UMNO Online - “Tarikh PRK Teluk Intan Kekal 31 Mei Ini – SPR” plus 9 more

UMNO Online - “Tarikh PRK Teluk Intan Kekal 31 Mei Ini – SPR” plus 9 more

Link to UMNO Online

Tarikh PRK Teluk Intan Kekal 31 Mei Ini – SPR

Posted: 28 May 2014 03:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan akan diteruskan mengikut tarikh yang diwartakan iaitu pada 31 Mei ini.

Keputusan itu adalah selaras dengan kehendak undang-undang SPR, kata Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan di sini, hari ini.

Setiausaha-SPR-Abdul-Ghani-Salleh-Mesyuarat-Tarikh-PRK

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah pada 1.30 tengah hari tadi.

Almarhum berusia 86 tahun dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.

Abdul Ghani menasihatkan semua yang terlibat dalam PRK Teluk Intan terutamanya parti-parti politik yang bertanding supaya menghormati kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku semasa berkempen.

"Adalah disarankan semua pihak agar berkempen mengikut kehendak undang-undang, peraturan-peraturan dan tata etika pilihan raya tanpa menimbulkan isu-isu yang sensitif yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak," katanya.

DAP Terperangkap Dalam Jerat Yang Mereka Pasang Sendiri – Sohaimi

Posted: 28 May 2014 03:32 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berpandangan bahawa DAP kali ini akan terperangkap di dalam  senario atau drama yang mereka ciptakan sendiri di dalam pilihanraya kecil Teluk Intan, terutama dalam soal menampilkan calon berbangsa Melayu di dalam PRK kali ini.

Menurut beliau, seperti yang dijangkakan, telah berlaku kecelaruan kenyataan yang bercanggah-canggah daripada wakil calon DAP, Dyana Sofya berhubung beberapa isu yang dilihat memberikan impak negatif terhadap kewibawaan calon DAP tersebut.

"Kita dapat lihat bertebaran video klip di laman sosial di mana calon DAP agak tergagap dan teragak-agak untuk menjawab soalan terutama dalam isu ibunya, isu hudud, isu UiTM, isu kelayakannya sebagai peguam dan beberapa isu lain lagi.

video-youtube-calon-dap-dyana-sofya-gagal-jawab-soalan-teluk-intan

"Jadi tampak jelas kelemahan calon DAP ketika menjawab isu-isu tersebut di mana ianya secara tidak langsung telah menimbulkan keraguan di kalangan pengundi di Teluk Intan berhubung kemampuan dan kredibiliti calon DAP yang dilihat tidak meyakinkan," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Katanya lagi, beliau menyakini bahawa Dyana Sofya hanya dipergunakan oleh DAP sebagai satu ujian 'try and error' untuk melihat sejauh mana penerimaan pengundi terutama pengundi Melayu terhadap calon Melayu dari parti tersebut.

"Bagi saya Dyana dan ibunya terpedaya dengan kata-kata dan janji-janji manis kepimpinan DAP padahal Dyan sendiri tidak bersedia sepenuhnya untuk menjadi calon dan menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut," jelasnya.

Menurut beberapa sumber dalaman kata Sohaimi lagi, DAP juga kini berada di dalam keadaan yang gusar apabila faktor calon mereka itu tidak dipersetujui oleh sebahagian masyarakat pengundi Cina di kawasan tersebut.

"Dari maklumat yang diterima, sebahagian besar pengundi Cina tidak dapat menerima calon DAP yang dilihat tidak mempunyai kredibiliti berbanding Datuk Mah Siew Keong yang lebih berpengalaman dan penduduk tempatan.

"Bagi saya sekiranya perkara ini benar, maka ternyatalah hari ini perangkap dan jerat strategi  yang digunakan oleh Dap dengan memberikan umpan seorang calon berbangsa Melayu kepada pengundi-pengundi di PRK Teluk Intan memakan diri mereka sendiri," ujarnya.-MediaUMNO

dyana-sofya-dap-teluk-intan-candidate-before-after-caught-lying-fraud-untruth

Najib Pulang Untuk Ziarah Jenazah Almarhum Sultan Perak

Posted: 28 May 2014 02:34 AM PDT

BEIJING, 28 Mei  - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China, akan pulang ke Malaysia malam ini untuk memberi penghormatan terakhir kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, yang mangkat hari ini.

Jurucakap Pejabat Perdana Menteri berkata, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan pulang sejurus selepas menghadiri satu majlis di sini.

Selepas memberi penghormatan terakhir kepada almarhum di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar esok, mereka akan kembali ke Beijing untuk menyambung lawatan rasmi enam hari yang bermula semalam sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik dijalin antara Malaysia dan China.

