BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


#PRKTELUKINTAN !!! #DAP HANYA UNTUK ORANG MELAYU YANG BERANI ??? PUSING DAHHHH !!!

Posted: 28 May 2014 08:00 AM PDT


Blog Lim Kit Siang telah memetik sebuah artikel dari Malaysian Insider yang bertajuk "Dyana Lebih Berani Dari Saya Kerana Menyertai DAP, kata Hadi Awang." Artikel tersebut memetik kata-kata Hadi, antaranya "Saya sendiri tidak sanggup menjadi calon DAP," yang mana disambut dengan gelak tawa penyokong-penyokong PAS Teluk Intan.Persoalan di sini,apakah maksud Hadi Awang tersebut ??? Apakah ia satu pujian atau satu sindiran ??? Apakah penyokong-penyokong PAS yang tertawa itu faham maksud Hadi ??? Apa yang pasti,DAP dan Dyana juga tidak faham dan kerana itu mereka menganggap kata-kata itu sebagai pujian.Namun,tidak mustahil jika Hadi sendiri tidak faham maksudnya sendiri. Untuk memahaminya, para wartawan seharusnya menyambut kata-kata Hadi itu dengan soalan, "Kenapa Hadi perlu takut untuk menyertai DAP ???" Apakah kerana takutkan kehilangan undi orang Melayu ??? Atau apakah Hadi takut tergelincir pegangan agama dengan menyertai DAP ??? Jika agama menjadi alasan,kenapakah PAS terus bersekongkol dengan DAP dan kenapa Hadi sanggup membiarkan Dyana menyertai DAP ??? Bukankah sebagai ulama,Hadi wajib menasihati Dyana atas risiko menjadi tonggak permusuhan saudara seagama ??? Hilai tawa puak-puak PAS ketika mendengar 'gurauan' Hadi membuktikan bahawa segala apa tindakan mereka hanyalah demi undi, yakni politik semata-mata. 

Sedikitpun mereka tidak merasa cuak dengan perbezaan perjuangan antara PAS dan DAP atau prihatin terhadap hala tuju,jati diri dan masa depan anak muda yang bernama Dyana itu.Hakikatnya,Dyana hanyalah alat kepada DAP dan Hadi cukup maklum mengenainya.Namun lihatlah betapa buruknya sikap Hadi kerana merelakan anak Melayu diperalatkan malah memuji pula 'keberanian' Dyana untuk menjadi calon dan menentang Melayu serta perjuangan hudud PAS. Khabarnya,setelah membuat kenyataan itu,Hadi mengelak soalan hudud ditanyakan kepadanya di Teluk Intan dan beliau juga mengelak untuk menjawab sebarang soalan lain.Jelas,bahawa Hadi berada di dalam keadaan sedar ketika 'merestui' Dyana dan cuba melarikan diri dari soalan-soalan yang mampu mendedahkan keburukan sikapnya.Melihat dari sikap Hadi Awang ini, salahkah kita jika merujuk kepadanya sebagai 'ulama jahat akhir zaman' yang diperingatkan oleh Al-Quran ???

Bayangkan,apakah jenis ulama yang sanggup menyokong penentang bangsanya sendiri di atas platform si kafir harbi ??? Dan apakah jenis penyokong yang menyokong ulama sebegini ??? Untuk pengetahuan para penyokong PAS,jika masih ada yang menggunakan akal,keputusan Dyana untuk bertanding atas tiket DAP bukanlah satu keputusan yang berani, tetapi bodoh.Sesungguhnya,hanya Melayu bodoh sahaja yang sanggup menjadi alat kepada kafir harbi untuk menghancurkan bangsanya sendiri.Hanya Melayu bodoh sahaja yang sanggup masuk ke tempat menjual babi dan bersalam dengan para penjualnya demi membuktikan kesetiaannya kepada sikafir harbi. Hanya Melayu bodoh sahaja yang tidak sedar dia diperalatkan dan megah pula menjadi alat. 

Melayu berani adalah Melayu yang membongkar dan menentang agenda DAP secara terbuka dan lantang.Melayu berani tidak akan sekali-kali menjadi alat,bayang-bayang,anjing kurap atau kuda tunggangan orang lain.Melayu berani akan menjadi pemimpin,bukan binatang belaan kepada orang lain. Melayu berani menjadi pejuang, bukan alat mainan.Melayu berani berdiri atas jasa,kebijaksanaan dan jatidiri yang kuat, bukan rupa dan pembohongan.Nampaknya,Hadi dan orang-orang PAS benar-benar keliru antara 'berani' dan 'bodoh' dan hanya Melayu yang bodoh sahaja yang akan keliru akan maksud kedua-dua perkataan itu. - MI

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KURANG AJAR !!! DS @SHABERYC !!! #YUSUFSEGAMBUT MENGHINA #SULTANPERAK YANG BARU SAJA #MANGKAT !!!

