BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! RAKYAT SELANGOR MENDERITA PASAL AIR !!! PEMIMPIN PKR NI TAK FAHAM-FAHAM LAGI KERR ???
- FAKTA !!! DI MANAKAH #ANWARIBRAHIM BILA #RAKYAT ALAMI #MUSIBAH ???
- HOT NEWS !!! #KHALIDIBRAHIM SAH KAN BERTANDING JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PKR !!!
- BONGKAR !!! #MOU AIR !!! #KHALIDIBRAHIM KENA SERANG KAW-KAW !!!
- KANTOI !!! SAMBUTAN DI #LAPANGANTERBANG #NARITA !!! #PENIPUAN #ANWARIBRAHIM DIDEDAHKAN !!!
- FAKTA !!! SIKAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB #PEMBANGKANG PUNCA KRISIS AIR BERLAKU !!!
HOT NEWS !!! RAKYAT SELANGOR MENDERITA PASAL AIR !!! PEMIMPIN PKR NI TAK FAHAM-FAHAM LAGI KERR ??? Posted: 01 Mar 2014 07:00 AM PST tu diaaa,tak faham-faham lagi kerr si azmin ali ni ??? rakyat tengah menderita pasal isu air,si azmin ni nak panggil khalid ibrahim.nak buat apa ??? semua persetujuan MoU dah ditandatangani.so,dah tak boleh patah balik.ada faham kaa ??? siapa sebenarnya MB ni ??? khalid ibrahim atau azmin ali ??? apa pun yang berlaku,rakyat selangor yang pilih mereka.tanggung lahh yerr.sanggup kan hidup susah,sampai air pun dah tak ada,anda yang nak sangat cari pemimpin macam geng PKR.anda yang pilih kan ??? kononnya nak membela nasib rakyat.itu lah nasib rakyat yang tidak menyokong Kerajaan BN yang sentiasa perihatin.ikut kehendak rakyat. Tapi sayang.masih ada rakyat yang buta menilai yang mana Intan yg mana Kaca.saya tak salahkan anda wahai rakyat di selangor.semua yang diatas adalah fakta,anda yang memilih semua ini.nasib baik MB Selangor bijak.kalau tidak.... faham-faham lah yerrr.. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
FAKTA !!! DI MANAKAH #ANWARIBRAHIM BILA #RAKYAT ALAMI #MUSIBAH ??? Posted: 01 Mar 2014 04:00 AM PST lihat gambar di atas.ini lah sebenarnya siapa anwar ibrahim.bila rakyat hadapi banjir,anwar sibuk pergi washington tempat yang saya diami sekarang,bila rakyat mengalami krisis banjir anwar ibrahim sibuk pergi jepun.bukan nak selesaikan masalah air.kata pakar ekonomi selangor.akhirnya MB Selangor juga yang selesaikan tanpa masalah.macam mana nak jadi menteri besar ??? tu cita-cita anwar ibrahim sekarang kononnya.masalah rakyat sendiri pun tak diselesaikan.apa cerita ni ??? apa pun ini lah pakar drama untuk rakyat.semua nya anwar ibrahim pandai.malas nak komen panjang-panjang.kang saya bagi lagi pedas kanggg APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! #KHALIDIBRAHIM SAH KAN BERTANDING JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PKR !!! Posted: 01 Mar 2014 12:30 AM PST Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan akan menandingi jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan Mei akan datang.Beliau membuat pengumuman tersebut di hadapan kira-kira 400 penyokongnya pada Majlis Bertaut Kasih bersama Menteri Besar di kediaman rasmi beliau- Rakyat News Khalid Ibrahim sah akan lawan Azmin Ali untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.ini baru menarik,kerana selama ini Anwar Ibrahim dan Azmin Ali anggap Khalid Ibrahim bodoh dan hanyalah boneka mereka.Jawatan Presiden PKR ??? Wan Azizah umum tak bertanding dan Anwar Ibrahim akan ambil jawatan tersebut dan tak benarkan ahli PKR bertanding jawatan tersebut.Biasalah PKR parti anak beranak. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! #MOU AIR !!! #KHALIDIBRAHIM KENA SERANG KAW-KAW !!! Posted: 28 Feb 2014 09:00 PM PST Tindakan Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim yang membelakangkan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim berhubung keputusannya yang menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan kerajaan Persekutuan terus mendapat kecaman.Terbaru ahli parlimen Pas dari kumpulan 'Anwarista',Dzulkefly Ahmad mempersoalkan keputusan mengejut itu dan meminta Khalid untuk tampil memberikan penjelasan.Sehubungan dengan itu,dia meminta Kerajaan Negeri Selangor memberikan penjelasan berhubung syarat-syarat yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani itu dan meminta agar semua terma tersebut dijelaskan kepada para pemimpin PR termasuk Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Dia yang juga merupakan ahli jawatankuasa Pas Pusat,seolah-olah tidak berpuas hati dan mempertikaikan rasional di sebalik langkah itu sambil menyifatkan ia berkemungkinan akan dibatalkan sejurus selepas pilihan raya (PRK) Kajang tamat. Terdahulu apabila diasak berulang kali oleh pihak media,terpaksa menjelaskan,dia dan parti langsung tidak dimaklumkan mengenai keputusan Khalid.Malah menurut penasihat ekonomi Selangor itu lagi,dia masih mengkaji tindakan tersebut dan enggan membrikan sebarang komen mengenainya.Selain Anwar Timbalan Presiden PKR,Azmin turut dilihat seperti mempertikaikan keputusan tersebut apabila 'bersetuju' dengan pandangan bekas Presiden,Majlis Peguam,Ambiga Sreenevasan yang meminta agar keseluruhan terma MoU itu didedahkan.Azmin melalui laman twitternya semalam, menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Ambiga itu.Bercakap kepada pemberita,Khalid menjelaskan dia tidak memberitahu Anwar dan partinya berikutan beberapa sebab untuk memastikan bahawa pelaksanaan perjanjian itu adalah wajar dan mematuhi tadbir urus korporat yang betul.Khalid berkata,terdapat juga kebimbangan bahawa sekiranya terdapat maklumat yang disalahgunakan,keseluruhan transaksi akan dianggap sebagai tidak sah.Menurutnya lagi,dia mengambil langkah ke hadapan untuk menandatangani MoU itu atas kapasiti sebagai pemimpin PKR yang sudah mengetahui mengenai perjanjian itu sejak 2012 dan parameter transaksi itu tidak pernah berubah.Persoalannya,mengapakah Anwar dan para 'pengikutnya' begitu marah dengan tindakan Khalid itu ???? Sedangkan mereka sebelum ini sering menggunakan isu ini untuk menekan Khalid dan menyalahkan kerajaan bagi menimbulkan kemarahan rakyat.Kesimpulannya mudah,Anwar sebenarnya sedar tindakan Khalid yang 'terburu-buru' ingin menyelesaikan masalah rakyat Selangor itu telah menyebabkan dia kehabisan modal untuk terus menghasut masyarakat khususnya pengundi di Kajang agar membenci kerajaan.Di masa yang sama,tindakan populis Khalid ini bakal 'merosakkan' peluangnya untuk memaksa Menteri Besar itu meletakkan jawatan sekiranya dia berjaya memenangi kerusi Dun Kajang.Sedangkan sebagai seorang pemimpin yang kononnya 'suci',Anwar sepatutnya bersetuju dengan keputusan Khalid yang mahu isu air diselesaikan dengan segera.Bukankah ini membuktikan,Anwar sebenarnya hanya mementingkan kepentingan politiknya semata-mata dan bukannya meletakkan kepentingan rakyat seperti yang sering di dakwa sebelum ini.saya ulang balik,lepas tu anwar pulak bermimpi nak jadi menteri besar selangor.macam ni kerr nak jadi menteri besar selangor ??? rakyat derita pasal air,yang anwar ibrahim pulak tak tahu pasal perjanjian tu kononnya.lebih baik tolong rakyat,jangan bagi rakyat menderita.ada faham kaaa ??? APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! SAMBUTAN DI #LAPANGANTERBANG #NARITA !!! #PENIPUAN #ANWARIBRAHIM DIDEDAHKAN !!! Posted: 28 Feb 2014 08:35 PM PST Jurugambar sebuah portal berita mengecam tindakan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim yang dilihat cuba menipu masyarakat dengan publisiti murahan apabila menggunakan gambar 'recycle' bagi menunjukkan kononnya dia mendapat sambutan yang luar biasa