BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! BUKTI TERBARU PUNCA #PAS TOLAK #HUDUD DI #SELANGOR DIDEDAHKAN !!!

Posted: 10 May 2014 08:00 AM PDT


kantoi sudah !!! patut lah tak nak buat hukum hudud di selangor.rupanya ada udang di sebalik batu.rupanya seorang pemimpin daripada parti yang konon menegakkan Islam bersekongkol dengan Bahagian Perlesenan Majlis Daerah Sabak Bernam untuk memberi lesen kelulusan minuman yang memabukkan dan dijual secara terbuka di kawasan luar bandar.Jika dahulu sebelum berjaya memerintah negeri Selangor,parti ini lah yang bersungguh-sungguh mahu menutup kilang arak yang ada di Selangor.Katanya sebelum ayam berkokok lagi,setelah negeri Selangor ditadbir oleh pakatan semua kilang proses minumam keras akan ditutup.Apa sudah jadi sekarang ??? PAS sudah lupa janji kerr ??? 

Lesen Minuman Yang Memabukkan.Lesen ini telah dikeluarkan iklan di dalam surat khabar.Sedangkan Exco Agama Islam Selangor,Sallehin Mukhyi merupakan Adun Sabak yang berada dalam daerah Sabak Bernam.Adakah Sallehin tidak nampak atau pura-pura tidak nampak ??? Oooo lupa.PAS parti tempelan.Sedangkan yang lebih berkuasa adalah DAP Sabak Bernam yang diketuai oleh Ng Suee Lim,Adun Sekinchan.Jika PAS mahu benar-benar menegakkan Islam.Mulakanlah di Sabak Bernam yang majoriti penduduk adalah orang Melayu beragama Islam.Tetapi jika PAS benar-benar ikhlaslah.

ADA BERANI ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! BANNER #PAKATAN #PEMBANGKANG DI CONTENG !!! RAKYAT DAH SEDAR !!!

Posted: 10 May 2014 05:00 AM PDT


kantoi !!! banner pakatan pembangkang terutamanya PAS dah kena conteng.akhirnya rakyat dah sedar penipuan demi penipuan yang di buat oleh pakatan pembangkang ni.kalau tak kenapa terjadi seperti gambar di atas.jangan salah kan UMNO pulak berkenaan banner di atas.biasa lahhh pembangkang ni sikit-sikit nak tuduh UMNO,walhal tak tahu salah sendiri.malas nak ulas panjang-panjang,nanti kena lebih pedas kanggg !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #PAKATAN #PEMBANGKANG PERLU CERMIN DIRI SEBELUM SALAHKAN #UMNO !!!

Posted: 10 May 2014 01:30 AM PDT


Setiausaha Agung UMNO,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak hairan dengan tindakan pakatan pembangkang yang mengelirukan rakyat berkaitan pelbagai isu termasuklah perancangan kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP).Katanya,memang kerja pembangkang yang akan mengelirukan rakyat dengan memberi fakta yang salah dan sengaja membuat tuduhan yang tidak betul kepada kerajaan.

"CBP merupakan satu kaedah yang kerajaan ketengahkan untuk membuat satu cara pengutipan cukai yang betul dan ia telah terbukti berkesan berdasarkan kepada 160 negara yang telah pun mengaplikasikannya.Pakatan pmbangkang sengaja buat tuduhan yang tidak betul kepada kerajaan kerana kononnya mereka sahaja yang betul malahan kalau dinilai dengan pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling kita hari ini dapat dilihat bahawa pelbagai masalah rakyat yang timbul hari ini adalah disebabkan oleh kesilapan mereka sendiri.Dalam hal ini beliau memberikan masalah air di Negeri Selangor sebagai contoh untuk dinilai oleh rakyat.Masalah air yang berlaku sekarang ini disebabkan mereka yang lebih suka berpolitik sedangkan perkara ini telah diingatkan empat tahun lalu apabila kita telah minta kelulusan pembinaan takungan air empangan Langat 2 untuk air bersih diberi kepada rakyat namun ia tidak diendahkan.Kesediaan Kerajaan Negeri Pahang untuk menyalurkan air ke Negeri Selangor pun dipandang sepi kerana mereka menjadikan ia isu politik yang dipermainkan secara berterusan. Mereka tidak peduli kepada rakyat sebaliknya mereka hanya mahu menjadi populis." 

