UMNO Online - “Pencarian MH370 Meliputi Kawasan Seluas 27,000 Batu Nautika Persegi” plus 9 more

UMNO Online - “Pencarian MH370 Meliputi Kawasan Seluas 27,000 Batu Nautika Persegi” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pencarian MH370 Meliputi Kawasan Seluas 27,000 Batu Nautika Persegi

Posted: 12 Mar 2014 07:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 MacHari kelima misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang diperluaskan kepada dua kawasan, meliputi kawasan seluas kira-kira 27,000 batu nautika persegi, kata Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata operasi mencari di Selat Melaka meliputi 12,425 batu nautika persegi sementara pencarian di Laut China Selatan melibatkan kawasan seluas 14,440 batu nautika persegi.

“Empat puluh dua kapal dan 39 pesawat telah digerakkan bagi mencari MH370,” katanya dalam satu sidang media di Sepang Rabu.

Beliau berkata 12 negara menyertai pencarian itu dengan India, Jepun dan Brunei adalah negara terbaharu menyertai usaha itu.

“Ini adalah operasi antarabangsa. Kami berterima kasih dengan kerjasama rakan-rakan dan jiran kami, dan kami mengalu-alukan bantuan kesemua pakar,” katanya.

Beliau berkata pihak berkuasa juga membawa masuk lebih ramai pakar untuk menganalisis kedua-dua data awam dan ketenteraan. 

Hishammuddin juga menjamin kerajaan akan terus berusaha untuk mencari pesawat yang hilang itu.

Pesawat MH370 yang menuju ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal hilang setelah kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada awal pagi 8 Mac lepas.

Menjawab kritikan hanya sedikit kemajuan dicapai dalam usaha mencari dan menyelamat itu, Hishammuddin berkata terdapat banyak spekulasi yang perlu dijawab dalam beberapa hari lepas.

“Kita pastikan segala isu yang menjadi bahan spekulasi disiasat. Kami konsisten dan telus kepada media dan orang awam. Yang lebih penting adalah kepada keluarga-keluarga,” katanya.

Hishammuddin berkata operasi pelbagai negara itu adalah satu peringkat kerjasama yang berbeza.

Menjawab spekulasi bahawa Kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat pesawat yang hilang itu, beliau berkata Kerajaan Malaysia menyelaras operasi itu dengan pelbagai negara dan ini bukanlah suatu yang mudah.

“Terlalu banyak kapal dan pesawat, terlalu banyak negara untuk kami selaraskan selain daripada kawasan yang luas untuk dicari, tetapi kami tidak akan berputus asa,” katanya.

“Ya, kami berhutang kepada anggota keluarga (penumpang) dan semakin lama masa diambil untuk mencari pesawat itu, saya merasa lebih banyak berhutang kepada mereka,” katanya.

Kepada soalan mengenai laporan bahawa Vietnam mengurangkan operasi mencari pesawat MAS itu di kawasan laut, Hishammuddin menafikan perkara itu malah berkata usaha mencari masih berterusan seperti biasa oleh pasukan di negara itu.

“Kerjasama kita dengan Vietnam membuat pemantauan usaha mencari dan menyelamat sebenarnya sudah sampai tahap di mana mungkin kita dibenarkan untuk masuk ke perairan atau kawasan di luar tanggungjawab Vietnam.

Nampaknya mereka tidak ada halangan memandangkan semalam satu ‘nota diplomatik’ telah dihantar kepada pihak Vietnam,” katanya.

Pembangkang Kering Modal Bila Cuba Manipulasi Keputusan Mahkamah

Posted: 12 Mar 2014 07:32 AM PDT

KAJANG, 12 Mac – Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melahirkan keyakinan  bahawa pengundi di DUN Kajang  bijaksana untuk menilai isu keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba dimanipulasi pihak pembangkang untuk menagih undi.

Tegas beliau kes ini merupakan kes antara Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari, bukannya kes antara Anwar dengan kerajaan, bukannya seperti dakwaan pihak pembangkang kononnya keputusan mahkamah ini merupakan permainan UMNO dan Barisan Nasional.

“Ada tuduhan mengatakan keputusan mahkamah ini dibuat pada pilihan raya kecil, ini adalah satu perbuatan Barisan Nasional.

“Itu adalah satu perkara (tuduhan) yang tidak bertanggungjawab kerana kes beliau (Anwar Ibrahim) telah tertangguh berpuluh-puluh kali. Pastinya mahkamah ada pertimbangan sendiri dan hakim membuat keputusan berdasarkan pertimbangan perundangan, fakta, bukti yang ada dalam kes tersebur,” ujarnya  selepas membuat lawatan ke Pusat daerah Mengundi Taman Mesra di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi pihak pembangkang nampaknya macam sudah kering modal sehingga kes-kes yang mendatang seperti kes keputusan mahkamah yang melibatkan Anwar Ibrahim, kes yang melibatkan Karpal Singh, dan isu kehilangan pesawat MAS MH370 digunakan juga untuk meraih simpati rakyat khususnya pengundi di DUN Kajang ini.