ketika lawatannya di Jepun baru-baru ini.Menurut Shaik Mohamad Amin atau dikenali sebagai SM Amin,gambar tersebut sebenarnya berlaku ketika pembacaan keputusan kes liwat yang membabitkan Ketua Pembangkang itu pada 9 Januari 2012. Sebagai salah seorang jurugambar yang bertugas dia turut berada di tempat kejadian pada ketika itu. "Tindakan,Anwar yang sengaja menyebarkan 'gambar recycle' itu untuk menunjukkan seolah-olah dia mendapat sambutan hangat dan luar biasa ketika berada di Jepun, adalah satu cubaan untuk memperbodoh-bodohkan masyarakat.Sebagai seorang pemimpin yang kononnya 'anugerah tuhan',dia tidak sepatutnya menggunakan pendekatan murahan seperti itu," ujarnya. Isu gambar recycle ini bermula pada 27 Feb,seorang penyokong Anwar @OrenjiRenOren telah memuat-naikkan gambar tersebut pada pukul 12:35 petang dengan mengatakan status "Biar gambar berbicara ketibaan @anwaribrahim di Narita Airport".Seterusnya pada pukul 12:52 petang,status tersebut telah 'diretweet' oleh Anwar dengan menggunakan akaun rasminya seolah-olah bersetuju dengan 'status' tersebut.'Retweet' Anwar itu kemudiannya telah disebarkan pula oleh para pengikutnya yang beranggapan kononnya ketibaan Anwar di Jepun benar- benar mendapat sambutan yang hebat dari pihak media di sana.Shaik turut beranggapan,tindakan terdesak itu mungkin dilakukan bagi membersihkan kembali imejnya yang sebelum ini tercalar kerana dihalang dari memasuki ke negara tersebut. Pertengahan bulan yang lalu masyarakat di negara ini tiba-tiba gempar dengan laporan berita mengenai Anwar yang dihalau pulang apabila pihak imigresen Jepun tidak membenarkannya masuk ke negara itu. Demi untuk mengelakkan maruahnya dari tercalar,Anwar cuba menyalahkan kerajaan Malaysia yang dikatakan menjadi dalang kerana berpakat dengan kerajaan Jepun untuk memalukannya.Namun semua tuduhan yang tidak berasas itu,kembali menimpa dirinya,apabila jurucakap kedutaan Jepun di negara ini menjelaskan masalah itu berpunca dari Anwar sendiri, kerana gagal untuk memohon dan mengemukakan visa perjalanan.Rentetan daripada itu,masyarakat Malaysia mula mentertawakan Anwar yang jelas telah memperbodohkan dirinya sendiri.Di laman media-media sosial pula,penuh dengan watak-watak animasi Jepun seperti Doraemon,Ultraman,Kesatria Baja Hitam dan banyak lagi yang dijadikan bahan lawak jenaka ekoran insiden yang memalukan itu. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
FAKTA !!! SIKAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB #PEMBANGKANG PUNCA KRISIS AIR BERLAKU !!! Posted: 28 Feb 2014 04:00 PM PST Tiga tahun dahulu Kerajaan Pusat memberi amaran bahawa kawasan Lembah Kelang bakal berhadapan dengan krisis air yang teruk sekiranya Projek Penyaluran Air Menth dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tidak disiapkan menjelang 2014.Malah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas),sudahpun menjangka krisis air mungkin berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,negeri Selangor dan Putrajaya berikutan penggunaan air yang meningkat sebanyak 5,314 juta liter sehari (jlh) berbanding jumlah bekalan hanya 4,646 jlh. Malah pada 2011 purata permintaan telah mencapai 4,197 jlh manakala kapasiti pengeluaran air sedia ada berjumlah 4,326 jlh.Ini menjadikan jumlah keseluruhan rezab margin hanya pada kadar tiga hingga lima peratus bersamaan dengan 130 jlh yang mampu menampung 100,000 keluarga bergantung kepada penggunaan harian. Kadar peningkatan permintaan air yang direkodkan pada tahap 3.5 peratus setahun sepanjang enam tahun lepas bermula dari 2005 sehingga 2010,menunjukkan situasi yang membimbangkan.Gambaran keadaan itu adalah tiga tahun lalu apabila