Pada sebelah pagi esok, perdana menteri beliau sepatutnya menaiki kereta api laju untuk ke Tianjin yang mengambil masa perjalanan 33 minit dengan beliau akan menyaksikan upacara pecah tanah projek penyulingan air laut dan penghasilan garam Xianda’s Integrated Seawater Desalination and Salt Making di Zon Perindustrian Nangang.

Menteri Pertahanan yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijangka mewakili beliau pada majlis itu. Jurucakap itu berkata pertemuan dua hala antara Perdana Menteri dan rakan sejawatnya Li Keqiang yang dijadualkan petang esok akan diteruskan mengikut jadual.

Semasa di sini, beliau juga dijadual menghadiri sidang kemuncak ekonomi dengan para usahawan China, manakala acara kemuncak bagi lawatan ini adalah majlis sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China di Greal Hall of People pada Sabtu.

Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini, dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.

Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.

Mempolitikkan Hubungan Malaysia-China Tindakan Yang Tidak Wajar – Prof Khoo

Posted: 28 May 2014 02:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Penganalisis politik tempatan, Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim melihat hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China bukanlah satu isu yang wajar dijadikan bahan politik kerana apa yang lebih penting adalah nilai dan keberuntungannya kedua-dua pihak dalam jalinan yang ada.

Katanya, suatu masa dahulu China mempunyai hubungan baik dan perdagangan dengan negara jiran tetapi kemudiannya mengalihkan tumpuan kepada Malaysia yang ternyata mempunyai hasil bumi yang mewah.

Prof-Emeritus-Khoo-Kay-Kim-Penganalisis-Politik-Tempatan-Pakar-Sejarah

"Bayangkanlah, dalam keadaan negara kita memerangi isu komunis pada tahun 1974, pemimpin besar China sanggup mengadakan hubungan diplomatik dengan Perdana Menteri Tun Abdul Razak kerana bagi mereka yang penting adalah hubungan antara kerajaan dan kerajaan," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Jelas beliau lagi, walaupun China berpegang kepada idealogi komunisme ketika itu namun mereka bersikap terbuka dan sanggup bertolak ansur dalam hubungan antara dua negara.

"Ketika itu kita berdepan dengan masalah komunis dan aliran komunisme ditolak di Malaysia berbeza dengan dasar yang mereka laksanakan namun mereka menghormati apa yang berlaku di negara kita kerana sedar bahawa komunis yang kerajaan kita tentang tidak diiktiraf sedangkan di China berpaksikan kepada Parti Komunis China (PKC).

"Itu cerita 40 tahun dahulu dan sekarang China sudah jauh berubah malahan tidak lagi berpegang kepada fahaman komunisme sebaliknya menjadi negara kapitalis yang amat disegani di dunia.

"Walaupun kepimpinan China masih kekal dengan PKC namun fahaman yang mereka aplikasi langsung tidak berkait dengan gerakan komunis yang pernah cuba digerakkan suatu ketika dahulu di negara ini," tegasnya.

Ujar beliau yang juga sejarawan negara, hubungan antara Malaysia dan China berkait dalam pelbagai aspek termasuklah pengkisahan sejarah yang panjang sejak zaman sebelum penjajah hinggalah hari ini.

"Dalam hubungan yang akrab sebagaimana hari ini, kedua-dua negara boleh saling mengambil keuntungan atas diplomasi yang ada kerana kita memiliki pelbagai bahan mentah yang boleh dieksport ke negara China dan di sana pasarannya amat luas, kita mendapat peluang yang terbuka dan mereka mendapat barangan yang mereka perlukan."

Ujarnya lagi, jika dikaitkan dengan manipulasi pembangkang pula, itu bukanlah satu masalah yang besar kerana tidak ada apa-apa isu yang mampu mereka bina lantaran kerajaan China itu sendiri adalah kuasa besar dunia dan sewajarnya diplomasi yang wujud menjadi satu kebanggaan kepada rakyatnya. - MediaUMNO

sejarah-lawatan-hubungan-malaysia-pm-tun-abdul-razak-umno-bn-china-mao-tse-tung-china-parti-cpc-komunis

china-cpc-presiden-xi-jinping-malaysia-umno-bn-najib-razak-mou-kerjasama-sejarah-hubungan

Gerakan Lambasts Teluk Intan DAP Candidate Over Inconsistent Stand On Hudud

Posted: 28 May 2014 01:49 AM PDT

TELUK INTAN, May 28 – Gerakan today lambasted the DAP candidate for the Teluk Intan parliamentary by-election for what it described as her inconsistent stand on hudud.

