua jentera PRK balik awal-awal. Jimat duit perbelanjaan parti utk jentera disana.

Sepatutnya kita masuk berperang utk menang. Turunkan yang terbaik dan rancang plan utk porak perandakan sebelah sana. Tapi sekarang jadi sebaliknya, berperang sesama sendiri.

Apa nak jadi ni? Kalau jentera media sosial pun tak boleh kawal, jangan mimpi nak kawal negara. Pemimpin BN pusat perlu ambil berat hal ini. Jangan pilih bulu sangat, utamakan parti dulu!!

Bila agaknya UMNO ni nak berubah?


P/s: Mc tegur bukan sebab Mc tak boleh pi.. Mc dijemput, tapi Mc berikan peluang pada sahabat-sahabat yang tiada pengalaman PRK lagi. Bagi depa rasa sama. Asyik kita saja bolot.. mana adil betui dak?

McTheory:
Minta UMNO pusat tolonglah selesaikan masalah jentera PRK ni.. benda kecik macam ni pun tak boleh settle ka?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...