UMNO Online - “PR1MA Kedah Launch Signifies Govt Commitment To Fulfill Promises – Najib” plus 4 more

UMNO Online - “PR1MA Kedah Launch Signifies Govt Commitment To Fulfill Promises – Najib” plus 4 more

Link to UMNO Online

PR1MA Kedah Launch Signifies Govt Commitment To Fulfill Promises – Najib

Posted: 01 Mar 2014 10:54 AM PST

SUNGAI PETANI, March 1 – The Kedah-level 1Malaysia People’s Housing (PR1MA), launched in Bandar Utama near here today, is yet another testimony of Barisan Nasional (BN)’s continued commitment to fulfill its promises.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said among the main agenda of the BN government was to build affordable houses for the people, in line with the concept of People First, Performance Now.

“For Kedah alone, PR1MA has approved 13,000 units in six districts. The government is looking at another 7,000 units to meet its pledge of 20,000 units for Kedah (in 12 districts). Today, we launched a 2,700 unit-project.

“I am told PR1MA houses must be sold for at least 20 per cent lower than the market price. I feel the price for the project in Sungai Petani is not expensive,” he said at the launch of PR1MA Kedah at Bandar Utama in Jalan Sidam Kiri near here today.

He said the government had always emphasised that if the state and federal governments were the same (under BN), then deals at state-level would be easier, as compared to other states (under the opposition coalition).

“People who appreciated our gestures by returning Kedah to BN…should receive additional allocations from the government,” said Najib.

He said the government would monitor from time to time to ensure the PR1MA housing project in Kedah was implemented smoothly.

Meanwhile, he said there were parties who still questioned the action of the government in reducing the subsidy of several items as being not in line with the concept of people first, and was considered a burden to the people.

“I must clarify that as a government, we need to strengthen the country’s economy which will involve increasing revenue, cutting wastage and leakages, as well as other inappropriate measures for the benefit of the people,” added Najib.

On the PR1MA house project launched today, he said a single-storey terrace house was priced at RM118,000, as compared to the market price of RM141,000, while a double-storey terrace house was sold at RM212,000, compared to RM253,000 in the market. A single-storey semi-detached house is priced at RM160,000, as compared to RM192,000.

“These figures clearly showed PR1MA meets its target and we also have hire purchase scheme to help the people get their dream house,” noted the prime minister.

The PR1MA housing project is expected to be completed in two and a half years, in September 2016.-MediaUMNO

Alumni Pejuang Wanita UMNO Dilancar

Posted: 01 Mar 2014 10:43 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Mac –  Pergerakan Wanita Umno hari ini melancarkan penubuhan Alumni Pejuang Wanita Umno yang antara lain akan mendokumentasikan segala hal berkaitan pemimpin veterannya yang banyak berjasa.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata selain mengumpulkan maklumat mengenai golongan pemimpin veteran pergerakan itu, badan itu juga akan membolehkan bantuan tertentu disalurkan kepada anggotanya.

shahrizat-alumni-pejuang-wanita-umno-nadi-rakyat

“Ini akan dibuat termasuk melalui penubuhan Tabung Kebajikan Pejuang Nadi Rakyat yang akan dilancarkan Jun ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penghargaan Pergerakan Wanita Umno di sini.

Shahrizat menarik perhatian bahawa penubuhan alumni itu menunjukkan semua wanita mempunyai tempat dalam pergerakan berkenaan.

Majlis hari ini menyaksikan tujuh pemimpin Wanita yang pernah memegang jawatan di peringkat pusat dan 39 lagi di peringkat negeri menerima penghargaan berbentuk sijil dan cenderahati. Turut menerima penghargaan ialah 73 bekas Ketua Wanita Umno bahagian.

Sementara itu, Shahrizat menegaskan Wanita tidak gentar dalam menghadapi pembangkang pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang bulan ini.

“Saya jangkakan berlaku satu kempen yang ‘ganas’ di pihak pembangkang tetapi kita Wanita Umno tidak rasa gentar walau sedikitpun kerana kita sentiasa siap sedia,” katanya.

PRK DUN Kajang dijadual berlangsung 23 Mac ini susulan peletakan jawatan wakil rakyatnya Lee Chin Cheh pada 27 Jan lepas. Hari penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac.-MediaUMNO

Najib Rasmi Jambatan Kedua Pulau Pinang

Posted: 01 Mar 2014 10:35 AM PST

GEORGE TOWN, 1 Mac – Ikon terbaharu negara, Jambatan Kedua Pulau Pinang atau JK2PP, dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini dengan disaksikan lebih 10,000 orang.

Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada kira-kira 8.30 malam untuk merasmikan jambatan sepanjang 24km itu, yang merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara.

Turut mengiringi Najib ialah Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Acara bersejarah penuh warna-warni itu turut disaksikan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeane Abdullah, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S. Samy Vellu serta Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak berkuasa Pelaksanaan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq dan barisan exco kerajaan negeri.