polemik pengambilan aset air di Selangor yang dicetuskan oleh kerajaan negeri pimpinan PKR,Pas dan Dap mula mendapat perhatian rakyat.Kerajaan pusat berkali-kali berkata ia sanggup untuk berdialog dan berunding dengan kerajaan negeri agar isu tersebut dapat diselesaaikan dengan baik.Namun sikap keras kepada dan angkuh yang ditunjukkan oleh menteri besar Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri bukan sahaja telah melambatkan pembinaan projek Langat 2 malah mereka menentang setiap langkah positif yang dikemukakan oleh kerajaan pusat. Kerajaan pusat juga mengingatkan kepada Selangor supaya jangan mempolitikkan isu air kerana yang jauh lebih penting dalam isu ini adalah kebajikan rakyat dan juga pembangunan ekonomi negeri dan negara secara keseluruhan.Adakah kerajaan negeri pakatan PKR-Pas-Dap mendengar nasihat dan juga hujah rasional kerajaan pusat ??? Tidak sama sekali kerana sebaliknya mereka mengambil pendirian anti-rakyat, anti-rasional dan juga anti-pembangunan dengan menolak kelulusan bagi projek tersebut yang dianggap begitu kritikal bagi mengelakkan krisis air. Kini apa yang ditakuti telah datang menghantui seluruh rakyat di Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya.Akibat penangguhan Projek Langat 2 oleh kerajaan negeri Selangor serta ditambah dengan cuaca yang kering dan musim kemarau sejak dua bulan lalu,catuan air terpaksa dilaksanakan.Hampir seluruh Lembah Kelang kini terpaksa berhadapan dengan realiti catuan air yang perit dan menyusahkan.Kerajaan negeri Selangor pimpanan PKR-Pas-Dap kini tidak lagi boleh menuding jari mencari kesalahan kerajaan pusat kerana kini mereka terpaksa menanggung beban kesalahan di bahu mereka sendiri. Demi politik murahan mereka sanggup mengorbankan agenda nasional, kebajikan rakyat dan juga kepentingan negara.Apakah jenis kerajaan negeri yang dipimpin ketiga-ketiga parti ini apabila gila kuasa, pangkat dan jawatan mengatasi segala-galanya.Pada peringkat permulaan catuan air ,sejumlah 83,084 pintu rumah di Hulu Langat, Kuala Langat,Kuala Lumpur dan Petaling Jaya akan terjejas. Ini berikutan bekalan air sering terputus dan tekanan rendah disebabkan pertambahan permintaan air yang mendadak ekoran dari cuaca panas kering dan ketiadaan hujan yang berlarutan. Sudah tentu keadaan ini mampu dielakkan jika projek Langat 2 telah disiapkan seperti yang dicadangkan oleh kerajaan pusat sebelum ini. Bayangkan kawasan-kawasan yang terjejas di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya serta tempat-tempat lain termasuk kawasan perindustrian adalah nadi ekonomi bukan sahaja Lembah Kelang tetapi juga negara. Berapa bilion ringgit kerugian terpaksa ditanggung oleh ekonomi Selangor dan negara akibat kecuaian dan keputusan dungu kerajaan negeri PKR-Pas-Dap ??? Bagaimana pula unjuran perkembangan ekonomi negeri yang kini terpaksa disemak semula kerana beribu-ribu industri yang bergantung kepada bekalan air yang bersih dan mencukupi terutamanya sektor pembuatan makanan, perkhidmatan serta elekronik.Bagaimana pula dengan berpuluh ribu pesakit di hospital yang kini berhadapan dengan risiko yang lebih dahsyat sekiranya bekalan air terputus ??? Kerajaan negeri Selangor bukan sahaja wajib meminta maaf kepada rakyat seluruh negara tetapi juga mengaku mereka telah gagal mentadbir negeri tersebut dengan baik atas amanah yang telah diberikan oleh pengundi pada pilihan raya umum lalu.apa pun,syabas kepada Tan Sri Khalid Ibrahim kerana dengar luahan rakyat dan memberikan kerjasama kepada kerajaan pusat.kepada Anwar Ibrahim jangan kacau dan buat tak tahu kata khalid tak beritahu anda. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment