UMNO Online - “Pembinaan Pakej 1B Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai Bermula Esok” plus 7 more

UMNO Online - “Pembinaan Pakej 1B Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai Bermula Esok” plus 7 more

Link to UMNO Online

Pembinaan Pakej 1B Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai Bermula Esok

Posted: 06 Apr 2014 10:48 AM PDT

KOTA BAHARU, 6 April – Pembinaan projek Lebuh Raya Kota Baharu-Kuala Krai bagi pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok di sini bermula esok, kata Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan Datuk Makhtar Mustapha.

muhyiddin-tpm-menteri-kerja-raya-fadillah-perdagangan-antarabangsa-mustapa-pecah-tanah-lebuh-raya-kb-kuala-krai-kelantan

Beliau berkata projek sepanjang tujuh kilometer itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun, iaitu pada April 2017.

“Pakej 1B ini akan melibatkan pembinaan enam jambatan, dua persimpangan lampu isyarat dan dua jejambat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Makhtar berkata bagi pakej seterusnya sedang dalam peringkat penyediaan reka bentuk dan akan dimulakan setelah selesai pembinaan pakej 1B.

Pakej 1B tersebut yang melibatkan kos RM168.5 juta, merupakan pakej pertama daripada tiga pakej pembinaan Lebuh Raya Kota Baharu-Kuala Krai sepanjang 73.5km dengan anggaran kos RM1.8 bilion.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin pada Selasa lepas merasmikan majlis pecah tanah projek lebuh raya itu bagi pakej 1B berkenaan di Tiong di sini.

muhyiddin-tpm-menteri-kerja-raya-fadillah-perdagangan-antarabangsa-mustapa-rasmi-pecah-tanah-lebuh-raya-kb-kuala-krai-kelantan

UMNO Kelantan Akan Bawa Isu Hukum Hudud Kelantan Ke Mesyuarat MT UMNO

Posted: 06 Apr 2014 10:45 AM PDT

JELI, 6 April – Badan Perhubungan UMNO Kelantan akan membangkitkan hasrat kerajaan Pas negeri melaksanakan hukum hudud pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Datuk-Seri-Mustapa-Mohamed

Beliau berkata perkara itu perlu dibincangkan oleh MT UMNO sebelum kerajaan negeri Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen.

Beliau berkata rancangan kerajaan Kelantan itu memerlukan persediaan rapi termasuk penyelidikan dan pendidikan dakwah berkaitan penguatkuasaan hukum hudud tersebut.

“Tidak ada masalah…sebagai orang Islam, kita wajib sokong undang-undang Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-15 Badan Ihsan Anggota Pendidik Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli di sini, hari ini.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata demikian ketika diminta mengulas keyakinan kerajaan negeri melaksanakan hokum hudud pada awal tahun depan sekiranya Parlimen meluluskan pelaksanaan hukuman berkenaan.

Hishammuddin Bersandarkan Hubungan Baik Untuk Cari MH370

Posted: 06 Apr 2014 02:06 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 April – Lawatan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ke Hawaii di tengah-tengah krisis kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, baru-baru ini dilihat berjaya mencapai objektifnya, ibarat peribahasa Melayu, sambil menyelam minum air.

Beliau bukan sahaja dapat mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada Menteri Pertahanan Asean termasuk Amerika Syarikat (AS) di Honolulu, malah mengambil kesempatan itu untuk memaklumkan kepada mereka mengenai perkembangan terkini dalam pencarian pesawat Malaysia yang hilang sejak 8 Mac.

hishammuddin-honolulu-hawaii-usa-amerika-admiral-samuel-asean-defence-forum-roundtable

Menteri Pertahanan Malaysia itu yang secara meluas dianggap sebagai ‘wajah carian MH370″ benar-benar ikhlas dengan ucapan terima kasih beliau terhadap bantuan yang dihulurkan kepada Kuala Lumpur dalam operasi pencarian pesawat yang melibatkan pelbagai negara, yang kini tertumpu di selatan Lautan Hindi.

Keakraban antara Hishammuddin yang juga pemangku Menteri Pengangkutan dan menteri-menteri lain jelas kelihatan di Honolulu dengan mereka saling berinteraksi mesra antara satu sama lain dalam pelbagai perbincangan di Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean pertama yang diusahakan oleh Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel.

Seorang pemerhati berkata Malaysia dapat mengumpulkan banyak negara di rantau Asia Tenggara dan negara lebih jauh seperti Amerika Syarikat, Perancis, Australia, India, China dalam usaha untuk mencari MH370, berikutan Kuala Lumpur, hakikatnya rakan kepada semua orang.

“Dengan Malaysia, apa yang anda lihat adalah apa yang anda dapatkan,” katanya mengenai pengendalian Malaysia dalam hubungannya dengan negara-negara lain.