Ketibaan Najib dan Rosmah disambut dengan nyanyian 1M4U dan orang ramai dilihat berpusu-pusu mahu bersalam dan mengambil gambar mereka.

Sejurus Perdana Menteri merasmikan jambatan kedua itu, langit pulau mutiara diserikan dengan pertunjukan bunga api sebagai simbol perasmian jambatan baharu itu.

Perdana menteri dan isteri turut menaiki bas dua tingkat tanpa bumbung dari persimpangan Batu Maung hingga ke gerbang jambatan itu.

Setelah dinanti-nantikan selama lima tahun, jambatan baharu itu akan dibuka pada 12.01 tengah malam ini untuk membolehkan orang ramai melihat sendiri keunikan struktur jambatan dan plaza tol itu, yang dikatakan terbesar di negara ini dengan 28 kiosk bayaran.

Jambatan sepanjang 24 kilometer dengan 17 kilometer daripadanya merentasi laut dan tujuh kilometer di daratan, bakal merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri terutama di zon perindustrian tanah besar di Batu Kawan.

Jambatan Kedua P.Pinang Dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

najib-pm-rasmi-jambatan-tuanku-abdul-halim-muazam-shah-penang-pulau-pinang-kedua-guan-eng

Kerajaan bersetuju untuk menamakan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

“Kalau ada sebuah jambatan yang begini hebat dan orang akan sebut Jambatan Pulau Pinang Kedua, ia tak ada ‘umph’, tak signifikan…

“Semoga terbinanya jambatan ini dan dengan nama (Yang di-Pertuan Agong), Insya-Allah akan kekal abadi secara berpanjangan dalam lipatan sejarah Malaysia,” katanya semasa berucap merasmikan jambatan itu di sini.

Sambil menyifatkannya sebagai detik yang amat bersejarah dan penting dalam perjalanan negara, Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa pengguna jambatan itu tidak akan dikenakan tol selama sebulan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata jambatan itu bukan sahaja mercu tanda baharu negara tetapi juga mencetuskan pemangkin kepada proses pembangunan dan kerancakan ekonomi Pulau Pinang dan koridor utara.

Menurutnya laluan selatan dipilih bagi pembinaan jambatan kedua itu bagi membangunkan sekitar kawasan Nibong Tebal, Batu Kawan di bahagian seberang dan Balik Pulau di bahagian pulau serta limpahannya turut dapat dirasai oleh Kedah, Perlis dan utara Perak.

“Projek ini dicadangkan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) pada 1995 dan apabila Tun Abdullah (Ahmad Badawi) menjadi perdana menteri, beliau mempunyai dua pilihan laluan iaitu utara dan selatan, dan beliau membuat keputusan memilih cadangan laluan selatan,” katanya.

Najib berkata walaupun berlaku peralihan kuasa pemerintahan di Pulau Pinang pada 2008, tetapi projek itu diteruskan kerana ia adalah untuk manfaat rakyat Pulau Pinang.

“…inilah semangat yang perlu kita pupuk, perlu ada cita-cita besar kepada Malaysia. Oleh itu, adalah penting walau apa pun fahaman politik kita, kita perlu utamakan pembangunan negara,” kata Perdana Menteri.-MediaUMNO

Anwar Ada Masalah Watak – Tengku Adnan

Posted: 28 Feb 2014 10:56 PM PST

PUTRAJAYA, 1 Mac – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berbuat apa sahaja untuk menjadi menteri besar selepas gagal menjadi perdana menteri, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sanggup meminta ahlinya sendiri Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi membolehkannya bertanding untuk merealisasikan hasratnya menjadi Menteri Besar Selangor.

“Anwar berfikir kalau tak boleh jadi perdana menteri, jadi menteri besar pun cukup. Beliau ada masalah watak, tolonglah selamatkan Selangor daripada Anwar,” katanya.

tengku-adnan-mansor-menteri-bn-umno-wilayah

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program gerak gempur nyamuk Aedes anjuran Jabatan Kesihatan Putrajaya di Presint 11 di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noorhisham Abdullah dan Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Dr Aseh Che Mat.

“Anwar menyimpan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri tidak kira semasa di Umno atau Parti Keadilan Rakyat tetapi cita-citanya gagal direalisasi melalui pilihan raya (umum),” katanya.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Lee meletak jawatan pada 27 Jan lepas untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding. Pilihan raya kecil DUN Kajang ditetapkan 23 Mac manakala penamaan calon 11 Mac.

Tengku Adnan berkata permainan ‘gila kuasa’ Anwar dilihat sejak beliau keluar penjara pada 2004 apabila meminta isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk beliau bertanding.

Sementara itu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mengucapkan syabas kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan persekutuan bagi penstrukturan semula industri bekalan air Selangor.