The party’s advisor, Datuk Chang Ko Youn, said Dyana Sofya Mohd Daud had at first defended DAP’s position not to support hudud but in a later interview she had said she rejected hudud.

“Which is which?” he asked at a news conference.

Chang branded Dyana Sofya as a ‘remote control’ candidate, saying she was under the control of DAP leaders and that this was evident from several of her media conferences.

He cited the instances where DAP leaders often answered the questions posed by reporters on her behalf.

“Let her answer. You made her your candidate; you must have confidence in her,” he said.

Meanwhile, Gerakan secretary-general Liang Teck Meng condemned the manifesto of Dyana Sofya as a copy-and-paste document gleaned from the manifesto of the Barisan Nasional candidate, Datuk Mah Siew Keong.

Dyana Sofya and Mah are engaged in a straight fight for the seat, polling for which is on Saturday.

The seat fell vacant following the death of the MP, Seah Leong Peng of the DAP, on May 1.

dyana-sofya-dap-teluk-intan-candidate-before-after-caught-lying-fraud-untruth

Sultan Perak Sultan Azlan Shah Mangkat

Posted: 28 May 2014 01:22 AM PDT

perak-sultan-azlan-muhibbuddin-shah-almarhum-yussuf-izzudin-shah-full

IPOH, 28 Mei – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini, dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok, umum Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.

Penghormatan terakhir bagi pembesar negeri dan orang kenamaan adalah pada pukul 9 pagi esok manakala oleh orang ramai bermula 11 pagi hingga 2 petang, diikuti sultan-sultan, raja-raja dan pembesar negara asing mulai pukul 2 petang hingga 3 petang.

Zambry berkata bendera negeri Perak akan dikibar separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama 100 hari mulai hari ini, sementara bendera Malaysia dikibar separuh tiang selama tujuh hari.

“Sepanjang tempoh perkabungan tujuh hari tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan,” katanya dalam pengumuman secara langsung melalui RTM hari ini.

Zambry turut mengisytiharkan esok cuti umum bagi negeri Perak sebagai tanda penghormatan sempena pemakaman Almarhum.

“Seluruh rakyat jelata negeri Perak telah kehilangan Sultan yang dikasihi dan berjiwa rakyat.

“Saya Dr Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan mewakili seluruh rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah di kalangan para Anbiya, Syuhada dan Solihin,” katanya dengan sebak.

Baginda meninggalkan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, seorang putera, Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen, Raja Datuk Seri Aleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia.

Anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah mangkat pada 30 Mac 2012.

Pandas Boost Malaysia – China Trade Ties, Says Hamim

Posted: 27 May 2014 11:52 PM PDT

TELUK INTAN, May 28  - The presence of the giant pandas from China will enhance Malaysia-China trade ties, creating more business opportunities and jobs, said Deputy International Trade and Industry Minister Datuk Hamim Samuri.

“We should see it in a more positive light, such as the business opportunities arising from increased exports,” he said after a seminar on packaging, branding and financing organised by his ministry and SME Corp here today.

He was responding to the opposition’s claims that the pandas — Fu Wa and Feng Yi — are a ploy for the Teluk Intan by-election and a waste of taxpayers’ money.

He said Malaysia’s annual exports to China of RM100 billion for the last five years are expected to rise with the presence of the loveable animals, one of the world’s most endangered species, and their loan to Malaysia should be seen as symbolising friendly relations between the two countries.

Hamim said although the government is spending RM100 million over the 10 years the pandas will be in Malaysia, Malaysia’s exports to China are expected to hit RM1 trillion in the same period.

Tiada Parti Paling Bermasalah Dalam Dunia Ini Melainkan PKR

Posted: 27 May 2014 10:08 PM PDT

ALOR SETAR, 28 Mei – Jika PKR bukan parti yang bermasalah tidak mungkin sebahagian besar pengasas parti itu terutama orang-orang kepercayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh angkat kaki keluar dari parti tersebut.

Dari Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit, Setiausaha Agung parti, peguam peribadi, doktor peribadi hinggalah pegawai yang memegang diari merah Anwar semua meraka akhirnya mengambil keputusan untuk keluar dari PKR. Mungkin ini rekod yang sukar untuk dipecahkan oleh mana-mana parti politik di dunia ini.

senarai-gambar-bekas-pengasas-ahli-parti-keluar-pkr-tolak-keluarga-perjuangan-anwar

Justeru tidak hairanlah kalau banyak perkara-perkara yang pelik berlaku dalam PKR termasuk isu-isu dalam pemilihan parti tersebut baru-baru ini.