Pesawat Malaysia Boeing 777-200ER ke Beijing membawa 277 penumpang dan 12 anak kapal itu hilang pada 8 Mac di Laut China Selatan setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat MAS penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Operasi membabitkan pelbagai negara bagi mencari MH370 itu bermula di Laut China Selatan sebelum diperluaskan ke Selat Melaka dan Laut Andaman. Analisis data satelit menunjukkan bahawa pesawat itu terbang menuju ke arah selatan Lautan Hindi, lokasi di mana carian terus dijalankan.

Walaupun tuduhan yang diterima sebaliknya, Malaysia terus teguh mengatakan bahawa ia tidak menyembunyikan apa-apa dan begitu telus dalam mengendalikan pesawat penumpang yang hilang itu.

najib-malaysia-tony-abbot-australia-perth-mh370-carian-operasi

Sidang media diadakan secara kerap untuk mengemas kini pihak media – juga diperluaskan kepada dunia – mengenai pencarian MH370 dengan pegawai rakyat Malaysia dihantar ke Beijing untuk melakukan perkara yang sama kepada anggota keluarga penumpang warga China. Daripada 227 penumpang pesawat berkenaan, 153 adalah warga China.

Di Honolulu, menteri pertahanan Asean menyokong Malaysia dalam perkara ini dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada akhir forum pertahanan yang bermula dari 1 hingga 3 April.

“Kami percaya bahawa Malaysia telah melakukan yang terbaik dalam mengendalikan keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini melihat semata-mata kepada skala operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang terbesar dan paling kompleks pernah kami lihat,” kata mereka.

Menteri-menteri berkenaan menegaskan bahawa perpaduan negara Asean kekal kukuh dan 10 negara anggota kumpulan negara Asia Tenggara benar-benar komited untuk membantu Malaysia dalam menyelaraskan operasi besar-besaran SAR bagi mengesan MH370.

Hagel sendiri secara jelas menyokong komitmen AS untuk terus memberi sokongan kepada operasi mencari dan menyediakan apa sahaja aset yang perlu.

Youth Urged To Join Young RELA Squad To Be Society-Oriented Individuals

Posted: 06 Apr 2014 02:05 AM PDT

SEMPORNA, April 6 – State Assistant Finance Minister Datuk Ramlee Marhaban has urged youth to join the Young Rela Squad to impart the spirit of volunteerism.

He said this was imperative to ensure the government’s efforts to mobilise the spirit of volunteerism among the young generation was achievable.

“The squad can play a role in warding off elements of disunity among youth created by certain quarters,” he said at the launch of the Semporna district level Young Rela Squad here today.

He said the establishment of the squad, which was for those aged, 18 to 25, would greatly help the youth to be society-oriented individuals.

“It is also a platform for young Malaysians to contribute to the society through volunteer activities and programmes,” he said.

Ramlee said members of the squad were also able to be the “eyes and ears” of the local authoritites and police in combating crime in their surrounding areas.

2013 A-G First Series Report Will Be Tabled Tomorrow

Posted: 06 Apr 2014 02:02 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 6 -The 2013 Auditor-General’s First Series Report on the federal government, federal statutory bodies and state governments will be tabled in Parliament tomorrow.

According to a statement by the Auditor-General today, an audit of the performance of 54 departments and 19 administrative audits of government-linked companies at the federal and state levels had been carried out.

“These audits were in the areas of construction, maintenance, law enforcement, procurement, asset management, income tax management, socio-economic improvement programmes, agriculture, infrastructure, environment and company management,” it said.

The Audit Department also made 109 recommendations to the federal government, 24 to the federal statutory bodies and 170 to the state governments, for improvement and to rectify the weaknesses which were reported.

The Treasury Department also issued a Feedback Report on the 2013 Auditor-General’s First Series Report which gave details of the latest summary/action from the Head of Service on the issues that were reported.

Details of the report and its synopsis can be obtained from the Auditor-General’s website http://www.audit.gov.my from tomorrow.

Negara Anggota ASEAN Perlu Perkukuh Ekonomi Untuk Muncul Sebagai Rantau Penting – Ahmad Husni

Posted: 06 Apr 2014 01:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 April – Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata untuk Asean merealisasi potensinya sebagai rantau yang penting, negara anggota pertubuhan itu perlu memperkukuhkan struktur ekonomi, produktiviti, kemampuan dan kedudukan fiskal.

“Model ekonomi yang baharu dan inovasi juga perlu dikaji dengan teliti,” kata beliau pada mesyuarat Menteri-menteri Kewangan Asean ke-18 di Myanmar yang berakhir Sabtu.
Kenyataan beliau dihantar kepada Bernama melalui e-mel.

Ahmad Husni berkata jika dibandingkan dengan rantau lain, rantau Asean berpotensi untuk muncul sebagai yang paling dinamik.

“Ini berdasarkan hakikat bahawa rantau itu didiami oleh lebih 600 juta penduduk dengan golongan pertengahan yang semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata di samping mengurus dan memperkukuh ekonomi, negara Asean juga harus merenung melampaui ketidakpastian global sekarang apabila pertubuhan serantau itu menilai kejayaan yang dicapai di bawah perkongsian itu.