Hakikatnya ketika ini jelas beliau ramai yang sudah mempersoalkan mengapa Wan Azizah pula yang bertanding di DUN Kajang ini.

“Mengapa kalau Anwar tak boleh bertanding diganti dengan Wan Azizah? Mengapa amalkan nepotisma sedangkan mereka dulu pernah menuduh BN mengamalkan nepotisma.

“Inilah bukti bahawa merekalah yang mengamalkan nepotisma walaupun memang mereka ada hak untuk memilih calon mereka, tapi mengapa mereka tak pilih calon lain seperti memilih calon dari kaum Cina sepertimana sebelum ini, pasal kawasan ini pernah dimenangi oleh PKR dari kaum Cina. Jadi, banyak perkara yang dilakukan oleh PKR ini seharusnya memberikan kesedaran kepada pengundi mengenai amalan serong ataupun songsang yang berlaku dalam parti PKR khususnya,” ujarnya lagi. -MediaUMNO

“Gerakan Kajang” Hanya Perlekeh Sistem Demokrasi Negara – Muhyiddin

Posted: 12 Mar 2014 06:05 AM PDT

KAJANG, 12 Mac – Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas hasrat pembangkang untuk merancang lebih banyak ‘Gerakan Kajang’ yang  jelas cuba memperlekehkan sistem demokrasi di negara ini demi memuaskan matlamat politik mereka dengan mengabaikan nasib rakyat.

“Apa tujuan  mereka untuk mengadakan lebih banyak ‘Gerakan Kajang’? PRU-13 sudah selesai dan hakikatnya BN kalah di Selangor…kita terima keputusan itu.

“Tapi hanya kerana nak puaskan hawa nafsu Anwar Ibrahim, wakil rakyat PKR yang dipilih pada PRU13 berhenti tanpa sebab, saya fikir rakyat harus hukum mereka,” ujarnya mengulas kenyataan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli bahawa parti itu tidak menolak untuk mengadakan ‘Gerakan Kajang’ yang seterusnya.

Tambah beliau lagi, ‘Gerakan Kajang’ sebenarnya gagal apabila Anwar tidak layak bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

“Apa gerakannya? Gerakan besar untuk Kajang ialah untuk membolehkan Anwar Ibrahim jadi Menteri Besar…tapi malangnya sudah berkecai,” katanya selepas membuat tinjauan di Taman Mesra di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, PKR mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menentang wakil BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Terdahulu, ‘Gerakan Kajang’ dirancang PKR apabila wakil rakyatnya di DUN itu meletak jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lalu bagi membolehkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan menyerti DUN Selangor.

Dikatakan ‘Gerakan Kajang’ juga dirancang bagi membolehkan Anwar diangkat sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. -MediaUMNO

Government Not Sparing Any Efforts To Locate Missing Plane – Hishammuddin

Posted: 12 Mar 2014 04:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, March 12 – The fifth day of the search and rescue mission for the missing flight MH370 has been expanded to two areas, covering some 27,000 square nautical miles, Defence Minister and Acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said today.

He said the search in the Straits of Melaka covered 12,425 square nautical miles, while the search in the South China Seas involved some 14,440 square nautical miles.

“Forty-two ships and 39 aircraft have now been deployed to search for MH370,” he said at a news conference in Sepang here, today.

He added that 12 countries had joined in the search, with India, Japan and Brunei being the latest to do so.

“This is a multinational operation. We are thankful for the cooperation of our friends and neighbours, and we welcome all expert assistance,” he said.

He added that the authority was also bringing in more experts to analyse both civilian and military data.

He assured that the government was not sparing any efforts to find the missing plane.

Beijing-bound MH370 with 239 passengers and crew onboard went missing an hour after it left Kuala Lumpur on early morning of March 8.

Jangan Sebar Maklumat Tidak Sah – Jailani

Posted: 12 Mar 2014 04:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Masyarakat terus digesa agar tidak menyebarkan maklumat tidak sah berhubung insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata penyebaran maklumat yang diragui dan tidak diiktiraf bukan sahaja boleh menimbulkan kebimbangan dan menjejaskan siasatan malah boleh mengguris perasaan anggota keluarga dan kenalan penumpang pesawat terbabit.

“Dalam kes-kes tertentu dikira melampaui batas dan menyebabkan satu pihak merasa jelik, terancam, difitnah dan sebagainya dan seterusnya pihak tersebut melakukan aduan kepada pihak berwajib seperti SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) maka tindakan undang-undang berdasarkan akta-akta sedia ada boleh diambil.