Namun sebagaimana pemilihan lepas segala protes, luahan tidak puas hati dan pendapat ahli-ahli PKR terhadap pemilihan yang penuh caca merba serta penipuan ini akhirnya akan dibakul sampahkan sahaja, demikian pandangan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kedah, Datin Norashimah Md Nowar

Lebih malang lagi kata beliau ahli yang didapati tidak berpuas hati dengan proses pemilihan akhirnya akan di'tendang' dari parti kerana apa yang menjadi agenda utama PKR adalah susun atur pemimpin dan agenda tersembunyi mereka tercapai.

"Jika kita kaji semula, Pemilihan PKR pada tahun 2010 juga mengalami perkara yang sama. Baling kerusi, tipu undi, kertas undi berlebihan dan sebagainya tetapi segala aduan tersebut hilang entah ke mana.

"Kini berlaku lagi permasalahan yang sama dan tindakan yang diambil tetap sama. Diam diri dan tindakan hanya diambil kepada 'anak ikan' yang dijadikan kambing hitam. Ini hanya untuk mengaburkan mata ahli-ahli PKR yang lain kononnya tindakan telah diambil," jelasnya kepada UMNO-Online.

Beliau yang juga merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Sik seterusnya percaya sampai bilapun PKR akan terus bergolak dengan permasalahan yang sama dan ahli-ahli PKR juga akan terus diperbodohkan.

"Sebenarnya sudah terbukti suara ahli-ahli PKR ini tidak penting. Sebab itu juga ramai yang telah keluar parti dan mereka yang dahulunya bersama-sama Anwar menubuhkan PKR juga telah tiada. Yang tinggal hanyalah ahli keluarga Anwar dan penyokong bawahan yang masih tidak tahu permainan poliitik Anwar.

"Saya percaya, sampai bila-bilapun suara akar umbi PKR tidak akan didengar. Kita boleh terus melihat dan menilai. Bagi saya, parti PKR tidak layak untuk diberi mandat membawa suara rakyat apatah lagi membela nasib rakyat," ujarnya lagi. -MediaUMNO

nepotisme-kronisme-parti-anak-beranak-pkr-anwar-wan-azizah-nurul-izzah-cabul-demokrasi

pru-prk-tidak-ngo-bersih-pemilihan-pembangkang-dap-pkr-pas-ok-telus-bukti-fakta-tipu-bohong-pusing-ambiga-anwar

pemilihan-pkr-2014-blackout-batal-calon-pengundi-hantu-salah-tipu-kira-undi-curiga-mana-tak-demokrasi

Calon DAP Terperangkap Dalam Pembohongan Sendiri

Posted: 27 May 2014 10:06 PM PDT

KOTA KINABALU, 28 Mei – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menyelar calon DAP, Dyana Sofya kerana berbohong berhubung isu keanggotaan ibunya, Yammy Samat dalam pertubuhan NGO Pro Melayu, Perkasa.

Menurut beliau, selepas enam hari calon DAP itu menafikan ibunya pernah menyertai Perkasa, namun hari ini ternyata penafian beliau itu satu pembohongan semata-mata apabila ibunya  mengumumkan keluar dari pertubuhan tersebut.

“Dalam isu ini, soal sama ada ibu Dyana Sofya telah atau tidak menyertai (atau masih ahli) Perkasa tidak sepatutnya timbul kerana bukan ibunya yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu. Lagipun, Shahrir Samad, abang kepada orang kuat Pas Shah Alam Khalid Samad bukan sahaja seorang anggota kanan UMNO tetapi pernah menganggotai Kabinet Persekutuan.

mak-dyana-sofya-calon-dap-teluk-intan-ketua-wanita-perkasa-tipu-bohong-pengundi

“Oleh itu, organisasi atau parti politik yang disertai oleh anggota keluarga tidak seharusnya dijadikan  isu yang hanya membuang masa membincangkannya. Lagipun, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang memberikan kebebasan berpersatuan. Jadi tidak menjadi masalah untuk kita menyertai mana-mana persatuan kerana setiap individu berhak berbuat demikian melainkan ia sebuah organisasi pengganas.

“Namun apa yang menarik perhatian ialah suatu perkara yang disangkal enam hari yang lalu kini disahkan sebagai benar. Jelas ia merupakan satu pembohongan yang bertujuan semata-mata untuk memesongkan pemikiran pengundi Teluk Intan. Inilah perkara yang perlu difikirkan semasak-masaknya oleh para pengundi kawasan Parlimen itu,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, begitu juga dengan pendirian Dyana Sofya yang secara terbuka menyatakan tentangannya terhadap dasar UiTM, sebuah universiti yang memberikannya pendidikan.