Posted: 28 May 2014 05:00 AM PDT


kurang ajar !!! anda lihat gambar di atas.tolong cari lelaki ini kerana menghina Sultan Perak yang baru saja mangkat petang tadi.dia ingat,dia hebat kerr ??? anda nak lagi print screen apa yang dia kata ??? lihat gambar di bawah



AL-FATIHAH...

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PEMILIHANPKR !!! #CHEGUBARD DI GANTUNG KEAHLIAN !!! TU DIAAAA !!!

Posted: 28 May 2014 01:30 AM PDT


kerana statement di atas chegu bard digantung.apa cerita ni ??? adakah chegubard menipu ??? nak tutup cerita huru hara kat pemilihan PKR lepas tu gantung keahlian.dah macam DAP jerrr PKR ni ??? cakap sikit,gantung.cakap sikit buang.adakah ini dinamakan parti yang benar-benar mencari keadilan ??? jom ikuti cerita di bawah

ketua cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard keahlian digantung serta-merta setelah Lembaga Disiplin PKR membuat keputusan dalam mesyuarat Biro Politiknya semalam.Menurut Pengerusinya,Datuk Dr Tan Kee Kwong,selain Chegubard,seorang ahli PKR dipecat,seorang digantung serta-merta, seorang lagi kekal manakala lima yang lain ditarik balik penggantungan keahlian.Tambah Kee Kwong,kes-kes berkaitan tatatertib dan disiplin ahli PKR itu telah diteliti dan disiasat Lembaga Disiplin.

"Kes-kes ini telah pun dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik bertarikh 27 Mei 2014 yang dipengerusikan Presiden PKR,Datuk Seri Dr Wan Azizah,Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim,Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ahli Biro Politik yang lain. Berikut adalah keputusan-keputusan yang dicadangkan lembaga itu dan dipersetujui Biro Politik PKR: 

1) Md Yusop Kamaruddin (Cabang Pasir Salak) Beliau telah mengingkari arahan surat penggantungan dan terus menjalankan aktiviti yang mencemar nama baik parti dengan terus membuat kritikan dan serangan terhadap Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan parti dalam laman sosial Facebook beliau. 

Tindakan: Dipecat dari PKR. 

2) Badrul Hisham Shahrin (Cabang Rembau) Beliau telah membuat kenyataan media yang mendakwa proses pemilihan adalah kotor dan tidak telus. Beliau turut membuat dakwaan terbuka dengan menyatakan 'Petugas JPP menjadi agen kepada Azmin Ali' pada 12 Mei 2014 yang disiarkan dalam laman mysuara.net dan Free Malaysia Today.Responden telah juga membuat kenyataan terbuka mengkritik JPP dalam akhbar Berita Harian pada 21 Mei 2014 bertajuk 'Keputusan penuh penipuan: Chegubard'. 

Tindakan: Diberi surat tunjuk sebab dan digantung keahlian serta-merta sehingga siasatan selesai. 

3) M Nageswaran Muniasamy (Cabang Kota Raja) Sesi pendengaran ke atas beliau telah diadakan pada 24 Mei 2014. 

Tindakan: Gantung keanggotaan selama enam bulan serta-merta.

4) Kumara Guru Retnasamy (Cabang Alor Setar) Sesi pendengaran ke atas beliau telah diadakan pada 24 Mei 2014. 

Tindakan: Kekal keanggotaan. 

5) Manugharan Sellandy Cabang Kota Raja) Sesi pendengaran ke atas beliau telah diadakan pada 24 Mei 2014. 

Tindakan: diberi amaran keras serta menarik balik penggantungan keahlian. 

6) Telai Amblam Mariappan, DK Vicknesvaran Krishnan, P.Chandrasekaran S Ponniah dan Syed Ahmad Putera Syed Isa (Cabang Kota Raja) Sesi pendengaran bagi mereka telah diadakan pada 24 Mei 2014. 

Tindakan: Tarik balik penggantungan keahlian.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKTELUKINTAN !!! KERANA POLITIK #PAS SANGGUP SOKONG CALON #DAP TOLAK #HUDUD !!!

Posted: 27 May 2014 10:00 PM PDT


Tindakan PAS menyokong kempen calon DAP bagi pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan di Perak adalah disebabkan desakan politik meskipun ternyata calon itu menolak hudud,kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri berkata ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana pakatan pembangkang tidak lagi berpegang kepada prinsip masing-masing. 

"Ini satu desakan politik,walaupun banyak percanggahan bukan sahaja ketika PRK namun ia berlaku sebelum-sebelum ini dalam parti-parti dalam Pakatan Rakyat,bukan hanya dari segi percanggahan hukum, ia termasuk dasar-dasar lain.Ini perkongsian tidak teguh kerana pasal ada kepentingan politik dan bagi saya ia bukan sesuatu yang menghairankan.Walaupun calon itu menentang hudud,dia tetap disokong Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang),kerana soal prinsip bukan lagi menjadi satu pegangan utama",katanya kepada pemberita ketika berkunjung ke Kota Iskandar,pusat pentadbiran negeri Johor Selasa. 

Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas tindakan Abdul Hadi yang turun padang menyokong kempen calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud meskipun wanita itu dengan secara terang-terangan menolak hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.Terdahulu,Timbalan Perdana Menteri mendengar taklimat lebih sejam daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar tentang pembangunan negeri Johor. Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Selain itu, Muhyiddin turut menyelar pembangkang yang memutarbelitkan fakta kononnya calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong mahu menerima jawatan senator sekiranya dilantik. 

"Saya menghormati pandangan Datuk Mah yang tidak mahu dilantik selaku senator kerana jika beliau mahu, sebelum ini sudah boleh dilantik.Namun,beliau lebih berminat bekerja untuk parti dan komuniti masyarakat Cina dan beliau tidak memikirkan soal perjawatannya.Kita mahukan beliau menang dan mana tahu akan dilantik oleh Perdana Menteri dalam barisan kabinet kelak," katanya. 

Mengulas tentang 56.04 peratus keluar mengundi pada PRK Parlimen Bukit Gelugor,Pulau Pinang pada Ahad lepas,Muhyiddin berkata ia mengejutkan kerana peratus keluar mengundi itu paling rendah dalam sejarah pilihan raya kecil negara ini.Bagaimanapun,beliau berharap rakyat keluar beramai-ramai untuk mengundi pada PRK Teluk Intan 31 Mei ini yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mah dan Dyana Sofya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! ADAKAH BENAR #NASIRBILALKHAN SERTAI #PAS ??? INI JAWAPAN SEBENAR !!!

Posted: 27 May 2014 06:57 PM PDT


Pelakon Nasir Bilal Khan berharap foto dia bersama dua wanita memegang bendera parti pembangkang PAS yang tersebar di internet tidak perlu diperbesar-besarkan oleh mana-mana pihak.Nasir,54,berkata,ia sekadar sekeping foto bersama peminat yang dirakam beberapa tahun lalu di Kedah dan tiada kaitan dia terlibat dengan parti politik berkenaan. 

"Perkara ini tidak perlu diperbesar-besarkan.Foto biasa sahaja dengan peminat.Bagi saya tidak kiralah peminat datang daripada mana-mana parti sekalipun,jika mereka mahu bergambar dengan saya,apa salahnya.Diharap foto itu tidak memberi sebarang persepsi negatif," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Selasa.Sebuah portal pada Selasa memaparkan foto Nasir bersama dua wanita memegang bendera parti PAS.Pelakon itu dikatakan dilihat seperti sedang menghadiri sebuah kempen untuk parti pembangkang tersebut.

Foto tersebut membuatkan ramai berpendapat Nasir kini menyertai dunia politik.Sementara itu,Nasir berkata dia mengambil pendekatan untuk tidak menyertai mana-mana parti politik mahupun sekadar menjadi ahli kerana risau sekiranya dianggap menyebelahi mana-mana pihak."Saya memang tidak mahu menjadi ahli mana-mana parti, takut dituduh 'biars' pula.Bagi saya, sebagai seniman, kita perlu berada di tengah-tengah dan akan bersuara jika ada perkara yang tidak disenangi.Ada artis lebih suka bersuara lantang mengenai rasa tidak puas hati mereka,tetapi saya lebih senang meluahkannya menerusi karya seni lakonan yang dibawakan," tegasnya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...