“Sebaliknya sama-sama mendoakan kejayaan misi ‘Search and Rescue’ yang dijalankan dan semoga MH370 ditemui dan selamat, Insya-Allah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jailani juga mengingatkan semua pengguna Internet terutamanya media sosial seperti Facebook dan Twitter supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan etika yang betul di saat negara menghadapi cabaran hebat menangani kehilangan pesawat MH370.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru kapal hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu.

LHDN Proses Hampir Satu Juta Rayuan Awal BR1M

Posted: 12 Mar 2014 04:38 AM PDT

ALOR SETAR, 12 Mac – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang memproses hampir sejuta rayuan awal Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang dikemuka oleh pemohon yang belum lagi menerima bantuan itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar berkata kebanyakan rayuan membabitkan pemohon yang pernah menerima bantuan itu.

Rayuan ini diterima sejak pelancaran BR1M 3.0 pada 22 Feb lepas sehingga sekarang, dan proses mempertimbangkan rayuan akan dilaksana selewat-lewatnya hujung bulan ini sebelum rayuan rasmi dibuka pada 1 April depan, katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Pejabat Pengarah LHDN Negeri Kedah/Perlis di Menara BDB di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shukor berkata antara punca penerima masih belum menerima BR1M 3.0 ialah perbezaan maklumat pada borang seperti salah ejaan nama, isu tanggungan, pendapatan isi rumah yang tidak sama dengan tahun terdahulu dan perubahan status perkahwinan. 

Sementara itu, Mohd Shukor berkata tarikh akhir penghantaran e-filing bagi pembayar cukai borang BE (tiada punca pendapatan perniagaan) dilanjutkan daripada 30 April depan kepada 15 Mei, sama seperti tahun lalu.

“Tahun lalu kami dah beri kelonggaran kepada pembayar cukai…tarikh akhir untuk taksiran sendiri itu pada 30 April tetapi kami lanjutkan kepada 15 Mei. Jadi tahun ini kami buat perkara yang sama.

“Jika pembayar cukai yang tidak menghantar borang kertas sebelum 30 April, mereka boleh  menggunakan e-filing dan ini juga bagi menggalakkan mereka berpindah kepada e-filing,” katanya.

Jangan Perjudikan Kajang Jadi Permatang Pauh Kedua

Posted: 12 Mar 2014 04:12 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 Mac – Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang diingatkan agar tidak menjadikan kawasan itu sebagai Permatang Pauh kedua bagi memastikan mereka mendapat seorang wakil rakyat yang benar-benar berkhidmat dan bukannya wakil rakyat sekadar bidang terjun.

Ketua UMNO Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo berkata jika calon PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail diberikan mandat percayalah tidak ada jaminan Permatang Pauh kedua tidak akan berlaku pada masa akan datang di kawasan berkenaan.

Menurut beliau Azizah bukanlah pemimpin politik yang sebenar walaupun beliau Presiden PKR, sebaliknya bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu hanyalah umpama bidang terjun sahaja pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kali ini.

"Apa jaminan terhadap penduduk di Kajang ……Perkara ini perlu diperhalusi oleh setiap pengundi di kawasan itu sebelum mereka membuat pilihan nanti. Satu undi cukup penting dan amat berharga. Sepatutnya dalam proses memilih wakil rakyat, jaminan serta faedah yang akan diperolehi yang perlu diutamakan.

"Bukankah satu undi cukup berharga…Daripada keputusan yang dibuat nanti, biarlah satu undi yang diberikan itu benar-benar memberi manfaat dan bukannya bersekongkol dengan mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan tertentu. Inilah yang perlu diutamakan," katanya.

Beliau seterusnya mengulangi bahawa Permatang Pauh kedua akan mengiringi DUN Kajang sekiranya pengundi tersalah pilih dalam membuat pilihan pada hari pembuangan undi nanti.

"Bukankah calon yang diketengahkan oleh BN, Datin Paduka Chew Mei Fun telah berikrar dan berjanji untuk berkhidmat sepenuhnya bersama penduduk Kajang. Kenapa mahu menolak pemimpin yang benar-benar untuk berkhidmat?

"Lagi pun segala-galanya ada pada calon BN itu. Integriti, berkebolehan, pernah berkhidmat dalam kabinet dan pelbagai kelebihan lain.

"Berbanding calon pihak lawan pula, bukankah sudah terbukti dan boleh dilihat di Permatang Pauh…Sekadar bidang terjun percayalah tidak akan memberi apa-apa makna kepada penduduk di Kajang nanti," katanya.  -MediaUMNO

DPM To Announce BN Candidate For Balingian By-Election This Saturday

Posted: 12 Mar 2014 03:42 AM PDT

KUCHING, March 12 – Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin will announce the name of Barisan Nasional (BN)’s candidate for the Balingian state by-election in Mukah, this Saturday.

