BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


#PRKTELUKINTAN !!! BREAKING NEWS !!! DATUK MAH TEWASKAN #DYANSOFYA !!!

Posted: 31 May 2014 06:58 AM PDT


Calon BN,Datuk Mah Siew Keong berjaya menewaskan Calon DAP,Dyana Sofya dengan majoriti 238.Jumlah undian Datuk Mah Sebanyak 20,157,manakala Dyana Sofya 19,919



TAHNIAH DATUK MAH !!!

KANTOI !!! PENIPUAN #MALAYSIANINSIDER DIDEDAHKAN !!!

Posted: 31 May 2014 03:11 AM PDT



kantoi sudah !!! apa cerita ni ??? dulu meloyakini A.K.A Malaysiakini.kali ni malaysian insider pulak.tak habis-habis portal pembangkang ni kencing rakyat.jom kita lihat kenyataan di bawah

Veteran UMNO,Tan Sri Sabbaruddin Chik menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan kononnya Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sekiranya tiada sokongan pengundi muda. Menurut bekas Setiausaha Agung UMNO itu,laporan berita yang dikeluarkan portal berita propembangkang,Malaysian Insider tersebut sengaja direka untuk memburukkan nama beliau dan Najib selain mahu menjejaskan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN).Sehubungan itu beliau akan mengambil segala langkah perlu termasuk tindakan undang-undang jika Malaysian Insider terus mereka cerita tidak benar dengan niat mahu melaga-lagakan pemimpin UMNO dan BN khususnya menjelang Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan.

"Cerita ini tiada kena mengena dengan saya.Ini bukan cerita saya.Saya nafikan sepenuhnya.Memang benar ada wartawan Malaysian Insider datang menemubual tetapi bukan berkait soal pilihan raya,pengundi generasi Y (muda) mahu pun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Itu bukan percakapan saya.Cerita itu cerita dema (Malaysian Insider).Dema bercerita dan gunakan saya kononnya saya kini tengah marah kepada UMNO, BN dan Najib, tak betul," katanya dalam sidang akhbar khas di rumahnya di Bukit Damansara,di sini hari ini.

Bagaimanapun pada sidang akhbar tersebut,Malaysian Insider langsung tidak menghantar wartawannya walaupun telah diminta berbuat demikian oleh Sabbaruddin,sedangkan sebelum ini portal propembangkang itu sanggup datang ke rumah beliau untuk menemubual.Semalam,Malaysian Insider dalam artikel bertajuk GE14 lost if Barisan still fails to impress young voters mendakwa Sabbaruddin antaranya berkata,Najib bernasib baik kerana mengambil-alih daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bukannya Tun Dr. Mahathir Mohamad.Mengulas lanjut mengenai laporan yang disifatkan sebagai fitnah itu, Sabbaruddin berkata, sekiranya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tindak tanduk kerajaan sekalipun,bukan cara beliau untuk bercakap mengenai perkara itu di mana-mana media. 

"Saya jenis kalau ada benda yang saya patut cakap,saya akan bercakap terus dengan kerajaan dan Perdana Menteri.Najib masih kawan baik saya.Saya hormat beliau sebagai Perdana Menteri dan berdoa agar terus memimpin Malaysia selagi memiliki keupayaan," katanya.Menyentuh dakwaan kononnya beliau kini dilihat lantang disebabkan rasa tidak puas hati akibat tidak disambung kontraknya sebagai Pengerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat),Sabbaruddin berkata,perkara itu langsung tiada sebarang kaitan.Menurutnya,mungkin benar beliau sedikit terkilan dengan kata-kata dan tindakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,Datuk Seri Hasan Malek,tetapi adalah tidak logik alasan itu digunakan untuk menyerang kerajaan dan Najib. 