“Dyana Sofya tidak akan berada di kedudukannya sekarang ini jika tidak kerana UiTM dan hari ini, dia tergamak menentang institusi yang telah memberikan dia pendidikan sehingga dia mampu berdiri di atas kaki sendiri.

“Adakah ini satu bentuk keadilan kepada berjuta-juta orang Melayu lain dalam beberapa dekad mendatang, yang memerlukan peluang sama seperti yang dinikmati oleh Dyana Sofya . Tindakan Dyana Sofya ini seumpama cuba  menutup pintu atau peluang kepada orang lain selepas memperolehi apa yang diidamkannya selama ini,” ujar beliau kesal.

Kata Salleh, berikutan kenyataan yang dibuat oleh Dyana Sofya itu kini penyokong pembangkang  mempersoalkan pula Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan meminta kerajaan memperjelaskan sama ada peruntukan Perkara 153 itu membenarkan institusi seperti UiTM wujud. Dalam erti kata lain, adakah penubuhan UiTM melanggar Perlembagaan Malaysia?

“Kita dapat lihat hari ini orang Cina mula memburuk-burukkan Dr Ridhuan Tee Abdullah dan menggangapnya sebagai pengkhianat kepada bangsa mereka, selain mengatakan tokoh pendidik itu sebenarnya berdepan dengan krisis identiti. Andaikata ada orang Melayu hari ini menuduh Dyana Sofya dengan tuduhan seperti itu, sudah pasti ianya akan dianggap sebagai tuduhan berbau perkauman.

“Dyana Sofya kini berada di tempat yang lebih baik hasil nikmat pendidikan yang diperolehi daripada UiTM. Apa yang menyedihkan, dia mencadangkan pelajar Melayu lain yang ingin melanjutkan pelajaran ke UiTM dinafikan peluang sedangkan dia sendiri mendapat manfaat daripada universiti itu.

“Adakah dia akan bercakap dengan cara yang sama “jika dia terperangkap di kampung dan bekerja menjaga ayam kerana tidak berpeluang menuntut ilmu di peringkat yang lebih tinggi atau unversiti?,” soal Salleh. -MediaUMNO

dyana-sofya-dap-teluk-intan-candidate-before-after-caught-lying-fraud-untruth

Sudah 20 Tahun Bertanding Pilihanraya Kali Ini Cukup Kotor – Calon BN

Posted: 27 May 2014 08:54 PM PDT

TELUK INTAN, 28 Mei – Presiden Gerakan yang juga merupakan calon Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong menasihatkan semua jentera BN tidak terjebak dengan permainan “character assasination” cybertrooper dari DAP yang mengedarkan gambar perilaku lucah dan gambar edit calon DAP, namun dalam masa yang sama, kesal dan tidak berpuas hati apabila poster kempen beliau diconteng dengan perkataan bodoh.

Ujarnya, ia merupakan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dan dikesan sejak beberapa hari lalu di beberapa kawasan khususnya di sekitar Sungai Nibong.

calon-bn-teluk-intan-mah-siew-keong-lawat-hospital-pekerja-kempen

“Hari ini saya lihat banyak poster saya dicat hitam dengan perkataan bodoh. Sebelum ini, poster saya dicat pada bahagian muka dan sekarang diconteng perkataan bodoh pula dan ianya satu tindakkan yang tidak baik.

“Adakah ini demokrasi atau ketelusan sebagaimana yang mereka (DAP) perkatakan sebelum ini. Ini pilihan raya adalah satu proses demokrasi jadi kenapa hendak buat macam ini. Kita pun mempunyai emosi, saya sudah 20 tahun bertanding di Teluk Intan tetapi perkara seperti ini tidak pernah berlaku dengan perbuatan menconteng poster perkataan bodoh,” ujarnya mengulas tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menconteng dan menulis kata-kata kesat pada poster dan billboardnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut mempertahankan manifesto yang ditawarkannya menjelang pilihanraya kecil, 31 Mei ini kerana manifesto tersebut menumpukan kepada pembangunan ekonomi Teluk Intan, pelancongan dan memberi keutamaan kepada komuniti dan masyarakat Teluk Intan itu sendiri.

Manifesto yang bertemakan pembangunan itu turut menawarkan usaha untuk menyenaraikan Menara Condong Teluk Intan sebagai tapak warisan dunia bawah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco). -MediaUMNO

poster-kempen-calon-bn-teluk-intan-mah-siew-keong-conteng-bodoh-kotor-serang-peribadi-dap-pembangkang

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...