Tegasnya,ini berbeza dengan kerajaan tadbiran Barisan Nasional (BN) kerana kerajaan amat bertanggungjawab dan mempunyai perancangan sebagaimana yang dilakukan terhadap pembangunan Putrajaya. "Satu bandar baharu Putrajaya iaitu bandar pentadbiran kerajaan Persekutuan telah dibangunkan kerana kita sedar sekiranya kita kekal dengan Ibu Kota Kuala Lumpur maka tentunya kesesakan yang melampau akan berlaku. Dulu pun pembangkang mengatakan pembangunan Putrajaya tidak betul tapi hari ini.Begitu juga dengan CBP yang dibuat bukan untuk populariti tapi untuk percukaian yang betul demi masa hadapan negara," katanya yang juga Ahli Parlimen Putrajaya. 

Bidasnya lagi, pembangkang akan sentiasa mengatakan apa-apa sahaja yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan adalah salah sedangkan mereka yang patut cermin diri mereka sendiri. "Lihatlah diri mereka sendiri, bagaimana pemilihan dalaman PKR misalnya sedangkan selama ini mereka nak minta bersih, bersih, bersih, tuduh SPR buat salah tapi inilah yang mereka dapat buktikan.Mereka menunding jari kepada orang lain tetapi dalam masa yang sama mereka sendiri tak betul kerana dalam pemilihan mereka berlaku pergaduhan sehinggakan bertumbuk ."

Katanya lagi,apa yang nak dihairankan dalam PKR kerana dalam parti itu wujudnya golongan-golongan yang kecewa ekoran gagal mendapat tempat dalam UMNO. – MediaUMNO

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! SAH !!! ISU HUKUM #HUDUD PECAHKAN #PAKATAN #PEMBANGKANG !!!

Posted: 09 May 2014 10:00 PM PDT


Polemik hukum hudud antara Pas dan sekutu politiknya dalam pakatan pembangkang bakal merungkai ikatan kerjasama yang dijalin selama ini.Di satu pihak kerajaan bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa teknikal bersama Pas untuk melihat kesesuaian pelaksanaan hukum hudud di negeri Kelantan.Ini adalah amat penting kerana Islam sebagai agama syumul amat menitik beratkan soal keadilan dan ketelusan dalam melaksanakan undang-undang syariah.Kelemahan dalam menafsir atau melaksana hukum Tuhan bermkna kesan negatif yang terdalam terhadap keyakinan umat Islam dan juga bukan Islam melihat konsep keadilan yang menjadi tunjang maqasid syariah.Ini juga merupakan satu lagi usaha kerajaan Barisan Nasional untuk menyeleraskan satu standar yang boleh digunapakai di seluruh dunia Islam termasuk juga di negara bukan majoriti Islam.Mewujudkansatu indeks maqasid syariah yang dipelopori oleh Malaysia membolehkan ketidakseimbangan atau kelainan pelaksanaan hukum syariah yang berbeza di negara-negara islam diatasi.Pendekatan bagi mewujudkan satu indeks yang seragam bagi dunia Islam merupakan satu lagi innovasi Malaysia dalam memantapkan pemahaman dan penghayatan Islam di seluruh dunia.Adalah diharapkan indeks maqasid syariah ini boleh disandarkan kepada usaha untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. 

Melihat kepada suasana mesra antara kerajaan dan Pas dalam merealisasikan impian melaksanakan hukum hudud di negeri Cik Siti Wan Kembang itu,tidak mustahil seluruh umat Islam tanpa mengira fahaman politik akan menyokong penuhusaha murni kerajaan tersebut.Bagaimanapun dari segi politik pembangkang,Pas menghadapi tekanan dan kritikan yang hebat dari rakan-rakannya khususnya Dap.Dap mengekalkan sikap ektrimisnya menolak sebarang idea atau pertimbangan terhadap hukum hudud dengan menekankan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.Jika benar dakwaan mereka masakan Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam sebagai Agama Negara. Ini bermakna Malaysia sudah menjadi sebuah negara Islam yang berdaulat seak merdeka.Bezanya pelaksanaan hukum Islam memakan masa yang panjang kerana undang-undang penal zaman Inggeris berjalan dan digunapakai.Pelaksanaan hukum Islam memerlukan penelitian dan kajian yang mendalam sebelum ianya dilaksanakan memandangkan keadaan unik masyarakat negara yang majmuk dan serba rencam dari segi budaya dan pegangan agama.Maka dakwaan Dap dan pembangkang Malaysia bukan sebuah negara Islam terbit daripada sikap jahil dan ektrimis yang menolak apa yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan.Kemelut ideologi antara Pas dan Dap tidak mungkin dapat diperbaiki lagi dan kalau ada pun perdamaian hubungan yang tegang tetap menghantui kerjasama politik antara keduanya. Lebih teruk kemungkinan besar pakatan antara Pas,Dap dan PKR akan terlerai dalam sedikit masa lagi apabila ketua de facto mereka, Anwar Ibrahim gagal menunjukkan kepimpinan menanganinya dengan baik. Anwar kini terlalu memikirkan nasib yan bakal menimpanya sekira rayuan kes liwat II ditolak Mahkamah Persekutuan. 