Sarawak Chief Minister Tan Sri Adenan Satem said Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) had decided on the suitable candidate but the announcement would only be made by the deputy prime minister.

He said the PBB Supreme Council meeting today discussed the matter and reached a decision on the choice of candidate, who is a local Christian Melanau and well-known to the locals in the area.

“We will give the deputy prime minister the privilege to announce the name,” he told a press conference after chairing the PBB Supreme Council meeting at the PBB headquarters here today.

Balingian, the Melanau-dominated state constituency, was declared vacant following the resignation of its incumbent and former Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud last Feb 28.

Last Thursday the Election Commission (EC) had announced that the by-election would be held on March 29 while nomination day is on March 17.

Muhyiddin is expected to arrive in Kuching on Friday.

Meanwhile Adenan, who is the Sarawak BN Chairman said the decision to field a Christian candidate was made so as to honour the ‘gentleman’s’ agreement made since 1963.

Under the mutual agreement among the Melanaus, one of the two state seats, namely Dalat and Balingian, or the Mukah parliamentary constituency, has to be represented by a Melanau Christian.

Mukah’s Member of Parliament Datuk Seri Muhammad Leo Michael Toyad embraced Islam a few years ago while Dalat assemblyman Datuk Fatimah Abdullah is a Muslim.

A stronghold for BN for 40 years, Mukah has 13,366 voters, with some 70 percent of them are Melanau, 20 percent Iban and 10 percent Chinese.

In 2011, Taib won Balingian in a three-corner fight, defeating Suriati Abdullah of Parti Keadlilan Rakyat (PKR) and an Independent Datuk Salleh Jafaruddin by a 5,154-vote majority.

BN Sarawak Yakin Menang PRK Balingian Dengan Majoriti Undi Yang Besar

Posted: 12 Mar 2014 03:37 AM PDT

KUCHING, 12 Mac – Barisan Nasional (BN) Sarawak yakin calon yang akan dipilih mewakili BN dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian boleh menang dengan majoriti undi yang besar.

Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Dr Stephen Rundi berkata, walaupun peluang mengekalkan kerusi berkenaan cerah tetapi BN tetap akan bekerja keras untuk memastikan calonnya menang dengan majoriti yang besar.

“Kita (PPB) akan kerah jentera pilihan raya yang terdiri daripada mengandungi pergerakan wanita, pemuda dan parti-parti komponen lain untuk memastikan kemenangan yang besar untuk calon kita,” katanya selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PBB di ibu pejabat parti itu di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pilihan raya DUN Balingian pada 29 Mac manakala penamaan calon pada 17 Mac selepas kerusi DUN itu dikosongkan bekas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 28 Feb.

Bagaimanapun, Rundi enggan mendedahkan nama bakal calon sambil berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassan diberi penghormatan untuk  mengumumkannya pada satu perhimpunan yang akan diadakan di Dewan Suarah Mukah pada 15 Mac ini.

Bagaimanapun, difahamkan mesyuarat MKT PBB berkenaan sebulat suara memberi mandat kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem untuk memilih seorang jurutera berusia 31 tahun, Adrian Langi Dorhat Alphonsus dari Kampung Tellian, Mukah untuk mempertahankan kerusi Balingian.

Kerajaan Rancang Perluaskan PR1MA Ke Melaka Dan Terengganu

Posted: 12 Mar 2014 03:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Kerajaan merancang memperluas pembinaan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) ke Melaka dan Terengganu, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata lokasi kawasan pembinaan sedang diteliti selain kajian sedang dijalankan mengenai analisis pasaran dan permintaan di kawasan tersebut.

“InsyaAllah dalam mesyuarat anggota PR1MA akan datang akan melihat beberapa cadangan pembangunan di Melaka dan Terengganu. Jenis pembangunan yang dicadangkan adalah rumah pangsapuri dan rumah teres.

“PR1MA masih belum menetapkan harga jualan bagi cadangan pembangunan di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau menjawab soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) yang ingin tahu kedudukan terkini projek PR1MA sejak dilaksanakan dan adakah akan dilaksanakan di Melaka.

Shahidan berkata kerajaan turut memberi jaminan harga rumah PR1MA adalah 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran rumah dengan spesifikasi yang sama.

Katanya, pembinaan sebanyak 80,000 unit rumah telah dipersetujui untuk tahun lepas dan tahun ini di beberapa negeri seperti Perak, Kedah dan Pulau Pinang dengan harga yang ditawarkan adalah di antara RM100,000 hingga RM400,000 serta tertakhluk kepada lokasi dan jenis spesifikasi rumah.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...