“Selain itu, anggota Asean mesti memperkukuhkan kerjasama dan integrasi dalam pelbagai bidang meliputi perdagangan, pelaburan, kewangan dan pasaran model. Integrasi yang rapat akan memberi manfaat besar kepada penduduk Asean secara keseluruhan,” tambah beliau.

Beliau berkata dalam hubungan ini, Malaysia bersedia berkongsi pengalamannya dalam Program Transformasi Ekonomi apabila pelaburan swasta meningkat 3.3 kali sejak pelancaran Model Ekonomi Baharu pada 2010.

Justeru, katanya amatlah penting pertubuhan merangkumi semua segmen masyarakat Asean dengan struktur ekonomi negara anggota Asean adalah serupa dengan penduduk bandar dan luar bandar.

Bagaimanpun, setiap anggota mempunyai kitaran ekonomi yang berbeza, katanya.

“Dalam hubungan ini, negara anggota boleh belajar daripada pengalaman satu sama lain. Contohnya, Malaysia mula membuka pintu khazanah kekayaannya melalui reformasi cukai dan rasionalisasi subsidi,” kata beliau.

Ahmad Husni berkata melalui langkah itu, kerajaan dapat menyalurkan simpanan kepada kumpulan lain yang memerlukan dan juga mengagihkan peruntukan yang lebih besar bagi pembangunan dan pelaburan yang boleh membawa pertumbuhan yang kukuh kepada ekonomi Malaysia.

“Kesannya, paras pendapatan akan meningkat dan membolehkan rakyat menikmati kemakmuran yang berterusan,” kata beliau.

Beliau berkata Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan ASEAN ke-19 akan dihoskan oleh Malaysia tahun depan.

Pencarian MH370 Dipertingkat Untuk Jejaki Isyarat

Posted: 06 Apr 2014 01:52 AM PDT

PERTH, 6 April – Usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi dipertingkat pada Ahad, hari ke-30 operasi, bagi menjejaki isyarat yang dikesan oleh sebuah kapal China semalam.

Menurut kenyataan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), sebanyak 10 pesawat tentera, dua pesawat awam dan 13 kapal dikerah dalam misi pencarian MH370 hari ini.

Angus-Houston-JACC-Perth-Australia-Bekas-Ketua-Pertahanan

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) membahagikan pencarian kepada tiga kawasan dengan keluasan keseluruhan 216,000 kilometer persegi, di kedudukan 2,000 km barat laut Perth.

“Cuaca dijangka baik dengan ketinggian awan pada 2,500 kaki manakala jarak penglihatan melebihi 10 km,” kata kenyataan itu.

Semalam, kapal Haixun 01 mengesan isyarat dengan frekuensi 37.5 kHz yang mungkin datang daripada kotak hitam pesawat tersebut.

Dalam pada itu, JACC mengulangi bahawa isyarat yang dikesan oleh kapal China tersebut masih belum dapat disahkan.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia akan terus memperhalusi analisis data, kata JACC dalam kenyataan berkenaan.

Sementara itu media Australia, ABC24 memetik Menteri Pertahanan David Johnston sebagai menggesa pihak yang terbabit dalam pencarian agar lebih berhati-hati susulan timbul banyak petunjuk palsu.

Penerbangan MH370 yang dikendalikan pesawat Boeing 777-200ER membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac lepas dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan sebelum diperluas ke bahagian barat Semenanjung Malaysia termasuk ke Laut Andaman dan Lautan Hindi selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal.

Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi” berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.

Tiada Pengesahan Isyarat Detik Yang Dikesan Berkaitan MH370 – JACC

Posted: 06 Apr 2014 01:51 AM PDT

PERTH, 6 April – Ketika pencarian pesawat Malaysia yang hilang memasuki hari ke-30 pada Ahad, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia memaklumkan ia belum dapat mengesahkan isyarat detik yang dikesan di selatan Lautan Hindi oleh kapal peronda China itu, datang dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.

Angus-Houston-JACC-Perth-Australia-Bekas-Ketua-Pertahanan

Ketua Penyelaras JACC Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata isyarat detik elektronik yang dilaporkan dikesan oleh Haixun 01 “tidak dapat disahkan pada masa ini”.

“Saya telah dimaklumkan bahawa beberapa siri bunyi telah dikesan oleh kapal China di kawasan pencarian.

“Ciri-ciri dilaporkan adalah konsisten dengan kotak hitam pesawat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga berkata beberapa objek putih juga dilihat pada permukaan kira-kira 90 kilometer dari kawasan pengesanan.

“Bagaimanapun, tiada pengesahan di peringkat ini bahawa isyarat dan objek adalah berkaitan dengan pesawat yang hilang,” katanya.

Houstan berkata beliau akan menyediakan maklumat pada waktunya jika terdapat maklumat lanjut.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama. Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya – selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan – di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, barat Perth.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...