Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! BN Terengganu Dalam Bahaya!! Dua Adun UMNO Keluar Parti!!

Posted: 12 May 2014 09:55 AM PDT


Beberapa jam selepas meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah mengisytiharkan keluar dari parti tersebut.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepada Astro AWANI.

Jika mereka menyokong Pas. Kemungkinan besar Pas akan berkuasa di Terengganu esok. Malah diberitahu ada 3 Adun UMNO akan keluar parti dan istihar bebas. Apa BN boleh buat? Adalah bubar DUN dan adakan PRN!!

INFO! Malaysia Kembali Perkasakan Ekonomi Dalam Bidang Pertanian! @IsmailSabri60 #Dsis

Posted: 11 May 2014 10:54 PM PDT


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mempromosi produk makanan berasaskan pertanian keluaran bumiputera dalam ekspo perdagangan di sembilan negara yang mempunyai kerjasama atau atase perdagangan dengan Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, produk-produk tersebut bagaimanapun perlu mempunyai kualiti, kreativiti, sistem pembungkusan yang menarik dan dalam kuantiti banyak untuk memastikan permintaan dapat dipenuhi sekiranya ada pembeli di pasaran luar negara.

Jelas beliau, sebagai langkah awal, dua agro bazar akan dibuka di Singapura serta Aceh, Indonesia pada Jun ini dan hanya produk yang memenuhi ciri-ciri tersebut akan diletakkan di situ.

"Produk kita kali ini yang akan dibawa ke luar negara perlu ditapis dahulu sebab walaupun kualitinya bagus tapi jumlah sedikit tidak boleh kerana bila ada permintaan susah untuk dipenuhi maka ia juga boleh menjejaskan imej negara.

"Tiga ciri penting juga perlu iaitu kualiti, pembungkusan menarik dan kreativiti sebab produk kita sama dengan Indonesia tetapi kita yakin kalau ada kelainan, pasti diterima di pasaran itu nanti," katanya.


Terdahulu, beliau melancarkan program Sesuka Hati Chef Bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Nasi Lemak Kopi O di Sri Pentas di sini yang merupakan salah satu langkah kementerian untuk mempromosi produk usahawan baharu.

Program 13 episod yang bermula sejak pertengahan bulan lalu dan akan bersiaran pada pukul 9.30 pagi di TV9, setiap Ahad itu merupakan rancangan masakan menggunakan produk tempatan yang dimasak oleh chef daripada syarikat-syarikat terpilih.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, eksport buah tomato ke pasaran Asia Barat telah pulih selepas mengalami kejatuhan baru-baru ini akibat saingan harga yang dihadapi daripada negara pengeksport lain.

Dalam masa sama katanya, lambakan buah tomato di pasaran tempatan juga berjaya diselesaikan dengan bantuan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang membelinya daripada pengeluar untuk dipasarkan di pasar tani seluruh negara.

"Harga tomato sudah kembali stabil dan eksport kita ke Dubai, Thailand dan Singapura juga me­ningkat kembali selepas jatuh di­sebabkan Syria dan Mesir menawarkan harga lebih rendah sebelum ini," katanya. - UtusanOnline
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...