Katanya,bantahan beliau dan Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat terhadap campur tangan dalam urusan penyelesaian pinjaman peniaga permaidani,Deepak Jaishikin,bukan berlaku selepas kontrak tidak disambung tetapi bermula sejak Februari lalu lagi."Isu Bank Rakyat adalah perkara berbeza.Pendirian saya mengenai isu itu kekal kerana keputusan tersebut dibuat secara sebulat suara oleh ahli lembaga pengarah.Mana mungkin bank boleh meluluskan penyelesaian baki pinjaman berjumlah RM32 juta tanpa faedah? Tapi dalam isu ini pun Malaysian Insider menulis dengan tidak tepat.Saya tidak pernah menyebut peminjam itu ada kaitan dengan Putrajaya tetapi mereka memberi gambaran seolah-olah saya berkata begitu. Faktanya mesti tepat jangan ditokok tambah,"ujarnya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKTELUKINTAN !!! KURANG AJAR !!! PUAK #DAP GELAR KAUM INDIA #PARIA !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 31 May 2014 12:47 AM PDT


Anggota jentera DAP yang bertugas pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan telah menggunakan kata-kata kesat dan berbaur perkauman melampau dalam satu insiden kekecohan di Simpang Tiga Sekolah semalam.saya malas nak kata apa-apa.jom saksikan video di bawah


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! USTAZ #KAZIMELIAS #UKE MENYESAL TOLAK JADI #MT #UMNO !!!

Posted: 30 May 2014 10:00 PM PDT


ini adalah kisah yang keluar sendiri dari mulut penceramah popular,Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.Ia diceritakan depan 3,000 orang yang hadir mendengar ceramah Israk Mikraj yang disampaikan beliau di kampung Batak Rabit Teluk Intan pada Rabu lalu.Menurutnya,ini kali pertama beliau mengakui depan orang ramai,iaitu beliau merasa terkilan dan menyesal kerana menolak tawaran Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk dilantik Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Disember lalu.Katanya setelah difikirkan kembali,sekiranya perlawaan itu diterima,sedikit sebanyak akan dapat membantu usahanya berdakwah dan mengajar agama Islam di negara ini.

"Ketika perjumpaan empat mata bersama Datuk Seri Najib,saya telah diberikan tugas untuk memberikan fokus kepada beberapa perkara antaranya memupuk semangat dan jiwa Islam kepada anak-anak sekolah,remaja dan golongan belia serta memastikan siaran televisyen dipenuhi dengan rancangan berbetuk keagamaan". 

Menurut beliau,sebaik sahaja berita mengenainya tersebar,pihaknya dan keluarga telah menerima pelbagai tekanan,kutukan,cacian dan makian sehingga menyebabkan beliau terpaksa menolak perlantikan tersebut. 

"Ibu bapa saya dan mentua menelefon saya memaklumkan mereka telah dipulaukan oleh para penduduk kampung.Rumah saya juga pernah dibaling botol yang berisi air kencing dan pernah satu ketika seorang lelaki yang agak berumur datang dan mengugut ingin menyimbah muka saya dengan cuka getah sehinggakan saya terpaksa menelefon pihak berkuasa.Paling mengecewakan apabila anak-anak saya turut menerima tempias apabila membaca komen-komen yang mengeji dengan kata-kata kesat seperti 'Ustaz Kazim Anjing dan Babi' katanya lagi. 

Namun menurutnya,antara sebab utama beliau menolak perlantikan tersebut kerana tidak mahu mereka yang melemparkan fitnah kepadanya mendapat dosa.Yang menjadi persoalannya sehingga kini ialah,mengapakah ada dikalangan masyarakat yang sanggup melakukan perkara sedemikian rupa sedangkan ada dikalangan mereka yang mendakwa sebagai pejuang Islam ??? Beliau turut menjelaskan semua ujian tersebut sangat kecil jika ingin dibandingkan dengan peranan dan sumbangan yang boleh dilakukan olehnya terhadap Islam dan anak-anak muda negara."Perdana Menteri mahu saya didik dan beri kesedaran Islam kepada anak-anak muda di sekolah bermula dari Perlis hinggalah ke Sabah" ujarnya lagi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKTELUKINTAN !!! JENTERA #PAS #KELANTAN DAN #TERENGGANU PULANG AWAL !!!

Posted: 30 May 2014 07:00 PM PDT


Apa sudah jadi dengan rakan sekutu DAP iaitu PAS sudah pulang awal ni ??? mesti kecewa sangat ni !!! mungkin kerana mereka dah sedar calon akan pertahankan kenyataan bahawa sekiranya calon ini naik tidak akan sokong hudud !!!

APA KATA ADA ???

RENUNG-RENUNGKAN


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...