Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT! Kata @LemanRLawak Pesawat #MH370 Meletup Di udara Hancur Berkecai?! #PrayForMH370
- PANASS!! Betul Ka Nik Aziz dan Hadi Awang Hadir ke #SelawatPerdana?
- HOT! Juruterbang #MH370 Pulak Di Syaki dan Di Siasat! #PrayForMH370
- INFO! Lagi Saksi Nampak Bunyi dan Cahaya Pesawat Terbang Rendah! #MH370 #PrayForMH370 #DoakanMH370
HOT! Kata @LemanRLawak Pesawat #MH370 Meletup Di udara Hancur Berkecai?! #PrayForMH370 Posted: 12 Mar 2014 08:38 AM PDT
Bila kaki fitnah dibiar dan tak diambil tindakan jadi macam ni la. Dah berapa kali si Leman haram jadah (maaf sebab geram sangat) ni dok buat fitnah merata-rata. Baca fitnah dari Leman, Akaun FB nya boleh klik SINI Kebenaran kepala hotak apa ni? Kapal terbang meletup? Pemimpin BN tipu? Semua penumpang terbunuh? Siapa Leman yang boleh keluarkan cerita macam ni? Leman ni profesional mana? Hebat sangatkah dia ni? Pui!!.. Kebal sangatkah Leman ni, hinggakan pelbagai fitnah yang dia hembur takdak siapa nak ambil tindakan. Kalaulah ahli keluarga penumpang baca apa yang Leman tulis ni, apa perasaan dorang? Mangkuk ni kalau dibiarkan, makin lama makin lemak! Tolonglah penguatkuasa undang-undang ambil tindakan pada si Leman ni. Dah melampau sangat! McTheory: Sampai bila nak biar tukang fitnah hidup serupa raja? Sampai bila? Sampai dia fitnah anak bini kamu pulak? | ||
PANASS!! Betul Ka Nik Aziz dan Hadi Awang Hadir ke #SelawatPerdana? Posted: 12 Mar 2014 06:12 AM PDT Bila tengok gambar diatas, Mc rasa pelik pulak. Betul ke Nik Aziz dan Hadi Awang nak hadir ke Selawat Perdana di Putrajaya pada 21hb Mac ni? Mc ada baca kat blog SINI Rasa tak percaya, tapi bila tengok facebook, ramai yang dah komen pasal ni. Bukan hanya di facebook, twitter pun dah tersebar! Andaikata perkara ini benar, rasanya dua-dua orang tua ni dah berubah! Rupanya demi ukhwah sesama Islam, mereka sanggup turun padang untuk buktikan bahawa Islam lagi penting dari politik. Dalam keadaan negara kita berada didalam moral yang rendah disebabkan kejadian MH370 yang hilang tu. Adalah baik jika kita umat Islam bersatu tanpa mengira warna bendera, merah ka, biru ka, hijau ka, biru muda ka, tak kisah, janji Islam dahulukan Islam. McTheory: Jangan lupa 21 Mac Selawat Perdana, kita berqasidah beramai-ramai.. | ||
HOT! Juruterbang #MH370 Pulak Di Syaki dan Di Siasat! #PrayForMH370 Posted: 11 Mar 2014 09:31 PM PDT Sumber dalaman pasukan penyiasat China dalam kes kehilangan misteri MH370 memberitahu, pasukan itu turut memfokuskan penyiasatan mereka terhadap juruterbang pesawat berkenaan, Kapten Zaharie Ahmad Shah. Fokus itu berikutan tindakan juruterbang berkenaan membina alat simulasi penerbangan sendiri di rumahnya. "Apakah tujuan seorang kapten kapal yang sudah berpuluh tahun berkhidmat dan memiliki 18,000 jam lebih masa penerbangan mencipta alat simulasi sendiri di rumahnya? "Apakah dia tidak puas lagi menaik dan menurunkan kapal terbang atau dia sedang berlatih untuk mendaratkan kapal di kawasan luar landasan sebenar, semua aspek itu perlu diambil kira" kata sumber itu dalam perbualan melalui telefon. Sebelum ini, data pemantauan awal yang diperiksa oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon mendapati pesawat MH370 yang