Malah beliau sejak awal sudah mengumumkan bahawa penjara Sg Buloh sedang menunggunya dan kali ini tidak ada lagi alasan bagi mengelakkan hukuman penjara.Melihat senario ini,Anwar tidak mampu memberi tumpuan kepada politik pakatan pembangkang.Apatah lagi kematian Karpal Singh telah meninggalkan satu kesan mendalam kepada pembangkang yang bergantung kepada kebijaksanaan mendiang dalam bidang undang-undang terutamanya berhubung isu hukum hudud.Kematian ahli parlimen Dap bagi Teluk Intan memarahkan lagi tekanan hebat yang kini dialami oleh pembangkang.Kini keangkuhan dan kesombongan mereka untuk menumbangka kerajaan yang sah melalui perhimpunan dan demonstrasi haram terjawab dengan kemelut dan pergolakan yang tidak reda.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HUKUM #HUDUD !!! SIAPA YANG PERANGKAP SIAPA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 09 May 2014 07:00 PM PDT


Hudud adalah masalah Pakatan,tetapi,dengan tidak semena-mena,ia turut menjadi masalah Barisan Nasional apabila UMNO mengambil pendirian terbuka terhadap cadangan perlaksanaan hudud di Kelantan.Sebelum ini pendirian UMNO mengenai hudud adalah jelas iaitu berpegang kepada hakikat bahawa ia tidak sesuai dengan landskap politik dan sosial negara ini.Malaysia adalah negara demokrasi di mana kita perlu menerima kemungkinan pertukaran kerajaan dan sekali gus pertukaran polisi.Malaysia juga mempunyai ratio antara Islam dan bukan Islam yang hampir seimbang sekali gus menjadikan perlaksanaan hudud tersangat sukar dan berisiko besar akan membawa ketidak-adilan.UMNO sebenarnya tidak perlu membuktikan keIslaman melalui hudud yang hanya merupakan sebahagian kecil di dalam Islam.Lebih dari itu,UMNO telah pun melaksanakan jauh lebih banyak program-program pembangunan dan perkembangan syiar Islam yang jauh lebih signifikan lagi.Malah,UMNO juga merupakan tonggak pertahanan bagi memastikan kedudukan Islam berada di tempat tertinggi di negara ini.Kita faham bahawa UMNO amat mendambakan perpaduan ummah dan tidak pernah jemu menghulur tangan persahabatan kepada PAS.Malangnya,dalam usaha itu,UMNO telah menjadi keliru,lalu goyah dalam memperkatakan pendirian mengenai hudud.UMNO akhirnya turut termakan dakyah PAS bahawa menolak hudud bermakna menolak Islam. UMNO kini ingin bekerjasama membantu PAS merealisasikan hudud di Kelantan. 

Dalam pada itu,PKR dan DAP pula terus konsisten dan lantang dalam menolak hudud mentah-mentah.Namun,kedua-dua parti itu masih lagi bersama PAS.PAS juga nampaknya tidak menunjukkan tanda-tanda yang ia akan meninggalkan Pakatan walaupun kedua sekutunya membantah cadangannya untuk melaksanakan hudud di Kelantan.Apa yang menarik,mereka menekan MCA pula untuk membuktikan pendirian mengenai hudud.seperti dijangka,MCA pun memainkan peranan menekan UMNO dengan mengugut akan keluar dari BN sekiranya hudud dilaksanakan di Kelantan.Berdasarkan kenyataan PAS bahawa hudud tidak melibatkan bukan Islam,kita sudah dapat mengesan bahawa PAS sekali lagi bersandiwara.PAS tahu bahawa perlaksanaan hudud tanpa melibatkan bukan Islam adalah tidak adil dan tidak akan sekali-kali diluluskan.Namun,PAS sengaja membawa isu ini untuk menarik sokongan Melayu kembali kepada parti itu, sementara di masa yang sama,DAP pula memerangkap UMNO melalui MCA.sekiranya PAS serius ingin melaksanakan hudud,maka parti itu pasti akan keluar dari Pakatan secara sukarela apabila mendapat bantahan keras dari sekutunya dan sekiranya benar PAS serius,DAP sudah tentu akan menarik diri dari Pakatan kalau pun ia tidak memaksa PAS yang keluar. Dengan ketiga-tiga parti terus kekal di dalam Pakatan,ia dengan sendirinya membuktikan bahawa PAS tidak serius untuk melaksanakan hudud.

Sebaliknya,hudud digunakan untuk memecahbelahkan BN.Nampaknya,UMNO telah gagal mengenali rakan dan lawan sekali gus.Apa yang berlaku menunjukkan bahawa UMNO gagal mengambil iktibar dari kesilapan dan memilih untuk 'melupakan' tikaman belakang MCA dalam PRU yang lalu.UMNO gagal membaca niat dan strategi pembangkang. UMNO gagal kerana UMNO tidak tetap pendirian.Di dalam politik,pihak yang mampu bertahan ialah pihak yang tetap pendirian.Lihat sahaja bagaimana PAS menjadi parti paling lemah dalam Pakatan kerana sering berubah pendirian dan hari ini,UMNO juga telah goyah sebaik sahaja ia melonggarkan pendirian.Parti yang tidak tetap pendirian akan mudah dipengaruhi dan dimanipulasi.Akhir kata,tidak perlu rasanya kita mengingatkan UMNO mengenai siapa MCA dan apa kaitannya dengan DAP.Sudah sampai masanya UMNO belajar berfikir sendiri.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HUKUM #HUDUD !!! KENAPA #MCA DITEKAN ??? KENAPA BUKAN #DAP ??? APA CERITA NI ???

Posted: 09 May 2014 05:00 PM PDT


Lebih 100 kumpulan yang mewakili masyarakat Cina telah membantah usaha PAS untuk membentangkan hudud di parlimen.Dua kumpulan terbesar,iaitu Hua Zong dan Dewan Perdagangan dan Industri Cina (ACCCIM) bertindak menerajui bantahan ini dengan alasan bahawa perlaksanaan hudud akan memberi impak besar kepada negara dari segi kedudukan antara agama.Masyarakat Cina di Malaysia,secara umumnya merupakan penyokong DAP,berdasarkan keputusan PRU-13 yang menyaksikan 97% dari mereka memilih PR dan menolak BN.Justeru,kita merasa pelik apabila mereka mendesak MCA dan bukan DAP,untuk meletakkan pendirian yang tegas bagi mengekang kemaraan hudud PAS.Presiden ACCCIM,Datuk Lim Kok Cheong berkata,MCA telah kehilangan arah.DAP juga turut menekan MCA agar berbuat sesuatu.Di celah-celah itu pula,PAS turut menyatakan kesediaan untuk berjumpa MCA bagi menerangkan perlaksanaan hudud.Entah kenapa,tiba-tiba MCA pula yang menjadi tumpuan dalam isu hudud ini.Jelas,masyarakat Cina telah benar-benar kelam kabut dek kerana hudud.Oleh kerana hampir kesemua dari mereka menyokong DAP,maka,mahu tidak mahu,mereka terpaksa mengelak dari menyalahkan DAP lalu menghalakan peluru ke arah MCA.

Walhal,selama ini, MCA sering dituduh oleh masyarakat Cina sebagai pak turut UMNO.MCA juga digambarkan sebagai langsung tidak mempunyai jasa kepada orang-orang Cina.Namun hari ini,nampaknya hudud telah memaksa mereka kembali melihat MCA sebagai satu-satunya harapan.Bagi membantu masyarakat Cina yang sedang panik itu melihat dengan lebih jelas,inilah diingatkan bahawa yang ingin melaksanakan hudud ialah PAS,iaitu sebuah parti yang bersekongkol dengan DAP melalui Pakatan.Manakala MCA pula adalah sebuah parti komponen BN.Masyarakat Cina juga tentu telah sedia maklum bahawa BN tidak pernah membangkitkan soal perlaksanaan hudud di mana-mana negeri.Malah,perpecahan UMNO-PAS juga menjadi 'kekal' kerana hudud.Oleh yang demikian,adalah lebih tepat sekiranya masyarakat Cina meletakkan tekanan terhadap DAP dan bukannya MCA dalam usaha menghalang pembentangan hudud di parlimen oleh PAS dan adalah lebih tepat bagi PAS untuk memastikan DAP menerima hudud terlebih dahulu, sebelum bercadang untuk berdialog dengan MCA.Logiknya,jika rakan sekutu sendiri juga tidak dapat diyakinkan,apakah PAS mampu berangan dapat meyakinkan komponen musuh ???

 Kesimpulannya,MCA sebenarnya tidak perlu merasa tertekan langsung dengan desakan masyarakat dan NGO-NGO Cina itu.Ini kerana tugas menghalang hudud seharusnya dipikul oleh DAP terlebih dahulu.Jika DAP sendiri tidak mampu menghalang PAS,malah terus bekerjasama dengan PAS,maka apa hak masyarakat Cina untuk menyalahkan MCA dalam isu hudud ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...