“Beliau sedar masalah air di Lembah Klang telah memberi kesan kepada rakyat tidak seperti segelintir pemimpin pembangkang yang hanya memikirkan mengenai politik,” katanya.

Melalui MoU dimeterai 26 Feb lepas, kerajaan negeri Selangor akan  mengeluarkan kebenaran untuk merancang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) dan memastikan semua kelulusan dan kebenaran berkaitan pembangunan projek LRAL2 diluluskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh MoU ditandatangani.

Kerajaan pusat pula bersedia menyuntik dana tambahan RM2 bilion untuk membantu kerajaan negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air dan seterusnya membenarkannya menguruskan perkhidmatan bekalan air di Selangor melalui sebuah syarikat milik kerajaan negeri.-MediaUMNO

Rakyat Perlu Selidik Terlebih Dulu Informasi Yang Disebarkan Pembangkang – Salleh

Posted: 28 Feb 2014 09:41 PM PST

KOTA KINABALU, 1 Mac – Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini membidas pakatan pembangkang yang seringkali mengelirukan rakyat dengan penyebaran fakta serta informasi yang tidak tepat bertujuan menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan.

Jelas beliau, permainan pihak pembangkang yang cuba mencipta persepsi buruk di pemikiran rakyat terhadap kerajaan dengan cara seperti itu merupakan tektik politik kotor yang tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada rakyat dan negara.

dr-salleh-tun-said-keruak-sabah

"Pembangkang tidak habis-habis memutar belitkan fakta, baik di media massa atau media maya, sehingga menyebabkan rakyat merasa keliru, dan tidak kurang juga terpengaruh dengan fakta-fakta palsu pembangkang. Ini merupakan satu permainan politik yang kotor serta tidak membawa apa-apa manfaat kepada pembinaan negara.

"Seperti mana kita lihat sebelum dan selepas PRU yang lalu, terlalu banyak dakwaan serta informasi pembangkang yang sengaja dicetuskan bagi mencipta kekeliruan di kalangan rakyat, akhirnya dapat menimbulkan rasa sangsi rakyat terhadap kerajaan. Namun, pembohongan itu tidak kekal lama dan akhirnya kebenaran muncul satu persatu," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Sebagai contoh kata Salleh, tidak lama dulu pihak pembangkang menguar-uarkan ke seluruh negara kononnya negara bakal bangkrap sekiranya BN dibiarkan terus berkuasa.

"Tetap kita dapat lihat melalui statistik, pada suku keempat 2013, ekonomi Malaysia telah mencatat peningkatan dalam kadar pertumbuhan KDNK tahunan sebanyak 5.1%, iaitu yang terpantas dalam empat suku tahunan, melalui sokongan daripada permintaan sektor swasta dan peningkatan dalam nilai eksport. Secara perbandingan, kadar pertumbuhan KDNK Singapura bagi suku keempat 2013 adalah 0.3% sementara kadar pertumbuhan tahunannya adalah pada 6.1%.

"Manakala pertumbuhan penggunaan swasta kekal pada kadar tinggi dalam suku keempat walaupun kadar pengembangannya adalah sederhana iaitu hanya 7.3% berbanding 8.2% pada suku sebelumnya,"ujarnya.

Katanya lagi, berdasarkan fakta tersebut, di manakah rasionalnya dakwaan pakatan pembangkang yang mendakwa bahawa negara akan bangkrap dalam masa beberapa tahun lagi sekiranya terus berada di bawah pentadbiran BN, soal beliau.

Jelas beliau lagi, pada 2003, semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Perdana Menteri, kadar pertumbuhan KDNK Malaysia hanya lebih sedikit daripada 6%. Apabila Tun Abdullah bersara, kadar pertumbuhan KDNK adalah pada tahap negatif atau minus 6%.

"Namun pada 2010, kurang daripada setahun selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih sebagai Perdana Menteri, kadar pertumbuhan KDNK Malaysia telah melonjak kepada lebih daripada 10%. Pada tahun 2011 ia stabil pada kadar 5% , sehinggalah sekarang.

"Bagi pelarasan bermusim mengikut suku ke suku tahunan, ekonomi telah meningkat 2.1%. Bagi tahun 2013, KDNK berkembang sebanyak 4.7 %," katanya.

Ini merupakan salah satu  contoh menurut Salleh, di mana pihak pembangkang bijak dalam soal memutar belitkan fakta serta informasi, dalam usaha mereka untuk menghasut serta menimbulkan rasa benci rakyat terhadap kerajaan.

"Selama ini pihak pembangkang dan peramal-peramal malapetaka ini  tidak putus-putus menguar-uarkan kepada rakyat bahawa negara ini akan bankrap, pentadbiran yang kononnya tidak cekap, boros, penipuan dan sebagainya. Tetapi sekiranya kita tahu melalui statistik, fakta serta  informasi yang tepat, ia telah  membuktikan apa yang berlaku adalah sebaliknya," akhiri beliau.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...