hilang pagi Sabtu, tidak meletup di Laut China Selatan. Menurut laporan The New York Times, yang memetik sumber seorang pegawai kerajaan negara itu, satu sistem yang memantau letupan di seluruh dunia telah digunakan untuk pemantauan awal tersebut namun ia tidak mengesan sebarang tanda letupan di kawasan perairan itu. Pegawai yang ditemuramah oleh The New York Times itu bagaimanapun enggan mendedahkan namanya atas alasan maklumat yang diberi adalah sulit. Lebih menimbulkan misteri ialah tiada sebarang panggilan kecemasan yang dibuat kapten kapal berkenaan dan masuk hari ke-4, belum ada satu serpihan kecil pun yang ditemui. Sehingga kini, segala bukti memperlihatkan kapal terbang berkenaan memang tidak meletup di udara. Manakala dakwaan seorang nelayan tempatan yang melihat sebuah kapal yang menepati deskripsi MH370 terbang rendah pada malam kejadian turut menimbulkan spekulasi apakah ia cuba mengelak dari dikesan oleh radar. Laporan ahli keluarga warga China dikatakan berjaya menghubungi telefon bimbit milik abangnya yang dikatakan berada di atas MH370 menambahkan lagi misteri dan menarik minat pasukan penyiasat China. Telefon berkenaan yang dikatakan berdering kemudian seperti dijawab namun kemudian terus terputus tanpa ada kedengaran apa-apa suara. Ahli keluarga berkenaan dikatakan telah memaklumkan mengenai perkembangan itu di dalam laman web MAS dalam satu ruang perbincangan dan siasatan berkenaan perkara itu dijalankan oleh syarikat penerbangan terbabit. Kejadian itu turut dilaporkan oleh laman web LiveLeak.com. "Banyak perkara yang menimbulkan keraguan, sebab itu pasukan penyiasat China telah meminta semua maklumat berkaitan kapten kapal tersebut daripada kerajaan Malaysia," katanya. Sumber itu bagaimanapun menegaskan, siasatan itu adalah rutin yang perlu dilakukan dan pihak itu bukan melamparkan tuduhan ke atas kapten berkenaan. "Aspek ini perlu dipertimbangkan, memandangkan begitu banyak misteri yang menyelubungi kehilangan kapal berkenaan," katanya. Pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam awal Sabtu lepas dan sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. Ia bagaimanapun hilang dan terputus komunikasi dengan menara kawalan udara di Subang pada pukul 2.40 pagi. Menurut laporan awal, sepanjang penerbangan komunikasi menara kawalan dengan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 tahun berjalan lancar tanpa isyarat kecemasan ataupun masalah diberikan oleh pengendali pesawat kepada menara kawalan. Perhubungan terputus selepas komunikasi menara kawalan di Subang menyerahkan komunikasi pesawat MH370 kepada menara kawalan udara di Ho Chi Minh City, Vietnam kerana pesawat itu sudah menghampiri ruang udara Vietnam dalam penerbangan ke Beijing, China.- SUMBER | ||
INFO! Lagi Saksi Nampak Bunyi dan Cahaya Pesawat Terbang Rendah! #MH370 #PrayForMH370 #DoakanMH370 Posted: 11 Mar 2014 06:24 PM PDT Dalam beberapa hari ni, pelbagai berita kita dah dengar. Pelbagai cerita dah keluar, namun Mc lebih mempercayai dan beryakinan jika penduduk tempatan yang menceritakan hal ni sendiri. Moga laporan ini membuka satu lagi jalan baru, Lapan penduduk dengar bunyi dentuman buat laporan polis di Marang |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment